15 December, 2011

UMNO AKAN TEWAS DALAM PRU JIKA....

Hahaha! Wanita UMNO kita....


1. Kita akan menghadapi PRU tidak lama lagi - bila-bila masa. Pihak-pihak yang terlibat, sama ada parti kerjaan mau pun pembangkang sudah bersiap-siaga menghadapinya. Masing-masing ada keyakinan sendiri untuk menang jika pun tidak kesemua mungkin dikerusi-kerusi tertentu. Banyak pihak melihat bahawa kerajaan masih sukar untuk mendapat kepercayaan dan mandat undi 2/3 sepertimana sebelum ini.

2. Walau secara resminya gendang perang masih belum dipalu, namun masing-masing sudah memulakan perang berkenaan secara perlahan-lahan. membongkar kelemahan dan kesalahan pihak lawan bagi tujuan melemahkan pengaruh serta kekuasaan mereka. Mungkin kita boleh gunakan istilah 'foward defence'.

3. Isu Kak Ijat dengan NFCnya dimanapulasikan sepenuhnya. Dimulakan oleh pembangkang namun kemudiannya pihak kerajaan dan penyokong kerajaan juga turut serta dengan mendesak Kak Ijat meletakkan jawatannya.

4. Saya melihat bahawa tujuannya adalah untuk melemahkan UMNO sendiri dengan 'menconteng arang' kemuka Ketua Pergerakan Wanitanya. Selain itu bertujuan melemahkan kawasan dimana beliau bertanding dalam PRU12 lalu, iaitu Lembah Pantai.

5. Isu NFC memberikan faedah kepada beberapa golongan secara langsung; Pertama kepada parti Pembangkang kerana melemahkan UMNO melalui Ketua Wanita UMNOnya, kedua kepada Calon lawaan bagi kerusi lembah Pantai, dalam hal ini Nurul Izzah yang akan dapat faedahnya, ketiga Calon gantian apabila Kak Ijat tidak dicalonkan dan keempat Naib Ketua Wanita yang akan dapat dengan mudah menaiki kerusi Ketua Wanita dalam penggal akan datang tanpa cabaran kuat.

6. Sindrom memaksa meletakkan jawatan tidak harus diteruskan oleh UMNO. Malah jangan kita dijadikan alat oleh pihak lawan yang memang inginkan kita dalam keadaan lemah menghadapi PRU akan datang. Dalam kes Kak Ijat dan NFC, kepercayaan haruslah diberikan kepada PM untuk menanganinya dengan kebijaksanaannya sendiri.

7. Jika desakan dijadikan budaya kita dalam UMNO, selepas ini tentu kita akan mendesak TS Isa Samad untuk meletakkan jawatan dalam kes FELDAnya pula sedangkan tanpa sedar kita telah dipergunakan oleh pihak pembangkang. Kenapa tidak? Kerana merekalah yang memulakan setiap isu-isu berkenaan kemudiaannya membiarkannya berkecamuk untuk kita menanganinya.

8. Saya melihat bahawa pihak kerajaan termasuklah para blogger pro kerajaan hanya bersikap defensif selama ini. Kita hanya sibuk menangkis dan menjawab tohmahan pembangkang sehingga lupa untuk menyerang mereka. Justeru, pihak pembangkang hanya mencari isu dan melemparkannya kepada kita untuk kita bertungkus-lumus menjawabnya. Apa sekalipun jawapan kita sudah tidak penting lagi bagi mereka kerana selepas itu mereka akan datang dengan isu-isu lain pula.

9. Kenapa tidak kita berhenti dari manjawab soalah-soalan yang pembangkang tidak perlukan jawapannya dan sebaliknya menyerang mereka dengan bertalu-talu?

10. PM sudah mengiktiraf pengamal media siber sebagai 'siber tropper' kerajaan. Namun apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah memantapkan kumpulan-kumpulan berkenaan dengan mengangkat komandan-komandannya sendiri yang mampu memberikan arahan-arahan untuk dipatuhi dimana dan apa bentuk serangan yang akan dilakukan. Apa yang kelihatan ketika ini adalah 'siber tropper' pro kerajaan bagaikan bala tentera yang hilang punca dan lemah tidak bermaya.

11. Selain itu sebarang keretakkan didalam barisan 'siber tropper' ini juga perlu diperbaiki. Unit Media Baru dibawah tangan Tun Faisal harus dibawa kembali bersama-sama dalam saf perjuangan. Pertelingkahan sesama sendiri hanya akan merugikan dan melemahkan parti. Kita tidak ingin melihat kita tewas dalam perjuangan sebelum kita sempat berada digelanggang PRU sebenarnya nanti, dan memanglah itu yang pihak lawan kehendaki.

12. Ketua Wanita UMNO Pahang, sekembalinya dari luar negara patut sudah berusaha untuk merapatkan semula Wanita UMNO dan jadikannya satu force yang mantap untuk menghadapi lawan dalam PRU akan datang. Bekerjasamalah dengan semua pihak walaupun mungkin kita tidak menyukainya atas apa alasan sekalipun kerana 'seberkas tentu lebih teguh dan kuat dari sebatang'.

13. UMNO akan tewas dalam PRU13 nanti jika kita gagal merapatkan saf perjuangan kita, gagal bersangka baik sesama kita dan terlalu banyak politiking serta masih mengamalkan politik cas keting.

8 comments:

  1. Kemungkinan berlaku adalah kerana Melayu 2 tu salah memahami kata2 dan ucapan Presiden .. setia pada Parti.

    Sehingga lupa akan perpatah Melayu..air dicincang tidak akan putus...mereka lebih suka menjadi duri dalam daging dan harapkan pagar,pagar makan padi...semata2 kerana ingin menonjolkan diri mereka tu sayangkan parti.

    Utk yang termakan dengan hasutan pembangkang tu ..sedar2lah dan fahamilah Ucapan Presiden maupun Tun dalam isu ini...jangan cepat melatah..bahasa dan kiasan sindiran dari orang2 lam macam Tun tu...

    ps.kalau gua mereka yang mensarankan Sharizat berundur tu ..wajib mengundurkan diri.. 'sikap mengangguk' mereka tidak menguntungkan parti.

    ReplyDelete
  2. Mana ada masa Ketua Wanita UMNO Pahang cari jalan merapatkan jurang diantara ketua-ketua wanita umno bahagian yang banyak menentang dia...dia sibuk kejar bisness, projek (bukan projek lembu) dan pancas memancas mana-mana calun wanita yang berwibawa dan bertokohan jadi pemimpin dan calun menang supaya dia sorang saja yang layak jadi calun wanita. Kalau boleh Dato Maznah yang lebih senior dari Rosni pun nak dipancas oleh Rosni dan kuncu2 dia. Hati perut busuk dan hitam pekat macam iblis. Satu Pahang tahu Rosni menyokong kepimpinan Tengku Razali masa pemilihan Presiden Parti Umno 2009 dan dia juga yang membawa TR kePahang dengan Ketua Bahagian Paya Besar Tajudin untuk mendapat undi clun Presiden. Nasib baik hanya bahagian dia GUA MUSANG yang TR dapat saja. Sentimen kelantan dalam darah Rosni kuat untuk pemimpin Kelantan...sudaH TENTU DIA TAK SOKONG KUAT SANGAT TOK NAJIB ORANG PAHANG jadi macam mana Pahang nak menang kerana kiblat Ketua Wanita Umno Pahang tidak 100% MENYOKONG PEMIMPIN2 dari Pahang...dengan perpecahan dalam UMNO Pahang amat susahlah kita UMNO nak menanag kalau isu kepimpinan di Pahang tak diatasi.

    ReplyDelete
  3. Assalam sahabat Braveheart.
    Benar sekali apa yang dinyatakan tuan.APA sendiri pun kini mengubah strategi kearah "offensive mode' utk mempertahankan pemimpin kita termasuk Sharizat.

    Pada APA apa jua perjuangan kita yg buat masa ini merugikan jentera parti harus dihentikan.Ini tidak bermakna APA menjual prinsip perjuangan APA selam ini.Semuanya boleh disambung selepas kita menang selesa nanti InsyaAllah.

    APA bersama Braveheart dalam matlamat ini.Salam perjuangan.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Anon 11.28, benar kata tuan,seiapa yg menyarankan orang kain supaya berundur juga harus meihat ke dirinya sendiri dan patut juga berundur.

    Anon 12.36, kita cuma berharap supaya Kak Rosni ni sedar diri dan mengubahnya, jika tidak BH akan memeranginya sampai bila-bila, ini janji BH. Jika dia berubah BH akan jadi sahabat karibnya dan menyokongnya juga.

    APA, mungkin pendapat BH tidak betul kepada umum tetapi BH tetap berpegang pada pendapat sendiri dan perjuangkannya ~ BH

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. kepada 'blog 1 malaysia', kau sakit jiwa ke? :)

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Anon di atas ni cakap bahasa apa ni.mncarut,memaki dan menghina orang tak ke mana sudahnya.

    Apa yang pasti orang dah boleh menilai setakat tahap pemikiran kau yang berotak di mulut tidak di kepala.di kepala yang yang bawah tu memang layak untuk kau!

    kau tak suka UMNO kau punya pasal.pangkah lah pembangkang itu hak kau!

    Yang kau maki hamun orang apa hal.

    Kalau nak bertumbuk dengan aku boleh no hal!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Walaupun aku ahli UMNO tapi aku muak nak menyokong UMNO yang penuh korup dan pura-pura.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”