29 December, 2011

UMNO PATUT CONTOHI HONDA

Bersedia untuk pembersihan.....


BANGKOK: Pengeluar kereta Jepun, Honda memusnahkan 1,055 kenderaannya di Thailand untuk memastikan kepada pelanggannya bahawa tiada kenderaan yang rosak dalam kejadian banjir di negara ini baru-baru ini dijual semula di pasaran.

Proses memusnahkan kenderaan terbabit di kilang Honda di wilayah tengah Ayuttaya mulai semalam dijangka mengambil masa sebulan, menurut kenyataan Honda. (Baca Sini)


1. Syarikat pengeluar automotif terkenal dunia, Honda telah memusnahkan 1,055 kenderaan yang rosak akibat banjir di Thailand bagi menyakinkan pengguna bahawa syarikatnya tidak menjual kenderaan yang rosak dan tidak berkualiti. Ini bagi menjamin pengguna akan terus kekal dengan kenderaan jenama keluarannya.

2. Dalam kawalan penyakit kencing manis pula, rawatan diperingkat yang kronik adalah memotong bahagian tertentu bagi mengawalnya dari merebak ke bahagian lain tubuh.

3. UMNO serta mana-mana parti sebagai sebuah organisasi pasti akan hadapi masalah angkara individu tertentu yang menggangotainya. UMNO busuk hingga ke usus, demikian pernah dinyatakan oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir mengenai keadaan UMNO ketika itu.

4. Bagi menyelamatkan UMNO, suatu tindakan tegas dan berani haruslah dilakukan. Pemimpin bukan hanya harus bersih tetapi juga nampak bersih. Justeru mana-mana yang tidak bersih dan tidak nampak bersih harus dibersihkan dengan memisahkannya bagi menjamin UMNO akan terus kekal bersih dan akan terus menerima sokongan rakyat.

5. Kak Ijat dilihat sebagai 'liabiliti' kepada UMNO berikutan isu 'NFC'nya dan harus dibersihkan. Namun sebelum dibersihkan beliau sempat memberi amaran bahawa 'mana ada pemimpin UMNO yang tidak ada masalah?' yang membawa makna bahawa 'mana ada pemimpin UMNO yang bersih'?

6. Jika benar demikian, justeru tugas membersihkan UMNO lebih sulit kerana dimana harus bermula dan siapa yang akan membersihkan siapa?

7. Saya percaya bahawa soal bersih atau tidak bukan bergantung kepada parti mana yang diwakili bahkan ianya lebih kepada individu. Di Pahang ada seorang bekas wakil rakyat (sepenggal)  UMNO yang perkhidmatannya ditamatkan kerana rakyat sudah tidak memerlukannya akibat gagal dalam memberi khidmat. Namun marah-marah pada pucuk pimpinan dan khabarnya PRU akan datang akan bertanding atas tiket DAP di Bentong.

8. Orang itu walau bertanding dimana dan atas tiket apa sekalipun dia akan tetap sama kerana perkhidmatannya adalah keperibadiannya. Dia tidak akan dapat memberi perkhidmatan baik kerana dalam fikirannya juga memang sudah tidak kebaikan. Mungkin dia lebih pandai menulis dari memberikan khidmat. Mungkin dia hanya lebih layak sebagai blogger yang sentiasa mencemuh PM tetapi tidak sebagai wakil rakyat yang memberi khidmat cemerlang.

9. Calon PRU UMNO akan datang juga mungkin menyulitkan pucuk pimpinan bila semua yang ingin dicalonkan menganggap bahawa merekalah 'winnabble candidates'. Terutama apabila ada yang tanpa rasa silu dan malu mendakwa bahawa dialah 'winnable candidates' itu sebagaimana yang berlaku di Perlis.

10. Sayangkan parti adalah dengan berkorban untuk keutuhannya. Namun siapa dan berapa ramai diantara kita yang benar-benar jujur dan berjuang demi agama' bangsa dan negara? Yang ramai diantara kita adalah species 'membakar kelambu' dan 'membakar jembatan'. Kita tunggu Kak Ijat lepaskan jawatannya atas alasan sayangkan parti. Ketua Wanita Negeri yang dilantik yang taksub kepada pemimpin mungkin juga boleh ikut serta untuk membuktikan betapa setianya mereka.


7 comments:

  1. HAPUSKAN PETUALANG YG MENJADI ANCAMAN DARI DALAM...

    BANYAK JUGAK PARASIT YG MENENGGEK DLM UMNO UNTUK MENJADI DALANG BERTUJUAN MEMUSNAHKAN JANGKA HAYAT UMNO...

    PEJUANG HAMAS...

    ReplyDelete
  2. Abang HatiBerani
    Ada berani abang menegur pimpinan UMNO? Ini satu angin pembaharuan yang bagus, cumanya ini seruan-seruan kecil dikelantangan lolongan serigala malam yang sedang rakus melapah hasil rakyat jelata!

    ReplyDelete
  3. Kita bukan hanya bermaksud kepada saja, pemimpin dari parti lain pun sama, cuma dalam hal ini kita rujuk UMNO kerana kita sedar bahawa UMNO ingin berubah dan terus memimpin rakyat sedangkan pemimpin parti lain mungkin tidak begitu.

    Kepada pemimpin yang bertukar parti harap mereka sedar diri bahawa sebenarnya bukanlah masalah parti tetapi adalah masalah diri sendiri, jika kita tidak perform tentu rakyat menolak kita walau parti apa kita wakili sekalipun.

    SUCK yang tak perform dalam UMNO kalau masuk DAP tentu lebih teruk, tak gitu?

    ReplyDelete
  4. Sdra BRAVEHEART, mohon izin masuk


    Adalah pada saya Najib tidak bolih ambil tindakkan blue ocean atas 3.43 juta ahli UMNO sebab Najib sudah beri laluan lampu hijau new politik tapi playsafe semenjak beliau naik jadi PM.
    Ramai peminpin UMNO dari pangkat menteri senator dll sampai ke bahagian dan cawangan seangkatan sudah tahu dan faham tidak ada apa akan berlaku kapada mereka.
    Kesian Bloggers macam ... yang tolong baiki UMNO .

    Semenjak dasar pro Cina dan persekolahan vernakular dapat sokongan meluas dari Dao Zhong dan lain lain ucapan dasar serta sumbangan kewangan Najib kapada sekalah cina mendapat liputan luar biasa hinggakan kaum cina dan semua pati politik DAP MCA Gerakan yakin undi cina akan menentukan dan menetapkan corak rentak gaya amalan dasar prinsip kerajaan yang di paksikan 1M.
    Semua piminpin UMNO dan seangkatan hanya tompang sekaki sahaja atas ledakkan tembak kaki sendiri pentadbiran Najib.

    Saya berpendapat bahawa anggota kerajaan penjawat awam perkhidmatan awam semua buang masa saja sebab Najib dan rakan tidak akan ambil peduli akan laporan risikkan dan taklimat dan amat banyak sekali event ucapan tindakkan olih parti pembangkang dan juga MCA GErakkan yang menyentuh perasaan Melayu Islam Institusi Di Raja sehingga Art 153 pun nak di cakap olih Paderi EU..

    Lagi pun penjawat awam yang di tugas kan untuk taklimat tahu Najib akan pergi ke akar umbi saperti belia dan kaum muda yang bilangan nya 7(tujuh) juta orang,melalui rangkaian " virtual listening" tweeter fasebuk social media sebagai jalan lencongan dan jalan pintas sebab Najib mengaku "he assured his online friends that he read their comment ideas complaints and he did his best to respond" maana nya kabinet dan 1.4 juta penjawat awam semua jadi tunggul kayu buang masa habis kan beras dan pendapatan negara sahaja.

    Setakat ini Najib sendiri yakin telah membuktikan beliau adalah Presiden Parti 3.43 juta ahli UMNO juga suami FLOM.
    Najib juga, yang world view playsafe liberal terbukaan kelainan human rights civil liberties innovation transformacy politik enggage vernakular populis generasi Y kayuh basikal nonton bola sepak MUFC cool dengan IPOD tablet tweet FB blakberry new politiks new civil disobedience inclusive blue ocean high income world view sangat 1M,tapi bukan Prime Minister material,mungkin sebagai ketua pembangkang.
    Dapat lesen besar 1M
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  5. Salam dan terima kasih Arjuna Waspada, pendapat anda betul bagaimana pun ada juga pendapat lain yang juga bukan salah ~ bh

    ReplyDelete
  6. Sdr bRAVEhEART, sudah berkali-kali saya mengulas berkaitan apa yg sdr tulis dan saya dapati pendapat saya masih relevan sehingga kini.

    Antara saranan saya bagi membaik pulih Umno ialah, Umno perlu direhatkan dari menjadi parti pemerintah, cukup sekadar menjadi parti pembangkang.

    Kita ambil contoh parti Golkar di Indonesia yang di beri rehat beberapa ketika, Umno juga perlu begitu.

    Allah menjadikan banjir dan lain-lain musibah yang melanda dunia bukan tidak ada gunanya.

    Contohnya Sunami yang melanda Aceh telah berjaya menyelesaikan pertikaian politik yang dihadapi oleh penduduk disana selama berpuluh tahun walau pun dari peristiwa tersebut telah menelan korban ratusan ribu nyawa.

    Apabila Umno kalah dan tidak lagi menjadi parti pemerintah maka para pemimpin yang sedang meminpin Umno dengan tujuan mecari kepentingan diri akan berundur, ibarat sampah sarap yang dihanyutkan oleh BAH besar.

    Disinilah proses sebenar memulihkan Umno bukan melalui kata-kata yang berdegar-degar di PWTC.

    Saya percaya Umno akan kembali relevan selepas beberapa tahun kekalahan tersebut, jadi saya berpendapat jika orang Melayu benar-benar sayangkan Umno, maka di PRU ke-13 ini, jangan di undi Umno sebaliknya undilah selain dari Umno.

    Sama ada sdr bersetuju atau tidak dengan saya, saya tetap berpendapat bahawa Umno perlu direhatkan. Wassalam...terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Mohon pautkan blog saya disini.
    http://suaraapi.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”