Penyokong yang taksub dan sebahagiannya adalah 'perusuh upahan'.
1. Hari ini hari penentuan buat Anu arr. Penentuan dan hukuman kes liwatnya. Juga menentukan berapa sokongan yang masih ada dan setia kepadanya.
2. Jalan disekitar kawasan perhimpunan sesak. Bagaimanapun menurut sahabat yang berada disana sejak petang semalam memaklumkan bahawa sehingga 7 pagi ini hanya ada sekitar tidak lebih 4 ribu orang sahaja. Sasaran 100 ribu orang yang dicanang oleh Anu arr nyata gagal, walaupun mereka diupah RM400 seorang sebagai elaun menjerit dan mencetus kekacauan.
3. Dapatkah Azmin dan Samsul Iskandar yang berunding dan bersetuju dengan syarat dikenakan oleh Polis untuk perhimpunan ini mengawal penyokong mereka? Jika berlaku sebarang kekacauan akibat dari kegagalan mamatuhi 10 syarat yang dikenakan maka Azmin dan Samsul Iskandarlah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya.
4. Seperti yang diramal bahawa perhimpunan ini pasti akan mengundang lebih banyak keburukan dari kebaikan. Akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan pasti akan ada pihak yang bertindak ganas dan cuba memprovokasi pihak keselamatan.
5. Masih awal untuk memberikan gambaran sebenarnya, namun foto-foto dibawah ini sudah dapat dijadikan petunjuk bahawa keadaan tidak mampu dikawal.
Apalah salah dan dosa kereta dan pemilik kereta berkenaan?
Apabila sudah beramai maka perlakuan tentu susah untuk dikawal,
yang rugi adalah rakyat dan negara akibat kerosakan harta benda
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”