10 January, 2012

ANU ARR DAN NAJIB - PERMAINAN BARU BERMULA

Merekalah pemainnya, kita hanya buah catur atau sekadar pemerhati


" Hari ini Anwar dibebaskan...
Tanpa memberi keterangan dalam kandang tertuduh cuma dari kandang saksi
Tanpa mengangkat sumpah dan disoal balas hakim
Tanpa perlu disoal pendakwaraya
Tanpa perlu menyerahkan DNA
Di dunia ini Anwar terlepas dari hukuman " (Dari sini)


1. Ramai sahabat-sahabat blogger merasa kecewa dengan keputusan mahkamah yang membebaskan Anu arr 'Berahi'. Bukan kita pertikai keputusan yang buat tetapi kenapa demikian jadinya? Apakah ada konspirasi politik? Papa Gomo kecewa dalam ungkapan katanya:  Gomo berkata sedemikian atas sebab yang mana maklumat yang Gomo perolehi dari pihak pihak tertentu bahawa waktu ini Anwar Ibrahim tertuduh dalam kes liwat cuba MERASUAH, UGUT dan paling jelik sekali apabila khidmat BOMOH digunakan dalam memastikan keputusan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah terganggu dan memberikan kebebasan buat dirinya pada 9 Jan nanti.

2. Kata blogger gaRamaNisHakim membebaskan Anwar adalah kerana keraguannya terhadap bukti DNA. Hakim berhujah menjelaskan bahawa DNA yang diperolehi menimbulkan keraguan terhadap prosedur yang digunakan. Bukan kerana DNA itu tidak dipalit dengan hak milik Anwar.

DNA masih lagi kepunyaan Anwar bagaimanapun terdapat keraguan dalam hal itu atau mungkin terdapat spesimen milik orang lain. Apakah sebenarnya berlaku threesome dalam kejadian 26 Jun 2008?

.....Yah..! kita boleh cakap apa saja untuk sedapkan hati yang terluka. Kerja keras blogsfera dalam menelanjangkan musibat Anwar Ibrahim dianggap tidak berbaloi.

Kita harus ingat, Anwar bukan ditakrif TIDAK BERSALAH dia cuma dibebaskan dan dilepaskan kerana keraguan mahkamah dalam penentuan bahan bukti. Bukti-bukti sebelum ini seperti CCTV, keterangan Dr. Hoogland dan kebijaksaan pendakwaraya menepis segala bukti yag dikeluarkan peguam bela adalah keperluan yang menjurus kepada percentage perlakuan songsang Anwar.

3. Mungkin juga benar bahawa ada sesuatu yang satu pihak sangat takutkan jika pihak yang dihukum bertindak dengan membongkar segala rahsia dan kisah silamnya. Katakan... siapa boleh lupa pada cerita di Port Dickson sewaktu sama-sama di zaman Pemuda dulu?

4. Mungkin pembebasan Anu arr membuat orang dari kem Anu arr berpindah arah kerana melihat kebenaran,namun jangan kita sangkal bahawa tentu juga ada yang tidak berpuas hati dari kem sini untuk berpaling kesana pula. Ini dunia politik, bertukar pendirian bukanlah satu dosa.....yang tidak terampunkan!

5. Mustahil jalan Anu arr ke Putrajaya tertutup serapat-rapatnya, bahkan mungkin terbuka lebih luas dan kita terpaksa menerima beliau sebagai PM selepas PRU nanti walaupun kita tidak inginkannya kerana peruntukan dan perundangan membolehkannya begitu.

6. Melihat perkembangan politik mutakhir dimana kecenderungan mereka yang dulunya menyokong kerajaan kini menyertai pembangkang serta file 16 September yang dibuka semula tidak mustahil benar-benar adanya Ahli Parlimen BN yang akan sertai kem Anu arr atas alasan apa sekalipun. Justeru mimpi itu sudah menjadi berwarna-warni serta cerah semula. Welcome back DS Anwar, the next Prime Minister!

1 comment:

  1. Allah lebih Mengetahui, semuanya dalam perancanganNya. Biarkan Anuwar dan pengikutnya mabuk dan hanyut dalam kemenangan yang amat mengelirukan itu...Sabar bro Step One baru bermula...

    Ini hanya ujian Istidraj...tak percaya tungguuuuu!

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”