Kempen pembangkang - DS Najib Letak Jawatan!
1. Momentum Anu arr kembali segar pada kedudukannya setelah hakim memutuskan Ketua Pembangkang itu bebas dari bersalah dalam kes meliwat Saiful. Keputusan itu disambut dengan sorakan penyokong-penyokongnya serta pemimpin-pemimpin Pakatan Pembangkang...(dan BN juga)
2. Bukan lagi rahsia bahawa ada beberapa politikus BN yang menyokong Anu arr dalam gelap dan juga dalam terang. 'SuckMongkol' dan Aspan Alias dulu UMNO sekarang DAP. UMNO masih berbalah sesama sendiri hingga ke bahagian dan cawangan.
3. Kehadiran Kadir Sheikh Fadzil bekas menteri (UMNO) yang kini aktif dengan AMANAH yang diasaskan oleh Ku Li jadi tandatanya kemanakah arahnya secara peribadi dan kemanakah arah AMANAH akan dibawa Ku Li?
4. Isu lompat parti 16 September 3 tahun lalu marak kembali. Ianya diperkatakan secara senyap dan juga terbuka. Kita mendengar ada gerakan berusaha mendesak DS Najib melepaskan jawatannya selain itu ada juga usaha memancing wakil rakyat sedang dijalankan.
5. PRU13 dibayangkan akan jadi sengit. Kemenangan 2/3 BN tentu sekali masih mustahil. Khabarnya pemimpin BN sendiri akan membiarkan keadaannya jadi 50-50 supaya kerajaan campuran boleh dibentuk dan PM baharu akan ditunjuk.
6. Suara ke-3 inginkan perubah total dalam politik dan pentadbiran negara. DS Najib akan disingkirkan kerana 'liabilitinya'. Bagaimanapun bukan Anu arr yang akan diangkat kerana mereka juga sedar itu adalah malapetaka untuk negara. Tokoh yang khabarnya disenangi banyak pihak adalah yang berpengalaman dalam urusan kewangan negara. Tidak terlibat dengan masalah dan skandal dan dia AMANAH serta 'flexible'.
7. Zaid Ibrahim KITA akan turut serta untuk menambah kekuatan. Setitik menjadi selautan. Dari Bumi Kenyalang pun kahabarnya serupa. Demi mempertahan kekuasaannya dan jadi pemimpin selama-lamanya. Sabah negeri dibawah bayu sukar diramal. Pernah dahulu menukar arah pada saat-saat akhir. Tidak mustahil peristiwa ini berulang.
8. UMNO masih seperti dulu, masih belum berubah. Jika tidak dicalonkan mereka akan sabotaj calon baru kerana ingin buktikan bahawa merekalah 'Winnable Candidates'. Jika bukan dari team mereka yang jadi calon mereka rela menyokong lawan. Demikianlah sifat UMNO, dari pecah sebiji mereka rela pecah sesarang.
9 Justeru, PRU13 adalah bayang hitam dan misteri. Jika nasib semakin buruk kerajaan akan bertukar sebelum PRU, bergantung kepada seberani mana kita meredah ombak dan badai. Rakyat sudah semakin cerdik dan tidak 'makan' retorik. Pejuang hanyalah bagi mereka yang berani!
10. Apabila ada yang sudah berani menuntut PM letak jawatan bermakna beliau tidak lagi dihormati dan tidak dilihat sebagai pejuang yang berani:
Warisan 2057
Dunia Cacamarba
Anak Sungai Derhaka
Dr. MIM
Pemimpin UMNO tetap tidak berubah.Rakyat yg perlu merubah UMNO.Jalan terbaik jangan beri mandat 2/3 kepada UMNO biar kerajaan campuran.Tak bolehlah pemimpin UMNO merompak kekayaan negara secara sendiri sahaja
ReplyDelete