30 January, 2012

CALON PILIHAN RAKYAT?

Jika pemimpin sayangi rakyat, rakyat juga akan sayangi pemimpin.


PAGOH 29 Jan. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, calon Barisan Nasional (BN) perlu memenuhi kehendak pengundi setempat dan bukan sekadar parti semata-mata bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, calon tersebut juga mesti seorang yang baik, hebat dan berwibawa selain berpotensi besar untuk menang di kawasan yang ditandinginya.

"Jadi dalam soal ini kita nak minta semua ahli parti utamakan kehendak rakyat iaitu pengundi dan bukan kehendak parti. Walaupun parti itu penting, tetapi kehendak pengundi perlu diutamakan.     - (Utusan Malaysia Online)



Jikalau pandangan dan saranan dari pemimpin tertinggi UMNO BN ini diterima pakai oleh semua para pemimpin diperingkat bahagian, sudah pasti BN tidak dimalukan dalam PRU12 lalu.

Malangnya bagi UMNO dan BN adalah adanya pemimpin-pemimpin yang walaupun bukan pilihan rakyat namun masih merasakan bahawa merekalah 'Winnable Candidates'.

Di suatu bahagian di Pahang, ada bisik-bisik mengatakan bahawa wakil rakyat yang sudah lama tetapi masih menganggap dirinya masih pilihan rakyat sehingga sanggup mengugut jikalau beliau tidak dicalonkan maka semua wakil-wakil rakyat yang ada juga hendaklah tidak dicalonkan juga.

Hakikatnya sudahlah kehendak rakyat disesuatu tempat itu berlainan dari tempat yang lain. Demikian juga dengan setiap wakil rakyat itu sendiri, mereka tentunya berbeza antara satu dengan yang lain berdasarkan kepada perkhidmatan yang mereka berikan selama ini.

Ada wakil rakyat yang tidak memberi khidmat yang baik kepada rakyatnya namun masih tenggelam dalam mimpinya sendiri untuk terus berkuasa dan menganggap bahawa jikalaulah bukan dia yang jadi calon maka DUN atau Parlimen yang ditandingkan itutidak akan menang.

Yang terbaik adalah, jangan sekali-kali pemimpin itu menilai dirinya sendiri sama ada layakkah menjadi calon atau tidak. Biarkan ini diputuskan oleh pucuk pimpinan parti dan semua perlu akur dan jangan sekali-kali bertindak untuk mensabotaj calon yang terpilih dan mensabotaj parti kerana kekalahan parti akan mengubah pentadbiran negara dan mungkin juga kerajaan yang baru nanti akan menyingkap segala suduh-sudut gelap mereka selama ini.

Ada bekas wakil rakyat yang sudah digugurkan kerana tidak memberi perkhidmatan yang baik sewaktu jadi wakil rakyat, namun merasakan dirinya hebat lalu bertindak mengutuk pucuk pimpinan parti melalui tulisan-tulisannya. Kemudian sanggup sertai parti rasis walaupun sedar dirinya hanya akan jadi alat semata-mata untuk membalas dendam kerana dirinya terbuang.

Orang itu adalah pengkhianat bangsa dan negaranya sendiri. Bahkan kita percaya, dia tidak akan kemana kerana jikalau dia mampu memberikan perkhidmatan baik, sudah tentu pengundinya menyayanginya dan beliau tidak akan tersingkir.

Malangnya pemimpin itu, dia bukan sahaja ditolak oleh rakyat, bahkan keluarganya sendiri juga sudah meminggirkannya. Jika rumahtangga sendiri tidak dapat dipimpin, usahlah bermimpi untuk jadi pemimpin rakyat yang disenangi.










No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”