29 February, 2012

USTAZ AZHAR SINDIR OSTAD BADROL AMIN?



1.Benar kita bukan mahkamah dan tidak layak hakimi seseorang yang kesnya sedang disiasat. Tapi tentu kita belum lupa apa yang Anu arr cuba lakukan apabila kes 'liwat-2' nya hendak dijatuhkan hukuman.....'Mahkamah Rakyat'!

2. Ini mengenai Ostad Badrol Amin, wali allah PKR yang mengangkat Anu arr sebagai 'Imam Mahadi' yang juga terkenal dengan maki hamunnya kepada mufti sehingga berani menyebut hendak pancung kepala dan menyamakannya sebagai 'Bapak Setan'.

3. Apabila ditangkap berkhalwat dengan bini orang dia mula memberikan beribu alasan....kaunseling lah...sehingga pukul 3 pagi ....kaunseling ke apa jadahnya? Berdua-duaan dengan bukan muhrim...khabarnya ketika diserbu mereka mengambil masa sehingga lebih setengah jam untuk membuka pintu bilik dan Ostad ni pulak bertuala (khabarnya basah(?) wallahualam!).

4. Kononnya itu pula bukan malam pertama mereka berdua-dua, bahkan ini berlaku beberapa malam sebelum mereka tertangkap lagi...maknanya siri kaunseling berdua-duaan ini berlanjutan sehingga 2-3 malam. Konon juga Ostad ini dibelasah oleh seramai 20 orang yang datang bersama suami kepada isteri yang di-kaunseling-kan oleh ostad ini. Jika dibayangkan kalau 20 orang membelasah ostad ini sudah tentu 'totey'nya pun sudah tidak dapat dikenalpasti lagi kerana sudah hancur lebur, tetapi yang hairannya mukanya pun tidak mengalami sebarang kesan sebagaimana orang yang dibelasah melainkan muka seperti orang bersalah dan orang berdosa...

5. Spin punya spin, konspirasi UMNO juga yang dijadikan alasan. Malang sungguh UMNO....Anu arr balun chinadoll....konspirasi UMNO, Anu arr balun bontot Saiful....perangkap UMNO, sekarang ostad PKR bersunyi-sunyian dengan bini orang.....salah UMNO juga. Memang mudah puak-puak pembangkang ini melepaskan diri dari kesalahan selagi ada UMNO. Pasti PRU nanti UMNO tetap akan jadi pilihan sekurang-kurang berguna untuk pembangkang membuang dosa mereka dengan menyalahkan UMNO.

6. Dalam klip diatas, Ustaz Azhar juga percaya bahawa jika berhadapan dengan perempuan dengan berdua-duaan, serban sebesar bakul pun akan dicampak buangkan. Soalnya; 1. Apakah kita percaya bahawa ostad PKR ini begitu kuat imannya menghadapi seorang perempuan secara berdua-duaan dan bersunyi-sunyian?  2. Apakah bukan satu kesalahan kepada seorang ostad jika berdua-duaan dengan bukan muhrim?

28 February, 2012

OSTAD PKR?

Gambar hiasan: Ostad yg zuhud yg meng-Imam Mahadi-kan Anu arr Brahmim


1. Kes 'Khalwat' seorang Ustaz PKR sedang hangat diperkatakan dimerata-rata di seluruh negara. Tiba-tiba ustaz ini popular lagi sekali selepas beliau meng-Imam Mahadi-kan Anu arr tidak lama dulu.

2. Kes berlaku ketika pakatan pembangkang sibuk menganjur 'Himpunan Hijau' yang dijadikan alat dan perkakas membantah Lynas.

3. Ada blog yang menyindir Ustaz ini, katanya dalam pembangkang sibuk membantah Lynas dia pula sibuk ber-lendir......(Baca Sini  dan Sini...Sini)

4. Persoalannya, kenapa kaunseling perlu pada pukul 3 pagi dan berdua-duaan di dalam bilik antara bukan muhrim....dan bertuala pula.....?? Siapa nak jawab ni dan bagaimana nak jawab ni?

5. Apakah jawapannya ada disini? (Klik Sini)


Akhirmya tewas juga dipintu 'syurga'

25 February, 2012

JACOB & CO PATUT SAMAN CIKGU BARD

Utusan Malaysia super impose yang dilakukan oleh pembangkang 
dalam menyebar fitnahnya


1. Pihak pembangkang memang pakar dalam menyebarkan fitnah, dengan satu matlamat iaitu untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin serta dalam masa sama mengangkat pemimpin pembangkang dalam usaha mereka untuk memerintah di Putrajaya.

2. Anu arr memang terkenal dalam segala macam tipu muslihat dan tipu dayanya. Malangnya masih ada dikalangan rakyat yang masih bodoh dan tertipu olehnya. Segala macam tuduhan dibuat terhadap pemimpin dan kerajaan untuk menutup segala keburukan dan salah lakunya selama ini. Dalam erti kata lain, Anu arr membaling batu kemudiannya bukan saja setakat sembunyi tangan bahkan menuduh tangan orang lain yang membaling batu-batu itu.

3. Dalam kes PM menghadiri perayaan Hari Ponggal masyarakat India, DS Najib ditohmahkan konon menggadaikan akidah dengan mangikuti acara kaum berkenaan sedangkan hakikatnya Anu arr sendiri melakukan lebih dari itu sebelum ini. (Klik Sini , Sini dan Sini)

4. Namun apabila sesuatu tuduhan terkena kekepalanya sendiri, beliau tanpa segan silu menolak tuduhan itu walaupun hukum akan menyatakan bahawa alasan yang diberikan tidak logik sama sekali. Dalam kes bersenggama dengan 'Chinadoll', walaupun sudah jelas wajahnya  dan mungkin juga 'totey'nya adalah milik beliau, namun Anu arr memberi alasan bahawa perutnya dan perut yang didalam klip video berkenaan tidak sama. (Klik Sini)

5. Tak lama dulu, pembangkang lakukan teknik super impose terhadap Utusan Malaysia, kononnya pengakuan DS Rosmah berkenaan pembelian cincin RM24Juta yang dilakukan hasil dari menabung sejak kecil. Yang ingin dijadikan mangsanya adalah DS Rosmah sendiri serta Utusan Malaysia yang pihak pembangkang jadikan seteru sejak lama dulu. Pembangkang jadikan alasan tidak logik mengumpul duit sejak kecil untuk membeli cincin berkenaan untuk bangkitkan kemarahan rakyat, malangnya rakyat tidak lah sebegitu bodoh untuk mempercayai begitu saja. (Rujuk foto diatas)

6. Jacob & Co, sebuah syarikat yang berpengkalan di New York dikatakan sebagai syarikat yang berkenaan dalam mengekspot cincin tersebut ke Malaysia. Cikgu Bard adalah antara orang terawal yang menyebarkan fitnah berkenaan isu cincin tersebut. (Baca pendedahan PapaGomo mengenai fitnah Cikgu Bard

7. Kita menuntut supaya Syarikat Jacob & Co menyaman Cikgu Bard atas tuduhan memfitnah dan menyebarkan berita palsu supaya isu berkenaan dapat dijelaskan kepada rakyat dan supaya segala macam fitnah tidak lagi dengan sewenang-wenangnya disebarkan dikalangan masyarakat yang akhirnya akan menwujudkan suasana tidak tenteram dan huru-hara serta syak wasangka.

21 February, 2012

HASSAN BASRI SERANG KUBU PAS JENGKA PUSAT




1. Ustaz Hassan Basri, mantan Ketua Penerangan Pas Negeri Selangor (2001 - 2003) dijemput hadir berceramah oleh satu badan bebas NGO pada 16hb Februari 2012 di Stadium Mini, Bandar Pusat Jengka, Pahang.

2. Kehadiran sungguh sangat membanggakan yang terdiri dari sama ada penyokong kerajaan dan penyokong pembangkang juga.

3. Oleh kerana beliau telah meninggalkan parti Pas, maka sembutan yang diterima oleh ahli-ahli dan penyokong Pas adalah dengan mengoyakkan dan menjatuhkan poster dan banner yang meraikan kedatangannya.

4. Apakah UMNO, BN lakukan begini kepada poster dan bendera mereka selama ini? Siapakah yang taksub, fanatik dan kurang akal dalam berpolitik? Inikah ajaran Islam yang diajar oleh Pas?

5. Ustaz Hassan Basri sindir Pas supaya jangan butakan hati dan butakan jiwa mereka.


18 February, 2012

HIMPUNAN ULAMA', CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA




Satu program yang dinamakan" Himpunan Ulama', Cendekiawan Islam & Penulis Maya Kebangsaan 2012 Bersama YAB. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia" telah diadakan bermula semalam di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur.

Program yang dianjurkan oleh Kelab Sahabat Bina Negara bertemakan 'Bermuafakat Mentransformasikan Ummah'  ini menghimpunkan lebih 300 Ulamak dan Cendekiawan Islam serta rakan media sosial dan penukis maya.

Antara tokoh-tokoh yang hadir dan memberi buah pandangan mereka didalam program berkenaan pada hari pertama adalah YBhg. S.S. Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Hj Harrussani Bin Hj. Zakaria (Mufti Negeri Perak), YBhg. Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Hj. Ab. Majid (Timb. Dekan, Institute Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, UIAM) dan YBhg. Fathul Bari Bin Dato' Mat Jahaya (Pengarah Urusan. CEO ILMU).

Persoalan yang diperkatakan adalah sekitar kesepaduan Ulama', Cendekiawan Islam dan Penulis Maya dalam menyelamatkan masalah umat. Peranan dan hemah para pengamal media sosial sebagai penulis dan penyampai maklumat maya serta peranan kita sebagai ahli masyarakat dalam menghapuskan jurang perbezaan pendapat serta fikiran dan fahaman politik dalam dalam penulisan di media sosial.

Kita melihat dalam perkembangan sekarang ini, atas nama kekebabasan bersuara maka penulis maya sanggup mencipta dan menyebarkan fitnah semata-mata untuk tujuan membantu kepentingan politik golongan tertentu tanpa ada rasa kesal dan berdosa.

Justeru, jikalaulah program ini dapat dihadiri dan disertai oleh lebih ramai lagi bloggers dan facebookers yang bukan sahaja dipihak penyokong kerajaan bahkan dipihak penyokong pembangkang juga, sudah tentu penyebaran fitnah dan fakta yang salah tidak berlaku atau dapat dikurangkan.

Kesedaran harus ditanamkan kepada semua pengamal media sosial bahawa penyebaran fitnah dengan apacara sekalipun adalah satu perbuatan salah dikutuk bukan sahaja dari segi etika bahkan dari sudut agama Islam sendiri. Malangnya ada sesetengah pihak yang dengan menggunakan nama Islam turut serta menyebarkan fitnah walaupun dalam keadaan sedar.


08 February, 2012

POLITIK JERANTUT MENJELANG PRU13

Foto Ihsan blog WZWH


1.  Jarang saya mengulas politik Jerantut kerana enggan terlibat dengan pertelingkahan diantara kem-kem, namun seorang sahabat yang juga Ketua sebuah Cawangan UMNO mendesak dan memberikan maklumat. Satu pertemuan diantara pemimpin Bahagian dengan Jawatankuasa Bahagian serta Ketua dan Jawatankuasa Sayap-Sayap juga  Ketua-Ketua Cawangan telah diadakan pada petang Isnin 6hb Februari lalu bagi tujuan khusus untuk persediaan menghadapi PRU akan datang. (Baca Juga Disini) 

2.       Ramai hadirin kecewa dengan sikap bongkak dan sombong seorang pemimpin Bahagian setelah terlibat dengan perbahasan keras dan perbezaan pendapat dengan seorang yang juga AJK Bahagian berkenaan ungkitan isu segala pembangunan yang kononnya dilakukan serta soal ilmu dan pendidikan yang ingin dititikberatkan oleh AJK berkenaan.

3.       Pemimpin yang dimaksudkan yang gagal menahan amarahnya telah menunjukkan ‘warna’ sebenarnya dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak wajar keluar dari mulut seorang pemimpin yang juga merupakan Ahli Yang Berhormat.

4.       Pertamanya, dengan angkuh dan sombong beliau menyatakan bahawa segala-galanya didalam UMNO adalah berkenaan duit. Ini mungkin bermaksud bahawa Ketua-Ketua Cawangan serta para Perwakilan dapat dibeli dengan duit. Keduanya, untuk kesekian kalinya beliau menyatakan dihadapan umum bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas sekiranya tidak dicalonkan didalam PRU akan datang.

5.       Tentu bukan sahaja ahli UMNO bahkan rakyat didalam kawasan pemilihan beliau pasti akan merasa kesal dengan kenyataan demikian yang tidak menunjukkan taat setianya terhadap parti serta ketidakikhlasannya sebagai wakil rakyat.

6.       Jika perselisihan diantara pemimpin masih tidak dapat diselesaikan sehingga saat sebegini, memang tidak mustahil ‘kerusi-kerusi’ dalam Parlimen Jerantut akan dapat direbut pembangkang, bukan kerana kekuatan dan sokongan rakyat terhadap mereka, tetapi adalah kerana kelemahan parti sendiri yang berkemungkinan juga akan menjurus kepada berlakunya sabotaj dan ‘caj keting’ dalam PRU nanti.

7.       Saya boleh percayai bahawa pemimpin tidak perlu berpendidikan tinggi untuk jadi wakil rakyat yang baik serta efisyen dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat, namun pemimpin haruslah bijak dalam berfikir, merancang serta menuturkan kata-kata. Dalam zaman rakyat lebih kritis dan berani menuntut hak ketika ini, tentunya pemimpin-pemimpin sedemikian sudah tidak relevan lagi diletakkan sebagai calon.

05 February, 2012

1AGENDA, 'KONVESYEN MEDIA SOSIAL'




1. Hari ini (5hb. Februari 2012), UMB UMNO Jerantut menganjurkan kursus intensif pengendalian blog bagi tujuan membina dan mengasah kemahiran berblog dikalangan ahli-ahli UMNO serta penyokong kerajaan dalam kawasan Parlimen Jerantut. Kursus yang diadakan di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut ini diharap akan dapat memantapkan lagi 'Sibertrooper' pro kerajaan dalam menghadapi PRU akan datang. Kursus ini diadakan atas inisiatif Sdr. Mustafar Mat Arop, Pengerusi UMB UMNO Bahagian Jerantut.

2. Esok (6hb. Februari 2012), Konvesyen Media Sosial 1Malaysia - Siri Jelajah 'myvo1ce' Negeri Pahang akan diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh bermula jam 8.00 pagi. Konvesyen dianjurkan oleh '1Agenda' dengan kerjasama 'PahangKu'. Konvesyen berkenaan mensasarkan seramai 600 peserta yang terdiri dari penggiat media sosial pro kerajaan di negeri Pahang.

3. Konvesyen ini juga adalah kesinambungan dari Konvesyen Media Sosial 1Malaysia peringkat nasional yang diadakan di PWTC pada 20hb November lalu yang mana telah dapat menarik seramai 2000 peserta dari seluruh negara.  Konvesyen Media Sosial 1Malaysia - Jelajah myvo1ce Negeri Pahang dijangka akan disertai oleh seramai 600 peserta anak negeri Pahang termasuk mereka yang menetap di luar Pahang.

4. '1Agenda' juga telah merancang Konvesyen Media Sosial 1Malaysia - Jelajah myvo1ce secara bersiri dibeberapa negeri sebagai kesinambungan Konvesyen Nasional. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada En Zul Azahar Char selaku Yang Di Pertua '1Agenda'.

5. Sanjungan juga harus diberikan kepada Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin atas usahanya menggerakan 'myvo1ce' dan menjayakan Konvesyen Media Sosial  serta siri jelajahnya. Tanpa usaha beliau tidak mungkin ini semua menjadi realiti. Syabas!

04 February, 2012

NIK AZIZ DAN ANU ARR JUGA PATUT TIDAK TANDING PRU

Masyallah, taksubnya mereka!


1. Kita tidak terkejut dengan pengumuman Nik Aziz untuk tetap bertanding dalam PRU akan datang. (Klik Sini) Kita sedar bahawa kebelakangan ini lidah-lidah 'ularmak' sudah tidak lagi boleh dipercayai. Dulu Nik Aziz pernah menyelar Tun Dr. Mahathir kerana dianggap terlalu lama memimpin kerajaan dan parti dan bersama mendesaknya supaya berundur. Kini Tun sudahpun bersara dari politik, bila pula agaknya Nik Aziz, Hj Hadi, Karpal Singh serta Lim Kit Siang akan bersara atau mereka akan terus ingin 'menongkat langit'?

2. Tidak menghairankan apabila Hj Hadi umumkan untuk tidak bertanding dalam PRU akan datang, kerana beliau lebih sedar diri dan insaf bahawa perjuangannya dan sumbangnya tidak mampu membawa ummah kemana-mana. Dalam masa sama beliau juga sedar bahawa beliau tidak juga akan kemana-mana kerana segalanya dikuasai oleh Nik Aziz didalam Pas dan oleh Anu arr Al-Juburi dalam Pakatan Pembangkang. Hj Hadi bukan apa-apa dan bukan siapa-siapa.

3. Khabar Hasan Ali akan memimpin KITA sungguh menarik kerana akan memberikan persepktif baru dalam politik negara. Penyokong Hasan Ali sendiri serta mereka yang selama ini menyokong perjuangan Islam didalam Pas tentu akan beralih arah. Meninggalkan Pas dengan kepimpinan lapok Nik Aziz-nya dan kekecewaan Hj Hadi kerana kehilangan kuasanya selama ini. Apalagi mereka sudah semakin sedar bahawa retorik Pas yang terlampau dan menggunakan agama sebagai cara meraih sokongan politik.

4. Apabila Nik Aziz dianggap seumpama nabi oleh penceramah Pas dan Nik Aziz hanya mendiamkan diri seakan setuju, ini membuatkan penyokongnya percaya bahawa ingatan dan pemikiran beliau sudah semakin tidak stabil. Untuk mengangkat dan memberi penghormatan kepada pemimpin adalah tidak wajar sama sekali mengangkat mereka sehingga ketahap Nabi, Imam Mahadi bahkan diumpamakan sebagai Khalifah serta Ulamak sekalipun.

5. Pas sudah semakin mengikut kata Anu arr Anu-gerah Tuhan dan akur kepada kehendak DAP kini sudah semakin hilang kreadibiliti dan tidak lagi dihormati. Nik Aziz mesti digantikan dengan pemimpin baru yang lebih bersemangat dan ada idea baru. Nik Aziz patut direhatkan dari politik sebagaimana Hj Hadi yang ingin berehat secara sukarela. Yang lebih utama adalah, Anu arr 'Berahi' mesti disingkirkan dari politik tanahair kerana beliaulah yang dilihat sebagai tokoh mengacaubilaukan politik negara kerana keangkuhan dan ketamakkannya selama ini.

6. Jika Nik Aziz akan tetap bertanding kerana katanya khidmatnya masih diperlukan oleh segelintir penyokong, maka saya juga akan tetap menulis dan mengkritiknya kerana masih ada yang tetap menginginkan saya terus menulis dan mengkritik.




03 February, 2012

ANU ARR DAN SERBUK KUNYIT



PARIS - Seorang wanita yang mendakwa dia diawasi polis dan nyawanya juga terancam bertindak mencurahkan tepung gandum ke atas calon utama pilihan raya Presiden Perancis kempen beliau di sini kelmarin.
Wanita berkenaan yang memperkenalkan diri di hadapan kamera televisyen sebagai Claire Seguin, 45, berlari ke atas podium tempat calon Presiden daripada Parti Sosialis, Francois Hollande yang berdiri untuk menandatangani 'kontrak sosial' sebagai simbolik sokongan beliau terhadap dasar perumahan untuk semua rakyat.
Hollande yang kini mendahului populariti Presiden Nicolas Sarkozy kekal tenang sepanjang insiden tersebut walaupun kaca mata, rambut dan pakaiannya dilitupi tepung gandum......(Klik Sini)


1. Demikian kisah calon Presiden Perancis yang dilempari tepong bagi menunjukkan protes

2. Tun Dr. Mahathir juga pernah diserang oleh orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan spray pemedih mata setibanya di Lapangan Terbang Kota Bharu tidak lama dulu. (Klik Sini)

3. Yang ingin kita dengar dan lihat adalah Anu arr dilumuri serbuk kunyit kerana pembohongan dan adu-dombanya selama ini.

02 February, 2012

HASAN ALI GENTARKAN PAKATAN PEMBANGKANG




1. Pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali oleh Pas akhirnya telah memberikan kesan besar kepada sokongan Pas terutama di negeri Selangor. Beribu-ribu penyokongnya telah mengikut jejaknya meningalkan perjuangan Pas yang selama ini mereka hayati bahkan berikutan dengan itu juga ramai penyokong-penyokong tegar Pas mengambil sikap mendiamkan diri dan menjauhkan parti. (Klik Sini)

2. Bertambah merunsingkan Pas adalah apabila Datuk Dr. Hasan Ali menubuhkan NGO 'Jati' yang dalam masa singkat telah membawa penyokongnya dan penyokong Pas berubah kepada 'Jati'. Walaupun 'Jati' bukanlah sebuah pertubuhan politik, namun ianya akan dapat berperanan sebagai kumpulan yang akan menyalurkan undi kepada parti yang ditentukan oleh kepimpinan. 

3. Apa yang dilakukan oleh Dr. Hasan Ali dewasa ini sangat merunsingkan bukan sahaja Pas malah keseluruhan parti-parti dalam Pakatan Pembangkang. Kerana ini akan mampu memberikan kesan besar dan menumbangkan Pakatan Pembangkang (Klik Sini)  dan seperti biasa bagi Anu arr, sesiapa yang menentangnya dianggap dibeli oleh UMNO dan terlibat dengan konspirasi ciptaan UMNO.

4. Kerana kebimbangan terhadap pengaruh Dr. Hasan Ali yang mampu menghancurkan Pakatan Pembangkang, maka  Anu arr menuduh Dr. Hasan Ali bermacam-macam termasuklah kononnya mengikuti cara UMNO dengan membuat serangan peribadi, (Klik Sini) namun dalam masa sama Anu arr sembunyikan keburukannya selama ini bahawa beliaulah yang sering membuat serangan peribadi terhadap pemimpin BN. 

01 February, 2012

PRU13: ANU ARR LAWAN DS NAJIB



1. Dalam satu pertemuan dengan pemimpin UMNO baru-baru ini, kita mendapat syarat bahawa PRU13 semakin hampir. Amanat pemimpin berkenaan kepada hadirin adalah; pertembungan semakin hampir, dan jika diibaratkan kita dalam pemanduan maka kita harus berada di 'gear 5'.

2. PRU13 nanti bukan setakat pertembungan diantara BN dan Pakatan Pembangkang, tetapi yang lebih penting adalah pertembungan diantara DS Najib dan 'Anu arr Berahi' kerana barisan mana yang menang maka antara mereka berdualah yang akan jadi pemimpin nombor satu negara, iaitu Perdana Menteri.

3. Justeru, para pengundi haruslah membuat keputusan dengan tepat siapakah diantara 2 pemimpin berkenaan yang lebih layak jadi pemimpin dan jadi Perdana Menteri? Kerana keputusan yang salah akan mendatangkan kesusahan kepada masa depan kita dan anak cucu kita nanti. Berapa ramai orang-orang Melayu Pulau Pinang yang terpaksa senyum dalam tangisan apabila telah membuat keputusan yang salah dalam PRU lalu?

4. Natijah kepada PRU13 nanti adalah memilih diantara DS Najib dan Anu arr, siapakah yang lebih layak sebagai Perdana Menteri kerana parti politik yang mereka wakili hanyalah sebagai wadah bagi mencapai matlamat berkenaan.

5. Supaya kita bersikap adil dalam memilih antara mereka berdua, saya cadangkan kita sediakan dua senarai yang tiap-tiap satunya adalah untuk salah seorang dari mereka. Kemudian kita senaraikanlah apa kebaikan dan keburukan diantara mereka berdua yang berdasarkan fakta bukannya fitnah semata-mata.

6. Kita pasti bahawa diakhir usaha kita itu nanti kita akan dapati bahawa Anu arr Berahi tidak layak dipilih sebagai Perdana Menteri kerana segala kekurangannya yang ada. Jika pun beliau ada banyak kelebihan, maka kelebihannya hanyalah berupa penipuan demi penipuan, selain dari beliau yang sudah di sahkan memiliki banyak 'lubang'...depan dan belakang!

7. Pilihlah kesejahteraan, kebebasan, keharmonian dan segala yang DS Najib tawarkan......