18 February, 2012

HIMPUNAN ULAMA', CENDEKIAWAN ISLAM DAN PENULIS MAYA




Satu program yang dinamakan" Himpunan Ulama', Cendekiawan Islam & Penulis Maya Kebangsaan 2012 Bersama YAB. Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia" telah diadakan bermula semalam di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur.

Program yang dianjurkan oleh Kelab Sahabat Bina Negara bertemakan 'Bermuafakat Mentransformasikan Ummah'  ini menghimpunkan lebih 300 Ulamak dan Cendekiawan Islam serta rakan media sosial dan penukis maya.

Antara tokoh-tokoh yang hadir dan memberi buah pandangan mereka didalam program berkenaan pada hari pertama adalah YBhg. S.S. Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Hj Harrussani Bin Hj. Zakaria (Mufti Negeri Perak), YBhg. Prof. Emeritus Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Bin Hj. Ab. Majid (Timb. Dekan, Institute Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, UIAM) dan YBhg. Fathul Bari Bin Dato' Mat Jahaya (Pengarah Urusan. CEO ILMU).

Persoalan yang diperkatakan adalah sekitar kesepaduan Ulama', Cendekiawan Islam dan Penulis Maya dalam menyelamatkan masalah umat. Peranan dan hemah para pengamal media sosial sebagai penulis dan penyampai maklumat maya serta peranan kita sebagai ahli masyarakat dalam menghapuskan jurang perbezaan pendapat serta fikiran dan fahaman politik dalam dalam penulisan di media sosial.

Kita melihat dalam perkembangan sekarang ini, atas nama kekebabasan bersuara maka penulis maya sanggup mencipta dan menyebarkan fitnah semata-mata untuk tujuan membantu kepentingan politik golongan tertentu tanpa ada rasa kesal dan berdosa.

Justeru, jikalaulah program ini dapat dihadiri dan disertai oleh lebih ramai lagi bloggers dan facebookers yang bukan sahaja dipihak penyokong kerajaan bahkan dipihak penyokong pembangkang juga, sudah tentu penyebaran fitnah dan fakta yang salah tidak berlaku atau dapat dikurangkan.

Kesedaran harus ditanamkan kepada semua pengamal media sosial bahawa penyebaran fitnah dengan apacara sekalipun adalah satu perbuatan salah dikutuk bukan sahaja dari segi etika bahkan dari sudut agama Islam sendiri. Malangnya ada sesetengah pihak yang dengan menggunakan nama Islam turut serta menyebarkan fitnah walaupun dalam keadaan sedar.


2 comments:

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”