"UMNO sudah tidak sebaik seperti sebagaimana ketika saya masih menteri dulu, sayalah insan pilihan yang mampu lakukan yang tiada siapa lagi yang dapat melakukan sepertinya. Saya patut kekal jadi menteri selama-lamanya."
1)
Kebelakangan riuh di media massa bekas-bekas pemimpin UMNO meninggalkan parti dan menyertai parti lain, atas alasan UMNO sudah tidak baik lagi serta mereka sedar bahawa ada kepincangan didalam UMNO. Ahli biasa UMNO diperingkat akar umbi tidak pula begitu dan masih memberikan sokongan kepada UMNO kerana kepercayaan mereka terhadap kepimpinan yang ada dewasa ini.
Kita tertanya-tanya kenapakah yang berubah hati ini adalah pemimpin yang pernah memimpin parti dan mengecap kemanisan dari apa yang parti berikan kepada mereka. Apakah benar-benar mereka itu berubah atas kesedaran dan penuh keikhlasan?
Kita tidak kesal kepada mereka yang meninggalkan parti, namun kita kesalkan sikap mereka itu yang boleh diibaratkan sebagai selama ini diberikan madu namun membalasnya dengan tuba. Sikap orang yang tidak mengenang budi dan tidak bertimbang rasa. Apa yang menyedihkannya ialah apa yang mereka pertikaikan itu adalah apa yang mereka pernah kecapi sebelum ini. Setelah mereka mendapat nikmat bagaikan 'lembu kenyang' baru itu mereka sedar bahawa mereka tersilap makan hanya kerana ianya sudah dimana oleh orang lain pula!
2)
Rupanya blogger Suck mudah marah dan juga mudah naik darah. Entah apa dan siapa yang dimarahkan sehingga dia mencabar entah siapa pula.... 'Jika Anak Jantan, Buka Gelanggang Lawan Berhujah' Entah siapa pula yang akan takut dan seriau dengan 'gertak'kannya itu tak siapa yang tahu.

Klip ini saya temui dari sebuah blog orang sekampong, mungkin sesuai untuk mengambarkan keberanian seseorang yang kononnya sedang berjuang
2)
Rupanya blogger Suck mudah marah dan juga mudah naik darah. Entah apa dan siapa yang dimarahkan sehingga dia mencabar entah siapa pula.... 'Jika Anak Jantan, Buka Gelanggang Lawan Berhujah' Entah siapa pula yang akan takut dan seriau dengan 'gertak'kannya itu tak siapa yang tahu.
Namun, seperti yang saya katakan sebelum ini, tulisannya lebih tajam dari kata-kata dalam ceramahnya. Ceramahnya nampak dangkal dan tidak bermaya, mungkin CMK lebih hebat berbanding beliau. 'Si-Hingusan' yang Suck maksudkan itu juga jauh lebih baik darinya. Justeru, jika beliau mencabar sesiapa untuk berkongsi gelanggang dan berhujjah atau debat, maka peluang nya untuk kalah adalah tinggi. Jadi saya cadangkan kepada blogger Suck supaya mengelak dari sebarang perdebatan terbuka yang akan menurunkan sahamnya sebagai ahli politik.
Saya membaca posting terkininya dan meninggalkan komen yang saya tidak pasti apakah disiarkan atau sebaliknya. Komen saya begini; ...tidak kurang kebenaran yg diperkatakan, cuma masanya kurang tepat, kenapa sekarang? kenapa setelah terlucut kuasa? kenapa setelah manisnya habis, jika perjuangan sekarang ini dilakukan semasa bejawatan dulu sudah tentu tiada sebarang penafian. dalam keadaan sekarang ini yg saya ingin katakan adalah ini adalah perjuangan yg berkepentingan.....
Saya nak perbetulkan kenyataan blogger Suck sekali lagi bahawa harga cincin sepertimana yang dicanangkan oleh sibertropper pembangkang adalah RM24Juta, (Klik Sini) jumlah ini dirujuk oleh kebanyakan kenyataan tetapi kenapa blogger Suck menyatakan harganya adalah RM72Juta? Apakah itu cincin kedua DS Rosmah selepas cincin yang dikatakan bernilai RM24Juta itu? atau harganya sudah meningkat serta merta kerana cincin berkenaan sudah semakin popular? atau ini adalah satu lagi fitnah terbaru dari pencacai dan penjilat Anu arr? Siapa sebenarnya pembohong? atau memang kesemua mereka itu berbohong diatas pembohongan?
Pada bahagian rangkap berikut saya merasakan ianya ditujukan khas kepada WZWH sebagai menjawab posting beliau terdahulu; "Akhir sekali- saya menyebut tajuk ulasan saya sebagai memasuki lion’s den bukan untuk menyamakan diri saya dengan nabi Danial tapi untuk memberitahu pembaca, kubu PM di anggap sebagai lions den. Ceramah juga bukan pembentangan kertas kerja. Oleh yang demikian tidak perlu lah ada orang menunjuk dia pandai dengan membutirkan setiap rangkap yang ceramah yang saya sampai. Handal mana lah kekuatan analisa kamu? Nanti bukan nya kehebatan yang di tunjukkan, tapi kebodohan yang di pamirkan.
Bolehkan kita terima menyamakan kritikan yang saya beri sebagai menjatuhkan maruah institusi raja Pahang? Mentang mentang lah, Najib Razak merupakan orang besar berempat. Berempat, berlapan, ber enam belas, kalau mungkar akan saya tentang".
Nampaknya blogger Suck begitu terguris dan tercalar hatinya dengan tulisan WZWH itu dan benarlah seperti sangkaan WZWH terhadapnya sebagaimana yang saya tulis sebelum ini; 'Aok baca posting Sakmongkol terbaru, dia jawab posting WZWH. Aku berjaya psiko dia sampai dia angkat blog aku!'
Jika apa yang blogger Suck lakukan sekarang kini dilakukannya sewaktu dia masih berkuasa dan berjawatan, tentu perjuangannya nampak lebih ikhlas dan akan mendapat sokongan ramai, namun ianya salah ketika. Apakah sekiranya beliau masih ADUN dan tidak digugurkan dahulu suara beliau masih seperti ini? Apakah beliau akan meletakkan jawatan dan sertai DAP atas nama prinsip dan perjuangan jika masih seorang wakil rakyat?
Mungkin ramai dikalangan pembaca yang sudah ada jawapannya namun tentu kita tidak berminat untuk menyatakannya disini kerana bukanlah niat kita untuk menjatuhkan maruah dan air muka seseorang. Sebagaimana juga dengan apa yang berlaku kepada seorang mantan menteri yang baru-baru ini mengumumkan keluar dari parti UMNO, soalnya kenapa baru sekarang? Kenapa terlalu lambat untuk mereka insaf? Jika mereka insaf lebih awal adalah lebih baik untuk pelan transformasi UMNO yang sedang DS Najib laksanakan ini bagi membersihkan UMNO dari dalam...membuang duri dalam daging...

elok laa si kadir tu kluar..dia pun pakai 'bow' sepanjang masa nak nunjuk sgtb kebaratannya...ntah2 keturunan yahudi dr jalur sebelah mamak????
ReplyDelete