08 March, 2012

PELARASAN GAJI : PENINGKATAN PEDAPATAN, PENGURANGAN KEBOCORAN

PM dah pastikan pelarasan dan kenaikan gaji berjalan seperti rancangan,
Presiden Cuepacs kenalah pastikan penjawat awam tidak culas berkerja dan sifarkan gejala rasuah


1. DS Najib telah membawa perkhabaran gembira kepada penjawat awak dengan mempersetujui pelarasan gaji seperti yang dimaklumkan. Sila rujuk Pengumuman Penyelarasan Gaji Penjawat Awam - Portal Blog 'PahangKu'

2. Semoga banyak pihak akan berasa gembira dengan pengumuman ini. Sudah tentu kenaikan gaji akan menguatkan kuasa beli penjawat awam seterusnya mampu meninghkatkan taraf hidup mereka. Cuma kita bimbangkan dalam pada gaji penjawat awam meningkat, peniaga juga tidak lupa cuba mengaut keuntungan dengan meningkatkan harga barang-barang keperluan.

3. Tanpa prejudis, kita berharap masalah kekurangan minyak masak di Perak baru-baru ini bukanlah satu usaha terancang golongan peniaga kearah itu. Kita juga berharap bekalan gula juga tidak akan berkurangan hanya kerana adanya peniaga dan pembekal yang melakukan sabotaj untuk menaikan harga barangan berkenaan.

4. Selain itu kita juga tana prejudis mengharapkan penjawat awam akan dapat meningkatkan produktiviti mereka dengan menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh bersesuai dengan kenaikan kadar gaji mereka supaya tidak berlaku kecuaian dalam menjalankan tugas. Kita tidak hendak dengar lagi ada sungutan yang menyatakan permohonan tanah yang sudah melebihi 20 tahun masih belum selesai prosesnya. Bermakna, jika seekor siput berjalan menuju Putrajaya besar kemungkinan ianya akan sampai kesana sebelum masa 20 tahun. Demikianlah lembabnya sebahagian kakitangan awam menjalankan tugasnya (bukan semua dan bukan disemua jabatan).

5 Selain itu adalah diharapkan juga agar kenaikan gaji dari rezeki yang halal ini akan dapat mengurangkan bahkan menghapuskan rasuah yang selama ini berleluasa dikebanyakan jabatan kerajaan. Ingat bahawa kemungkinan pegawai yang terlibat dalam gejala rasuah itu bukannya penyokong dan pengundi BN namun kesannya tetap akan terpaksa dipikul oleh Kerajaan yang sedang memerintah. Rasuah bukannya khusus terhadap parti tertentu, rasuah adalah amalan peribadi seseorang individu namun Kerajaan harus juga bertanggungjawab terhadapnya kerana ia melibatkan duit rakyat.

Rujuk juga disini: 


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”