13 March, 2012

WAJAR MB PAHANG MAKI WARTAWAN AKHBAR CINA

(0.55 - 1.02) - ...yang bercakap itu ialah Raja Aziz Raja Adnan, 
...Datuk...yaitu Ketua Pengarah AELB.....


Sudah banyak tulisan-tulisan diblog berkaitan isu DSD MB Pahang mengecam seorang wartawan sebuah akhbar Cina yang mengemukakan soalan dengan niat untuk melakukan provokasi. DSD Adnan sudahpun menjelaskan dimana silapnya. (Teliti klip video diatas)

Hakikatnya adalah wartawan berkenaan tidak hadir semasa sidang akhbar Datuk Mustapha, Menteri MITI dan tidak mengetahui sumber tepat kenyataan yang dipetiknya yang didakwa dari DSD Adnan Yaakob sedangkan sebenarnya ianya adalah kenyataan dari Ketua Pengarah AELB, Datuk Raja Aziz Raja Adnan.

Sama ada sumber itu adalah salah petik atau disengajakan dengan niat jahat wartawan serta akhbar Cina berkenaan yang didalangi oleh pihak pembangkang bagi menumbulkan fitnah dan menanam kebencian rakyat terhadap Kerajaan masih menjadi tandatanya.

Walau apapun wartawan berkenaan ternyata bersalah....sama ada salah lapor atau memang bersalah kerana berniat buruk terhadap Kerajaan pimpinan DSD Adnan Yaakob. Sebagai wartawan yang beretika, beliau dan akhbarnya seharusnya memohon maaf secara terbuka terhadap DSD Adnan Yaakob dan Kerajaan Pahang.

Blog 'PahangKu' dengan jelasnya mempertahankan tindakan DSD MB Pahang yang dikatakan melenting dengan tindakan provokatif wartawan akhbar Sin Chew berkenaan. (Baca PahangKu) Laman blog 'Malaysia Heaven' pula mendesak wartawan berkenaan membuat permohonan maaf disamping memperbetulkan kesalahan yang dilakukannya (Baca Malaysia Heaven)

Laman-laman blog milik pembangkang di Pahang memainkan isu berkenaan dan menyalahkan MB Pahang yang kononnya memaki hamun wartawan atas kepentingan politik mereka yang dahagakan sokongan dan undi menjelang PRU13 nanti. Bagaimanapun blog Semut Hitam sebelumnya sudahpun memperbetulkan salah sangka terhadap MB Pahang diblognya (Klik Sini)

Jika soal MB Pahang mengecam wartawan Cina berkenaan dijadikan isu kontroversi, bagaimana pula dengan hal seorang pemimpin DAP yang menganggap wartawan sebagai pelacur? Bagaimanapula dengan pandangan mereka dengan sikap pemimpin pembangkang termasuk Anu arr sendiri dalam melayani para wartawan yang tidak disenanginya?

Sebuah laman blog baru 'Pahang3' dengan sinis mengeluarkan posting menyindir sikap Anu arr 'Berahi' dalam melayani wartawan (Klik Sini). Kenapa pihak pembangkang tidak pertikaikannya selama ini? Apakah hukumnya masih seperti yang ditetapkan oleh pembangkang bahawa jika ianya dilakukan oleh mereka hukumnya halal dan tidak mengapa, namun jika dilakukan oleh UMNO dan Kerajaan makan hukumnya adalah haram. Jika demikian maka sahlah bahawa pembangkang dengan fikiran mereka begitu tetaplah 'haramjadah' selamanya.

Kepada DSD Adnan Yaakob, ingin kami nyatakan bahawa pengamal media sosial Pahang yang pro kepada Kerajaan akan tetap menyokong dan berdiri teguh dengan ketetapan dan pendirian YAB. Kami ingin nyatakan bahawa kami berani mengakui bahawa kami adalah ahli UMNO, orang UMNO dan penyokong UMNO yang akan berjuang pertahankan Negeri dan Negara dalam PRU akan datang.

Tidak ada tempat untuk pembangkang di Pahang. Fauziah pemfitnah akan kita halau keluar dari Kuantan kerana pembohong dan pengadu dumba sepertinya memang tidak layak mewakili rakyat Pahang. Fauziah mencetuskan prasangkan buruk terhadap kerajaan hanya kerana ingin menutup ketidak mampuannya selama ini dalam memberikah perkhidmatan kepada rakyat yang diwakilinya.

Cuba tanyakan apakah peranan dan jasa Fauzian sebagai wakil rakyat Kuantan selama ini? Apakah tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Kuantan hanya sebagai penganjur kempen Anti Lynas, Save Malaysia serta Himpunan Hijau? Jika demikian memang memang mudah menjadi wakil rakyat pembangkang, mungkin jalang dan bapuk juga boleh berkhidmat sebagaimana beliau.

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”