12 April, 2012

ABAI




1. Akhirnya kerajaan menuruti kehendak pihak pembangkang. Sebelum ini demo Bersih diharamkan, kini Bersih 3 dibenarkan. Cuma pastilah dengan bersyarat. Dulu pembangkang jadikan alasan tidak benarkan Bersih sebagai tidak demokratik. Kini kita hendak lihat pula bagaimana demokrasi dan kebebasan itu digunakan oleh pihak pembangkang dengan sebaiknya. Kita bimbang bahawa demokorasi itu akan digunakan untuk menjahanamkan sistem demokrasi kerana hasrat pembangkang bukanlah jujur dan bersih, melainkan untuk memporak perandakan negara.

2. Sikap menyalahkan kerajaan dan pemimpin dalam apa cara sekalipun dengan alasan apa sekalipun sudah jadi resmi bagi mereka. Segala yang pemimpin dan kerajaan lakukan adalah salah bagi mereka dan apa yang mereka lakukan segalanya betul. Namun itu adalah pendapat mereka sendiri. Mereka juga berjaya ujudkan persepsi bahawa kerajaan salah dan tidak betul dalam segala hal.

3. Jangan kita lupakan Pas suatu ketika dulu mengharamkan UMNO kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC serta lain-lain parti komponen bukan Melayu dan Islam sebagai perbuatan khufur. Namun bagi mencapai cita-cita politik peribadi mereka, maka perkara sama, yakni mengadakan hubungan dengan DAP yang lebih radikal dan terbukti sebuah parti rasis yang membenci Islam dihalalkan.

4. Mungkin ada yang akan menyamakan kerjasama yang dilakukan UMNO dan Pas, tetapi lihatlah perbezaannya yang ketara diantara kerjasama keduanya. Kerjasama diantara UMNO dan MCA serta MIC dimana UMNO menjadi pemimpin dan ketuanya sedangkan kerjasama antara Pas dan PKR dan DAP, Pas hanyalah jadi melukut ditepi gantang, jadi budah suruhan serta pencacai 'pengangkut najis' DAP serta 'penjilat bontot' PKR dan Pas tidak berkuasa sama sekali untuk menentukah halatuju mereka.

5. Pas sebelum ini sibuk dengan perjuangan Islamnya termasuk perlaksanaan hudud terpaksa dan rela mengenepikannya gara-gara diherdik oleh DAP. Nampaknya dalam gagasan pakatan pembangkang itu yang lebih berkuasa dan stabil politiknya adalah DAP. Tidakkah kita rasakan bahawa jika pakatan pembangkang menang dalam PRU nanti (walaupun mustahil) maka DAP lah yang akan jadi pemimpin pakatan berkenaan sedangkan PKR dan Pas akan alami perpecahan dan pergaduhan sesama sendiri. Siapakah yang akan untuk dan siapa pula yang akan rugi?

6. Setelah sekian lama kita dipesongkan fakta dan kenyataan oleh pakatan pembangkang dengan membina persepsi yang buruk terhadap pemimpin dan kerajaan, rakyat sudah semakin celik dan sedar pasti yang mana betul dan yang mana salah, yang mana benar dan yang mana dusta. Generasi muda sudah celik politik dan tidak mudah lagi dibohongi dengan lakonan pembangkang yang menggunakan skrip sama setiap kali berlaku kontroversi.  Anak muda akan tetap sokong kerajaan dibawah pimpinan DS Najib dan akan menolak fitnah dan pendustaan oleh Anu arr yang ternyata seorang pemimpin yang runtuh moralnya. Anak muda inginkan kestabilan politik negara bagi menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Selamat tinggal pakatan pembangkang!

7. PRU13 bukan cuma memlilih antara Barisan Nasional dan pakatan pembangkang, tetap adalah memlilih antara DS Najib dan Anu arr. Memilih diantara yang betul dan yang salah, diantara yang benar dan yang palsu, diantara yang baik dan yang buruk. diantara yang bermoral dan yang tidak bermoral. Kita yang membuat pilihan dan kita berhak memilih yang baik atau terbaik. Jika Anu arr itu buruk, kita pilihlah DS Najib yang baik, jika Anu arr itu baik, kita pilihlah DS Najib yang lebih baik.....asal bukan Anu arr Ibrahim...ABAI

2 comments:

  1. pilih dap atau melayu.tersiratnya pkr hanya bertuankan DAP.dan umno adalah melayu yang mendaulatkan bangsa dan agama serta perpaduan berbagai bangsa.

    ReplyDelete
  2. ko rang semua perosak pemecah bangsa....mcm serangga perosakkk.....

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”