24 April, 2012

#BERSIH3, KEMPEN POLITIK KOTOR PRU13

Pendemo dan pencacai 'jamban' upahan. (Klik Sini)


1. Bahang PilihanRaya sudah semakin terasa. Kempen politik dimana-mana dan setiap masa. Tuduh menuduh dan fitnah-memfitnah menjadi-jadi. Rakyat yang tidak benar-benar memahami politik akan semakin keliru dan berkemungkinan akan mengambil tindakan salah sewaktu PRU nanti. Demo Bersih3 adalah salah satu dari kempen politik pembangkang untuk kelirukan rakyat serta menanam persepsi buruk terhadap kerajaan. Apa saja tindakan yang akan kerajaan ambil akan dipersalahkan. Apakah mereka saja yang benar? 

2. Jentera UMNO sudah siap siaga nampaknya dan bersedia untuk bergerak pada bila-bila masa. PRU kali ini semakin panas apabila media maya menjadi salah satu saluran kempen. Jika dalam PRU lalu pihak pembangkang dikatakan menguasai media maya, mungkin tidak lagi buat kali ini kerana kelihatan pihak kerajaan juga sudah bersungguh-sungguh bersedia dengan mengujudkan 'sibertropper'nya disetiap peringkat, negeri dan bahagian. (Klik Sini)

3. Pakatan Pembangkang, PKR, DAP dan Pas walaupun dicanangkan sebagai sebuah gabungan, namun nampaknya mereka menyembunyikan retak-retak yang menunggu belahnya saja. Justeru, bukanlah menghairankan apabila dalam siri-siri kempennya, Pas, DAP dan PKR kebanyakkannya akan bergerak sendirian kerana mereka berpegang kepada satu ikatan yang longgar dan rapuh.

4. Bukan lagi satu rahsia bahawa kebanyakan pengikut dan penyokong Pas sudah semakin hilang kepercayaan kepada parti Pas berikutan dari sikap pemimpinnya yang sudah tidak lagi berpegang kepada perjuangan asal mereka, iaitu berpegang teguh kepada perjuangan Islam. Bahkan sikap para pemimpin mereka membuatkan pengikutnya semakin meluat dan perlahan-lahan berpaling arah. Dalam masa sama kerajaan pula berusaha bersungguh-sungguh membantu semua golongan rakyat dengan segala macam bantuan bagi membantu rakyat menghadapi kesukaran hidup dalam mengharungi kegawatan ekonomi dunia masa kini.

5. Pemimpin Pas hanya gunakan Islam sebagai alasan untuk mendapat sokongan dari sebahagian orang Melayu. Janji menegakkan negara Islam, laksanakan hukum hudud sudah semakin dilupakan dan kegagalan melaksanakannya diletakkan kepada kerajaan memerintah dengan beberapa alasan ciptaan mereka. Namun apa yang penyokong Pas tidak dapat menerimanya adalah sikap dan perjuangan Pas boleh berubah-ubah mengikut kepentingan politik para pemimpin mereka. Jika suatu ketika dulu UMNO dijatuhkan hukum kafir dan haram kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC, kini mereka pula melakukan perkara serupa apabila berkerjasama dengan parti rasis chauvanis DAP yang terang-terang memusihi Islam. Apakah hukumannya sudah menjadi halal pula apabila mereka yang melakukannya?

6. Pengikut, penyokong dan pengundi Pas zaman dulu mungkin boleh menerimanya kerana kebanyakan mereka dari kampong di pedalaman yang berpendidikan rendah, namun tidak lagi pada masa kini kerana kebanyakkan pengundi adalah dari kalangan yang sudah terpelajar hasil dari kemakmuran negara dan peningkatan taraf ekonomi yang membuatkan taraf pelajaran turut meningkat. Penyokong Pas tidak lagi boleh diperbodohkan sewenang-wenangnya oleh pemimpin mereka. Jika dahulu pemimpin Pas dihormati kerana penglibatan dalam bidang keagamaan tetapi kini yang berada dikerusi atasan sudah tidak semuanya dari kalangan yang berpendidikan agama, Malahan ada yang terlibat dengan skandal yang melibatkan keruntuhan moral. Siapa yang dapat melupakan kisah Hotel Perdana bilik 121 dan skandal dalam Koc KTM?

7. Jika slogan Pas untuk menggantikan UMNO, mungkin tanpa disedari bahawa Pas itu sendiri akan digantikan oleh parti lain, bahkan sekarang ini sudah ada orang Melayu yang dengan terang-terang lebih cenderung terhadap DAP dari memberikan sokongan kepada Pas. Bermakna melayu-melayu itu lebih rela diperkudakan oleh DAP dari menyertai Pas yang sudah tentunya dikenal pasti tidak mampu merealisasikan cita-cita peribadi dan harapan mereka. (Klik Sini)

8. Bagi pengikut Pas, 'kunun'nya hanya Tok Guru dan Ustaz sahaja yang berhak bercakap mengenai agama sedangkan orang lain tidak. Mereka juga tidak mengiktiraf guru-guru agama bahkan mufti yang disahkan oleh kerajaan kerana beranggapan bahawa ilmu agama mereka itu tidak setinggi ilmu yang pemimpin Pas miliki. Namun menghairankan pula adalah apabila mereka mengiktiraf penceramah-penceramah dari kalangan pemimpin cina DAP bahkan turut bertakbir untuk mereka. Sungguh malang Melayu dan Islam ini!

9. Ada usaha pihak pembangkang untuk menanamkan persepsi buruk terhadap rakyat bahawa PRU nanti tidak bersih. Ini adalah sebagai satu tekanan kepada kerajaan untuk membuatkan rakyat marah dan memberontak. Sebagaimana dalam PRU12 lalu, mereka juga menyebarkan fitnah bahawa PRU tidak bersih namun hakikatnya mereka telah menang banyak. Apakah kali ini jika mereka tidak menang maka mereka akan anggap PRU tidak bersih dan sebaliknya ianya hanya bersih apabila mereka yang memenanginya. Apakah ini caranya demokrasi bagi mereka? Sebenarnya sikap mereka lebih buruk dari komunis dan zionis. (Klik Sini)

10. Mari mengasah minda kita dalam perdebatan mengenai ilmu dan pandangan berkaitan agama. Baca betul-betul dan lihat semua pandangan dari semua pihak supaya ianya jelas. Sila  (Klik Sini)  dan   (Sini Juga). Jauhi ketaksuban terhadap mana-mana parti politik dan sematkan dalam fikiran bahawa agama adalah milik semua umat manusia dan bukannya hak parti Pas semata-mata. Allah lebih mengetahui dan memenangkan yang hak dan mengalahkan yang batil.

1 comment:

  1. memang haramjadah betul puak2 pakatan ni. mereka yg rancang segalanya

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”