07 April, 2012

'SUCK', PEMIMPIN 'ENAU DALAM BELUKAR'




1. Semalam sekali lagi saudara saya menulis tentang blogger 'Suck-Mongkol'. Kali ini beliau membuka 'pekong' yang ada pada blogger Suck. Suck digambarkan sebagai seorang yang tidak mengenang budi terhadap sumbangan dan jasa-jasa DS Najib selama ini. Beliau juga menyindir 'Suck' dan mengambarkannya sebagai seokor katak atau kodok.

2. Kesimpulan yang dibuat adalah blogger 'Suck' seorang yang tidak berterima kasih dan tidak mengenang budi. Walau berapa banyak manafaat yang telah diterimanya sebelum ini namun mungkin hanya kerana satu permohonannya yang tidak dapat dipenuhi maka beliau berpaling arah. Justeru, apakah perjuangannya ini untuk rakyat? Apakah yang rakyat dapati dari blogger 'Suck' selama ini dari apa yang didapatinya dari kerajaan? Inilah perjuangan yang menggunakan alasan yang benar untuk melakukan perkara yang salah. Saya pasti pemimpin yang sebegini bukan sahaja tidak dapat diterima oleh UMNO, bahkan DAP juga tidak akan menerimanya. Andaikan beliau bertanding untuk mewakili katak atau kodok, kita juga percaya bahawa beliau juga tidak akan terpilih!

3. Diblog 'Suck' dicatatkan 'Jadual Ceramah' yang akan disertainya. Nampaknya beliau semakin sibuk dengan berceramah. Kalau dulu berniaga kapal kini beliau berubah kepada berniaga 'temberang'. Dalam hatinya masih ada taman. Masih ada cita-cita nak jadi wakil rakyat walaupun peluang sepenggal yang diberikan beliau ternyata gagal melaksanakan tanggungjawab. Tanyalah pengundi DUN Pulau Manis bagaimana susahnya untuk melihat 'bayang' ADUN mereka itu dulu, apa lagi untuk mendapatkan khidmat dan bantuan beliau.

4. Dalam kesibukan beliau berceramah, saya ingin berpesan kepada 'Suck' supaya jangan terjebak dengan sesi kaunseling sehingga jam 3 pagi sebagaimana 'Ostad Badrol' baru-baru ini. Maklumlah beliaupun sudah lama keseorangan dan 'menugal' bersendirian. Tentunya beliau selalu didatang 'mimpi basah' (ayat beliau dalam salah satu postingnya). Kita tahu banyak mengenainya namun bukanlah niat kita untuk mengongsikan masalah peribadi beliau melainkan jika beliau bertukar profesyen kepada menjadi artis, barulah wajar kita gosip-gosipkan!

5. Baca CnP mengenainya dibawah ini:


3.3 juta ahli UMNO dan 1.5 juta rakyat Pahang tertanya-tanya kenapa Dato' Ariff Sabri @ Sakmongkol AK47 begitu kuat menyerang UMNO dan DS Najib.

Mereka berasa pelik kenapa Sakmongkol berperangai demikian tidak cukup dengan itu menyertai parti DAP yang merupakan 'taboo' politik kepada orang Melayu.

Kepada orang Pahang terutama orang UMNO Pekan mereka tidak mahu bercakap hal ini lebih suka mendiamkan diri.

Kepada orang luar tentu juga merasa janggal kenapa perlakuan politik Sakmongkol  begitu berubah sekali memandangkan Sakmongkol merupakan mantan ADUN Pulau Manis (2004-2008) dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.

Orang luar fikir kenapa orang kuat UMNO bahagian Perdana Menteri boleh bertindak demikian? Adakah DS Najib tidak pandai menjaga orang kuat UMNO Pekan. Adakah DS Najib tidak ada jasa lansung kepada Sakmongkol?

Ramai orang politik bertanya kepada DS Najib adakah DS Najib ada masalah dengan Sakmongkol? DS Najib selalu menjawab beliau tidak ada masalah dengan Sakmongkol.

Bila Sakmongkol sering menyerang UMNO dan DS Najib maka WZWH terpaksa kedepan menerangkan kepada rakyat Pahang dan Rakyat Malaysia kenapa Sakmongkol jadi begini dan apa masalah 'sakit politik kronik' yang Sakmongkol hadapi.

Mari dengar cerita WZWH tentang Hikayat Sakmongkol....

WZWH tidak nafikan Sakmongkol adalah blogger politik yang hebat. Posting Sakmongkol terutama penguasaan Bahasa Inggerisnya begitu tinggi diminati oleh ramai pembaca terutama pembaca bukan-Melayu. Posting Bahasa Malaysia pun menarik.

WZWH menulis posting ini kerana rasa tanggungjawab dan tradisi mempertahankan politik Pahang. Biarpun tidak ada orang Pahang yang mahu menjawab dan mempertahankan baik orang UMNO Pahang mahu pun 'inner circle' DS Najib sendiri tidak mengapa kerana WZWH adalah warisan Melayu tradisional Pahang yang terakhir!

Pertama kali WZWH berjumpa dengan Sakmongkol semasa Mesyuarat Biro Alam Sekitar Pemuda UMNO Malaysia di PWTC pada akhir tahun 1990an. Ketika itu Biro Alam Sekitar dipengerusikan oleh arwah Dato' Azizan Yaakon mantan ADUN Pulau Tawar.

WZWH dijemput oleh Dato' Azizan walau ramai ahli mesyuarat punyai kelulusan PHD berkenaan alam sekitar. 'First impression' yang WZWH tahu tentang Sakmongkol bahawa beliau adalah ahli perniagaan. Orang kata 'towkay kapal'.

Dalam politik UMNO Bahagian Pekan, Sakmongkol bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan pada tahun 1998 tetapi kalah dengan Mustafa Khalid. Lantaran itu DS Najib sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan melantik beliau sebagai AJK UMNO Bahagian.

Sakmongkol pernah bertanding Naib Ketua UMNO Bahagian Pekan tapi tewas. Lagi sekali DS Najib melantik beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.

Atas kedudukan sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, Sakmongkol akhirnya diangkat oleh DS Najib bertanding di DUN Pulau Manis pada PRU 2004. Sakmongkol berjaya menang namun pada PRU 2008 beliau digugurkan.

Sakmongkol hanya menjadi ADUN UMNO/BN selama sepenggal sahaja.

Kenapa? Itu keputusan yang diambil oleh DS Najib dan MB Pahang berdasarkan penilaian UMNO Pahang berdasarkan studi yang komprehensif.

DS Najib berjasa mengangkat Sakmongkol menjadi orang politik dan ADUN. Walaupun sepenggal namun ada ramai orang UMNO lagi dari 3.3 juta ahli yang lebih lama berpolitik dalam UMNO, lebih kuat kerja dan komited kepada parti , dan lebih setia TIDAK TERPILIH menjadi ADUN mahu pun ahli parlimen hatta dilantik Senator TETAP setia berkhidmat kepada parti.

Dari segi ekonomi pula Sakmongkol telah menikmati apa yang DS Najib dan MB Pahang telah bagi seperti:


  • Perlombongan kuari berjuta nilainya
  • Projek menambun tebing Sungai Pahang di Pekan
  • Lombong bijih besi
  • Jawatan Penasihat Ekonomi MB Pahang setelah tidak menjadi ADUN yang gaji dan elaun lebih besar dari gaji dan elaun ADUN

Adakah DS Najib dan MB Pahang tidak berjasa dan menolong Sakmongkol?

Sesungguhnya Sakmongkol adalah ahli UMNO yang paling bertuah dari antara 3.3 juta ahli UMNO yang tidak dapat menikmati keistimewaan seperti yang Sakmongkol nikmati dulu dan kini.

Jangan hanya kerana satu Projek yang DS Najib sudah cakap tidak boleh menolong Sakmongkol kerana memang DS Najib tidak boleh buat menyebabkan Sakmongkol membenci DS Najib dan UMNO begitu sekali sampai keluar UMNO dan masuk DAP!

Adakah wajar tindakan politik Sakmongkol sebegitu sebagai orang UMNO Pahang dan rakyat Pahang jati sanggup menggigit tangan orang yang memberi jasa dan pertolongan?

WZWH ingin bertanya rakyat Pahang dan rakyat Malaysia adalah Sakmongkol seorang yang 'honourable'?

Ya Sakmongkol seorang ahli politik yang bertuah. Baru masuk DAP tak sampai setahun jagung walau Perlembagaan DAP tidak membolehkan ahli baru yang kurang dari dua tahun bertanding ADUN atau ahli parlimen namun Jawatankuasa Pusat DAP bersetuju mengecualikan Sakmongkol dan lantas Sakmongkol akan bertanding ahli parlimen DAP pada PRU 13 nanti.

Sakmongkol seorang ahli politik yang bertuah dan istimewa dalam UMNO dulu dan kini Sakmongkol juga seorang ahli politik yang bertuah dan istimewa dalam DAP.

Ada ramai lagi ahli UMNO yang setia berkhidmat kepada UMNO dan BN walau tidak diberi keistimewaan tetap menyokong TANPA menyerang UMNO dan DS Najib.

Adakah DS Najib tidak ada lansung berjasa dan menolong Sakmongkol?

Kenapa susah sangat untuk Sakmongkol mengucapkan sepatah perkataan sahaja....

TERIMA KASIH!

Sumber: Klik


No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”