31 May, 2012

DATO' FAUZI BERMIMPI JADI MB?,




1. Kemanakah Dato' Fauzi Abdul Rahman selepas ini? Sebuah laman blog pro pembangkang (Klik Sini) menaruh harapan tinggi bahawa beliau adalah bakal MB Pahang. Malah blog berkenaan dengan selamba memperkecilkan keupayaan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan menganggapnya tidak layak jadi pemimpin pembangkang negeri Pahang. Kesian dia, tapi memang saya suka dan memang saya anggap dia juga tidak layak.

2. Dato' Fauzi adalah mantan Ahli Parlimen Kuantan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dari Oktober 1990 - 1995, Setiausaha Parlimen Kementerian Tahan dan Pembangunan Koperasi (1995 -1997) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1997 -1999).

3. Beliau juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kuantan. Mula bertanding parlimen pada 1990. 1995 bertanding kerusi DUN Beserah dan kekal sehingga 2004. Beliau kecewa kerana dikalahkan dalam pemilihan bahagian dan menuduh politik wang adalah punca dan penyebab kekalahannya.

4. Akhirnya beliau menyertai PKR dengan menjawat jawatan tertinggi sebagai Pengerusi PKR Negeri. Sewaktu masih didalam BN dan ADUN Beserah lagi beliau sudah diwar-warkan akan mengosongkan kerusinya untuk membolehkan PRK diadakan sebagai tanda protes kepada BN, namun ketika itu beliau 'kurang berani'. Beliau juga dituduh menutup mulutnya setelah disuap dengan RM4juta. (Klik Sini)

5. Dalam keadaan sokongan kepada PKR dan pembangkang semakin menurun ketika ini, serta permasalahan peribadi dan skandal yang melibatkan pemimpin PKR, apakah Dato' Fauzi masih menaruh harapan kepada pakatan pembangkang dan masih bercita-cita untuk menjadi MB Pahang?

6. Sebelum terlambat, lebih baik Dato' Fauzi segera membuat U-Turn dan kembali kepangkuan UMNO secara terhormat sebelum beliau kecundang dalam keadaan yang memalukannya kelak. Jika segala keburukan Anu arr dan Azmin mampu dibongkar dalam suasana politik sekarang, apakah tidak mungkin sebarang isu yang melibatkan Dato' Fauzi juga akan didedahkan kepada umum menjelang PRU nanti? Kita sudah mengumpul dan ada banyak maklumat mengenainya.

7. Memadailah dengan 'Suck-Mongkol' yang tersalah lompat ke parti rasis DAP, yang masih bermimpi disiang hari. Insaflah dan hentikanlah mengkhianati bangsa dan negara sendiri. Jadilah pejuang sebenar dan bukannya petualang. Mari cari keredhaan dan semoga jasa kita akan dikenang!

2 comments:

  1. chett!! ini olang tarak tengok itu cermin ka? apa macham mau jadi mentri bisar?

    ReplyDelete
  2. Kejayaan jin dan manusia hanyalah dalam agama. Kejayaan manusia sejauh mana manusia taat perintah ALLAH SELURUH KEHIDUPAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW. BUKAN ikut cara yahudi, bukan ikut cara nasrani, bukan ikut cara majusi, bukan ikut cara amerika, bukan ikut cara eropah, bukan ikut cara barat, bukan ikut cara timur, bukan ikut cara maju, bukan ikut cara kuno, bukan ikut cara orang putih, bukan ikut cara orang melayu, bukan ikut cara orang miskin, bukan ikut cara orang kaya tetapi ikut cara NABI MUHAMMAD SAW. ORANG KAYA bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia akhirat. Orang miskin bawa agama dalam kehidupannya dia Berjaya dunia dan akhirat. Orang miskin dan orang kaya tolak agama dua-dua gagal dunia akhirat.
    Nak Berjaya dunia dan akhirat WAJIB SOLAT. Kalau solat pun tak buat tak ada kehidupan.nabi MUHAMMAD beri tau orang tak solat kafir terang-terangan. Orang tak solat adalah penjenayah yang paling besar. Dosa orang yang meninggalkan solat ialah:-
    Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu

    Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
    Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
    Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja?

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”