30 May, 2012

JIKALAU BUKAN UMNO.....ANU ARR...




1. Saya terfikir, jikalau bukan UMNO parti manakah yang akan saya sokong dan sertai? Tidak mungkin Pas selagi Nik Aziz dan Hj Hadi ada didalamnya. Kerana saya berpendapat bahawa angkara mereka berdualah orang Melayu berpecah belah.

2. Tidak juga kepada PKR, kerana itu adalah parti orang-orang kecewa. Jikalaulah sayapun kecewa apalah ertinya menyertai parti orang-orang kecewa kerana kekecewaan bercampur dengan kekecewaan akan menambah bebanan kekecewaan.

3. Tidak sesekali kepada DAP, sebuah parti chauvanish yang terkenal sikap rasisnya. Kalaupun mereka kelihatan baik dengan kita pasti ada udang disebalik batu dan pasti mereka hanya ingin menggunakan kita untuk kepentingan mereka. Jikalau tidak demikian sudah tentu tidak akan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim akhirnya meninggalkan parti itu baru-baru ini. Yang masih kekal bersama DAP seperti 'Suck-Mongkol' dan Aspan Alias adalah dari kalangan yang masih tidak sedar diri dulu, kini dan selamanya.

4. Tidak ada ke mana lagi untuk saya pergi selain dari UMNO. Jikalaupun kita ada kebencian kepada parti ini, kebencian kita hanyalah kepada pemimpin atau orang-orang tertentu. Justeru, sama ada kita berdiam diri atau pun menjadi ahli parti yang agesif, yang berjuang menentang keburukkan didalam parti, bukan duduk diluar dan bagaikan anjing menyalak bukit.

5. Anu arr pun sedari bahawa beliau patut dan tersangat ingin berada didalam UMNO kembali. Kerana itulah dia tidak jadi pemimpin parti PKR yang ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan peribadinya. Anu arr sedar, untuk jadi PM beliau mesti berada di dalam UMNO. Banyak kali Anu arr memujuk untuk membenarkannya kembali semula kedalam UMNO, hanya UMNO saja yang sudah tidak dapat menerimanya lagi.

6. Dalam sejarah UMNO, Anu arr adalah patualang, bukannya pejuang. Anu arr tidak jujur dan tidak sayangi UMNO sejak dulu lagi. Kerana itulah kini Anu arr mencerca UMNO, dahan yang dimana suatu ketika dulu dia berpijak dan berdiri tegak diatasnya. Anu arr yang pada zaman remajanya ketika bergelar mahasiswa adalah orang yang pernah memijak bendera UMNO.

7. Ramai dikalangan pemimpin pembangkang yang ada sekarang ini adalah hasil dari 'kilang' UMNO. Jikalau buruklah UMNO itu maka sudah tentu buruk jugalah diri mereka walau dimana mereka berada atau walau parti mana mereka menyertainya, bahkan mungkin keburukan UMNO itu adalah kerana keburukan mereka-mereka itu sendiri.

8. Anu arr saya ibaratkan bagai sampah dari longkang, yang di kutip oleh Tun Mahathir dan dibersihkan, namun akhirnya longkang jugalah tempat yang sesuai untuknya.

1 comment:

  1. Yang ada dalam umgok sekarang ni hanya tinggal mayat hidup yang bau bangkai je lagi sapa mau pecaya

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”