1. Azan Ismail entah macamana bertanding di Parlimen Indera Mahkota. Entah bagaimana pula beliau dimenangkan oleh pengundi di kawasan berkenaan. Maka terpilihlah beliau sebagai wakil rakyat Ahli Parlimen Indera Mahkota sejak PRU12 lalu.
2. Namun Azan bagaikan merasa tersalah tempat dan tersalah mewakili rakyat. Beliau sepatutnya jadi wakil rakyat di negeri Terengganu, negeri tanah tumpah darahnya. Kerana itu jugalah dia kurang menyerlah di Indera Mahkota.
3. Sepanjang tempoh beliau jadi wakil rakyat, tidak nampak apa yang dilakukan bagi membela rakyat yang diwakilinya selama ini. Tidak ada pembangunan kemudahan asas, tidak ada juga pembangunan insan. Beliau hanyalah seorang Ahli Parlimen yang hanya ada pada namanya saja, hakikatnya Indera Mahkota tidak ada Ahli Parlimen.
4. Mungkin Fuziah lebih baik dan lebih bijak dari Azan. Walaupun sedar beliau tidak mampu lakukan pembangunan, namun Fuziah sangat menyerlah sebagai 'Ratu Jalanan Bantahan Lynas'. Kerana itu Fuziah tidak pernah gagal untuk jadi penjuang alam sekitar bagi menghijaukan biji mata penyokong Pas di daerah Kuantan. Walaupun perjuangan itu hanya pura-pura dan tipu daya semata-mata, setidak-tidaknya nama Fuziah akan kekal jadi sebutan sebagai 'Ratu Bantahan Jalanan'.
5. Dalam PRU12 lalu, Azan telah menangi Kerusi Indera Mahkota dengan majoriti 1,027 undi apabila mendapat 18,796 undi dari 51,235 pemilih berdaftar. Kesihan kepada 51,235 pemilih berdaftar serta rakyat lainnya termasuk yang belum layak mendaftar, kerana 18,796 pengundi yang membuat pilihan yang salah maka keseleuruhan mereka terpaksa menanggung bencana.
6. Mudah-mudahan dalam PRU akan datang, para pengundi tidak lagi akan melakukan kesilapan dengan memilih wakil yang tidak layak dan tidak mampu membantu mensejahterakan rakyat, khususnya di Indera Mahkota dan Kuantan. Supaya juga mereka tidak lagi tertipu dan undian mereka tidak jadi sia-sia saja.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”