1. Apakah benar pengundi Cina sudah kembali menyokong BN? MCA? Gerakan? Soalan yang tiada jawapan tepat selain dari pandangan peribadi dan spekulasi semata-mata.
2. Dalam keadaan kecundangpun wakil-waklil Cina turut diangkat memeggang kuasa dengan memberikan mereka beberapa jawatan penting dalam kerajaan sebagai menteri dan timbalan menteri dalam kabinet. Soalnya apakah setelah diberikan jawatan mereka itu berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu memenangkan BN dan parti yang mereka wakili sendiri?
3. Kekalahan BN dalam PRU lalu dispekulasikan sebagai penolakkan rakyat kepada UMNO, sedangkan hakikatnya sokongan UMNO masih kuat walaupun sudah ada sedikit penurunan. Kemungkinan yang tidak memberikan sokongan itu bukannya membenci tetapi hanya sebagai undi protes terhadap pemimpin-pemimpinnya. UMNO masih kuat, yang lemah adalah parti-parti yang mewakili kaum Cina.
4. Apakah agenda sebenarnya kaum Cina dalam politik negara dewasa ini? Akhbar-akhbar Cina juga seringkali memberikan liputan dari sudut yang berbeza, yang manampakkan apa yang negatif kepada kerajaan khususnya parti UMNO.
5. Mungkin agenda besar kaum Cina adalah membentuk satu penyatuan politik perkauman yang kukuh, tetapi kenapa dalam masa sama parti politik Melayu lebih menjurus kepada perpecahan? Atau mungkin kerana sedar perpecahan yang sedang berlaku terhadap parti kaum Melayu maka kaum Cina mengambil kesempatan ini untuk menguasai seterusnya menguasai negara.
6. Tidak mustahil bahawa bangsa dari kalangan majoriti yang tidak bersatu dan berpecah-pecah akan dikuasai oleh kaum minoriti tetapi bersatu padu. Apakah pemimpin-pemimpin Pas melihat ini semua? Atau mereka lebih rela diperintah asal selain dari Melayu UMNO?
7. Baca juga pandangan sama dari blog 'Reboot Your Thinking', dari seorang penulis bangsa Cina yang berjiwa Melaysia. (Klik Sini dan Sini) Semoga kita sedar dan terus berwaspada agar tidak terus membiarkan Anu arr dan mana-mana pihak yang sehaluan dengannya mengawal spekulasi bagi menjerumuskan negara kearah kemusnahan dengan hasrat untuk berkuasa.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”