12 September, 2012

MB PAHANG MERAKYATKAN UMNO

MB Pahang merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO Bahagian Lipis.

1. BN adalah parti rakyat Malaysia sebenarnya. Parti yang telah membela dan mencorakkan pembangunan negara sejak zaman merdeka. Terlalu banyak jasa yang telah diberikan sehingga susah untuk kita menunjukkannya kerana segalanya adalah BN...Perikatan...UMNO.

2. Baru-baru ini saya menghadiri jamuan hariraya anjuran UMNO Bahagian Lipis yang dihadiri oleh MB Pahang atas undangan sahabat-sahabat di UMNO Bahagian Lipis. Sambutan rakyat sangat hebat dan luar jangkaan. Walaupun Siti Norhaliza tidak hadir namun ibunya dan iparnya turut juga hadir menyertai sambutan  kehadiran MB.

3. Apa yang ingin saya katakan adalah mengenai kesediaan MB Pahang DSD Adnan Yaakob bagi merakyatkan UMNO itu sendiri. Mengikut rancangan awal, MB menyertai jamuan hariraya bersama rakyat di perkarangan tempat letak kereta Pejabat UMNO Bahagian, dan kemudiannya akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap Pemuda dan Wanita Bahagian di dewan UMNO Bahagian. Namun MB dengan beraninya melakukan luar dari kebiasaan dengan merasmikan mesyuarat berkenaan dimajlis hariraya dihadapan rakyat yang bukan hanya dari ahli UMNO, bahkan antaranya terdapat juga dari kalangan penyokong pembangkang tegar.

4. Kerana apa kita mesti takut kepada penyokong pembangkang? Kita harus berani berfikir bahawa UMNO / BN adalah parti besar dan adalah parti dan harapan rakyat. Ketakutan kita kepada pembangkang kononnya mereka itu kuat dan mendapat sokongan padu dari rakyat dan akan mengambil alih kerajaan dalam PRU13 nanti. Semua itu hanyalah provokasi pembangkang semata-mata. Kemenangan mereka dalam PRU lalu hanyalah satu protes, kini rakyat sudah sedar dengan kuasa sedikit yang diberikan kepada mereka telah menunjukkan mereka gagal menunaikan janji mereka sebelum ini.

5. Di Selangor, rakyat Selangor menuntut janji dari manefesto PRU lalu ditunaikan. Mana janji bekalan air percuma? Akhirnya MB Khalid terpaksa akui pembangkang gagal dengan mudah memberi alasan bahawa manefesto hanyalah janji Pilihanraya dan tidak mesti ditunaikan.

6. Apakah harapan kita jika masih menaruh kepercayaan kepada pembangkang? Tidak mungkinkah nasib rakyat Selangor akan jadi seperti nasib rakyat Kelantan yang menhadapi krisis air yang tidak sudah-sudah?

7. Ketika rakyat hadapi masalah kekurangan air, pemimpin mereka 'buang air' sana dan 'buang air' sini. Kahkahkah!

6 comments:

  1. Bravoooo....MB Pahang...! Bagi kaw-kaw penyokong PR..hahaha.Sekolahkan penyokong PR sampai ada kesedaran bahawa hanya UMNO tempat rakyat berlindung. Oleh Ahli UMNO dulu kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  2. pembangkang kuasai media sosial dan ujudkan persepsi mereka dapat sokongan rakyat untuk terus dapatkan sokongan walhal sokongan meteka hanyalah sedikit

    ReplyDelete
  3. selain anak ikan, pembangkang juga ada anak anjing yg sanggup tonggeng punggong dimalam merdeka

    ReplyDelete
  4. Astagfirullah ! Hanya Allah tempat kita bergantung ..bukan UMNO.

    ReplyDelete
  5. Ya, bergantung kepada Allah...bkn kepada UMNO,dn sudah tentunya bukan kepada Nik Aziz dan Anu arr peliwat tegar tu, huhu

    ReplyDelete
  6. SEKARANG BARU UMNO HENDAK DI"RAKYAT"KAN..??? ..jadi ini bermaana selama ini UMNO BUKAN UNTUK RAKYAT BIASA .... HABIS untuk siapa ..??? ...untuk WHITE COLARS GOONS ...dah nak bankrap dah negara baru teringatkan rakyat...gitu???

    begitu juga dengan "RAKYAT DIUTAMAKAN" ... setahun dua saja kedengaran .... sejak 50 tahun dahulu apa berlaku..??? dimana "RAKYAT"...???

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”