25 November, 2012

HIMPUNAN BARISAN 1MALAYSIA - MENGHALANG PETUALANG MENJULANG PEJUANG

 Sebahagian peserta yang hadir

Bersemangat menyanyi dan mengibarkan bendera Negara

Hadirin dari kaum Melayu dan India duduk bersama

 Rakan petugas media

PM sedang berucap

Rakan jurufoto


1. Menghadiri program Himpunan Barisan 1Malaysia yang dianjur dan dihadiri oleh NGO pada Sabtu lalu sungguh membanggakan. Pertamanya kerana dihadiri oleh lebih 1000 wakil-wakil NGO. Kedua kerana dihadiri oleh berbagai kaum. Ketiganya kerana penceramah dan pembentang adalah terdiri dari tokoh-tokoh akademik yang berwibawa. (Baca Sini)  Keempat kerana ianya berlaku dalam suasana tenang dan santai serta penuh dengan gelak ketawa dicuit oleh penceramah dan moderator, terutama mengenai rambut....oleh Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian (yang tidak berambut) dan Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah (yang kekurangan rambut).

2. Saya percaya tujuan program diadakan adalah untuk merapatkan barisan serta menjelaskan isu-isu semasa dan yang tersembunyi menjelang PRU13 yang tidak lama lagi. Sokongan lebih 1000 NGO terhadap kerajaan memang tidak dapat dinafikan dan tidak berbelah bagi memandangkan kehadiran mereka adalah secara sukarela dengan hati yang tulus ikhlas.

3. Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang pada hari sama iaitu mengadakan tunjuk perasaan jalanan 'Kempen Hijau'nya dengan memberi upah kepada para pendemonstrasi yang menjalankan kerja tunjuk perasaan secara bersiri. Mungkin wajar mereka ini dikesan dan cukai pendapatan juga dikenakan terhadap mereka sebagai  pendemo cari makan.

4. Saya duduk dibarisan yang sama aras dan berhadapan dengan pentas khas. Namun nampaknya itu adalah lokasi yang popular kepada petugas media dimana terdapat ramai jurukamera dan penulis berita. Sebelah kira saya adalah lelaki seorang berbangsa Cina yang sangat bersemangat ketika menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu 1Malaysia. Dia seorang patriotik yang saya banggakan.

5. Dr Chandra Muzaffar berceramah dengan lebih serius. Berbicara isu 'Masa Depan Sosio Ekonomi Negara'. Beliau dengan mengingatkan bahawa dalam perluasan pengaruh kuasa besar, kuasa besar barat sedang berusaha menguasai negara kita dan rantau ini melalui 'orang tertentu'. Ini konon kerana mengimbangi pangaruh negara China. 'Orang tertentu' itulah yang sedang menghuru-harakan negara kita dengan perancangan-perancangannya termasuk beberapa siri rusuhan jalanan.

6. Ini tidak menghairankan kerana beliau dan kroninya, selain 'merompak' harta negara semasa berkuasa, juga mendapat sumbangan dana asing secara rahsia. Kerana itulah beliau sanggup membiayai sibertropper upahan yang tugasnya mencacai memburukkan negara dan pemimpin negara dengan pelbagai fitnah yang tidak tercapai akal kita yang waras.

7. Mujur, sejak akhir-akhir ini segala penipuan dan perancangan buruk itu sudah dapat dihidu oleh rakyat. Rakyat sudah sedar dan insaf serta kesal dengan apa yang berlaku dalam PRU12 lalu. Rakyat yang mewakili beberapa NGO yang hadir dalam Himpunan Barisan 1Malaysia ini bertekad tidak akan membiarkan kesilapan dalam PRU12 berulang. Rakyat bertekad tidak akan membiarkan 'patualang menyamar menjadi pejuang'.

8. Seperti biasa, acara majlis dimulakan dengan doa. Namun doa ini bukanlah doa memohon Allah mencelakakan orang lain. Sepanjang acara majlis juga tidak ada sebarang usaha mencela dan memudharatkan mana-mana pihak, kaum serta kelompok lain. Kami datang dengan hati yang bersih dan lapan dan kami pulang dengan hati yang lebih bersih dan lapang.

(Klik baca dan tonton video ucapan PM)

4 comments:

  1. Keluar Bulatan Masuk BarisanNovember 25, 2012 at 7:50 PM

    Bro, PRU12 saya undi pakatan, sy undi Pas...tapi tidak lagi dalam PRU13 nanti dan bila2 selepas itu kerana saya sedar itu semua hanya tipu daya mereka, janji mereka janji syaitan.....

    ReplyDelete
  2. Keluar Bulatan Masuk BarisanNovember 25, 2012 at 7:51 PM

    Bro, PRU12 saya undi pakatan, sy undi Pas...tapi tidak lagi dalam PRU13 nanti dan bila2 selepas itu kerana saya sedar itu semua hanya tipu daya mereka, janji mereka janji syaitan.....

    ReplyDelete
  3. wooooo pergi program best x ajak sekali ^^"

    ReplyDelete
  4. ehhh! ajak, tp melalui twitter dn whatsapp.......

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”