Berpelukan dengan sahabat 'kafir harbi'
1. Maka hebohlah sejak beberapa hari lalu mengenai Hj Hadi nak mencabar DS Najib di kerusi Parlimen Pekan. Banyaklah komen dari politikus sendiri dari kedua-dua pihak mengenainya. Saya dah mengulas sebelum ini dan mengangap bahawa Hj Hadi adalah seorang yang berani jika benar-benar bertanding di Pekan. Tapi beliau bukanlah pencabar yang digeruni kerana rekodnya kalah ditempat sendiri ibaratkan beliau sebagai seekor ayam yang 'kalah tanah'.
2. Saya tidak yakin Hj Hadi benar-benar berniat dan berani untuk bertanding di Pekan. Bukan perkecilkannya tetapi beliau bukanlah pencabar yang digeruni. Beliau adalah tokoh dalam Pas yang sudah semakin tidak popular, kekurang sokongan dan dilupakan. Justeru untuk tampil segak dan handal maka beliau mencabar PM untuk tunjukkan bahawa beliau setaraf dengan sokongan yang PM dapat dari rakyat. Perbuatan itu bolehlah diibaratkan sebagai seekor anjing yang menyakal bukit untuk buatkan bahawa bukit itu akan bergegar dan runtuh bagi menakutkan orang dan anjing-anjing lain.
3. Semalam DS Najib diminta mengulas mengenai hasrat Hj Hadi untuk bertanding di Pekan. Dengan selamba dan senyum sinis DS Najib mengalu-alukan hasrat Hj Hadi untuk 'kamikazi'. Parlimen Pekan adalah lapangan bagi DS Najib yang diwakilinya sejak 1975. Apakah begitu kuat Hj Hadi yang kalah ditempat sendiri untuk bertanding dengan DS Najib yang tidak pernah kalah? Mungkin Nik Aziz, Anu arr dan Karpal Singh juga boleh bersama-sama bertanding di Pekan dalam usaha menumbangkang DS Najib.
4. Mungkin dalam hati Hj Hadi terasa menyesal kerana mengumumkan tanding Parlimen Pekan yang menyerlahkan ketidakmatangannya dalam politik, bahkan menyerlahkan kebodohannya sendiri. Yang perlu dilakukan adalah menguatkan sokongannya didalam Pas dan menjadi seorang Presiden yang berguna, disokong kuat, dihargai dan disegani oleh kawan dan lawan. Namun Hj Hadi didalam Pas hanyalah 'melukut di tepi gantang'.
hj hadi cuma bergurau, habis semua orang mengelepar..rakyat pun tahu hj hadi kalah di tempat sendiri, najib pun selalu menang..tapi segalanya adalah ketentuan Allah s.w.t
ReplyDeletemana tahu yang kalah akhirnya menang, yang tak pernah kalah akhirnya kecundang..
sejak akhir akhir ni rasa dah malas nak melayan politikus politikus ni.
Sebenaq nya Hadi Awang mau kalah cara terhormat !! taktik lama yg dibuat oleh orang poltik lama dolu dolu.
ReplyDelete@@ Pak ngah Pas dolu dolu@@
beranikan hati ni penakut rupanya,pertama kali aku buka laman ni nampak gambar mel gibson, letakla gambar sendiri,dasar pengecut cam najib.
ReplyDeleteok apa nak bertanding kat mana pun, kalah menang tu urusan yang maha berkuasa ... yang penting, bertanding dengan "ADIL" dengan erti ADIL dari sudut erti yang di gariskan AL-QURAN & SUNNAH.
ReplyDeleteAnon 10:33 tak penakut dan tak kecut telor ke? Komen atas nama Anon, kenapa tak letak nama sebenar? hehehe!! 2 x 5 la tu....huhu
ReplyDelete