Sila tonton dan hayati dan bersihkan hati kita semoga mendapat hidayat dan menlihat kebenaran!
1. Seorang pembaca membuat komen dalam posting saya terdahulu meminta saya menulis mengenai politik Jerantut. Kebetulan pula seorang sahabat (saya namakan Awang Straw) memohon saya siarkan dan menulis mengenai video klip diatas. Sebenarnya klip itu sudah saya tonton lama dahulu, tapi kerana permintaannya maka saya lakukan juga.
2. Yang berucap dan permainkan ayat Quran itu satu hal, memang sahlah dia kafir harbi dan musuh yang nyata, namun yang bertempik sorak dan menyahut seruan takbir itu adalah satu hal lain. Demikianlah pengikut-pengikut pas yang taksub. Pada mereka setiap yang berbunyi arab itu Islam dan setiap ayat yang diucapkan walaupun tidak betul mereka akan mengkaguminya.
3. Didalam politik UMNO, UMNO dan Islamlah pemimpinnya dan kaum-kaum lain serta agama lain adalah pengikut namun dalam politik Pas, mereka rela mengangkat kafir harbi dan menjadi mereka itu pemimpin mereka.
4. Konon Pas ingin mendakwahkan DAP namun sekarang ini siapa yang mendakwahkan siapa dan siapa yang jadi pemimpin siapa? Jika agama juga sanggup Pas gadaikan kerana ingin berkongsi sedikit kuasa politik dengan ikhsan DAP, apakah maknanya kepada perjuangan Islam kita?
5. Sahabat saya, Awang Straw itu dulunya adalah pengikut Pas tegar namun sekarang ini beliau sudah berubah dan melihat cahaya kebenaran. Beliau dan sahabat-sahabatnya di DUN Tahan akan berubah dan bertukar kepada menyokong BN dalam PRU akan datang. Katanya, dia benci Pas dan tidak ada tempat bagi Pas di DUN Tahan dalam PRU13 nanti.
dabir....dabir...dabir...maka puak2 pas pun sahut dgn Allahuakbar......hehehe.....hinanya....jika rela diperbodohkan demikian
ReplyDelete