1. Klip video diatas adalah rakaman tersembunyi, justeru itu jangan pertikaikan kualitinya jika sekadar ingin menegakkan benang basah.
2. Puak pencacai pembangkang selama ini menyindir DS Najib yang konon pernah merayu undi dengan mengeluarkan perkataan; ' I help you, you help me'. Maka mencacailah ke hulu dan ke hilir puak-puak itu mambawa kata-kata tadi.
3. Setelah mengikuti klip video diatas dengan teliti dan berkali-kali, tentu kita dapat mengesahkan bahawa Anu arr yang meminta Deepak membantunya dalam konspirasi jahatnya terhadap DS Najib telah mengucapkan perkataan itu, 'I help you, you help me'.
4. Anu arr sanggup menjelaskan hutang DP @ Deepak Paria itu yang berjumpah RM170 Juta. Jangan ditanya dari mana datangnya duit sebanyak itu kerana kita memang tahu bahawa bekas Menteri Kewangan ini kaya raya, maklumlah....dulu Menteri Kewangan.
5. Berikut adalah catatan dari laman blog Gelombang Wangsamaju;
Sejak dari semalam selepas tersebarnya rakaman video sulit ini, tidak ada satu pun portal pro pembangkang yang berani menyentuh mahupun menyiarkan, baik dalam bentuk artikel mahupun dis
iarkan video ini mengenai keceluparan mulut Deepak 'Conman' Jaikishan mengaitkan nama Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa dalam melakukan 'character assasination' terhadap Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.
Malaysiakini? ...
FreeMalaysiaToday? ...
Malaysian Insider? ...
Suara Keadilan? ...
Harakahdaily? ... (dah kena balun dengan perwakilan Muktamar masih tak sedar diri)
Hikayat dongeng kebebasan media dalam melaporkan berita secara adil dan saksama, Talk about Press Freedom In Malaysia ...
Rakyat terus dihadapkan dan disuapkan dengan fitnah berterusan pembangkang tanpa sebarang titik noktah.
Adalah lebih baik jika sekiranya Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa memberikan penjelasan kepada umum :
1) Sama ada benar berlaku pertemuan diantara Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Anwar Ibrahim dan R Sivarasa pada penghujung November 2012 di rumah Ravi Dharan, Pengerusi Daya Group of Companies, di Tropicana Utama, Petaling Jaya.
2) Benarkah Anwar Ibrahim akan melangsaikan hutang piutang Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Kuwait Finance House (KFH) bernilai RM170 juta, atas kesanggupan Deepak 'Conman' Jaikishan memberikan perkhidmatan berkomplot memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.
3) Benarkah Anwar Ibrahim mengarahkan R Sivarasa menjadi peguambela kepada Deepak 'Conman' Jaikishan dalam kes perbicaraan Awan Megah agar Deepak 'Conman' Jaikishan dapat membaca skrip yang ditulis untuk memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah sewaktu perbicaraan berlangsung.
4) Dari sumber kewangan manakah Anwar Ibrahim mendapat duit sebegitu besar untuk melangsaikan hutang piutang Deepak 'Conman' Jaikishan dengan Kuwait Finance House (KFH) bernilai RM170 juta, atas kesanggupan Deepak 'Conman' Jaikishan memberikan perkhidmatan berkomplot memfitnah Perdana Menteri DS Najib dan isterinya DS Rosmah.
Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan R Sivarasa jangan berdiam diri dan bertindak bacul ...
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”