15 January, 2013

KEMATIAN DI HIMPUNAN RAKYAT ?




1. Rakyat memuji kecekapan pasukan keselamatan dalam memastikan himpunan rakyat yang dijalankan oleh pihak pembangkang berjalan dalam suasana tenang dan selamat. Ada beberapa percubaan untuk mencetus huru-hara namun cepat-cepat dipadamkan.

2. Bagaimanapun peserta yang hadir diperhimpunan tersebut tidak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat sepertimana Akta Perhimpunan Awam iaitu tidak melibatkan kanak-kanak. Bukannya mereka tidak arif dengan peraturan namun memang mereka sengaja ingin menjadikan kanak-kanak sebagai benteng keselamatan mereka tanpa memikirkan risiko keselamatan kanak-kanak itu sendiri.

3. Mungkin benar sepertimana pendapat seorang blogger mencadangkan supaya tunjuk perasaan ini dijadikan kerjaya bagi memenuhi kehendak Anu arr dan Pakatan Pembangkang yang sering mengadakan himpunan demi himpunan.

4. Saya salin sepenuhnya tulisan berkenaan dibawah ini dengan memberikan kredit kepada blog berkenaan; 'uRag dRulug'. Rupanya 'Husin Lempoyang' juga ada saham di Syarikat Penunjuk Sdn Bhd.......Wowww! 


HANGAT: MATI SEMASA TUNJUK PERASAAN.....

Menerima anugerah pelakon penunjuk perasaan terbaik 2 kali berturut-turut...


Tunjuk perasaan dan rusuhan berlaku disana sini. Terkini di negara kita ianya juga sudah hampir menjadi satu budaya baru bagi kita. Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan baru-baru ini membuktikan bahawa tunjuk perasaan dan rusuhan sudah makin diterima rakyat sama ada yang bijak pandai serta yang bangang dan bengap.

Jika di negara-negara luar  seperti di Indonesia, mereka boleh menjadikan ini sebagai satu kerjaya demi mendapatkan sebungkus nasi mereka sanggup berdemo. Bahkan telah diberitakan bahawa ‘pemimpin terbuang’ kita juga sudah pernah mendapatkan khidmat mereka untuk memprotes di kedutaan kita di Indonesia tidak lama dulu.

Kerana itu, kenapa tidak kita mengusahakannya dan jadikannya sebagai satu peluang kerjaya bagi membolehkan mereka yang tidak berkerjaya atau sudah jemu dengan kerjaya mereka selama ini ataupun mereka yang sudah jemu dengan kehidupan mereka sendiri.

Sebuah syarikat akan didaftarkan bagi tujuan itu. Nama dan keterangan ringkas syarikat adalah seperti berikut:


Nama Syarikat: PENUNJUK SDN BHD
Perkhidmatan: Membekal pekerja penunjuk perasaan mahir dan separuh mahir untuk tujuan sebarang demonstrasi sama ada aman atau ganas.

Logo Syarikat:




Keupayaan Syarikat: Membekalkan sehingga 1Juta orang bagi satu-satu masa.

Pakej Minimun: 100 orang
Harga seorang bagi Tunjuk Perasaan Aman selama 8 Jam

Kategori
Jantina
Harga Seorang    RM
Dewasa
Lelaki/Perempuan
 80.00
Remaja/Mahasiswa
Lelaki/Perempuan
30.00
Warga Emas
Lelaki/Perempuan
 25.00
Pak Lebai/Ustaz
Lelaki/Perempuan
 20.00
Sundal/ Bapok
Perempuan/Tiada Jenis
 20.00
China Doll/ Samm Doll

 100.00
Kanak-Kanak (bersama 2 ibu-bapa)
Lelaki/Perempuan
 100.00
Warga Asing
Lelaki/Perempuan
 30.00





Bayaran Ekstra terasuk elaun dan bagi tugasan tambahan:

Caj Tambahan jarak melebihi 3ooKM
 RM 20.00 setiap 100KM
Rusuhan Ganas
 RM 30.00
Berlakun dan buat-buat ‘Sakit’
 RM 15.05
Berlakun dan buat-buat ‘Mati’
 RM15.85
Elaun Bermalam didalam Lokap
 RM10.00 semalaman
Elaun Perubatan (Jika dibelasah Polis)
 RM5.00 (Rumah Sakit/Klinik Kerajaan sahaja)


# Separuh Mahir
Diskaun 30%




Memandangkan syarikat ini akan menghadapi banyak cabaran-cabaran dalam pengurusannya maka Pengerusi syarikat mestilah seorang yang bijak dan berpengalaman dalam soal-perniagaan orang. Pengerusi yang dicadangkan tidak lain dan tidak bukan adalah Tuan Husin Lempoyang yang sudah bertahun-tahun berpengalaman menjual 'onta' di Bazaar Baghdad dan bertahun-tahun juga menjual orang separuh masa di Turkistan, Afghnistan, dan Negeri Setann di mana Pemimpinnya dari parti yang bersahabat dengan setan...parti angkatan syaitan.


Hj Hussin Lempoyang juga yang akan kaya nanti...heh heh heh heh...wowww!!!


Haih! Usin, ong menjual urag pulork dorh? Ishhh! Kerayanth sunggoh kateq de akuq......














No comments:

Post a Comment

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”