Hj Hadi mesti bertanggungjawab kematian di Memali dan
Mat Sabu mesti bertanggungjawab kehilangan duit Tabung Derma Memali
[11]Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
[12]Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
1. Demikian terjemahan tafsiran Al-Quraan surah Al-Hujurat ayat 11-12.
2. Amanat Haji Hadi mengajar para pengikut Pas bukan setakat mencemuh orang lain malahan mengkafirkan orang lain (UMNO).
3. Kerana amanat itu jugalah terjadinya solat 2 imam dibeberapa buah masjid terutamanya di Terengganu. Mengharamkan sembelihan orang UMNO serta mengharamkan nikah yang dinikahkan oleh juru nikah selain dari orang Pas.
4. Keluarga jadi porak peranda. Masyarakat jadi kacau bilau dan negara jadi huru hara kerana amanat itu.
5. Kejadian pembunuhan di Memali juga adalah kerana amanat tersebut.
6. Amanat Haji Hadi telah membuatkan orang-orang Islam penyokong parti Pas memusuhi orang-orang Islam yang menyokong UMNO dan Kerajaan sehingga sanggup mengkafirkan orang lain selain dari golongan mereka sendiri.
7. Amanat Haji Hadi membuatkan penyokong taksub Pas menjadi 'pemakan bangkai' saudaranya sendiri.
8. Haji Hadi mesti bertaubat dan menarikbalik amanatnya yang telah memesongkan akidah umat Islam di Malaysia selama ini. Jika tidak Haji Hadi akan terpaksa menanggung dosa yang tidak terampunkan.
Lebar sungguh sikain kapas
ReplyDeleteBoleh dibuat bendera bulan
Memang dasar pemimpin PAS
Guna agama untuk cari makan
Salam Tuan, Hamba Pena Dari Tanah Melayu mohon jasa baik tuan untuk pautkan blog hamba yg kecil ini pada blog tuan. Blog Tuan telah hamba pautkan ke blog hamba.
ReplyDeletelink blog hamba: http://penadaritanahmelayu.blogspot.com
Salam Blogger Pena dari Tanah Melayu, blog tuan sudah dipautkan dilink Blog Yang di Beri Muka. Selamat berjuang....
ReplyDeleteAnon diatas, sungguh indah pantun tuan..
ReplyDelete