Nik Aziz bersihkah sebagai MB Kelantan? Hehehehe....
1. Pembangkang berjaya menanamkan kecurigaan kepada sebahagaian rakyat, terutama yang menyokong dan bersimpati kepada mereka. Justeru, mereka mencari-cari dan mencanang-canang bahawa kerajaan tidak bersih. Bahkan 'konon' semua yang kerajaan lakukan tidak betul dan tidak bersih maka jadi tanggungjawab merekalah untuk membersihkannya. Konon itu perjuangan mereka - untuk rakyat.
2. Sebelum PRU12 mereka sibuk mencemuh SPR konon tidak bersih. Berbagai-bagai tuduhan dilemparkan; senarai pemilih, pengundi hantu dan sebagainya. Namun apabila mereka menang dan bahkan dapat menguasai beberapa negeri mereka tidak pula membuat bantahan kenapa mereka menang. Bermakna, jikalau mereka menang dan apa-apa yang memihak kepada mereka, maka ianya bersih dan baik serta betul. Apakah SPR bersih dan betul hanya dinegeri-negeri atau khususnya dikerusi-kerusi yang mereka menangi. Bagi kerusi-kerusi yang mereka kalah, SPR tidak bersih dan tidak betul?
3. Demikian juga terjadi kepada institusi kehakiman. Ianya dituduh tidak adil dan tidak bebas hanya kerana mendakwa pemimpin 'agong' mereka Anu arr. Satu himpunan yang ingin mencetuskan rusuhan diadakan pada hari Anu arr dijatuhkan hukuman kepada kes liwatnya. Jika Anu arr dijatuhkan hukuman bersalah pasti rusuhan akan berlaku namun takdirnya Anu arr dibebaskan dari tuduhan meliwat kerana teknikal, bagaimanapun tidak pula mereka mengatakan bahawa badan kehakiman itu bersih atau bebas.
4. Selain itu banyak lagi agensi-agensi kerajaan yang dicemuh sebagai tidak bersih dan sebagainya dengan niat untuk menyalahkan kerajaan. Segala apa dasar yang kerajaan lakukan ingin dilihat sebagai tidak betul dan tidak bersih. Mereka lupa bahawa sebahagian dasar yang kerajaan lakukan itu Anu arr terlibat sama dalam memutuskannya sewaktu beliau menjawat Timbalan Perada Menteri. Mereka juga terlupa atau buat-buat lupa bahawa pihak pembangkang pun terlibat sama dalam merangka sebarang dasar yang kerajaan lakukan melalui Sidang Parlimen. Mereka lupa bahawa sebagai pembangkan mereka juga berperanan sama dalam membangunkan negara, cuma dinegara Malaysia ini tugas pihak pembangkang lebih mudah iaitu hanya membangkang apa saja tanpa perlu memberikan alasan atau memberikan cadangan yang lebih baik.
5. Pembangkang juga pura-pura lupa bahawa kerajaan hanya merancang dan memastikan perlaksanaan sesuatu dasar namun hakikatnya yang melaksanakan dasar itu adalah agensi-agensi tertentu dan penjawat awam yang berkenaan. Bukan tidak ramai pula penjawat awam yang melaksanakan dasar yang pembangkang kecam itu adalah dari golongan penyokong mereka sendiri. Ada juga berlaku dimana penjawat awam yang melaksanakan dasar yang pembangkang kecam itu setelah bersara menyertai pembangkang. Justeru kita harus fikir-fikirkan siapa sebenarnya yang pembangkang salahkan?
6. Ini semua adalah agenda jahat pihak pembangkang untuk menjatuhkan dan melemahkan kerajaan. Segala yang kerajaan lakukan cuba dilihatkan sebagai salah dan tidak bersih. Apakah mereka itu bersih dan betul? Apakah mereka akan melakukan lebih baik dari yang dilakukan sekarang ini? Mampukan orang yang tidak bersih dan tidak baik melakukan perkara yang lebih baik? Anu arr yang disebut-sebut sebagai bakal PM jika pembangkang menang terpalit dengan segala macam kekotoran dari pekerjaan terkutuknya meliwat, melanggan pelacur chinadoll serta salahlaku melibatkan penyelewengan kewangan sewaktu menteri kewangan dan dijatuhkan hukuman, mampukah melakukan perkara baik? Anu arr tidak akan mampu jadi ketam untuk mengajar anaknya berjalan lurus kerana 'ianya' bengkok dan 'kelihatan' bengkok.
7. Lihatlah kepada kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah pembangkang yang tidak lepas dari pelbagai masalah, Selangor terutamanya. Yang jelas adalah pembangkang ini tidak lebih dari 'tikus yang membaiki labu'. Krisis air Selangor yang tidak dapat diselesaikan hingga sekarang, masalah perlombongan pasir yang diluar kawalan, terbaru isu perpindahan tanah milik orang asli kepada pihak lain yang dilakukan dalam diam-diam serta masalah sosial yang tidak dibendung. Pas, sebelum pakatan memerintah Selangor, bukan main garangnya konon hendak tutup semua kilang arak tetapi apabila pakatan memerintah mereka tambahkan sokong kepada kemaksiatan.
8. PRU13 ini, rakyat jangan diperbodohkan oleh pembangkang. Anak-anak muda harapan bangsa dan masa depan jangan ditipu dan pergunakan lagi. Para penyangap itu tidak akan bertanggungjawab jika negara kita huru-hara dan rakyatnya sengsara. Jangan digadaikan masadepan yang cerah dan gilang gemilang kerana janji kosong pembangkang. Beringat sebelum terkena.
9. Dalam satu sidang media, Tan Sri Abdul Aziz Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menjawab soalan provokasi pengamal media pembangkang; 'Nak Tunggu bersih macama mana? Wallahualam! Nak pakai sabun macam mana pun saya tak tahu'. Jawapannya disambut dengangelak ketawa wartawan-wartawan lain. (Klik Sini)
10. Anu arr Shamsidar, Nik Aziz, Hj Hadi, Mat 'Sapu' Normah, Karpal Singh, Lim KIt Siang serta yang lain-lain juga perlu membersihkan diri mereka terlebih dahulu sebelum layak memperkatakan bersih dan kotornya orang lain.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”