1. DS Najib sudah berusaha sedaya upayanya menyatukan semua kaum di Malaysia dengan gagasan 1Malaysia. Beliau berusaha keras menstabilkan politik negara dari kemelut yang berpanjangan. Ketika beliau mengambilnya dari tangan pemimpin terdahulu, keadaannya sungguh berbeza, lemah dan huru-hara. Namun kini kita boleh bersama berbangga dengan pencapaian yang dilakukannya.
2. Bukan senang untuk memberi kebaikan berbanding dengan untuk menjahanamkan. Terutama dinegara seperti Malaysia ini yang pembangkangnya hanya tahu membangkang semata-mata. Di negara-negara maju, pembangkang boleh berlainan pendapat namun dalam satu-satu keadaan mereka mampu berkerjasama kerana punya pendapat yang sama.
3. Di negara kita, pembangkang hanya membangkang, membangkang dan membangkang. Jika diberikan mereka berkuasa maka mereka melakukan lebih buruk dari apa yang kerajaan lakukan, atau setidak-tidaknya mereka akan melakukan yang serupa. Justeru, kenapa mereka harus bangkang jika mereka juga lakukan yang sama?
4. Kepada para penyokong kerajaan yang selama ini berdiam diri, saya mohon agar lakukan sesuatu bagi menunjukkan kita menyokong DS Najib dan bersama-sama dengannya. Bukan susah, hanya daftar di youtube klik butang 'Like'. Tunjukkan bahawa kita prihatin dan bersemangat untuk bersama DS Najib mempertahankan kemakmuran negara.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”