Calon ADUN Damak; Lau Lee, Dr. Hamzah atau WZWH pilihan ke-3?
1. Memang politik Jerantut bergolak dan celaru sedikit sejak akhir-ahkir ini. Bahkan dari dulupun memang politik Jerantut sentiasa bergelora. Keadaan itu sememangnya dirancang kerana 'pemain' dalam politik Jerantut memang sedar bahawa mereka hanya akan beruntung dalam satu keadaan dimana 'Jong Pecah Yu Kenyang'.
2. Penyokong politik Jerantut sentiasa hendakkan adanya pertarungan, barulah mereka akan mendapat faedahnya. Bagi pemimpin yang bertanding pula juga sedar bahawa mereka akan diangkat jika mereka meng'hulur'. Itu berlaku didalam setiap kali pemilihan UMNO, namun peraturan baru nanti akan menghalang dari perbuatan membeli undi seperti yang diamalkan oleh UMNO, juga Pas, PKR dan DAP. Bahkan mereka lebih teruk lagi.
3. Blogger 'Suck-Mangkok' dengan mudah dan secara sembrono menentukan bahawa Parlimen Jerantut akan jatuh kepada Pakatan Pembangkang. Saya dah katakan pendapat saya, bahawa jika parlimen Jerantut jatuh ketangan pembangkang, ianya patut berlaku dalam PRU12 lalu kerana ketika itulah tsunami kuat melanda dan undi protes banyak menjurus kepada pembangkang. Saya sangat yakin dan pasti bahawa dalam PRU13 nanti, parlimen Jerantut akan tetap teguh pada gengaman BN, cuma berapa majoriti undi yang akan diterima itu bergantung kepada siapakah calonnya.
4. Tidak mustahil akan berlaku 'cas keting' sebagaimana sebelum ini kerana 'pakar' cas keting masih berada didalam AJK Bahagian untuk sentiasa mencari makan. Faktor perebutan kerusi berkenaan juga jadi faktor utama. Umum maklum bahawa ada 2 calon yang berani bertarung hingga 'mati' untuk menghidupkan kerier politik masing-masing. Ini diantara ADUN Tahan dengan ADUN Pulau Tawar.
5. ADUN Pulau Tawar sudah menduduki kerusinya dalam jangka masa lama. Pernah dilantik sebagai exco kerajaan negeri namun akhirnya disingkirkan. Selamilah apa yang tersembunyi. Seloknya beliau tidak dicalonkan sebagai Ahli Parlimen bahkan tidak juga mengekalkan kerusi DUN Pulau Tawar.
6. ADUN Tahan masih muda dan bertenaga namun ada juga cerita-cerita hitam yang mencacat-celanya. Kemungkinan tidak calonkan dikerusi sedia ada mungkin pasti. Jika dicalonkan ke kerusi parlimen pasti yang satu lagi akan mensabotajnya begitu juga jika yang satu itu dicalonkan tidak mustahil dia pula akan melakukan gerak-kerjanya. Sejarah politik Jerantut memang begitu.
7. ADUN Damak juga sudah sangat cukup lama. Kalau bukan kerana Cik Gu Koh bertanding sebagai calon ke-3, kemungkinan besar dia sudah tersungkur. Namun politik kaum yang bijak masih memilihnya berbanding dengan wakil rakyat Melayu. Justeru, jika kali ini pertandingan 2 penjuru berlaku diantara MCA dengan Cik Gu Koh dari DAP, tidak mustahil undi cina berpihak kepada DAP untuk mengajar BN. Jadi calon ke-3 Melayu adalah perlu walaupun sebagai calon Bebas.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”