Inilah banner sensasi yang diletakkan di Jalan Jerantut-Benta
namun beberapa hari saja dan ditanggalkan.
1. Pakatan Pembangkang sudah sekian lama mengidamkan kerusi Parlimen Jerantut. Khabar bahawa Ku Lan tidak akan bertanding pada PRU13 nanti membuatkan pembangkang tidak lena tidur dan termimpi-mimpikan kerusi berkenaan. Konon jika Ku Lan tidak bertanding lebih mudah harapan mereka dicapai.
2. Tidak pernah dalam sejarah Parlimen Jerantut kalah kepada pembangkang sebelum ini. Bagaimanapun dua kerusi DUN sudah pernah ditawan oleh pembangkang iaitu DUN Pulau Tawau oleh Semangat 46 apabila Pengerusi Tetap UMNO Bahagian sendiri yang berpaling tadah dan jadi calon. Manakala DUN Tahan dirampas oleh Pas kerana kealpaan dan cas keting ahli-ahli UMNO sendiri.
3. Kedua-dua kekalahan DUN-DUN berkenaan bukanlah kerana kekuatan pihak lawan tetapi adalah kelemahan yang nyata dalam UMNO sendiri. Sebahagian dari mereka yang berusaha mengalahkan UMNO itu masih ada dan ada dikalangannya terpilih sebagai AJK Bahagian. Segalanya kerana perebutan kuasa dan duit. Insyallah! saya akan menulis terperinci mengenainya dan siapa yang terlibat menikam UMNO BN dari belakang, tetapi bukan sekarang.
4. Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr. Hamzah Jaafar cuba menarik perhatian rakyat terutama disekitar kampong tradisi sepanjang jalan Jerantut - Benta dengan menaikkan bannner konon Pas dan Pakatan akan menyempurnakan pembinaan lebuhraya tersebut jika rakyat mengundi mereka. Malangnya tak sempat beberapa hari banner berkenaan diturunkan semula. Mungkin kerana sedar tipu daya mereka tidak diterima rakyat.
5. Jikalau Dr. Hamzah ingin bertanding sekali lagi di parlimen Jerantut maka sudah tentu beliau menempah kekalahannya sekali lagi. Sebelum ini pun Dr. Hamzah sudah kalah berkali-kali. Sebaiknya beliau belajar erti serik dan mengundur diri.
6. Jika Tuan Ibrahim Tuan Man yang akan cuba bertanding di parlimen Jerantut, dia juga akan ditolak rakyat. Calon yang tidak berkreadibiliti sepertinya yang ditolak oleh Pas dalam pemilihan Timbalan Presiden Pas tentu akan dipandang remeh oleh rakyat.
7. Andai pembangunan yang akan dijadikan isu kempen untuk Tuan Ibrahim menang, sudah pasti ianya tidak akan berjaya. Kerana selama ini kita parlimen Jerantut sudah diwakili oleh beberapa orang menteri dan timbalan menteri, maka apalah sangat seorang ahli parlimen biasa dan mewakili parti pembangkang pula. Tentulah janjinya itu hanya disifatkan sebagai sebuah janji yang dusta semata-mata.
8. Beranikah hati Tuan Ibrahim Tuan Man bersumpah dan berbai'ah bahawa jika dia menang mana-mana kerusi sama ada parlimen Jerantut atau pun DUN Damak dia akan menyempurnakan lebuhraya berkenaan? Sedangkan Nik Aziz Menteri Besar Kelantan lagikan tidak mampu laksanakan janji-janjinya, inikan pula Tuan Ibrahim, yang tewas kepada Mat Sabu bagi Timbalan Presiden Pas. Apalah sangat. Rakyat Jerantut tidak akan percaya sedikitpun.

Apakah UMNO/BN telah menunaikan segala janji???? Berlambak janji YB UMNO di Jerantut yang sampai sekarang tidak ditunaikan. Bila YB UMNO datang merasmikan mesyuarat agung/perjumpaan bersma rakyat....janji itu janji ini.... akhirnya hapah pun tarak.... cuba tanya YB tu... apa yang dia janjikan yang belum di beri kepada pengundi ....????
ReplyDeletedgn syarat rakyat jerantut kena derma dulu utk buat lebuhraya, contoh dikelantan...
ReplyDeletepsstt.. dah buat kebelum lebuhraya dikelantan tu.. berbilion ringgit, sampai bila nak kene derma ni..
Kalau orang BUKIT TAJAU dah tolak,orang Jerantut kalau pilih dia maknanya kita ni x reti basa.Bila orang dh buang itu tanda barang BURUKKK.
ReplyDeletejangan angkuh n over confident sgt....takde apa yg kekal. Jerantut pun x terlepas dari gelombang ABU...isu jalan yg x siap tu sepatutnya memalukan kerejaan pimpinan BN. Tak kisah la PR boleh siapkan atau tak sepatutnya ada siasatan kenapa projek mega tu x siap....fasa dari maran ke jengka 8 langsung terbengkalai...masih nk pertahankan kegagalan tu? Hampeh benor pemikiran blogger mcm awak ni...tutup aje la blog ni
ReplyDeleteMuka haramjadah tu nok menipu kite.... buleh jalan laaaa... ame kome ni nok ngokong dia tehh, jauh panggang dari api ler jawobnyer... suroh dier mengguntel batu lagi elok....
ReplyDeleteKlu tak silap DUN Tahan kalah krn undi sabotaj pengundi cina Sg Jan pada calon MCA. Maaf, tak sempat buat rujukan.
ReplyDelete