Heboh di Kuantan dan seluruh Pahang apabila Tian Chua digantung. (rujuk artikel terdahulu). Kemarahan rakyat sudah semakin memuncak terhadap Tian Chun. Tian Chua patut belajar peribahasa Melayu; 'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'.
Sejak minggu lalu banyak laporan polis di buat terhadap Tian Chua. Boleh dikatakan disetiap daerah akan ada laporan polis yang dibuat terhadap Tian Chua yang dianggap pengkhianat negara. Demikian juga diseluruh negara, banyak NGO-NGO yang telah membuat laporan terhadapnya.
Kebangkitan rakyat dan kemarahan rakyat sudah tidak dapat disekat lagi. Keceluparan mulut Tian Chua dianggap terlalu kurang ajar dan biadap yang tidak dapat dimaafkan. Bagaimana tidak kerana ketika keluarga meratapi kehilangan ahli keluarga yang gugur mempertahankan negara, ada manusia yang lebih mengutamakan politiknya dan menganggap segala yang berlaku itu hanyalah sendiwara semata-mata. Bahkan mengeluarkan kata-kata menghina para perajurit yang gugur itu.
Kemarahan rakyat ini bukan berkaitan dengan rasis kerana bantahan ini datang dari semua pihak dan dari pelbagai bangsa juga. Terbaru, sekumpulan bekas anggota keselamatan yang termasuk dari kaum India juga membuat bantahan terhadap kebiadapan Tian Chua yang disifatkan turut menghina mereka yang pernah berkhidmat dengan pasukan keselamatan.
Jangan hairan jika tidak lama lagi akan ada juga bantahan dan protes-protes terhadap Tian Chua diseluruh pelusuk negeri termasuk dikampong-kampong kerana kesedaran rakyat semakin meningkat. Rakyat sudah bangkit dan bersedia menentang pakatan yang ternyata hanya berkepentingan politik dan peribadi semata-mata dengan mengenepikan kepentingan rakyat.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”