Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin bersama pencabarnya Ahmad Nizam Hamid
Politik Temerloh akan ditentukan oleh 66,105 pengundi berdaftar. Pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut; Melayu - 63.47%, Cina - 24.75%, India - 8.92% dan lain-lain - 2.86%.
Dalam PRU sebelum ini (2008) Pembangkang berjaya merampas kerusi dun Kuala Semantan (Pas). Kerusi-kerusi dun Lancang dan Mentakab kekal dipertahankan oleh BN bersama-sama kerusi Parlimen.
Sejak selepas PRU12, pembangkang mensasarkan untuk menambah kerusi dari Temerloh dan mereka mensasarkan kerusi parlimen itu sendiri. Dato' Saifuddin Abdullah yang dianggap lemah dan cenderung kepada politik Anwar Ibrahim sering dikecam oleh pemerhati politik khususnya bloggers. Namun dalam masa sama pihak pembangkang mempertahankannya kerana menganggap kelemahannya itu akan membantu dan memudahkan mereka merampas kerusi parlimen Temerloh dalam PRU kali ini.
Calon penentang Dato' Saifuddin kali ini adalah Nasaruddin Hassan (Pas). Mungkin pembangkang dan Pas khususnya boleh berangan-angan untuk merampas kerusi berkenaan, namun faktor Ketua UMNO Bahagian Temerloh jangan diperkecilkan bahkan harus digeruni. BN telah menangi kerusi Parlimen Temerloh dengan 2,441 undi majoriti dalam PRU lalu apabila Dato' Saifuddin mengalahkan calon PKR Ahmad Nizam.
Saya beberapa kali menghadiri aktiviti ceramah politik dan sebagainya yang diadakan di Temerloh, jauh sebelum pembubaran parlimen. Aktiviti politik terancang dan berkala itu telah memberi kefahaman kepada rakyat khususnya penyokong BN berkenaan perkembang politik semasa dan berupaya menolak dakyah pembangkang. Justeru saya melihat laluan untuk Nasaruddin Hassan adalah sukar, bahkan kekalahan kedua baginya sudah ada dalam tangan.
Dato' Mohd Sharkar sendiri selaku Ketua UMNO Bahagian bertanding mempertahankan kerusi di dun Lancang. Beliau dilihat sebagai calon boleh menang akan dengan mudah mempertahankan kerusinya bahkan dengan majoriti lebih besar berbanding dulu sebanyak 2,439 undi.
Ahmad Nizam (PKR) adalah calon 'underdog' bagi kerusi dun Lancang ini. Bahkan pencalonannya juga tidak direstui sebahagian besar penyokong-penyokong PKR sendiri. 'Pak Jabit' yang selama ini mengidamkan kerusi berkenaan tentu tidak dapat menghilangkan rasa kecewanya terhadap kepimpinan PKR dengan mudah. Untuk menunggu sepenggal lagi (5 tahun) adalah terlalu lama untuk Pak Jabit yang sudah semakin tua dimamah usia.
Khabarnya ada gerakan oleh mereka yang menentang Nizam dalam PKR yang disifatkan sebagai perampas kerusi Pak Jabit melakukan sabotaj. Bahkan tidak lama dulu, ada yang berdemo membantah Nizam. Perjuangan Nizam kali ini bukanlah perjuangan untuk menang, melainkan adalah perjuangan untuk mempertahankan maruah serta supaya tidak hilang wang pertaruhan. Dalam PRU13 ini, politik Ahmad Nizam bolehlah di'kafankan'. Kahdirian Anwar Ibrahim beberapa kali ke Temerloh tidak mampu mengubah keadaan dan sokongan rakyat terhadap BN.
Dun Mentakab, Dato' Chua Boon Seong dijangka juga akan mempertahankan kerusinya dengan mudah. Penentangnya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji adalah calon DAP yang berasal dari Raub. Meletakkan calon Melayu di kerusi dun Mentakab adalah kesilapan besar kerana peratusan kaum Cina (40.95%) yang tinggi tidak akan memungkinkan beliau akan terpilih tambahan pula isu calon luar.
Dun Kuala Semantan akan menyaksikan pertarungan hebat diantara penyandang, Syed Hamid (Pas) dengan Mohd Anuar Mat Yunus. Jika pembangkang yang selama ini inginkan perubahan, mereka mesti memilih Mohd Anuar. Kerana Anuar ini akan melaksanakan agenda transformasi dengan bantuan kerajaan BN. Anwar Ibrahim (Al-Juburi) tentu tidak akan mempu melakukan apa-apa bahkan agenda politiknya sendiripun hanyalah untuk kepentingan diri sendir, berkuasa dan menjadi Perdana Menteri. Yang pasti adalah Anuar Mat Yunus ini bukannya peliwat.
Dalam PRU lalu, calon BN kalah dengan majoriti yang sangat sedikit, iaitu 932. Sudah pasti dengan kerja keras jentera pilihanraya BN Temerloh kali ini berserta lonjakan semangat menyokong DS Najib dalam melaksanakan agenda besar negara, sudah pasti dun Kuala Semantan akan dapat dirampas semula.
Ada pihak menganggap Temerloh adalah benteng pertahanan Pahang. Jika runtuh Temerloh dan jatuh kepada pembangkang maka daerah-daerah lainnya bahkan bahagian-bahagian di negeri Pantai Timur lainnya juga akan mudah jatuh. Ini kalilah rakyat Pahang, khususnya Temerloh berjuang habis-habisan untuk mempertahankan tanah air tercinta.
Kepada calon pembangkang dan penyokong-penyokong pembangkang, jikapun ada niat untuk merampas parlimen dan dun kami, kami cuma nak kata.....'lain kalilah'........
Calon-calonnya......
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”