06 May, 2013

BN JERANTUT SAPU BERSIH




1. BN masih menang dan berjaya menubuhkan kerajaan di Pahang. Namun kehilangan kerusi dun kepada  pembangkang telah bertambah. Selain itu, penguasaan DAP jelas mendadak dan ini adalah manifestasi kecenderungan mengundi kaum Cina. Di kerusi-kerusi yang DAP tidak bertanding, jelas kemenangan calon pembangkang adalah kerana sokongan dan undi kaum Cina.

2. Banyak pihak meramalkan (sebelum penamaan calon) bahawa Parlimen Jerantut akan dapat dirampas pembangkang. Bahkan dun Tahan dan Damak juga akan jatuh ketangan pembangkang dalam arus  'tsunami' politik pembangkang. Namun apabila penaman calon berlangsung, saya yakin bahawa kedua-dua kerusi berkenaan akan masih dapat dikuasai BN.

3. Kerjasama calon parlimen Pas dengan calon dun Damak (Bebas)  hanya memberikan keuntungan kepada calon Cikgu Koh (ahli DAP). Pengundi Cina di dun Damak yang keluar beramai-ramai pada hari pembuangan undi hanya memberikan sokongan kepada Cikgu Koh tetapi tidak kepada calon Parlimen Pas dan tidak juga kepada Dato' Lau Lee. 

4. Kemenangan tipis calon BN dun Damak (majoriti 64 undi) adalah dari undi orang-orang Melayu yang masih kekal menyokong BN tanpa mengira siapa calonnya. Orang Melayu dun Damak rela tidak menyokong calon Melayu sendiri (dari PKR dan Bebas) kerana kesetiaan kepada parti. Dato' Lau Lee selepas mendapat mandat ini haruslah memberi lebih perhatian kepada orang Melayu. Sikapnya selama ini yang seolah-olah hanyalah wakil rakyat kepada kaum Cina semata-mata mestilah dikikis sebagai membalas jasa pengundi Melayu yang menyokong beliau.

5. Dato' Lau Lee dan pucuk pimpinan parti juga harus menerima isyarat ini dengan jelas bahawa pada masa akan datang orang-orang Melayu juga tidak akan tergak-agak untuk menyokong calon Melayu dikerusi yang majoritinya adalah dari kalangan orang Melayu. Jika orang Cina boleh menolak Datuk Ghani Osman di Gelang Patah, kenapa Melayu tidak boleh lakukan perkara sama jika calon hanya memberi berkhidmat untuk kaum mereka sahaja.

6. Kesedaran politik dikalangan rakyat sudah berubah dan semakin matang. Jika arus kecenderungan politik DAP mampu menarik sokongan kaum Cina, tentu UMNO mesti juga lebih memperjuangkan bangsa Melayu demia survivalnya, atau UMNO akan diketepikan oleh pengundi-pengundi muda masa depan. Masa 5 tahun bukanlah terlalu lama untuk generasi muda matang dalam politik dan berubah. Anak muda masih melihat bahawa UMNO masih mampu memperjuangkan masa depan mereka, namun mestilah lebih tegas perjuangkan kepentingan bangsa.





4 comments:

  1. Cina sudah tunjukkan belang mereka swebenar nya..CINA UNDI CINA ! ...Melayu ? Masih nak berpecah lagi? masih nak berdengki Lagi ? Ya Allah !

    ReplyDelete
  2. yg penting lau lee jangan lagi pinggirkan pengundi melayu kerana nak jadi juara kaum cina....

    ReplyDelete
  3. jgn perasan la tsunami cina konon
    aku melayu
    aku undi cikgu koh
    ini namanya tsunami penduduk mentality bandar vs. penduduk mentality kampung

    ReplyDelete
  4. dicampur cikgu koh ngan jamaluddin, kaloh dah lau lee. sikit ngat majoritinye

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”