"Ku Lan" berkata sesuatu kepada
Dato' Norhelan Mahamud, Ketua Wanita UMNO Bahagian
Dato' Norhelan Mahamud, Ketua Wanita UMNO Bahagian
1. Pahang masih berjaya kekal ditangan BN. Walaupun telah kehilangan 4 kerusi parlimen dan 12 kerusi dun tetapi masih kekalkan majoriti 2/3.
2. Bagaimanapun sesuatu mesti dilakukan bagi memantapkan BN dan UMNO itu sendiri. Kerana kita tidak akan tahu apa akan jadi dalam 5 tahun lagi. Kepimpinan negeri mesti datang dengan pendekatan baru dan berbeza untuk dapat menarik hati rakyat terutama golongan muda. Kita harus sedar bahawa waktu sudah mengubah segalanya.
3. Pagi ini Menteri Besar Pahang akan mengangkat sumpah dihadapan KDYMM Sultan Pahang setelah mendapat perkenan untuk mentadbir negeri sehingga PRU akan datang. Banyak perkara baru mesti dilakukan serta masih banyak perkara lama dan tertunggak mesti diselesaikan. Jika tidak lebih rakyat akan menterjemahkan kemarahan mereka dalam peti undi dalam PRU akan datang.
4. Pada penggal lalu, Jerantut tidak langsung diwakili oleh ahli parlimen didalam kabinet bahkan tidak juga diwakili oleh adun didalam dewan negeri sebagai exco kerajaan negeri. Malang sungguh bagi Jerantut walaupun menang bersih di kesemua kerusi yang dipertandingkan. Jikalau adun lama yang ada di Jerantut ketika ini tidak layak diangkat jadi exco, mohonlah kepada pemimpin tertinggi agar mempertimbangkang untuk melantik seorang senator dari kalangan pemimpin-pemimpin yang ada di Jerantut mungkin dari kalangan Pemuda atau Wanita yang banyak membantu dalam PRU lalu.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”