Sewaktu menghadiri Jamuan Hari Raya Exco Pelancong Pahang tidak lama dulu, saya ditanya oleh seorang sahabat siapa yang saya sokong dalam PAU nanti. Sebenarnya saya tidak ada sebarang jawapan dan sokongan saya juga tidak penting sama sekali, kerana saya bukannya sebahagian dari perwakilan yang akan memilih nanti. Lalu soalan itu saya balas semula dengan soalan; Siapa akan kawan sokong rasa awak? Lalu sahabat saya itu menjawab, rasanya tentu Dato' Zahid Hamidi..... Saya hanya senyum dan berlalu meninggalkannya namun dalam hati tertanya-tanya; Kenapa Zahid Hamidi?
Jika sokongan saya sebagai 'penyokong' diambil kira, sudah tentu Dato' Zahid Hamidi atau orang sepertinya akan saya pilih untuk jawatan tertinggi dalam parti. Dalam era perjuangan UMNO perlu dimantapkan, dalam ketika bangsa Melayu diperlekehkan dan hak-hak orang Melayu dipertikaikan, memang kita memerlukan pemimpin yang bukan sahaja bijaksana tetapi juga tegas dan berani. Salah seorang dari calon-calonnya adalah Zahid Hamidi.
Saya sentiasa mengikuti perkembangannya dan kenyataan-kenyataan akhbar yang dibuatnya kebelakangan ini. Demikian juga tindakannya semenjak menerajui KDN yang membuatkan ada yang kecut perut. Inilah pemimpin yang kita kehendaki, bukan yang terlalu ber-retorik dengan cakap yang berapi-api tapi segala dibuat tidak menjadi.
Siapa yang boleh melupakan Tun Dr Mahathir, pemimpin bertaraf dunia. Siapa boleh lupa ketegasan dan keberaniannya dalam memberi kenyataan berkenaan sesuatu isu. Kita hormati Tun Mahathir bukan kerana beliau itu Mahathir, tetapi kerana pandangan dan tindakannya yang mampu mengangkat martabat bangsa dan dihormati oleh dunia.
Justeru, kepada para pemimpin yang ingin mencari perhatian perwakilan, mereka perlu tunjukkan bahawa mereka juga ada sedikit ketegasan dan keberanian sepertimana Tun Dr Mahathir, selain itu mestilah juga bijaksana serta 'bersih' dan nampak bersih. Zaman pemimpin 'roti kosong' sudah berlalu. Biarlah pemimpin seperti Pak Lah jadi sebahagian dari sejarah.....
Salam.. Ada lagi ke pemimpin UMNO yg bersih? nampak jubo semua berselimpat dgn tahi aje.Tapi yelah pemimpin pembangkang pun jubo berselimpat dgn tahi jugak yek.. nak buat macam mana yok?
ReplyDeleteMemang setuju. Nama-nama yang perlu disingkir dalam PAU akan dating termasuk: 1. Hishamuddin 2. Shahrizat 3. KJ dan yang dah expire tarikh luput.
ReplyDeletesokong.....
ReplyDeleteanak didik nuor ni memang berani macam cekgu dia jugek.....
kas memang respek...
Kebijaksanaan dan keberanian perwakilan pula dituntut utk pemilih pemimpin pusat yg betul betul melayu berani bijak dan d hormati. pemimpin yg jenis sembang lebat dudah berlalu
ReplyDelete