Gambar hiasan
Terdahulu, Utusan Malaysia @ Utusan Meloya melaporkan Cameron Highlands 'ditawan' dengan kehadiran 30,000 (Tiga Puluh Ribu) Bangla. Semua pihak jadi ribut dan kelam kabut dengan kenyataan berkenaan.
Tentu sekali Zahid Hamidi mengetap bibir apabila ada kenyataan yang secara tidak langsung mempertikaikan kewibawaannya. Berikutan itu beberapa operasi dijalankan bagi memburu PATI hingga 'ke lubang cacing'.
Menteri-menteri yang berjawatan dalam UMNO tentu kelam kabut kerana tidak lama lagi kewibawaan mereka akan dipersoalkan atau 'disindir' dalam PAU nanti.
Begitulah baiknya apabila Utusan dan Awang Selamat seekali menjolok 'sarang' tebuan, lebah atau kelulut. Semua serangga-serangga itu akan berterbangan, jika tidak menyengatpun akan berkeliaran disekeliling sarang.
Cuma kita nak tanya, selepas operasi 'memburu' dijalankan, mana dia 30,000 Bangla atau PATI sebagaimana tuduhan Utusan? Mampukah beribu-ribu PATI itu menyelinap didalam hutan atau dilain-lain tempat? Jika mereka masih bebas bersembunyi, salah siapakah pula kali ini? Apa asas kepada bilangan seperti tiduhan Utusan itu?
Atau, kita hanya 'seriau' kepada berita yang tidak pasti kesahihannya serta melompat dan melatah?
Sahibul hikayat maka hujan pun mulalah turun mencurah-curah. Adapun paras air-air sungai pun pastilah akan naik dan segala kawasan-kawasan tanah pamah akan ditengglami air juga akhirnya.
Adapun segalanya itu adalah kuasa dan kehendak Allah jugalah adanya dan tiada jugalah sesiapa dapat menahannya melainkan elok dijadikan ikhtibar semata-mata. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.. jika tak hendak dihanyyutkan banjir lumpur, jangan berumah ditepi sungai diperbukitan.
Ke kajang kot?
ReplyDeletetiada gula tiada lah semut,.siapa yang menabur gula ini sehingga beribu ribu semut bangla dating, orang yang tabor gula patut di tangkap dan di hokum..sudah tentu semut semut bangla tu ada yang masuk tidak sah sebab..semua boleh di atur oleh pihak pihak tertentu..kalau di kerah anggota keselamatan tunggu di kaki bukit Cameron highland di tapah dan di simpang pulai sudah tentu berlori bangla dapat di pungut..kemana nak lari...bangla bangla tu..
ReplyDeleteKt nilai pun byk pendatang tanpa izin
ReplyDeleteJika kat Nilai pun banyak pendatang tanpa izin, kenapa utusan tak bersuara jika mereka jujur?
ReplyDelete