26 November, 2014

'ZAMKATA' PERLU RASIONAL BANDINGKAN MENTERI BESAR PAHANG DENGAN KETUA MENTERI SARAWAK



Saya ingin 'response' kepada tulisan TS Zainuddin Maidin diblog 'ZamKata' posting bertajuk 'Beranikah MB Pahang ikut langkah Ketua Menteri Sarawak?

Namun terlebih dahulu ingin saya jelaskan bahawa saya adalah seorang blogger bebas dan tidak terikat dengan sesiapa, justeru tulisan dan pandangan saya juga adalah bebas dan tidak mewakili sesiapa. Jika pun saya dilihat mempertahankan Menteri Besar Pahang, ianya bukanlah atas sifatnya sebagai individu melainkan atas jawatan sebagai pemimpin negeri.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan TS Zainuddin Maidin  apabila mencontohkan keberanian Ketua Menteri Sarawak dalam menangani isu pembalakan di Sarawak. Memang ianya sangat patut dipuji, dan memang bukan senang untuk kita mengubah sesuatu diluar dari kebiasaan. 

Tan Sri Adenan Satem sememangnya berani untuk mengambil langkah yang tidak popular bahkan berani berhadapan dengan pegawa-pegawai tinggi kerajaan dalam menangani isu berkenaan. Pastinya beliau sudah mengambil kira kekuatan dirinya sendiri dalam menghadapi sebarang keadaan yang bakal dihadapinya kemudian hari.

Memang bukan mudah untuk berhadapan dengan mereka yang berkuasa yang seringkali menutup mata mereka dalam hal kegagalan penguatkuasaan sehinggakan pencerobohan hutan boleh berlaku dihadapan mata dan berleluasa.

Mungkin itu tindakan yang tidak popular dikalangan pegawai tinggi kerajaan namun tindakan itu juga sudah tentu akan mendapat sokongan dikalangan masyarakat terutamanya bagi generasi muda yang sangat mudah menerima maklumat melalui media sosial.

Bagaimanapun untuk membandingkan Menteri Besar Pahang dengan Ketua Menteri Sarawak adalah saya anggap sebagai sesuatu yang tidak bijak tanpa melihat dan mempertimbangkang persekitarannya. Sosio-budaya diantara Pahang dengan Sarawak juga berbeza.

Apa yang boleh dilakukan di Sarawak tidak semestinya boleh juga dilakukan di Pahang atau di negeri-negeri kerana adanya kekangan kuasa tertentu yang pastinya akan menyukarkan sesuatu untuk diimplementasikan tanpa mendapat tentangan dan tekanan.

Saya berpendapat, TS Zainuddin sendiri yang sudah sangat berpengalaman luas ketika berkhidmat didalam bidang kewartawanan media arus perdana serta sebagai seorang menteri kerajaan sudah pasti adakalanya terpaksa berhadapan dengan keadaan dimana sesuatu keputusan yang diambil harus juga mengambilkira pihak lain terutamanya institusi yang sukar untuk sentuh.

TS Zainuddin Maidin juga perlu rasional apabila ingin membandingkan diantara Menteri Besar Pahang dengan Ketua Menteri Sarawak. Namun, setidak-tidaknya Menteri Besar Pahang sudah berjaya mempertahankan negeri dari ditawan pembangkang dalam beberapa siri PRU yang lalu.

Mungkin sempena PAU kali ini saya dapat bertemu dengan TS Zainuddin Maidin seketika andainya ada kesempatan dan waktu.... mana tau...?



2 comments:

  1. Yg. Utusan tu pun, tak nampakkah PERANGKAP si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM?!

    Bukan main lagi MO licik si PENGGANAS-PENGGANAS Red Bean si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan TUAN Barat-ZIONISnya - nak MENGALIH perhatian dari berpuluh ribu PATI Cina dari PELANCONG China yg. HILANG terutamanya di P. Pinang dan Sarawak/Sabah; serta usaha PENIPUAN disyaki utk. menambah jumlah kaum Cina di negara ini melalui pemberian Mykad milik mereka yang telah meninggal dunia – lihat di .blog ini sendiri di http://sarawakia.blogspot.com/2014/11/orang-cina-tidak-tahu-bahasa-melayu.html, Orang Cina tidak tahu bahasa melayu adalah PATI? , by Apai Ngelai , November 19, 2014!

    Maka, sebab itu, aku syak sampai BERATUS pelatih PKLN hari tu TAK boleh Bahasa MELAYU/KEBANGSAAN lansung – yg. amat MUSTAHIL kalau rakyat Negara ini; jadi ini amat MENGANCAM KESELAMATAN/KEDAULATAN Negara Islam ini serta umatnya!

    Maka, baik KDN periksa balik kes ini yg. telah SENYAP – dan pastikan pemillik IC tersebut samada betul rakyat Malaysia! Kes ini bukan hanya pd. tanggungjawab Kem. Pendidikan! Malangnya juga sekrg.. polis nak dipastikan semua tahu bahasa INGGERIS - jadi ini juga amat bahaya kalau PATI yg. tak tahu lansung cakap Melayu serta PENYAMAQ boleh jadi polis nanti dgn. IC palsu - dan hanya perlu berbahasa Inggeris! Bahkan aku pernah telefon JPA termasuk PDRM - ada yg. tak fasih Bahasa Melayunya; heran betul aku!


    Sebab itu mereka cuba MENGALIH perhatian dgn. MO mahu MENGHASUT umat Islam/Melayu kita utk. utk. membenci saudara se BUMIPUTERA Islam/Melayu kita dari Indonesia (sampai punya kempen secara meluas dan mcm. kilat, kat media sosial, suruh KARAMkan bot 'PATI' Indonesia kerana kes Jokowi), saudara se BUMIPUTERA Islam/Melayu kita dari selatan Thailand dan Selatan Filipina termasuk BUMIPUTERA Melayu Sulu dsbnya, serta pekerja ISLAM Bangladesh dan pelarian ISLAM Rohingya (kat Cameron Highland tu)!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Aku ada dengar cerita yg belum sahih. Hanya utk peringatan dan tiada mood nk buat tuduhan. Org kata, sesetengah orang cina jika ada kematian terutamanya kanak2, ianya akan disembunyikan dgn tujuan sijil kelahiran atau ic boleh digunakan utk merakyatkan cina yg bukan warganegara. Ingatan kpd jbtn pendaftaran, imigresen dan yg berkaitan...

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”