Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.
Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.
“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
(Sila rujuk minit 42:16 - 42:55)
Saya mengambil masa panjang sebelum membuat keputusan untuk menulis posting ini kerana mempertimbangkan kewajarannya. Menanya diri sendiri apakah saya juga tergolong dalam blogger bangang yang dimaksudkan oleh presiden UMNO? Atau apakah semua blogger pro UMNO memang wajar digelar bangang?
Ucapan penangguhan oleh Presiden UMNO yang dirujuk telah jadi kontroversi dikalangan blogger. Akhbar arus perdana serta portal blog pro pembangkang serta merta mainkan isu berkenaan, demikian juga blogger pro pembangkang mengambil peluang untuk turut menghina blogger pro UMNO.
Bukan sedikit hati blogger pro UMNO yang terguris dengan kata-kata Presiden parti. Mereka rasa sungguh terhina apabila usaha pertahankan parti dan kerajaan selama ini ibarat diberi madu dibalas tuba.
Bukan semua blogger pro UMNO yang cari makan dengan UMNO. Ramai dikalangan kami yang tidak mendapat apa-apa bahkan jika mendapat imbuhanpun hanya sekadar mendapat 'kerak' nasi sahaja atau dengan kata lain; 'mereka makan daging dan blogger pro UMNO bagai anjing makan tulang'. Namun atas nama perjuangan, usaha tetap diteruskan.
Siapa selepas PRU 12 siapa yang berjuang di alam maya pertahankan UMNO ketika pemimpin-pemimpin UMNO masih 'buta' media sosial? Bahkan juga kami sudah biasa digelar 'beruk' oleh pemimpin yang merasakan bahawa blog serta media sosial tidak penting ketika itu.
Blogger generasi pertama menulis bukan kerana imbuhan dan nama. Kerana itulah kami tidak menampilkan diri untuk menunjukkan wajah kerana bukan publisiti yang dicari. Silapnya ialah bila UMNO merasakan bahawa mereka ingin membina tentera mayanya sendiri dengan meminggirkan blogger yang berjuang berlandaskan semangat dan mengantikan dengan blogger upahan. Apa jadi dengan UMB pemuda UMNO?
Mungkin ucapan Presiden mensasarkan seseorang atau sesuatu kumpulan, namun apabila hanya menyebut blogger pro UMNO sahaja, ianya dianggap ditujukan kepada semua. Ianya memang menguris hati kami. Kenapa ucapan itu tidak ditujukan kepada Zaharin atau yang seumpamanya yang bukan sedikit menghentam pemimpin di blog dan facebook? Apakah presiden takut kehilangan satu undi itu sehingga lebih rela sakiti hari puluhan atau ratusan blogger yang selama ini menyokong UMNO?
Memang kadang-kadang ada kalangan blogger yang membuat teguran terhadap pemimpin. Mungkin bermula dengan halus, namun apabila tidak diendahkan maka mereka akan berteriak lebih lantang. Tidak wajarkah blogger yang digelar bangang itu menegur pemimpin apabila mereka membuat kenyataan yang juga bangang.... umpamanya; ".....ayam mahal, jangan makan ayam" dan banyak lagi...
Saya tidak menyokong setelah dihina namun saya tidak akan derhaka kepada bangsa dan perjuangan. Mungkin lebih baik berdiam diri dan melihat parti yang gelar keramat ini ... untung sabut timbul, untung batu tenggelam.... tenggelamlah bahtera yang karam.
Mungkin tiba masanya untuk 'Farhana' dan seangkatan dengannya pula perjuangkan parti mengantikan angkatan 'beruk' dan 'blogger bangang'.
(Lepas Farhana, PM Pula Tegur Blogger Bangang) dan (Panglima Perang Yang Tembak Laskarnya Sendiri)
Mungkin tiba masanya untuk 'Farhana' dan seangkatan dengannya pula perjuangkan parti mengantikan angkatan 'beruk' dan 'blogger bangang'.
(Lepas Farhana, PM Pula Tegur Blogger Bangang) dan (Panglima Perang Yang Tembak Laskarnya Sendiri)
Awatlah YAB PM kita ni - aku syak beliau diHASUT PUNAHsihat-LIBERAL-BANGANG yg. tengah BERDENDAM membara, akibat dikutuk dan didedahkan si para blogger pro-UMNO yg. JUJUR, BERANI, TEGAS dan TIDAK TAMAK KUASA/PUJIAN (BUKAN PEMBODEK-mcm-KULI)!
ReplyDeleteAku tak setuju MO ‘attack‘ hanya pd. PEMBANGKANGTERKANGKANG, tapi juga perlu pd. mana-mana si MUSUH ISLAM/umatnya dari dlm. UMNO/BN sendiri serta pemimpin UMNO-LIBERAL/TAMAK KUASA-PENGKHIANAT-BANGANG, kerana yg. diperjuangkan utamanya oleh PENCINTA-UMNO-TULEN, adalah ISLAM/umatnya, sbg. “TIANG TUA“ UMNO, supaya “RUMAH ADAT“ UMNO TIDAK diROBOHkan puak PENGKHIANAT ni (lihat makna "Tiang Tua" dlm. adat Melayuberzaman kita ni di - http://kesenianrahmat.blogspot.com/ , Rumah Adat Melayu, 11 Desember 2011)!
Tapi kalau pemimpin UMNO yg. ANGKUH tak nak MENGHARGAI jasa blogger-blogger pro-UMNO yg. JUJUR/IKHLAS/BERANI, tapi asyik nak TUNDUK pd. HASUTAN DALANG-DUA-MUKA-Islam/Melayu LIBERAL/Pendatang KAPIRDAJAL RASIS termasuk dlm. BN sendiri – percayalah, akan hilang terus KEPERCAYAAN pd. UMNO sedangkan UMNO bukan kepunyaan depa dan KETURUNAN depa, tetapi kepunyaan umat Islam/Melayu, untuk MEMPERTAHANkan ISLAM serta hak mereka dari mana-mana PENGKHIANAT agama/bangsa/negara!!
Nenek TUA Sambal Petai.
Aku tak kisah sgt perkataan bangang. PM pun boleh btukar ganti. Klau tk betul kritik betul sokong. Asalkan utk kebaikan janji jgn fitnah. Free free dpt dosa. Bersedia trima kritikan klau tak lingkup BN. So najib u hve to listen. We bumis need more attention without us u r not still standing there gven speeches. D chinese dont gve a damn bout u. So sedar sedar diri. Maaf tak semua cina...nenek aku pun cina tpi tk gila kuasa.
ReplyDeleteAku lebih menyanjungi blogger pro umno yang konsisten menyerang pembangkang tetapi dalam masa yang sama sesekali menembak kelemahan dan kesilapan pemimpin umno/BN.
ReplyDeleteBarulah dikatakan blogger yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada kekukuhan umno/BN itu sendiri.
Cuma gaya mengkritik itu jangan ternampak macam nak menjatuhkan.
" Datuk seri, sebagai pemimpin utama negara dan presiden parti kalau menegur pun janganlah gelar blogger pro umno bangang,,...BANGANG !!! "
Najib ni bodoh sombong.
ReplyDeleteBodoh tak boleh di tegur.
Cerdik tak boleh di ikut.
Tapi ahli umno masih beri tepukan gemuruh.
Sepatutnya sepakat tak payah dok tepuk baru dia faham.
Cuba kira balik, berapa kali blog ini menyebut najib 'bangang'. Blogger2 pro umnopun serupa. Berbakul2 najib dapat bangang dpd para blogger yang kononnya prokerajaan. Sekali sahaja najib sebut blogger bangang, terus makan hati, hati terguris, patah hati dan kecik hati. Akangkah kecilnya jiwa korang, kena tembak dengan gelang getahpun dah nak merajuk...relaks la bro...sikit sgt sebab utk kecik ati tu....
ReplyDelete>>>>>minta tolong kepada sesiapa yg mampu untuk membeli tanah yg berpotensi ini. http://tanahpuchong.blogspot.com mohon perhatian tuan & rakan<<<<<
ReplyDeleteTanah reserve ini sudah terbiar sekian tahun, tanpa mendatangkan hasil kepada pemiliknya, kepada pemaju dan pelabur umno/melayu, harap ambil tanah ini untuk dimajukan sedangkan kawasan sekitarnya sudah pun dan sedang dibangunkan !!!
Apa jadahnya nak mempertahankan tanah reserve Melayu kalau hanya untuk dipenuhi dengan lalang dan semak samun????
Jangan hanya pandai bercakap berdegar degar dalam perhimpunan, bukan sahaja ekor bergelumang tahi, mulut pun penuh tahi akibat cakap tak serupa bikin!!
Masalahnya, dalam umno sendiri ada pemimpin yg macam anai-anai, menjadi liability kepada partinya sendiri. Itu yang blogger terpaksa tembak. Tapi PM tak sedar banyak pemimpin umno yang lebih BANGANG!
ReplyDeleteMasalahnya ialah ramai pemimpin dalam umno yang umpama anai-anai yang menjadi liability kepada perjuangan parti. Anai-anai ini yang makin menjauhkan parti dengan rakyat. ITU yang terpaksa blogger tembak. Sayangnya PM tidak sedar ramai kalangan pemimpin dalam parti yang lebih BANGANG!
ReplyDeleteJangan bangga menyebut diri pejuang bangsa...andai baru diuji dengan panah lidah berbisa saja sudah mahu menyerah..belum lagi diuji dengan perang berdarah...tentu terus cabut lari..
ReplyDeleteJika team Farhana yg kononnya Youth Blogger ni nak pertahankan kerajaan yang kadang2 mengambil tindakan bangang dan kenyataan yang bangang..tak payah pakatan hentam...golongan cytro yang dah berhabuk menelan maki hamun dr pakatan atas tindakan bangang pemimpin tau nak ajar team korang...
ReplyDeleteJuba Sniper!!!
Setuju dgn anon 1:15...tuan punya blog ni pun kadang2 lebih sudu dari kuah, mentang2 ada blog konon2 ada kuasa nak tulis dan ulas apa mereka suka
ReplyDeleteAda pulak yg perasan lebih pandai dari org lain, cara ni tak betul, cara dia je betul
Memang ramai blogger yg proumno apatah lagi pakatan yg membangangkan Najib, sekali je kawan tu bagi bangang, semua berkokok, walhal teliti la betul2 tujuan dia cakap
Agak2 blogger ni suci dan maksum, tak pernah mak ayah, cikgu, ustaz bagi bangang kat depa....kdg2 ada ustaz yg perkataan bodo dan bengong tak pernah kering dari mulut !!!
Buat para blogger yg ikhlas dlm perjuangan...tak payahlahh nak Terasa sgt bila najib kata bangang!!.lagipun najib dan punaisihat dia yg sebenarnya bangang!!.korang tulis mcm biasa hentam lagi kuat!!.lagipun bontot mreka ni dah panas,.!buat apa nak terasa sgt!!!,aduhh mangkuk ayun tul blogger2 ni,,inilah masanya anda tunjukkan taring!!bukannya nak raih simpati dari pembaca anda!!.kami rakyat malaysia ni dah tahu dahhh.,tunggu PRU jerr
ReplyDeleteSalam.. dari dulu lagi aku dah kata.Pemimpin pemimpin UMNO bukan nak terima nasihat orang bawahan ni.Dia org pekak kan telinga aje.Jnaji perut dia org penuh mentekedarah aje dia org bukan peduli kat orang lain.Itulah hakikatnya,Kesian blogger UMNO yang bangang. MMg layaklah PM kata blogger pro UMNO bangang sebab mmg bangang sungguh
ReplyDeleteSemua berhak menyatakan pendapat masing2, dan bahkan semua pendapat adalah betul kepada setiap individu... tp, aquarius morius - mana awak tau saya tk ada rambut? Hahaha..
ReplyDelete