14 May, 2015

APA YANG TUN 'M' NAK ?




Ramai yang keliru dan tidak menentu hala tuju apabila Tun M terus menerus 'menghentam' DS Najib hatta ketika PRK Permatang Pauh, sehari sebelum hari membuang undi. Mungkin BN tidak akan menangpun walau tanpa kenyataan Tun M mengenai Tabung Haji, tetapi setidak-tidaknya BN mampu meraih lebih banyak undi dari apa yang didapati.

Berbagai pendapat diantara kita namun yang nyatanya kita terbahagi kepada dua; penyokong DS Najib dan penyokong Tun M. Tidak peduli atas alasan apa kita menyokong sekalipun namun hakikatnya kita terbahagi dua.

Saya mula menulis blog ini ketika zaman Pak Lah sebagai sokongan dan dedikasikan kepada Tun M, itu saya tidak ragui sama sekali. Bagaimaanapun kini pandangan saya berbeza kerana apa yang saya harapkan dari Tun M tidak saya dapati.

Saya mengharapkan Tun M sebagai seorang negarawan dan arkitek pembina negara bertindak lebih wajar dalam menangani masalah kepimpinan DS Najib. Namun apa yang berlaku beliau seakan-akan sememangnya bukan bertujuan untuk mengajar atau menasihat, sebaliknya beliau lebih dilihat sebagai 'pembunuh' yang tiada belas kasihan.

Sudah pasti tiada siapa yang tahu apa sebenarnya ada dalam fikiran Tun M. Kerana itu orang menduga-duga apakah rencananya selepas jatuhkan Pak Lah dan DS Najib (jika berjaya). 

Ramai yang beranggapan bahawa beliau 'suka' agar TS Muhyiddin 'ditabal' sebagai PM... untuk seketika ... sebelum dijatuhkan pula. Ibarat berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak. Banyak pendapat mengatakan bahawa Tun M mahukan 'warisnya' mewarisi 'takhta' yang telah beliau duduki sebelum ini.

Ada soalan; kenapa? Apakah tidak ada orang lain yang layak selain 'warisnya'? Fikiran buruk berkata; lebih mudah menutup bangkai dan menghalangnya dari berbau oleh orang yang tahu dimana bangkai itu berada.

Begitu banyak soalan-soalan yang Tun M soalkan kepada DS Najib sehinggakan ada antaranya diketahui bahawa ianya langsung tanpa fakta. Begitu banyak juga jawapan-jawapan yang diberikan oleh DS Najib namun umum tidak mengendahkannya kerana menganggap bahawa jawapan itu hanyalah satu penipuan semata-mata.

Siapa yang benar dan siapa yang salah bukan lagi jadi persoalan kita ketika ini. Kerana kita mesti akui bahawa apa yang berlaku ketika ini sememangnya memecahkan dan memberikan kesan besar kepada parti dan bangsa Melayu sendiri.

Jika boleh, kita mesti merayu agar pertelingkahan ini dihentikan segera tanpa sebarang syarat. Untuk kepentingan anak bangsa kita dimasa akan datang. Setiap 'serangan' dari Tun M pasti akan memberi bekas kepada DS Najib. Demikian juga, setiap penafian dan usaha DS Najib mempertahankan dirinya akan tetap mencalar imej Tun M sebagai negarawan yang kita patut hormati.

Lupakan sejarah silam... sejarah mencatat tiada siapa yang Tun M 'sukai' selama karier politiknya. Beliau tak 'suka' Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn ketika mereka PM. Beliau tak 'sukai' Tun Musa Hitam dan Tun Ghaffar serta DS Anwar ketika beliau menjadi PM. Beliau juga tidak 'suka' Pak Lah dan kini DS Najib ketika mereka jadi PM. 

Apa yang Tun M nak?

Bagaimana kita akan tulis sejarah negara dan bangsa kita nanti?

UMNO membusuk hingga ke usus!

Walau apa sekalipun jawapannya, kita pengamal media sosial perlu berusaha menghentikan pertelingkahan ini dari terus merebak. Jangan biarkan menjadi barah. Jangan mencurah minyak pada api yang sedang menyala. Kerana walau disebelah mana kita sekalipun, kita hanyalah 'pencacai'. Mungkin ada orang lain yang akan makan isi, namun kita tetap umpama 'anjing' pemakan tulang yang dicampak buang.


Blogger Bangang !


29 comments:

  1. Why Najib needs the Auditor General to answer issues on 1MDB. Why can't he answer for himself? After all he is the chair. Is he not sure of the status of 1MDB?

    I am just a concerned rakyat wanting to know.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Because, if najib answer thw question ,do you believe what najib will say,and than you will ask again where is the proof,same goes to pembangkang,so to answers 1mdb issue,najib need back up bukan cakap kosong, I also concerned about it,but sometimes.we have to think positive wait fot auditor general finished and also pac finished. Sometimes.we Malaysian overaction in dealing with certain issue

      Delete
  2. Tun M nak anaknya Mukriz pegang jawatan Senior post dalam kerajaan. Menjadi Naib Presiden dan tahun akan datang jadi Timbalan Presiden and menjadi Presiden dengan menjatuhkan Presiden UMNO semasa itu

    ReplyDelete
  3. Tun M nak anaknya Mukriz pegang jawatan Senior post dalam kerajaan. Menjadi Naib Presiden dan tahun akan datang jadi Timbalan Presiden and menjadi Presiden dengan menjatuhkan Presiden UMNO semasa itu

    ReplyDelete
  4. Jangan cakap banyaklah. Tunggulah PR14. Walaupun aku ahli unmo tapi tak akan undi BN selagi GST tidak ditarik balik. Sekarang ni apa untongnya jadi ahli umno kalau terbeban dengan GST. Orang kampung pun tau.

    ReplyDelete
  5. Kalau xsalah, PMNajib hanya sebagai Penasihat 1MDB yg punya CEO dipertanggungjawabkan..

    Apa yang Chedet mahu sebenarnya xpenting,sbb Umno bkn miliknya.. Yg penting ialah apa kehendak ahli2 parti UMNO-BN dan penyokong Kerajaan.
    Jika dia nakkan anaknya,Mukhriz mewarisi kepimpinan negara, itu bkn hak Chedet utk menentukannya, ia lbh kepada hak parti dan perwakilan yg bakal memilih barisan pemimpinnya. Setakat ini maaf kata,Mukhriz belum menunjukan ketokohan kepimpinan yg layak utk mengisi pucuk pimpinan parti juga negara selain sekadar dilantik oleh PM jd MB Kedah. Dia bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pun kalah ditangan Khairy Jamaludin?. Dimana ketokohannya sebagai calun/bakal pemimpin politik. Tidak semestinya bapa hebat bermain politik maka ia diwarisi oleh anaknya??.wallahu'alam

    ReplyDelete
  6. Sekarang pembangkang tengah kuat mencocok orang kampung dengan isu yang sangat simple iaitu GST. Ini kalilah najib tahu langit tinggi rendah.

    ReplyDelete
  7. Mukhriz lembik tu nak jadi top leader UMNO..sorry lah bro..
    Better Hishammuddin lagi cerdik dan bertenaga dr Mukhriz yg entah apa dia buat untuk Kedah.. very2 static..

    Mahathir lupa Mirzan pun problem bisnes.. anak2 dia tak dapat mewarisi apa yang dia ada..

    ReplyDelete
  8. Tun Der nak najib selalu minta nasihat darinya macam pm singapore dgn lee kuan yew. Dia tak nak org lain lebih masyhur dari dia. Ini kes orang tua dah nyanyuk takut rakyat lupa pada dia jd kena cari isu hari-hari. Dari dulu esei tak suka tun der. he does not smile, he smirks.Sampai hari ni esei nak tahu kenapa marina ada tanah tak jauk dari kg ese kek n9 ni. dulu bela burung unta skrg entah. Tuk der memang tak do harto sbb dia dah bagi kek anak-anak ei. Klu mukriz jadi pm, entahlah apa akan jadi.

    ReplyDelete
  9. Mungkin anda kurang mengenali Tun M sekiranya beranggapan dia lebih mementingkan kepentingan diri sendiri atau anaknya. Tun M mempunyai kebolehan berfikir secara sistemik, dan amat malang kalau menjadi pemimpin tapi tak mampu berfikir secara sistemik. Lihat saja bagaimana isu yang amat mudah seperti 1MDB, yang selama ini directly reported kepada Najib pun tidak langsung dapat dijawab. Bukan nak kata Najib itu bodoh, tetapi dia gagal berfikir dan nampak isu secara menyeluruh dan dia nampak seperti hanyamempunyai linear thinking mentaliti. Kalau anda masih keliru, boleh rujuk kepada satu buku yang sangat menarik "The Fifth Dicipline" hasil tulisan Peter M Senge yang boleh menerangkan bagaimana system thinking ini berfungsi. Ini hanya pendapat peribadi saya, maaf kalau tak betul.

    ReplyDelete
  10. Umno memang sudah rosak sehingga ke usus..aper timdakan najib...krik krik krik krik

    ReplyDelete
  11. Kalau TDM hendakkan anaknya menjadi PM akan datang, beliau telah berkuasa lebih 22 tahun. Lebih dari cukup masa untuk 'groom' anak menjadi PM.

    Beliau tidak berbuat demikian kan? Jadi apa logiknya ketika dia sudah tidak kuasa, tiada ada apa apa, dia terkinja kinja hendak meyediakan ruang untuk anaknya jadi PM.

    Kalau apa yang diperkatakan TDM benar, beliau telah cuba menegur dan menasihati Najib lebih 4 tahun. Najib bigai dan lebih memilih mendengar nasihat nasiaht konsetan dia!.

    Sekarang bila timbul isu 1MDB yang akan memudaratkan masa depan Negara, wajar kah TDM terus berdiam diri?.

    Sudah mula timbul 'taik' baru dari Singapura.

    Diamkan juga isu ini? Kalau diamkan juga tunggullah kemudaratan untuk kita rakyat Malaysia dan negara kita.

    Najib dan family no problem! Mereka mampu untuk memulakan hidup daru di tempat lain!

    ReplyDelete
  12. orang melayu dah kurang yakin dengan pm menjelang pru13 lg. ditambah pulak dengan tindakan pm yang lebih cina dari cina hingga membiarkan maruah melayu dibawa arus tanpa sebarang rasa bersalah. melayan kehendak pembangkang atas sebab kuasa asing pro pembangkang dan yang paling pantang bagi tun M adalah berkiblatkan orang asing untuk menentukan halajutu negara. secara tidak langsung pm sedia ada semakin mampu menjadi pak turut dengan menuruti kehendak kuasa asing.
    orang playsafe memang tidak layak menjadi pemimpin negara ini. orang melayu dan rakyat negara ini mengadu kepada tun M dan tak salah rasanya dia bersuara mendesak pm sedia ada berundur demi menyelamatkan nusa dan bangsa dari dilahap penjajah moden. namun begitu wang adalah segalanya dan dengan wang juga mampu untuk meraih sokongan agar terus berkuasa..

    ReplyDelete
  13. Simple. Sebelum mati, Tun M nak pastikan tercatat dalam sejarah dia sahaja yang boleh memimpin. 22 tahun pegang kuasa mengajar kita dia gila kuasa. Dulu kita hormat, tapi Allah nak tunjuk kehitaman hati dia sebelum dia pergi. Inilah Mahathir sebenar, pencetus team A, team B. Pencetus perpecahan Melayu. Ingat Musa Hitam, Ghafar Baba, Ku Li, Badawi dan yang paling impak besar lantikan fan pemecatan Anwar Ibrahim. Fikirkanlah!

    ReplyDelete
  14. Rezeki, jodoh, ajal, maut di tangan tuhan kenapa nak dikejar2. Sekiranya post PM tu memang milik Mukriz satu hari nanti ia akan dapat juga inshallah. Yg penting Mukriz ada kredebiliti yg ada pada pemimpin yg baik. X yahlah buat perkara yg boleh memecahbelahkan Parti, org Melayu dan Islam. This is not islamic anyway dan kesannya kepada rakyat dan negara adalah tidak baik. Saya optimis TDM dan Najib boleh selesaikan masalah ini dan kembali bersatu seumpama biduk lalu kiambang bertaut.

    ReplyDelete
  15. Boleh kamu jawab isu 1mdb?

    Joh

    ReplyDelete
  16. utk menghentikanya blogger dan pengamamal media tak yah post sebarang berita mengenai mereka berdua ni

    ReplyDelete
  17. not that najib don't want to answer the issues. the problem is what ever najib says nobody believe him. thats why he instruct the auditor general to audit 1mdb accounts. with hard proof hopefully people will believe. even with vedeos and picture nobody believe nowdays.

    ReplyDelete
  18. Pada hemat aku, bukan sahaja isu 1MDB tapi hal hal kepentingan orang melayu & strategi politik yg dibawa Najib agak lari dari landasan. Contohnya hapuskan ISA, mengabaikan kontraktor bumiputra, BRIM, begitu mudah tuduk pada pihak lawan, kow tow dgn Spura, jambatan & railway tidat teruskan, terlampau berbelanja contoh Jet k'jaan, gaya hidup Rosmah yg mewah, penasihat2 Mat Salleh, kos sara hidup yg tinggi, RM jatuh, isu GST...terlalu banyak nak huraikan kelemahan2 Najib, dan baru2 ni isu Tabung Hj & begitu mudah di jual kepada pihak luar hanya nak untung $5 juta, kalau ianya benarlah. Umum mengetahui perkara ini semua & kelemahan2 Najib. Hutang negara makin meningkat. Bila tanya kjaan fasal ekonomi, all oka. Kalau okay kenapa RM begitu rendah sekali, kenapa barang2 naik, kenapa buat GST tidak tepat pada masanya.
    Itu lah yg kebanyakkan orang & Mahathir nampak. Zaman Mahathir ada masalah juga, tapi rakyat tidak terasa tempias nya & kerajaan dapat selesaikan & jelaskan masalah yg dihadapi.

    ReplyDelete
  19. Kalau betul Tun nak anaknya ada jawatan senior dalam kerajaan, sudah pasti Tun boleh lantik anaknya semasa Tun jadi PM dahulu, bukannya sekarang. Apa punya bodoh daa pengampu Najib...

    ReplyDelete
  20. Tindakan TDM ni lebih kepada memusnah daripada membina. Semasa dia jadi PM dia mahu ahli pasrti dan rakyat sokong dia, tapi bila orang lain jadi PM dia lebih banyak mengganggu drp menyokong.
    Manusia yang selalu menganggap diri dia lebih baik drp orang lain adalah manusia yang bermasalah dengan hatinya sendiri.
    Redha. berdoa dan berserahlah kepada ALLAH yang maha berkuasa agar rakyat Malaysia dan Islam terus dipelihara dan dilindungi. Siapa la TDM ini.....

    ReplyDelete
  21. Najib yakin dgn caranya nape dia pelu dngr pndapt Mahathir walaupun Tun M cuba nasihat cra baik..Realitinya PRU 13 Najib ditolak oleh kaum Cina..dan undi popular pd PR..apa yg boleh dibanggakn dgn prubahan yg Najib cuba lkukan skrng jika hasilnya masih kurang jelas..Dsn seorng pmimpin yg lemah...Najib sudah terpalit dgn isu skandal 1MDB smpi mmberi keuntugan politik kpd pembangkang...Org mlayu mmng suka mrosakn diri mrk demi WANG sehingga bansa lain mngambil ksempatan..spnjg Najib jd mnteri kwangan dia xtau ape2 ke ttng kemungkaran yg brlaku dlm 1MDB..

    ReplyDelete
  22. Sememang DSN sedang mengharungi kesukaran ketika menghadapi tekanan politik pihak pembangkang dan kehadiran Tun M sebagai orang UMNO yang diluar kabinet menghentam 1MDB, Kes Altantuya,BR1M dan GST sepatutnya disahut dengan jawapan bernas tentang informasi sebenar kepada umum. selaku PM kredibiliti DSN menggempur segala bentuk tuduhan dengan bijaksana dan rakyat atau orang ramai akan jelas terhadap setiap persoalan yang dikemukakan. Setiap dasar atau isu yang berlaku sekarang perlu penjelasan . Keadaan bertambah teruk apabila ada menteri yang terkedepan cuba menjelaskan isu tetapi masih tidak menjawab kepada persoalan khusus. Manakala perhitungan Tun M terhadap sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN juga seharusnya menjadi ukuran dan persediaan parti mencari jawapan kepada sokongan kaum cina dan India mendadak merosot pada PRU 13.maka disinilah peranan DSN kena jujur apakah beliau masih relevan atau sanggup bertanggungjawab mengambil risiko sekiranya Bn dan UMNO semakin mengecil kuasa selepas PRU 14?

    ReplyDelete
  23. Deep inside we all know 1MDB is for org melayu. They r making issues so have to bare one by one (all). Of cos there r bad apples along the way....tackle it according to undang2. They're grinning wider waiting for the downfall of us all. So pls get together....and get out of this storm, like b4(unscathed hopefully). Sama2 lah kita berdoa mohon dipelihara bangsa Melayu dan Islam amnya drp segala fitnah.

    ReplyDelete
  24. Yang kata Tun M nak Mukhriz pegang senior post ke apa ke, memang sah-sahlah jenis yang berfikir dengan lutut. Kalau nak cepatkan laluan naik Mukhriz, lagi elok dia kerja puji puja Najib. Tentu Najib favor dia jugak. Sebaliknya dengan 'menolak' Najib dan menggantikannya belum tentu Mukhriz selamat. Lagipun belum pasti yang ditolak tu jatuh. Tun pun bukan muda dah. Berapa lama nak tunggu permainan tu tamat?

    Yang pasti kalau kita tengok dengan jujur dan teliti, kita akan nampak kenapa Tun tak senang duduk. Renunglah pentadbiran Najib, lihatlah cara dan gayanya, tengok yang di sekelilingnya...

    Tidak ada orang tua yang boleh tidur lena kalau dia merasakan apa yang dibuat oleh anak cucunya bakal merosakkan rumah yang dia sendiri turut berusaha membesarkan dan menjaganya.

    Dan yang lebih penting; kenapa soalan-soalan mudah Tun tidak dijawab.

    ReplyDelete
  25. Tun ingat lepas PRU, DSN akan berubah, ambik iktibar dr byk kekalahan kerusi, habuk, Rosmah masih mcm dulu jgk, wife sendiri pun x leh jaga, ini plak nk jaga 30 juta rakyat Msia, it's all about economy, ekonomi x bagus mcmne rakyat nk sokong, economy x naik mcm sblm krisis 98, x recover, Tun nampak DSN mcm Pak Lah je, lebih baik skit dr Pak Lah, bagus la Tun bersuara skrg, lebih2 lagi tgk PR berpecah, kalu x DSN syok sendiri

    ReplyDelete
  26. sebagai seorang ibu aku betul-betul bengong dengan kerenah 2 orang anak ini yang tua bertegas tak mau mengalah dan yang bungsu pula degil tak nak ikut kata apa perlu aku buat sebagai seorang ibu? memukul kedua-duanya aku juga yang sakit, membuang keduanya aku juga yang rindu membunuh kedua-duanya aku juga yang rugi dan menyesal nanti ...apa yang berdetik dihati seorang ibu adalah lebih baik yang kecil mengalah sebab yang tua lebih pengalaman dan dah matang ..ikut nasihat orang tua dulu abang adalah penganti bapa

    ReplyDelete
  27. Sekarang adik dia sendiripun dan canon dia.
    Kutuklah adik dia sama.Jangan kutuk TDM seorang.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”