Ketika Tun 'M' masih Perdana Menteri, jam 8.00 malam ada waktu saya menunggu dihadapan tv untuk mendengar apa kenyataan yang Tun akan umumkan. Setiap kali beliau muncul di kaca tv, pasti membawa sesuatu. Segalanya sensasi dan sangat bererti, justeru kita akan sentiasa menanti-nanti bilakah beliau akan muncul.
Kini, setelah lebih 22 tahun menjadi Perdana Menteri beliau masih jadi 'public figure'... bukan saja jadi kenangan dan ingatan bahkan jadi sebutan. Tun Mahathir dan Malayisa tak dapat dipisahkan.
Mewarnai politik dan kehidupam ketika itu adalah Sammy Vellu. Kemunculannya dikaca tv juga dinanti-nantikan. Bahasa Melayu-nya yang sering mengelirukan juga jadi sebutan sehingga kini. Siapa yang boleh lupa dengan kata-katanya antaranya; "... remaja masa kini suka hisap 'dada'....".. dipersilakan xxx naik kepentas untuk membuka kain..".. dan banyak lagi.
Lim Keng Yaik seorang lagi menteri dizaman Tun 'M' yang selalu jadi tumpuan. Apabila meng-interview selalunya wartawan akan menjarakkan sedikit dari beliau kerana bimbangkan 'percikan'nya membasahi muka.
Dizaman Tun, tidak banyak 'kebebasan' sebagaimana sekarang ini. Tidak hairanlah jika negara luar memandang Malaysia menyekat kebebasan akhbar. Mana ada siapa yang berani melakukan demonstrasi jalanan seperti sekarang. Setiap amarannya sangat ditakuti, tidak hairanlah pihak pembangkang menggelarnya sebagai 'maha zalim' dan 'maha firaun', namun ianya sangat berkesan untuk menghalang kekacauan.
Tun seorang pemimpin yang tegas dan berani. Beliau tidak kisah menyanggah siapa saja dan dimana saja. Selain itu beliau juga seorang yang bijak berbicara dan 'mengilas' kata. Pernah khabarnya suatu ketika, di Indonesia, beliau disoal sinis oleh wartawan yang menganggapnya sebagai 'Soekarno' kecil namun beliau menjawab selamba bahawa di Malaysia pun beliau dianggap 'Mahathir' kecil.
Kini waktunya sudah berlalu. Biarlah beliau tinggal diam dan tenang menikmati hari tuanya dalam damai. Jangan ada sesiapa yang pergunakannya untuk kepentingan diri. Biarlah sejarah akan mencatatnya dengan kisah yang baik-baik dan menarik belaka. Jangan buat rakyat menyingkap bahagian 'hitam' dalam sejarahnya dan disebut-sebut.
Kita sayang Tun dan kita ingin terus menghormati Tun. Istirehatlah dengan tenang dan damai. Kita juga mahukan DS Najib lebih lantang, berani dan perkasa seperti Tun untuk terus dihormati. Jika tidak, bahtera ini akan kehilangan nakhoda..... Masa untuk DS Najib bangkit sudah tiba.
Pendekatan yang baik.
ReplyDeleteMukadimah cantik, pertengahan cantik tapi pada penutup baru penulis memperkenalkan siapa diri penulis sebenar tapi Kami yang sayang kan Tun dan negara ini maukan Tun untuk terus bersuara bagi pihak kami kami yang kerdil ini dari menjadi mangsa kerakusan pentabiran Najib.
ReplyDeleteSalam, komen Labu8455... awal cantik....pertengahan dan kurang cantik... penghujungnya tambahlah tak cantik langsung... nampak sgt taksubnya.. Tun M bukan maksum.. bukan juga wali..banyak rahsia yang disimpannya dibawah carpet..
ReplyDeleteInilah masanya untuk penulis mendedahkan semua rahsia Mahathir. Rakyat tertunggu-tunggu, kerana apa juga kesalahan dan kesilapan yang dia buat sudah tak boleh dipinda dan diperbetulkan macam apa yang Najib buat.
ReplyDelete