'... yelek !!.....'
1. Merujuk kepada sebuah rakaman video oleh 'KiniTV' dengan tajuk 'Pemecatan demi panjangkan hayat politik Najib - Zam' - yang mengulas tentang tindakan DS Najib dan pemecatan TS Muhyiddin Yassin.
2. Sah mantan 'mamak menteri' ini meroyan dan melalut serta ternyata adalah pentaksub 'Tun M'. Bagaimanapun beliau memuji keberanian DS Najib apabila bertindak 'merehatkan' TS Muhyiddin kerana tidak sehaluan dengan beliau serta 'men-dropkan' (bahasa mantan wartawan dan mantan mamanda Menteri Penerangan) DS Shafie Afdal dari jawatannya dalam kabinet.
3. Bukankah Tun M juga pernah melakukan sedemikian? Bahkan berkali-kali dan beberapa Timbalan menterinya digugurkan dengan berbagai cara menyembunyikan 'tangan hitamnya'.
4. Umum ketahui bahawa TS Muhyiddin tidak ada kekuatan dan tidak ada penyokong setia serta pentaksubnya sebagaimana DS Anwar Ibrahim dahulu. Jika ada yang berkumpul untuk memberikan sokongan kepada beliau berhati-hatilah kerana sokongan itu adalah palsu yang hanya bertujuan untuk memporak perandakan UMNO, melainkan memang TS Muhyiddin berniat untuk merosakkan UMNO itu sendiri.
5. Sesiapapun yang dalam keadaan DS Najib pasti akan melakukan demikian... membersihkan kabinetnya dari mereka yang tidak sehaluan serta memutuskan hubungan anggota kabinetnya dengan pengaruh Tun M yang seringkali 'men-drop' (menggunakan perkataan mantan mamak Menteri Penerangan)
6. Tun M kata beliau menegur DS Najib sebab sayangkan beliau. Saya juga menegur TS Zainuddin Maidin kerana saya sayangkan beliau. Saya tegur Tun M kerana saya sayangkan beliau. Apapun saya lebih sayangkan UMNO dari siapa-siapa dan mana-mana pemimpin UMNO itu sendiri.
7. Kebenaran sesuatu perkara itu hanya akan dapat dipastikan setelah segalanya berlalu sehingga itu, ianya hanyalah satu teori semata-mata.
8. Maaf: pendapat TS Zam hanyalah bagaikan senaskah surat khabar lama yang sudah tidak lagi ingin dibaca sesiapa. Mungkin berdiam diri lebih baik dari berkata-kata!
Jelas 1MDB bermasalah dan tindakan Najib demi survival politik beliau satu tindakan yang silap. Ya cuma UMNO elit sahaja yang menyokong Najib. Tetapi Akar umbi dan Rakyat sekarang ini sudah muak dan jelak dengan Najib.
ReplyDeleteCuma tunggu PRU14 untuk kami semua menzahirkan rasa benci dan menyampah pada Najib.
Bye-bye Najib.
Aku bukan ahli umno...tapi akan undi umno...
DeleteKlu mahataik tidak buat kacau dan profesional...tiada masalah timbul...
Dulu paklah jatuh angkara mahataik...skrg nak jatuhkan najib dan tsmy yg dihormati jatuh krn mahataik...
Din turtle pun sama macam Zam ni.
ReplyDeleteAku dapati orang Melayu Islam sekarang lebih percaya fitnah (persepsi) walaupun sudah nampak bukti 4cm Anwar, Sabu rampas isteri orang, doa pecah perut terbalik pada diri sendiri, ini antara contoh.
Aku harap Peguam Negara yang baru ni cepat bertindak mendakwa pengkhianat bangsa dan negara.
Komen anda ... "Jika ada yang berkumpul untuk memberikan sokongan kepada beliau berhati-hatilah kerana sokongan itu adalah palsu yang hanya bertujuan untuk memporak perandakan UMNO, melainkan memang TS Muhyiddin berniat untuk merosakkan UMNO itu sendiri."
ReplyDeleteKomen saya ... Jangan terlalu yakin dengan pernyataan anda. Rakyat masa kini amat prihatin dan sentiasa memerhati / menilai tindak tanduk pemimpin2 atasan tidak kira parti atau ideologi.
Pada anda mungkin Muhyiddin tidak ramai penyokong tetapi rakyat marhaen dah meluat dengan tingkahlaku dan telatah Najib dan konco-konco.
Pemimpin dipilih supaya mentadbir negara dengan elok dan baik demi kesejahteraan rakyat dan juga bangsa tetapi jika bertindak keterlaluan, jangan sampai berulang pepatah "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!".
Muhyiddin dipecat hanya kerana beliau menegor salahlaku Najib.
Ingat ... The rakyat adalah 'the playmaker' ...
Kita jatuhkan umno dan ramai2 undi dap..
DeleteBodohnya org2 melayu...jatuh menjatuhkan..
Yang dah pencen msh gila berkuasa...tak cukup kenyang ker anak2 dan kroni..
Tak suka...kita jatuhkan najib dlm pemilihan presiden umno.Skrg bukan zaman mahataik yg melarang jwtn presiden dipertandingkan..Sistem skrg sapa2 boleh jatuh dan naik dgn kertas undi.Tsmy pun boleh dinaikkan ke presiden wlpun sejarah tikam belakang dan khianat ketua akan sentiasa dikenang.
Dpd kita melayan secara membuta tuli org pencen yg gila kuasa...baik kita bersatu teguhkan parti.Cukup2lah dgr org yg bagi bangsa lain kaya nie bercakap...bagi peluang org lain pulak
Betul2. Selagi kita bergaduh dan berpecah selagi itu musuh Islam akan mengambil kesempatan menghancurkan bangsa kita.
DeleteBila yang menegur dengan niat yang baik digugur dari barisan kabinet, maka rakyat akan membuat kesimpulan mudah. Orang yang ditegur :
Delete1. Tak suka atau pantang ditegur.
2. Tak boleh terima isi teguran.
3. Menerima teguran bererti mengaku
kesilapan.
4. Takut kepada kejujuran & keikhlasan , walau
pun dari sahabat seangkatan & sepasukan.
5. Tidak berani berterus-terang dengan rakyat
6. Mungkin ada yang perlu disembunyi dahulu.
Apa pun, PERSEPSI RAKYAT, jangan dipandang enteng. Laungan sokongan daripada ahli2 parti yang lebih kurang 3 juta orang saja, TIDAK boleh dianggap sebagai meyakinkan. Yang perlu diyakinkan dan diminta sokongan adalah rakyat yang selebihnya. Jangan silap percaturan ; jangan tipu diri sendiri !!! Jangan terlalu percaya kepada penasihat2 Politik kerana mereka pun bukan maksum , bukan tahu segala2nya, .
apalah bro..cakap kalinga pun nak heboh! dah memang spesis dia ni sejak zaman kesultanan melaka lagi dah begitu perangainya sampai tumbang kepada portugis!
ReplyDeletepentaksub yang bodoh dan jumud sahaja yang boleh berdiam diri.
ReplyDeleteKalau surat khabar lama buangkan saje..timbang kati. Tapi mulut kata lama..hati kata baru...itu pasal ramai orang baca dan bagi komen..melelih air liur tak sabar nak baca
ReplyDeleteTak sangka blogger bangang ni berubah hati.
ReplyDeleteTahniah anon 3:35 kerana koman anda yg benas ini saya siarkan seperti yang saya janjikan...
ReplyDelete3.35 pundeks
ReplyDeleteIni semua percaturan Tun. Dia nak bagi ruang anak dia naiklah ni dan guna maklumat palsu 1MDB untuk memfitnah Najib. Memang 1MDB ada masalah kecairan tetapi ia bole diatasi kerana ada aset. Projek2nya juga adalah untuk rakyat. Amat menghairankan kerana agenda tersembunyi tu Tun sanggup memfitnah walhal fitnah tu berdosa besar, kecuali dimaafkan oleh Najib.
ReplyDelete