08 January, 2016

WARTAWAN, BAUKSIT DAN PEMBANGKANG

Infografik yang viral dilaman facebook mengenai bauksit


Akhirnya perlombongan bauksit di Kuantan dihentikan sementara (moratarium) selama 3 bulan. Dalam masa 3 bulan ini sebarang aktiviti perlombongan dihentikan sama sekali. Stockpile bauksit di pelabuhan akan di'bersihkan'... tidak ada lagi stockpile di pelabuhan selepas ini. 11 stockpile diluar pelabuhan juga akan di'bersihkan' juga.

Sebarang aktiviti perlombongan dan pengangkutan tidak akan dibenarkan selama 3 bulan ini bagi tujuan menutup kesemua stockpile sebagaimana yang dinyatakan diatas. Jika masa 3 bulan tidak mencukupi masa tambahan yang tidak ditentukan akan diberikan sehingga hasrat berkenaan dicapai.

Selepas itu nanti hanya satu stockpile yang akan beroperasi dikawasan yang akan ditentukan oleh kerajaan negeri. 

Dalam kata lain, perlombongan bauksit tidak akan dhentikan terus sama sekali.

Kawan saya yang turut hadir di sidang akhbar berkenaan melaporkan dengan terperinci, namun ada sebahagian wartawan yang tidak faham, kurang faham atau buat-buat tak faham sehingga Menteri terpaksa mengulanginya sampai empat kali.

Sikap sebahagian wartawan berkenaan yang 'slow' (lembab) bukan sahaja merimaskan Menteri bahkan wartawan lain juga turut merasa rimas kerana sidang akhbar yang sepatutnya berjalan dengan ringkas terpaksa berlanjutan sehingga beberapa lama.

Jika wartawan arus perdana bersikap demikian, sudah tentulah wartawan rakyat (di facebook dan media sosial) lebih tidak faham dan melaporkan perkara yang tidak tepat kepada umum. Justeru, tidak hairanlah jika di media sosial lebih banyak kekeliruan dan maklumat salah yang disampaikan kepada rakyat,

Sikap masyarakat yang sering percaya kepada laporan di media sosial dan menerima bulat-bulat maklumat yang disampaikan tanpa mempertimbangkannya terlebih dahulu juga membuatkan banyak maklumat yang salah tersebar disekeliling kita.

Pihak pembangkang pula akan mengambil kesempatan ini untuk memberikan imej buruk kepada kerajaan bagi menagih simpati dan undi. Bahkan mereka selalunya dengan sengaja mencipta maklumat salah untuk menyalahkan kerajaan.

Persoalan yang timbul adalah kenapa pembangkang di Pahang tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan siu bauksit ini sebagaimana mereka menentang dalam isu anti Lynas dulu? Apakah ada udang disebalik batu? 


Komen dari laman-laman facebook:












03 January, 2016

PERLOMBONGAN BAUKSIT DIHENTIKAN, RAMAI TERHENTI PUNCA PENCARIAN ....

Prof. Mongi Ferchichi susah payah beri penerangan 
kepada 2 wakil rakyat pembangkang


Isu bauksit kecoh lagi. Dalam keadaan kerajaan negeri sedang berunding dengan kerajaan pusat bagi mencari formula terbaik yang menguntungkan semua pihak, ada pihak yang menangguk di air keruh.

Ketika demo penggunaan 'Adherex 120' oleh Prof. Mongi Ferchichi di tapak perlombongan bauksit KotaSas di RTP Bukit Goh dulu, bukan sahaja media bahkan wakil-wakil rakyat pembangkang turut serta. Mereka dengar dan mereka faham, namun demi kepentingan politik dan kerjaya masing-masing maka mereka pura-pura tidak tahu.

Untuk makluman, 'Adhrex 120' pernah digunakan oleh US semasa menceroboh Iraq dimana ianya disemburkan dipasir-pasir gurun, menjadikannya keras dan tidak berdebu untuk dilalui oleh pengangkutan tentera US. Pasir jadi keras dan tidak lagi berdebu selepas penggunaan bahan berkenaan.

Di media arus perdana, isu itu dimainkan semula dan gambar-gambar lama juga dimuatnaikkan di laman-laman media sosial bertujuan menjatuhkan kredibiliti kerajaan negeri. Pembaca dilaman media sosial pula tanpa usul periksa terus percaya dan menyebarkannya menjadikannya viral.

Masalah utama perlombongan bauksit adalah pencemaran dari segi debu-debu apabila bauksit diangkut ke pelabuhan. Itulah yang sedang cuba diselesaikan dengan formula dari Prof. Mongi Ferchichi.

Pembangkang tahu mengenai itu bahkan sebahagian mereka dan kaum kerabat mereka juga mendapat faedah dari hasil perlombongan berkenaan, namun dalam masa sama mereka juga bersuara seolah-oleh mereka tidak mendapat apa-apa dan berjuang demi rakyat.

Ralatnya kenapakah mereka yang mendapat faedah dari bauksit tidak pula pertahankan perlombongan bauksit ini? Mana pemilik-pemilik tanah yang dijadikan lombong? Mana pemandu dan pengusaha lori? Mana pekerja-pekerja yang berkaitan dengannya? Ada yang dalam facebook bukan main handal melabel orang lain sebagai blogger pemakan dedak namun dalam isu cari makanannya sendiri dia diamkan diri.

Memang ramai yang 'terseksa' akibat pencemaran perlombongan bauksit berkenaan, namun berapa ramai pula yang mendapat 'kehidupan' darinya.

Kerajaan negeri pasti ingin bersikap adil kepada semua pihak. Berapa ramai pemilik tanah yang ingin perlombongan ini diteruskan? Berapa ramai pemandu-pemandu dan pemilik pengangkutan serta pekerja-pekerja yang akan putus mata pencarian jika ianya dihentikan.

Di negara-negara luar, mereka juga lakukan perlombongan bauksit dan tidak menghadapi sebarang masalah kerana ianya tidak dimomok dengan keburukan yang melampau. Hanya di Malaysia keadaan ini berlaku. Apakah jika pembangkang memerintah perlombongan akan dihentikan terus? 

Bukan sedikit pengalaman kita dengan pihak pembangkang, lihat sahaja di negeri-negeri dimana pembangkang berkuasa, mereka tetap melakukan yang sama walaupun dulunya mereka bantah. Jadi apa yang kita harapkan dari perjuangan pembangkang ini?

Mereka ingin dilihat sebagai pejuang rakyat dalam isu-isu tertentu yang rakyat tidak banyak memahami hanya kerana ingin mendapat pengaruh dan undi, Hanya untuk mendapat kuasa. Namun apabila mereka berkuasa, mereka tetap akan melakukan perkara yang serupa. Jusetru perubahan apa yang kita harapkan?


Tidak ada laut merah sebagaimana yang didakwa.. 
saya sendiri mandi dan tidak hadapi masalah.


Air di pantai Kuantan masih jernih dan selamat untuk bermandi-mandian dan tidak sebagaimana yang digambarkan. Mungkin jika kita tidak ke sana kita tidak akan megetahui hakikat kebenarannya. Memang ada berlaku 'kekeruhan' air akibat dari hujan lebat, tetapi itu adalah normal dimana-manapun.



Demo henti debu bauksit guna 'Adherex 120'


Mungkin kebebasan bersuara dan media sosial baru bagi rakyat negara kita, jadi mereka tidak memahaminya dengan baik, tak dapat membezakan yang mana maklumat benar dan yang mana yang salah. Sikap suka dan cepat menyebarkan maklumat tanpa usul periksa juga adalah punca kegawatan ini.

Tidak ada makna Malaysia jadi negara maju sedangkan fikiran kita masih fikiran kelas 3. Mudah terpengaruh dan terpedaya.

Kasihan kepada pengusaha dan pemandu lori, pekerja-pekerja serta penjaja dan peniaga yang yang bergantung hidup dan harap dengan adanya pelombongan bauksit. Cuma, kerajaan negeri perlu segera cari jalan penyelesaian agar debu-debu dan habuk dari pengangkutan bauksit berkenaan tidak terus menganggu penduduk yang terlibat.