Infografik yang viral dilaman facebook mengenai bauksit
Akhirnya perlombongan bauksit di Kuantan dihentikan sementara (moratarium) selama 3 bulan. Dalam masa 3 bulan ini sebarang aktiviti perlombongan dihentikan sama sekali. Stockpile bauksit di pelabuhan akan di'bersihkan'... tidak ada lagi stockpile di pelabuhan selepas ini. 11 stockpile diluar pelabuhan juga akan di'bersihkan' juga.
Sebarang aktiviti perlombongan dan pengangkutan tidak akan dibenarkan selama 3 bulan ini bagi tujuan menutup kesemua stockpile sebagaimana yang dinyatakan diatas. Jika masa 3 bulan tidak mencukupi masa tambahan yang tidak ditentukan akan diberikan sehingga hasrat berkenaan dicapai.
Selepas itu nanti hanya satu stockpile yang akan beroperasi dikawasan yang akan ditentukan oleh kerajaan negeri.
Dalam kata lain, perlombongan bauksit tidak akan dhentikan terus sama sekali.
Kawan saya yang turut hadir di sidang akhbar berkenaan melaporkan dengan terperinci, namun ada sebahagian wartawan yang tidak faham, kurang faham atau buat-buat tak faham sehingga Menteri terpaksa mengulanginya sampai empat kali.
Sikap sebahagian wartawan berkenaan yang 'slow' (lembab) bukan sahaja merimaskan Menteri bahkan wartawan lain juga turut merasa rimas kerana sidang akhbar yang sepatutnya berjalan dengan ringkas terpaksa berlanjutan sehingga beberapa lama.
Jika wartawan arus perdana bersikap demikian, sudah tentulah wartawan rakyat (di facebook dan media sosial) lebih tidak faham dan melaporkan perkara yang tidak tepat kepada umum. Justeru, tidak hairanlah jika di media sosial lebih banyak kekeliruan dan maklumat salah yang disampaikan kepada rakyat,
Sikap masyarakat yang sering percaya kepada laporan di media sosial dan menerima bulat-bulat maklumat yang disampaikan tanpa mempertimbangkannya terlebih dahulu juga membuatkan banyak maklumat yang salah tersebar disekeliling kita.
Pihak pembangkang pula akan mengambil kesempatan ini untuk memberikan imej buruk kepada kerajaan bagi menagih simpati dan undi. Bahkan mereka selalunya dengan sengaja mencipta maklumat salah untuk menyalahkan kerajaan.
Persoalan yang timbul adalah kenapa pembangkang di Pahang tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan siu bauksit ini sebagaimana mereka menentang dalam isu anti Lynas dulu? Apakah ada udang disebalik batu?
Komen dari laman-laman facebook: