29 September, 2009

SEMBAH DERHAKA: ISA MENANG TETAPI UMNO TETAP KALAH

Apakah UMNO Bagan Pinang telah ketandusan pemimpin sehingga Isa Samad yang telah terkucil dari UMNO N9 terpaksa di calonkan semula bagi mengisi kekosongan DUN N31 ? Apakah rasionalnya keputusan pucuk pimpinan mencalonkannya setelah beliau disingkirkan dahulu dengan rekod terlibat dalam politik wang, bahkan beliau bukan juga menyimpan rekod cemerlang semasa menjawat jawatan MB N9 dulu? Soalnya apakah pucuk pimpinan UMNO harus tunduk kepada kehendak sebilangan kecil ahlinya yang ternyata jadi alat konspirasi satu-satu pihak?

Nampaknya kepimpinan UMNO kini masih belum sudi mendengar nasihat orang-orang tua. Pendapat Tun Mahathir nampaknya dipandang sepi. (klik disini) Apakah pucuk pimpinan tidak sedar bahawa kehendak orang ramai yang dikatakan itu adalah hanya kehendak orang tertentu yang menggunakan orang ramai untuk kepentingannya. (klik disini) Nampaknya UMNO masih belum berubah apa-apa. Janji reform yang dikatakan dahulu hanyalah tipu daya semata-mata.

Maka semua pemimpin UMNO dengan bangganya menyatakan bahawa UMNO akan menang kerana berbagai alasan termasuk jasa-jasa Isa semasa menjadi MB dahulu. Tetapi mungkin kita juga sudah lupa bahawa semasa Isa menjadi MB N9, beliau juga melakukan banyak kesilapan dan dimusuhi. Maka lakonan dari skrip lama pun dimainkan lagi dan lagi. Setelah ini jika UMNO dikalahkan nanti maka UMNO akan umumkan bahawa satu post-mortem akan diadakan tetapi kemudiannya sepi tanpa apa-apa. Inilah UMNO yang telah berubah.

Saya melihat UMNO semakin melucukan dan seakan ianya hanya untuk golongan elit dan tertentu sahaja. UMNO bukan lagi parti untuk rakyat keseluruhannya kerana UMNO hanya memperjuangkan kepentingan golongan tertentu sahaja. Nampaknya Isa telah mencapai kemenangan peribadinya tetapi UMNO tetap akan kalah kerana gagal mendengar suara keseluruhan ahlinya.

Mampukah UMNO menang dalam PRK ini nanti? Pertimbangkanlah fakta-fakta berikut; kredebiliti Isa yang tercalar kerana telah didapati bersalah dalam rasuah politik, pertembungan antara kumpulan Isa dengan Mohd Hassan akan berlaku dan tidak mustahil sabotaj dan cah keting akan berlaku lagi, sokongan kaum bukan Melayu tetap akan menjurus kearah lain kerana kepentingan kelompok mereka bagi memecah kuasa bangsa melayu.

Kita menggali sebuah lagi kubur untuk UMNO kerana kedegilan kita atas sebab kepentingan sesuatu pihak. Jika inilah UMNO yang dikatakan telah berubah, saya percaya bahawa UMNO memang telah berubah, tetapi berubah kepada keadaan yang lebih buruk lagi dari sebelumnya. Memang Isa telah menang, kerana kehendaknya untuk dicalonkan semula dapat tertunai tetapi implikasi kepada UMNO yang akan membuatkan UMNO semakin dibenci sangat besar yang mana akan membuatkan UMNO ditolak lagi. Bagaimanapun, selamat berjuang bagi pendekar-pendekar UMNO, hingga ke PRU13 nanti.










Baca:
http://penaminang.blogspot.com/2009/09/isa-no-isa-yes.html

10 comments:

  1. Mengapa umno mesti merasa malu untuk menerima Isa sedangkan 'mereka' sangat bangga menerima peliwat tegar yang merengkok selama 6 tahun kerana salah guna kuasa??

    Apa sangat politik 'belanja makan' berbanding dengan tabiie songsang jolok lubang tahi??

    Biar siapa pun pilihan umno, walapun saya berdaftar dalam senarai ahli pembangkang, saya akan berusaha untuk menentukan pakatan al juburi kecundang meski pun calonnya seorang pesuruhjaya negeri. N9 tidak akan dibiarkan menjadi Perak ke dua dengan monopoli pembangkang mata sepet penyembah tok pekong!!!

    ReplyDelete
  2. Katakan...
    Isa jadi calon pas pun, lawan bnumno..for sure dia akan diangkat sebaris sebagai wali nIKajis dan sesucinya diterima kembali..isu rasuah tu no 9 je bagi depa..yang penting diorang nak lanyak bnumno je...

    ReplyDelete
  3. Salam, kawan setuju sangat dengan komen anti aljuburi dan kungkalakung, apa sangatlah dengan kesalahan Isa jika nak dibandingkan dengan kebanyakaan pemimpin PAS khawarij dan PKR pengkhianat yang berlagak warak, alim tetapi iblis yang tidak nampak.

    Kalau Isa mengistiharkan masuk pakatan semasa dia dipecat dan digantung, sudah pasti hari ini Nik Aziz boleh mengampunkan dosa-dosa Isa dan jamin masuk syurga.... sebab itu banyak pemimpin-pemimpin munafik menyertai pakatan rompak......

    ReplyDelete
  4. Salam anti aljuburi, kungkalakung dan sahabat saya yanggambi, komen sdr semua mmg menarik tetapi kenapa lari dari tajuk? yg akan bertanding di bagan pinang nanti bukan Isa dgn Anwar sbg kan yg saya fokuskan adalah Isa sbg calon di PRK Bagan Pinang. Jgn melatah sahabat bila UMNO kita ini semakinh menguncup ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  5. siapa sahaja lagi yang masih ada dalam umNObn ni untuk dicalonkan sebagai pemimpin yang bersih, dah terang2 bersalah dengan jenayah rasuah macam Ali Rustam tapi masih lagi didewakan dan amat2 diperlukan oleh satu bangsa yang bernama melayu umNObn yang jelas nampak terdesak sangat untuk berkuasa.

    adakah bersekongkol dan bersubahat dengan para penjenayah seumpama ini baik dan wajib sehingga menjadi akidah para pejuang melayu umNObn dewasa ini. maka jelaslah kini perjuangan memertabatkan bangsa hanyalah satu bohongan untuk menipu sebangsa melayu sahaja sedangkan hakikat sebenarnya adalah menuntut lobok wang dari pemimpim2 perasuah ini untuk memenuhi poket masing2 yang berkepentingan. tepuk dada tanya iman.....ada akal ... fikir2kanlah......

    ReplyDelete
  6. To Najib and all UMNO superemo only word for you all - SHIT!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Pengundi Bagan Pinang dihina!!!!!!

    Pemilihan Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang menggambarkan bahawa Umno sudah tidak mempunyai atau ketandusan calon yang mempunyai kredibiliti dan integriti untuk diketengahkan kepada masyarakat yang dahagakan kepimpinan yang bersih lagi amanah.

    Dengan terlantiknya Isa Samad ini menunjukkan bahawa Umno tidak konsisten dalam usaha membenteras politik wang dan rasuah.Tahniah..kepada Umno kerana berjaya melantik kembali calon yang cukup bersih,berkredibeliti dan berintegriti.

    Kita bangkitkan perkara ini kerana Isa Samad pernah didapati melakukan amalan rasuah dan didapati bersalah,ini bukan isu menghentam peribadi calon tetapi ia berkaitan dengan isu integriti.Perlantikan Isa juga menggambarkan bahawa Umno hanya "Hangat-hangat taik ayam"dalam usaha menghapuskan gejala rasuah dikalangan parti dan pimpinan mereka.

    Apa yang pasti perlantikan ini adalah satu "Penghinaan" terhadap pengundi-pengundi Bagan Pinang yang dahagakan seorang pemimpin yang Amanah,telus dan mempunyai integriri yang diharapkan.Untuk itu beliau menyeru agar pengundi di Bagan Pinang melakukan perubahan agar diri dan maruah kita tidak dihina oleh Umno dan BN.

    ReplyDelete
  8. Semangat Dol Said Panglima Naning dah bermula..!!
    Ha ha ha.... Itu Dia..... Semangat Dol Said Panglima naning dah mula dah.....



    Apa pun kita tunggu dan lihat.... acah-acah atau pun orang tempat aku kata gempak hindu..... kita tunggu dan lihat....


    Walau apa sekali pun, seperti yang kita lihat memang UMNO dok nak bergocoh sesama depa, betui depa berebut jawatan, tetapi pejuang dan petugas PAS harus hati-hati dengan semua perkara seperti ini, UMNO yang kita dok nampak bergaduh sesama mereka umpama anjing-anjing kurap yang berebut bergaduh nak kan tulang babi... tetapi dalam dalam depa dok bergaduh, depa nampak PAS pulak, umpama anjing-anjing kurap nampak kucing, apalagi depa sanggup tinggal tulang babi yang mereka rebut, dan mereka beramai-ramai mengejar kucing, waktu itu mereka sanggup bekerjasama untuk nak menelan hidup-hidup kucing tersebut... ITULAH UMNO.... Mereka UMPAMA ANJING KURAP YANG KELAPARAN.........


    Yang pentingnya UMNO semakin hari semakin nak karam.... Sama-samalah kita doakan.....


    MAMPOS UMNO...........

    ReplyDelete
  9. Semakin panas nampak....no comment.

    ReplyDelete
  10. Percayalah orang macam Anti Al Juburi dan kungkalankung yang akan memusnah umno kerana mereka adalah gologan "YES BOSS". Cuba memperbetulkan benang yang basah. Orang - orang macam mereka berdualah yang sepatutnya disingkirkan.

    ReplyDelete

Sebarang komen sangat dialu-alukan selagi relevan kepada isu yang dibincangkan. Anda bebas menyatakan pendapat, namun ianya harus dipertanggungjawabkan. Menyiar, menyekat dan memadam komen adalah hak mutlak dan budibicara pemilik blog. Seperti kata Voltaire: “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.”