08 October, 2009

PARTI AJARAN SESAT: FATWA-FATWA SESAT

ambo pong doh sokon satu Malaisia

jenge paka lagi doh Anu-a Berahi ni, tok buleh doh

kalu paka jugok alamak Malaisia ni jadi tonggeng-menonggeng




Posting saya semalam menarik minat ramai untuk memberikan komen. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Malangnya ramai dari mereka adalah dari kalangan yang tak bernama, yang susah untuk dikenali dan dirujuk tulisan mereka. Mereka masih kurang keberanian untuk menyatakan pendapat dan kenyataan yang mereka anggap benar. Kita tunggu sehingga mereka keluar dari kepompongnya atau sehingga mereka berwajah agar kita dapat berhadapan samaada sebagai sahabat atau sebagai musuh.

Ada yang menegur saya kerana membuat u-turn - membantah pencalonan Isa Samad dan kemudian menyokongnya semula. Apakah bertukar pendapat dan pendirian satu kesalahan? Mungkin khalayak akan mengatakan tidak ada pendirian setelah mengubah pendirian, tetapi tidakkah keupayaan untuk mengubah pendirian itu juga satu pendirian? Saya bukan maksum, jadi saya dikatakan tidak tetap pada pendirian tetapi bagaimana pula seorang yang dianggap serta menganggap dirinya seorang Ulamak juga boleh bertukar-pendirian atas alasan kepentingan politiknya?

Saya maksudkan Nik Aziz dan saya maksudkan juga kenyataan-kenyataan yang telah dibuatnya sebelum ini:


1. Mengenai Negara Islam:

1. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

4. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.


2. Bekerjasama dengan bukan Islam:

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

3. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

4. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

5. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

6. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

7. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.


Jika diperhatikan, memang terdapat pertindihan kenyataan dan perubahan diantaranya. Inilah mainan politik Nik Aziz untuk mendapatkan undi semata-mata. Kenyataannya boleh berubah bergantung kepada berapa dan apa yang akan didapati olehnya dengan mengubah kenyataannya dari sebelum ini.

Jikalaupun kita tidak melihat kenyataan berkenaan dari sudut perubahan dari kenyataan asal, tetapi bukalah minda kita untuk melihat bahawa kenyataan-kenyataan itu hanyalah atas tujuan meraih undi politik semata-mata. Fatwa-fatwa ulamak ini hanya bertujuan politik BUKAN atas nama perjuangan Islam yang tulin.

Saya percaya diluar sana lebih ramai penyokong PAS yang sudah dan sedang membuat U-turn seperti yang saya lakukan. Saya hanya sebahagian kecil dari perubahan besar yang sedang berlaku dalam politik PAS ini.

Kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang - Undilah calon Barisan Nasional atau undilah Tan Sri Isa Samad secara peribadi kerana pemilihannya kelak akan menentukan nasib para pengundinya akan terbela. Beliau telah banyak berjasa sebagai Menteri Besar N9. Kesalahan rasuah politik yang dilakukan hanyalah sedikit berbanding jasanya sebelum ini. Jika DSA yang lebih jelas keburukkannya samaada dalam membabitkan salahguna kuasa dan rasuah serta salahlaku sexsual boleh diangkat jadi dewa politik pembangkang, kenapa TS Isa yang telah jalani hukuman tidak kita maafkan sedangkan Allah sentiasa membuka pintu taubah untuk sesiapapun.


(Sila klik untuk baca Mat Sabu pun Maksum)

6 comments:

berani membabi buta said...

YA ALLAH, SEMOGA KAU BERIKANLAH HIDAYAH KEPADA BUDAK INI.. AMIN

bRAVEhEART said...

Salam,
Berikan juga hidayah kepada berani membabi buta yang penakut dan taksub membabi buta ini dan juga ulamak yang sudah sesat jalannya itu. Bukankah apa yang dicatatkan disini adalah apa yang telah dikatakannya dulu? - bRAVEhEART

Unknown said...

Selamat Hari Raya..

alahai budak gok nie..aku nak tanya kat ko ? cuba ko senaraikan sikit ulamak yang tidak sesat jalanya kat malaysia nie..? cuba senarai ek..dan juga senarai aper yang dia telah buat dan sumbang kat malaysia nie?
dan ko jangan nak lari2 tajuk pulak lepas nie..k..

bRAVEhEART said...

Salam,
Terutama kepada si a-bangangko, opp - ablanco, tajuknya adalah Parti Ajaran Sesat: Fatwa-fatwa Sesat. Ulamak lain tak ada parti, yang ada parti adalah ulamak PAS. Saya masih tak lari dari tajuk. Tapi kenapa? ada terasa dalam hati ke? Kalau ada, simpankan saja. Esok saya akan dedahkan lagi. Teruskan bersama saya ~ bRAVEhEART

Anonymous said...

wahhh..gembiranya ade ulama' baru kat malaysia tercinta(haram jadah) ni..

eh silap,ulama' macam tuan hambe ni mane boleh main kutuk2 org kan..

siyes la aku takut tgk kejahilan ko nih.patutnye kasut yg dibaling kat bush dulu tu baik la baling kat kepala najib tu dulu.

pengkhianat islam..

lol said...

ko pegi blajo Islam banyak2 dlu....baru bley nak mngata orang...... yg mahathir hina islam bertubi2 tu betullah....kalau nak nanti aku senaraikan......

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...