IKLAN DAN SUMBANGAN

Bagi kelangsungan dalam penulisan blog ini, sumbangan sangat dihargai, iklan dengan bayaran berpatutan juga dialu-alukan. Sila hubungi email: braveheartblogger@gmail.com ~ Sumbangan boleh dibuat kepada akaun CIMB: 0606-0044924-523

21 March, 2012

BLOGGER SUCK CABAR BUKA GELANGGANG?

"UMNO sudah tidak sebaik seperti sebagaimana ketika saya masih menteri dulu, sayalah insan pilihan yang mampu lakukan yang tiada siapa lagi yang dapat melakukan sepertinya. Saya patut kekal jadi menteri selama-lamanya."


1)
Kebelakangan riuh di media massa bekas-bekas pemimpin UMNO meninggalkan parti dan menyertai parti lain, atas alasan UMNO sudah tidak baik lagi serta mereka sedar bahawa ada kepincangan didalam UMNO. Ahli biasa UMNO diperingkat akar umbi tidak pula begitu dan masih memberikan sokongan kepada UMNO kerana kepercayaan mereka terhadap kepimpinan yang ada dewasa ini.

Kita tertanya-tanya kenapakah yang berubah hati ini adalah pemimpin yang pernah memimpin parti dan mengecap kemanisan dari apa yang parti berikan kepada mereka. Apakah benar-benar mereka itu berubah atas kesedaran dan penuh keikhlasan?

Kita tidak kesal kepada mereka yang meninggalkan parti, namun kita kesalkan sikap mereka itu yang boleh diibaratkan sebagai selama ini diberikan madu namun membalasnya dengan tuba. Sikap orang yang tidak mengenang budi dan tidak bertimbang rasa. Apa yang menyedihkannya ialah apa yang mereka pertikaikan itu adalah apa yang mereka pernah kecapi sebelum ini. Setelah mereka mendapat nikmat bagaikan 'lembu kenyang' baru itu mereka sedar bahawa mereka tersilap makan hanya kerana ianya sudah dimana oleh orang lain pula!




Klip ini saya temui dari sebuah blog orang sekampong, mungkin sesuai untuk mengambarkan keberanian seseorang yang kononnya sedang berjuang


2)
Rupanya blogger Suck mudah marah dan juga mudah naik darah. Entah apa dan siapa yang dimarahkan sehingga dia mencabar entah siapa pula.... 'Jika Anak Jantan, Buka Gelanggang Lawan Berhujah' Entah siapa pula yang akan takut dan seriau dengan 'gertak'kannya itu tak siapa yang tahu.

Namun, seperti yang saya katakan sebelum ini, tulisannya lebih tajam dari kata-kata dalam ceramahnya. Ceramahnya nampak dangkal dan tidak bermaya, mungkin CMK lebih hebat berbanding beliau. 'Si-Hingusan' yang Suck maksudkan itu juga jauh lebih baik darinya. Justeru, jika beliau mencabar sesiapa untuk berkongsi gelanggang dan berhujjah atau debat, maka peluang nya untuk kalah adalah tinggi. Jadi saya cadangkan kepada blogger Suck supaya mengelak dari sebarang perdebatan terbuka yang akan menurunkan sahamnya sebagai ahli politik.

Saya membaca posting terkininya dan meninggalkan komen yang saya tidak pasti apakah disiarkan atau sebaliknya. Komen saya begini; ...tidak kurang kebenaran yg diperkatakan, cuma masanya kurang tepat, kenapa sekarang? kenapa setelah terlucut kuasa? kenapa setelah manisnya habis, jika perjuangan sekarang ini dilakukan semasa bejawatan dulu sudah tentu tiada sebarang penafian. dalam keadaan sekarang ini yg saya ingin katakan adalah ini adalah perjuangan yg berkepentingan.....

Saya nak perbetulkan kenyataan blogger Suck sekali lagi bahawa harga cincin sepertimana yang dicanangkan oleh sibertropper pembangkang adalah RM24Juta, jumlah ini dirujuk oleh kesemua kenyataan tetapi kenapa blogger Suck menyatakan harganya adalah RM72Juta? Apakah itu cincin kedua DS Rosmah selepas cincin yang dikatakan bernilai RM24Juta itu? atau harganya sudah meningkat serta merta kerana cincin berkenaan sudah semakin popular? atau ini adalah satu lagi fitnah terbaru dari pencacai dan penjilat Anu arr?

Pada bahagian rangkap berikut saya merasakan ianya ditujukan khas kepada WZWH sebagai menjawab posting beliau terdahulu;  "Akhir sekali- saya menyebut tajuk ulasan saya sebagai memasuki lion’s den bukan untuk menyamakan diri saya dengan nabi Danial tapi untuk memberitahu pembaca, kubu PM di anggap sebagai lions den. Ceramah juga bukan pembentangan kertas kerja. Oleh yang demikian tidak perlu lah ada orang menunjuk dia pandai dengan membutirkan setiap rangkap yang ceramah yang saya sampai. Handal mana lah kekuatan analisa kamu? Nanti bukan nya kehebatan yang di tunjukkan, tapi kebodohan yang di pamirkan.

Bolehkan kita terima menyamakan kritikan yang saya beri sebagai menjatuhkan maruah institusi raja Pahang? Mentang mentang lah, Najib Razak merupakan orang besar berempat. Berempat, berlapan, ber enam belas, kalau mungkar akan saya tentang".

Nampaknya blogger Suck begitu terguris dan tercalar hatinya dengan tulisan WZWH itu dan benarlah seperti sangkaan WZWH terhadapnya sebagaimana yang saya tulis sebelum ini;  'Aok baca posting Sakmongkol terbaru, dia jawab posting WZWH. Aku berjaya psiko dia sampai dia angkat blog aku!' 


Jika apa yang blogger Suck lakukan sekarang kini dilakukannya sewaktu dia masih berkuasa dan berjawatan, tentu perjuangannya nampak lebih ikhlas dan akan mendapat sokongan ramai, namun ianya salah ketika. Apakah sekiranya beliau masih ADUN dan tidak digugurkan dahulu suara beliau masih seperti ini? Apakah beliau akan meletakkan jawatan dan sertai DAP atas nama prinsip dan perjuangan jika masih seorang wakil rakyat?

Mungkin ramai dikalangan pembaca yang sudah ada jawapannya namun tentu kita tidak berminat untuk menyatakannya disini kerana bukanlah niat kita untuk menjatuhkan maruah dan air muka seseorang. Sebagaimana juga dengan apa yang berlaku kepada seorang mantan menteri yang baru-baru ini mengumumkan keluar dari parti UMNO, soalnya kenapa baru sekarang? Kenapa terlalu lambat untuk mereka insaf? Jika mereka insaf lebih awal adalah lebih baik untuk pelan transformasi UMNO yang sedang DS Najib laksanakan ini bagi membersihkan UMNO dari dalam...membuang duri dalam daging...

20 March, 2012

PETUALANG YANG MENGAKU PEJUANG

Saya berjuang dengan ikhlas, saya tak dapat apa-apa pun semasa saya UMNO, saya nak sertai pembangkang kerana nak tegur UMNO, perbaiki UMNO yang tak betul selama ini, semasa saya dalam UMNO saya terlupa dan tak terfikirpun nak perbetulkan kerana semuanya nampak betul sebab saya ada disana. hehehe! sorilah saya terlebih pulak buat lawak....


1. Saya menulis dan menguatkan kepercayaan bahawa populariti DS Najib semakin meningkat. (Baca Sini) Ada pendapat mengatakan walaupun populariti DS Najib meningkat namun populariti BN semakin menurun dan ini akan memudahkan pihak mereka (pembangkang) menuju ke Putrajaya dan mengambail alih pentadbiran kerajaan. (Klik Sini dan dengar klip diminit ke22:46) Apa benarkah demikian?

2. Suck kata blogger pro BN memaki hamun, tapi dalam ceramahnya itu banyak juga kita dengan dia memaki hamun termasuk kepada PM. Dia tak sedar ke agaknya? Atau untuk dia hukumnya halal?

3. Yang harus kita akui adalah PRU kali ini adalah pertentangan diantara DS Najib dengan Anu arr 'Berahi'. Walau apa parti yang bertanding atau mereka wakili sekalipun, hakikatnya adalah kita akan memilih satu diantara dua untuk diangkat menjadi permimpin utama kita iaitu Perdana Menteri Malaysia. Maka kita akan memilih diantara DS Najib yang kelihatan bersih dengan Anu arr yang jelas terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta penyalahgunaan 'anu'-nya yang juga terlibat dengan kes liwat bersiri serta keruntuhan moral melanggani pelacor Cina. Siapa yang akan kita pilih? Sudah tentulah kita akan memilih BN dan DS Najib.

4. Saya pertahankan bahawa tranformasi yang sedang DS Najib lakukan dalam UMNO sekarang ini adalah wajar. Mengubah UMNO kelandasan yang baru sambil membersihkan 'kekotoran' yang ada secara perlahan-lahan. Pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan direhatkan dari jawatan serta ada antaranya mengundurkan diri secara sukarela sama ada hanya untuk berehat atau ada yang menyertai 'kapal' lain bila sedar bahawa sudah tidak ada tempat untuk orang sepertinya dalam UMNO. (Klik Sini) Baca juga mengenai TS Abdul Kadir Syeikh Fadzir di Sini

5. Kita merasa hairan dengan sikap sebahagian mereka, apabila sudah dipinggirkan mulalah mereka mencanang kesana-sini kononnya keluar parti kerana keburukan didalam UMNO dan mereka itu sudah insaf. Mungkin mereka lupa bahawa sebelum ini dengan UMNOlah mereka menumpah hidup sekian lama. Sama sebagaimana cerita si musang dengan anggur yang dikatakannya masam kerana memujuk hatinya sendiri yang gagal mendapatkan anggur itu.

6 Jika ada yang ingin kita lablelkan sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti dan rakyat, maka orang-orang inilah yang paling sesuai kita labelkan demikian. Merekalah petualang yang selama ini kita sangka sebagai pejuang negara dan bangsa.


19 March, 2012

PEMIMPIN BIJAK BUKAN MESTI MAMPU BERKHIDMAT BAIK

Gambar hiasan:
Pemimpin memilih perjuangan, belum tentu lurus mungkin songsang


Semalam sebahagian dari posting saya, saya menulis begini:
Perhatikan di minit ke 02:46 "...pas sekolah darjah 6...." Beliau menyindir pemimpin  UMNO yang kononnya hanya berkelulusan darjah 6, tapi adakah pemimpin UMNO atau ADUN yang demikian? Tentu tidak dan sudah tentu tohmahan ini fitnah. 

Blogger Suck seorang yang bijak dan bekas ADUN sepenggal bagi kerusi Pulau Manis. Saya percaya kata-katanya itu 'berlapik'. Mungkin ada sasaran tertentu dari ayat beliau itu yang hendak disampaikan dengan halus. Hanya beliau saja yang tahu kemana sasaran sebenarnya ditujukan, atau mungkin juga WZWH tahu kerana kononnya 'post' bloggerSuck itu adalah 'respon' dari tulisan beliau.

Saya berpendapat bahawa rakyat tidak akan mempertikaikan kelulusan seseorang pemimpin atau wakil rakyat dalam memberikan perkhidmatan mereka. Yang lebih utama kepada rakyat adalah kualiti perkhidmatan seseorang wakil rakyat itu sendiri. Saya percaya pada kenyataan bahawa; 'Yang baik/bagus tidak semestinya popular dan yang popular tidak semestinya baik/bagus!'

Mungkin pada peringkat pemilihan seseorang calon, antara kreterianya adalah kelulusan seseorang pemimpin itu diberikan perhatian. Namun apabila seseorang calon itu sudah sah sebagai wakil rakyat, maka kelulusan bukanlah satu keutamaan lagi. Rakyat lebih pentingkan perkhidmatan yang diberikan oleh peimpin yang mereka pilih itu.

Mungkin cukup sekadar kesediaan pemimpin mendengar keluhan hati rakyat, mendengar permohonan dan kehendak rakyat, merancang dan menyalurkan kehendak rakyat kepada pucuk pimpinan untuk diterjemahkan menjadi realiti.

Bukan sedikit mereka yang berpendidikan dan berkelulusan tinggi namun gagal menjadi pemimpin yang baik kerana kegagalan mereka mendengar keluhan jiwa rakyat. Mungkin kerana sikap ego pemimpin yang menganggap bahawa merekalah yang serba tahu dan serba betul dalam semua hal.

Dalam hal berkenaan, bukan sedikit pemimpin yang tidak diberikan peluang untuk terus memberikah khidmat mereka kepada rakyat akibat dari kegagalan mereka mendengar hasrat rakyat serta kegagalan mereka memberikan sumbangan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Mungkin kenyataan ini blogger Suck lebih tahu kepada siapa saya tujukannya.

Menukar wadah perjuangan bukanlah menentukan kejayaan seseorang pemimpin itu dalam memberikan khidmat bakti mereka kepada rakyat jika jiwa mereka dan fikiran mereka masih tetap sama seperti dulu serta menganggap bahawa merekalah yang selalunya benar. Bukan apa yang kita gunakan (sebagai alat)  akan menentukan keupayaan kita, tetapi ialah bagaimana caranya kita menggunakan sesuatu itu yang akan dapat memberikan kesan yang maksimum.

#
Berbanding DS Najib, Anu arr memang tidak layak jadi pemimpin nombor 1. Anu arr memang tidak layak jadi Perdana Menteri Malaysia. ABAI = Asal Bukan Anwar Ibrahim!



18 March, 2012

KISAH CERAMAH BLOGGER SUCK




Saya belum pernah bersua muka atau mendengar ceramahnya secara 'live'. Namun nama besarnya sebagai blogger teragung negeri Pahang membuatkan semua blogger kecut perut mendengar namanya disebut...."SackmongkolAK47'. Sebutan dalam bahasa 'omputih' ni kena disebut betul-betul sebab kalau salah tentu maknanya juga berbeza. Jangan sebut 'SUCK-MONGKOL atau Suck Mangkok' nanti orang ketawakan kita, dan ketawakan dia juga.

Saudara saya, WZWH sms saya dan tulisnya; 'Aok baca posting Sakmongkol terbaru, dia jawab posting WZWH. Aku berjaya psiko dia sampai dia angkat blog aku!' Itu telah menarik saya untuk membaca kedua-dua blog mereka - WZWH dan 'SuckMongkol'

Saya menonton video klip yang dipaparkan. Seperkara yang saya percaya semua boleh akui adalah Suckmongkol lebih berbakat menulis dari berceramah. Mungkin perlu lebih banyak dekatkan diri mempelajari ceramah dari Tok Guru Mat Sabu atau Ostad Badrol, sambil-sambil jadi ahli 'Kelab Memandikan Burung'. (Klik Sini)

Jika 'Suck' melakukan gerak kerja begini semasa beliau masih seorang ADUN saya pasti beliau akan disukai rakyat dan pengundinya. Namun demikianlah, dia belajar dari pengalaman. Setelah beliau tidak dicalonkan semula baru disedari bahawa perlunya hubungan dan khidmat baik diberikan kepada rakyat dan pengundi-pengundi di kawasannya.

Perhatikan di minit ke 02:46 "...pas sekolah darjah 6...." Beliau menyindir pemimpin  UMNO yang kononnya hanya berkelulusan darjah 6, tapi adakah pemimpin UMNO atau ADUN yang demikian? Tentu tidak dan sudah tentu tohmahan ini fitnah.

Sepanjang ucapannya beliau tergaga-gagap dan mengalahkan 'Khalid Gagap', menurut orang yang lebih arif dari Ariff ini, keadaan demikian adalah manifetasi daripada keraguan kenyataannya serta bunga-bunga dari pembohongan yang cuba disampaikan...wallahualam!

Di minit 04:26 - katanya; "...entah-entah lembu itu dari Shaharizat pun ada juga..."  beliau sudah mula menyebarkan fitnahnya. Di 05:58 - beliau mula mencerca DS Najib dengan menyebut bahawa jangan mengagung-agungkan DS Najib sebagai seorang yang maksum. Suck juga menjelaskan bahawa beliau tukar wajah bukannya tukar akidah.

Di minit 07:06 - ."..kosong banyak manapun saya tak tau...". Katanya beliau seorang ahli ekonomipun tidak tahu berapa banyak kosong untuk menulis 3 trilion. Rupanya ada juga ahli ekonomi yang sedemikian bodoh. mungkin tidak berkat kerana menunutu atas biasiswa dari duit haram kerajaan BN dulu. Namun diperingkat ini beliau sudah menunjukkan kebolehannya sebagaimana penceramah Pas.....memaki hamun pemimpin dengan menyebut ".....kepala bapak awak,....bukan duit bapak awak.."

Di 14:27 - kata Suck, yang sebetulnya Melayu adalah Pas. Selalunya kita dengan Pas akan phobia bila dilabelkan sebagai parti Melayu kerana mereka hanya perjuangkan Islam saja....sudah tukar ka? Di minit 14:54 - beliau pertikai minyak dibawa ke Kertih dan bukannya di Tok Bali walaupun kemudahan sudah disediakan oleh Kerajaan Pas Kelantan. Suck ni dah sampai ke di Tok Bali tu? Tau ke macamana jeti bot Tok Bali yang membawa pelancong ke Pulau Perhentian dan Redang tu? Yang pastinya ialah di Kertih sudah disediakan kilang penapis dan pemprosesan minyak sedangkan di Tok Bali hanya ada bengkel memproses ikan kering, keropok dan budu saja, itu pun untuk pasaran tempatan.

Di minit 25:56 - beliau juga akui bahawa Pas adalah parti yang praktikan maki-hamun dalam ceramah-ceramah mereka dan beliau merujuk sebagai ' maki wal-hamun'. Betullah tu, dulu kini dan selamanya begitu. Suck pun dah begitu juga nampaknya.

Minit 26:49 - Suck persoalkan tentang pemberian BR1M, katanya; "....beri 500 ringgit tuan-tuan, berapa 500 ringgit yang kita beri nak bersama dengan cincin 72 juta...." Wah! Kantoi sudah! Yang sebelum ni blogger pembangkang sebar fitnah dan buat kecoh tu pasal cincin 24 juta, yang dia sebut cincin 72 juta.

Saya salinkan komen pembaca dari blog WZWH;

Anonymous said...


WZWH,
Dato Sak dah ulas citer meleper aok. dah baca ke belum. Dato Sak dah jawab isu meleper. Alangkah elok jika sak menulis dalam bahasa melayu agar ramai orang jantet boleh baca bersama-sama


March 16, 2012 10:43 PM


Anonymous said... 


Salam WZWH,


Dato Ariff memang pandai orangnya. Itu sebablah baru sepenggal jadi ADUN sudah dapat kawasan balak, kuari dan projek jalan. Tapi sayang cita2 nya nak berbini muda semasa bergelar YB tak dapat. Itu yg dia marah sangat kat Dato Najib tu. Hehehehe


March 16, 2012 11:05 PM 


Kita banyak juga mendengar kisah-kisah mengenai Suck ni, tapi belum lagi berniat untuk mendedahkannya kepada umum. Kita lihat dulu setinggi mana dia melompat kerana kita percaya pada peribahasa Melayu lama; 'Pandai Pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Juga'.

Mungkin nanti sahabat dan musuh Suck akan memberikan komen mereka dan mendedahkan siapakah blogger Suck ini dan apakah sebenarnya yang diperjuangkannya. Apakah Suck hanya ibarat seekor musang, yang gagal dapatkan anggur lalu dikatakannya anggur itu masam, sekadar hanya untuk menghiburkan hatinya sendiri.

17 March, 2012

KURANG AJARNYA CINA RASIS DAN ULTRA KIASU DAP INI



Dengarlah dengan jelas bagaimana kurang ajarnya Cina DAP ultra kiasu yang rasis ini terhadap pekerja Melayu. Beginilah sikap penjajahan minda bangsa ini yang menekan bangsa Melayu.

Memberikan undi dapal PRU kepada Pas serta PKR adalah memberikan kuasa kepada DAP untuk berkuasa dan menjajah bangsa. Adakah kita mendengar adanya pemimpin bangsa Melayu yang bersikap demikian terhadap mereka selama ini?

Malangnya bangsa Melayu apabila dijajah di negara sendiri. Segalanya adalah kerana adanya Melayu petualang yang mengadaikan agama dan bangsanya untuk sesuap nasi dan sedikit kuasa. Mereka itu adalah dari kalangan Pas dan PKR.

Fikir-fikirkanlah. Sumber AAKJ

16 March, 2012

SINDIR MENYINDIR POLITIK: PAHANGKU vs SAKMONGKOL?

Blogger Aspan Alias, Lim Kit Siang dan blogger Sakmongkol AK47
berkongsi pentas


1. Blog 'PahangKu' adalah sebuah blog yang saya percaya bebas, bukan milik UMNO namun jelas menyokong perjuangan UMNO. Bukanlah sebuah blog yang sangat berpengaruh dari segi rankingnya, namun pandangan dan pendapatnya juga seringkali diambil kira. Saya juga kadangkala menulis sebagai penulis bebas.

2. Posting terkini yang saya baca di blog PahangKu adalah tulisan adminnya mengenai tulisan Sakmongkol AK47 berhubung isu DS Shahrizat Jalil. Saya juga berpendapat bahawa kes NFC yang sudahpun dibawa ke mahkamah tidak perlu dipertikaikan lagi sehingga selesai siasatan dan hakim membuat keputusannya. Sementara itu, biarkanlah mahkamah bebas menjalankan tugas dan tanggungjawabnya tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

3. Selepas saya membaca PahangKu, saya juga membaca di Sakmongkol, Namun ada benarnya bahawa kita tetaplah kita walau bagaimana dan apa baju yang kita pakai sekalipun. Mungkin ada pihak yang patut merenung diri sendiri dan melihat sebaik mana diri kita dibandingkan dengan orang lain. Dimana kelebihan kita dan dimana pula kelemahan kita untuk kita meletakkan diri kita ditempat yang sebenarnya dan selayak dengannya.

4. Jangan menyangka hanya kita yang berhak mendaki dan berada dipuncak gunong yang tinggi. Jangan juga menyangka bahawa puncak itu adalah segalanya dalam kehidupan kerana memang puncak itu menarik apabila dilihat dari lembah namun apabila sudah berada di puncak dan memandang ke lembah maka kita juga akan merasakan bahawa lembah itu juga indah dan ingin kembali semula. Elok kita berlapang dada selagi pintu masih terbuka.

15 March, 2012

POPULARITI NAJIB MENINGKAT, KITA MENANGI PRU DENGAN BERGAYA


Populariti DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dikatakan telah meningkat kepada 69% berbanding 59% pada Ogos lalu. Kita tidak lagi gusar kerana rakyat telah dapat melihat perubahan yang dilakukan oleh DS Najib dalam plan transformasi yang dilakukannya.

Rakyat juga sudah tidak lagi percaya kepada pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Anu arr serta kuncu-kuncu dan pencacai hapraknya yang semakin lama semakin menampakkan kebodohan dalam penipuan mereka. Tok Guru Nik Aziz juga sudah semakin kehilangan pengikut sebagaimana Ayah Pin dengan kerajaan langitnya dulu. Nik Aziz dan kerajaan bulannya semakin hari kelihatan semakin hilang dan salah haluan bahkan Nik Aziz sendiri sering lupa dan hilang ingatan terhadap apa yang pernah dijanjikannya.

Untuk kembalikan kepopularitian Nik Aziz, beliau mengumumkan bahawa beliau ingin dianggap sebagai artis. Selama ini beliau menjual pita rakaman ceramahnya kepada rakyat memungut derma untuk tabung politik bagi menggerakkan jentera parti, mungkin sudah tiba masanya beliau mengeluarkan album sama ada secara solo atau berkumpulan. Mungkin juga 'feat' dengan 'Jaclyn Victor', atau Ning Baizura atau mana-mana artis wanita yang manis-manis. Tentu populariti Nik Aziz akan meningkat semula dan bolehlah beliau kelak bertanding lagi dalam PRU akan datang untuk jadi MB Kelantan buat selama-lamanya.

Mungkin Husam Musa tidak akan berasa gembira dengan peningkatan populariti Nik Aziz itu nanti kerana akan mengakibatkan beliau terpaksa menunggu lebih lama sehingga berjangut seperti kambing 'boer'nya untuk dapat menggantikan Nik Aziz sebagai MB kelantan. Mungkin Husam terpaksa ingatkan kepada Nik Aziz kenyataan Nik Aziz tidak lama dulu bahawa beliau akan bersara apabila Tun Dr Mahathir berhenti dari politik dan PM Malaysia. Pasti Nik Aziz sudah lupa kata-katanya dulu maklumlah usianya membuatkan otaknya semakin mengecut.

Anu arr pun selalu lupa juga atau buat-buat lupa. Mungkin atas sebab yang sama, otaknya yang semakin mengecut kerana peningkatan usia. Jika tidak percaya, cuba tanya dimana jam tangan omega-nya? Tentu dia sudah tidak dapat mengingatinya. Tanya benarkan dia melanggan pelacur Cina seperti digambarkan dalam klip yang tersebar luas itu? Tentunya dia buat-buat lupa atau pura-pura tidak tahu. Tanyakan juga benarkah dia meliwat saiful, azizan dan lain-lain? Dia juga akan tentu akan katakan tidak kerana sudah lupa kepada keseronokan sekejap.

Tanyakan Anu arr apakah beliau masih ingat katalaluan 'mokhtar' untuk masuk ke kondo dimana dia meliwat saiful? Ingatkah dia kepada karipap? CIFU? dan.......tentu dia sudah lupa. Justeru eloklah kita lupakan Anu arr dengan angan-angannya untuk menjadi PM setelah dia terlupa bahawa dia telah menipu seluruh rakyat Malaysia dan seluruh umat manusia bahawa dia akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 16 september lalu? Bolehlah kita ketawa berdekah-dekah sebagaimana si-'Tukar Tiub' penjilat tegarnya - Kah! Kah! Kah!

DS Najib memang popular dan rakyat akan memastikan beliau sebagai PM dan BN menang besar dalam PRU akan datang. Soalannya apakah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN lainnya juga turut popular untuk membolehkan BN mencapai kememangan yang akan terus menghancurkan pakatan pembangkang? Apakah pemimpin-pemimpin lain mampu berjalan seiring dan melangkah sederap dengan DS Najib? Apakah mereka berusaha kearah itu? Apakah mereka meningkatkan kualiti perkhidmatannya kepada rakyat yang diwakilinya?

Jangan biarkan DS Najib bersendirian. Kita mesti dengan berani dan penuh yakin memberikan sokongan dan berusaha keras untuk memenangkan BN dan pencapaian melebihi 2/3 di Parlimen serta merampas kembali negeri-negeri yang di'jajah' pembangkang, termasuk Kelantan yang masih dalam kedaifan setelah lebih selama 20 tahun dibawah Pas yang kononnya akan membangunkan Islam namun sehingga kini hanya mampu membina 2 buah saja masjid di Kelantan.

Berubahlah!, dan marilah bersama kita satukan tekad dan keazaman kita untuk membantu memenangkan BN dalam PRU akan datang tanpa mengira siapakah kita. Walau siapapun kita, kita tetaplah rakyat negara Malaysia yang tercinta ini, tanah tumpah darah, negara yang dimana buminya kita pijak dan langitnya kita junjung......bumiyang....

Rujukan:

14 March, 2012

HANGAT: DATO' ROSNI DILANTIK SENATOR, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA?

'Kak Rosni' membahaskan usul dalam perhimpunan UMNO yang lalu


Namun jika tidak dilantik, janganlah 'Kak Rosni' bersedih...
kerana esok masih ada...dan perjuangan belum berakhir


1. Salut! Tabik hormat diberikan kepada Kak Ijat kerana bersetuju untuk mengundurkan diri apabila tamatnya tempoh perlantikan beliau sebagai senator. Bukan ramai pemimpin yang berani dan sanggup meninggal 'singahsana' dan 'takhta' yang mereka duduki selama ini. Jika dibandingkan dengan Anu arr 'Berahi', nyata Kak Ijat 'ada telor' sedangkan Anu arr langsung 'tak ada telor' (harapkan batang je bengkok) tetapi takut memikul tanggungjawab. Jika diluar negara, pemimpin yang diaibkan dengan skandal sudah tentu akan dengan relanya meletakkan jawatan atas rasa hormat dan sayangkan parti, tetapi  tidak demikian bagi Anu arr sebagai 'Anu gerah Tuhan' dan 'Imam Mahadi' (yang dilantik secara undi sulit berdasarkan alat sulitnya).

2. Maka akan berlakulah kekosongan bagi jawatan Menteri Pembangunan Wanita yang terpaksa dengan rela dikosongkan oleh Kak Ijat. Memang ramai yang layak untuk mengisi kekosongan berkenaan namun semuanya adalah lelaki dan tidak sesuai memeggang jawatan yang bertanggungjawab terhadap wanita kerana bimbang tidak dapat bertanggungjawab dengan baik ataupun terlebih melaksanakan tanggungjawab nanti.

3. Ketua Wanita Pahang, Dato' Rosni Zahari adalah seorang peguam syarie dan tokoh wanita yang bekelayakan serta mempunyai hubungan rapat dengan Kak Ijat sebelum ini, juga mengenali rapat DS Najib adalah calon yang dilihat layak untuk mengisi kekosongan itu. Melantik beliau sebagai senator dan seterusnya Menteri Pembangunan Wanita akan terus mengukuhkan kementerian berkenaan serta mampu menjadi landasan dan jembatan kepada usaha-usaha yang Kak Ijat telah rencanakan selama ini sama ada didalam kementerian mahupun Wanita UMNO.

4. Kita sangat percaya bahawa keupayaan dan kewibawaan KW Pahang mampu menggalas tanggungjawab berat itu demi perjuangan wanita dan UMNO itu sendiri sebagai wadah perjuangan politik bangsa untuk generasi akan datang. Kita sangat-sangat berharap DS Najib memberikan prhatian kepada cadangan ini dan kita juga sangat-sangat berharap agar 'Kak Rosni' sanggup menerima dan menggalas tanggungjawab berkenaan sekirnya diberikan tanggungjawab itu nanti. 

5. Sebarang spekulasi terhadap negeri Pahang sebagai sebuah negeri yang lemah politiknya dan mudah ditawan pembangkang akan terhapus kerana perlantikan itu nanti akan menambah memperkuatkan parti dalam menghadapi PRU akan datang. Kita percaya bahawa 'Kak Rosni' sudah pun menyusun jentera wanitanya bagi persediaan menghadapi PRU. Kita sudah tiada lagi mendengar 'sok-sek, sok-sek' yang mengatakan bahawa 'Kak Rosni' tidak menjaga anak-anak buahnya selama ini. Segalanya sudah berubah dan lawatan sambil belajar nyata banyak memberi pengajaran kepada Wanita Pahang. Syabas 'Kak Rosni'! Cuma, wanita mesti diperkuatkan lagi dan jangan sesekali meminggirkan sesiapa kerana kita membina satu pasukan yang mantap, selainnya kita serahkan saja kepada Allah yang akan menentukan untung nasib kita dalam politik nanti.

6. Tulisan ini adalah memberi respons kepada tulisan diblog 'Rezqeen Hill' berkenaan perlantikan jawatan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.

13 March, 2012

WAJAR MB PAHANG MAKI WARTAWAN AKHBAR CINA

(0.55 - 1.02) - ...yang bercakap itu ialah Raja Aziz Raja Adnan, 
...Datuk...yaitu Ketua Pengarah AELB.....


Sudah banyak tulisan-tulisan diblog berkaitan isu DSD MB Pahang mengecam seorang wartawan sebuah akhbar Cina yang mengemukakan soalan dengan niat untuk melakukan provokasi. DSD Adnan sudahpun menjelaskan dimana silapnya. (Teliti klip video diatas)

Hakikatnya adalah wartawan berkenaan tidak hadir semasa sidang akhbar Datuk Mustapha, Menteri MITI dan tidak mengetahui sumber tepat kenyataan yang dipetiknya yang didakwa dari DSD Adnan Yaakob sedangkan sebenarnya ianya adalah kenyataan dari Ketua Pengarah AELB, Datuk Raja Aziz Raja Adnan.

Sama ada sumber itu adalah salah petik atau disengajakan dengan niat jahat wartawan serta akhbar Cina berkenaan yang didalangi oleh pihak pembangkang bagi menumbulkan fitnah dan menanam kebencian rakyat terhadap Kerajaan masih menjadi tandatanya.

Walau apapun wartawan berkenaan ternyata bersalah....sama ada salah lapor atau memang bersalah kerana berniat buruk terhadap Kerajaan pimpinan DSD Adnan Yaakob. Sebagai wartawan yang beretika, beliau dan akhbarnya seharusnya memohon maaf secara terbuka terhadap DSD Adnan Yaakob dan Kerajaan Pahang.

Blog 'PahangKu' dengan jelasnya mempertahankan tindakan DSD MB Pahang yang dikatakan melenting dengan tindakan provokatif wartawan akhbar Sin Chew berkenaan. (Baca PahangKu) Laman blog 'Malaysia Heaven' pula mendesak wartawan berkenaan membuat permohonan maaf disamping memperbetulkan kesalahan yang dilakukannya (Baca Malaysia Heaven)

Laman-laman blog milik pembangkang di Pahang memainkan isu berkenaan dan menyalahkan MB Pahang yang kononnya memaki hamun wartawan atas kepentingan politik mereka yang dahagakan sokongan dan undi menjelang PRU13 nanti. Bagaimanapun blog Semut Hitam sebelumnya sudahpun memperbetulkan salah sangka terhadap MB Pahang diblognya (Klik Sini)

Jika soal MB Pahang mengecam wartawan Cina berkenaan dijadikan isu kontroversi, bagaimana pula dengan hal seorang pemimpin DAP yang menganggap wartawan sebagai pelacur? Bagaimanapula dengan pandangan mereka dengan sikap pemimpin pembangkang termasuk Anu arr sendiri dalam melayani para wartawan yang tidak disenanginya?

Sebuah laman blog baru 'Pahang3' dengan sinis mengeluarkan posting menyindir sikap Anu arr 'Berahi' dalam melayani wartawan (Klik Sini). Kenapa pihak pembangkang tidak pertikaikannya selama ini? Apakah hukumnya masih seperti yang ditetapkan oleh pembangkang bahawa jika ianya dilakukan oleh mereka hukumnya halal dan tidak mengapa, namun jika dilakukan oleh UMNO dan Kerajaan makan hukumnya adalah haram. Jika demikian maka sahlah bahawa pembangkang dengan fikiran mereka begitu tetaplah 'haramjadah' selamanya.

Kepada DSD Adnan Yaakob, ingin kami nyatakan bahawa pengamal media sosial Pahang yang pro kepada Kerajaan akan tetap menyokong dan berdiri teguh dengan ketetapan dan pendirian YAB. Kami ingin nyatakan bahawa kami berani mengakui bahawa kami adalah ahli UMNO, orang UMNO dan penyokong UMNO yang akan berjuang pertahankan Negeri dan Negara dalam PRU akan datang.

Tidak ada tempat untuk pembangkang di Pahang. Fauziah pemfitnah akan kita halau keluar dari Kuantan kerana pembohong dan pengadu dumba sepertinya memang tidak layak mewakili rakyat Pahang. Fauziah mencetuskan prasangkan buruk terhadap kerajaan hanya kerana ingin menutup ketidak mampuannya selama ini dalam memberikah perkhidmatan kepada rakyat yang diwakilinya.

Cuba tanyakan apakah peranan dan jasa Fauzian sebagai wakil rakyat Kuantan selama ini? Apakah tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Kuantan hanya sebagai penganjur kempen Anti Lynas, Save Malaysia serta Himpunan Hijau? Jika demikian memang memang mudah menjadi wakil rakyat pembangkang, mungkin jalang dan bapuk juga boleh berkhidmat sebagaimana beliau.

12 March, 2012

ANU ARR JUARA PERSEPSI, NAJIB JUARA REALITI

'ABAI'


Kak Ijat umumkan perletakkan jawatannya sebagai Menteri Kabinet selaras dengan berakhirnya perlantikannya sebagai senator. Pembangkang mungkin mengangap itu kejayaan mereka mendesak dan membina persepsi bahawa kerajaan ini korup serta akan melemahkan UMNO menjelang PRU akan datang.

Namun seperkara yang pembangkang lupa bahawa mereka hanya juara dalam membina persepsi tetapi gagal dan kelihatan sebagai 'bangkai' dalam realiti. Kenapa tidak? Apabila sesuatu itu berkenaan dengan pemimpin kerajaan maka mereka akan heboh seluruh negara mendesak perletakkan jawatan, namun hakikatnya apakah mereka melakukan perkara sama apabila ianya melibatkan pemimpin mereka sendiri?

Ketika Anu arr melakukan perbuatan terkutuk meliwat Sukma, Mior, Azizan, Ismail Harun, Ahmad Hairani, Saiful Bukhari dan ramai lagi, namun beliau tak pernah merasa aib malah masih cuba menegakkan benang basah (serta bulu-bulunya yang basah) walaupun spermanya dijumpai dalam rektum Saiful. Apakah Anu arr berani meletakkan jawatannya bahkan untuk mengaku dan bersumpah laknatpun dia takut. Apa pula tindakan penyokong pembangkang?


Nik Aziz pula masih mempertahan Mat Sabu bermati-matian walaupun Mat Sabu telah ditangkap khalwat bersama Normah di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu. Hari ini Mat Sabu pula diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS. Apakah ulamak dan ustaz-ustaz Pas tidak berani memeggang tali Allah dengan berkata serta melakukan perkara yang benar? Kenapa pemimpin-pemimpin Pas tidak meletakkan jawatan atas kecurang politik mereka itu? Tidakkah mereka malu terhadap Allah? Kenapa pula ahli-ahli Pas yang sering bertakbir itu tidak  pula mendesak para pemimpinnya melepaskan jawatan apabila bersalah? Apakah para pemimpin Pas bacul atau pengikut mereka yang bacul serta tidak lagi berpandukan kepada hukum Allah? Apa pula tindakan penyokong pembangkang?


Bahkan PAS masih meletak semula Saiful Bukhari sebagai ADUN Selising walaupun Saiful sebelum ini pernah ditangkap dalam bilik VVIP 1 gerabak keretapi KTM bersama isteri orang. Yang menangkap mereka Pembantu Nik Aziz sendiri dan dalam keadaan isteri orang itu hanya memakai tuala merah dan Saiful hanya berseluar dalam. Bahkan Nik Aziz memaklumkan pula bahawa tertuduh sudah diampunkan Allah. Siapakah Nik Aziz ini jika dibandingkan dengan 'Ayah Pin'? - jika kita diantara orang-orang yang berfikir. Apa pula tindakan penyokong pembangkang?


Kes ratu telanjang yang gambar terkangkangnya yang melampau, Elizabeth Wong masih lagi dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor walaupun beliau bersekedudukan dengan Helmi yang mendedahkan gambar bogel berkenaan. Malahan Elizabeth Wong seakan mendapat pengampunan dan restu setelah menemui Nik Aziz di Kota Bhahru selepas itu. Maka berpusu-pusulah para muslimah Pas meratap-tangis dengan mencium kaki dan tangan Elizabeth Wong yang kononnya difitnah dan diaibkan. Apa pula tindakan penyokong pembangkang?


Terkini, Ostad (saya tidak menggelarnya Ustaz kerana merasakan tidak layak panggilan demikian untuk peribadinya) Badrul Amin masih tetap dikekalkan sebagai Ahli MPT PKR dan Penerangan Kerajaan Selangor walaupun ditangkap khalwat bersama isteri orang jam 3 pagi didalam sebuah bilik hotel di Kuantan. Apakah tindakan pemimpin Pembangkang? Apakah beliau didesak letak jawatan? Bahkan beliau dilindungi dan pertahankan. Apa pula tindakan penyokong pembangkang?


Dalam kes Anu arr yang 'kantoi' bila gambar video lucahnya dengan Pelacur China didedahkan oleh Dato' Eskay, beliau masih tak tahu malu dan mengekalkan kerusinya sebagai Ketua Pembangkang. Walaupun pelaku ke-3 yang ada dalam klip video berkenaan iaitu Dato' Eskay sendiri bersumpah mengakui bahawa beliaulah didalam video berkenaan serta bersumpah juga bahawa Anu arr lah 'Si-Kotay' bengkok yang melakukan seks dengan pelacur China berkenaan namun apakah Anu arr berani melepaskan jawatannya dan mengaku bersalah? Apa pula tindakan penyokong pembangkang?


Jangan kita lupakan kes Nik Aziz yang 'kantoi' kerana nak pergi menunaikan Haji dengan duit hasil Suapan Abroad Technologies Sdn Bhd bernilai RM650,000 setelah meluluskan hampir 3000 hektar konsesi balak dan konsesi pasang billboard kepada Abroad Tech, tanpa segan silu mengakui bahawa beliau dah 20 tahun ke Mekah dan tak pernah pakai duit dia walau 5 sen. Apakah rasuah bagi pemimpin Pas dihalalkan oleh agama dan pengikutnya? Benarkan bahawa syurga itu ditangan Nik Aziz yang boleh menetapkan siapa saja untuk masuk syurga atau sebaliknya pada bila-bila masa? Apa pula tindakan penyokong pembangkang?

Ir Ariffahmi Bin Abd Rahman, Menantu Nik Aziz yang dilantik oleh beliau sebagai CEO PMBK sehingga rugi berjuta ringgit, Nik Aziz tak pernahkah rasa bersalah atas penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berkenaan? Atau ianya dihalalkan bagi pemimpin-pemimpin Pas dan pemimpin Pembangkang tetapi haram bagi pemimpin kerajaan walaupun belum terbukti salahnya? Apa pula tindakan penyokong pembangkang?


Pembangkang hanya bijak dan bernasib-baik dalam menguruskan persepsi buruk terhadap kerajaan. Namun kita pasti pada suatu hari rakyat akan sedar bahawa mereka telah terpedaya dengan tipu muslihat licik pembangkang yang hanya punya satu cita-cita - untuk menawak Putrajaya. Apakah apabila mereka disana nanti keadaan Negara dan kehidupan rakyat akan jadi bertambah baik? Dari apa yang kita perhatikan sekarang ini, ramai yang percaya bahawa segalanya tidak akan menjadi lebih baik malahan akan lebih porak peranda.

Anu arr hanya juara dalam memainkan persepsi, namun DS Najib adalah pemimpin yang benar-benar mampu menjuarai realiti yang rakyat inginkan. DS Najib mampu mengubah 'tali yang genting supaya tidak putus', 'nila yang setitik tidak merosakkan susu sebelanga', 1Malaysia yang diterapkannya bukan hanya satu slogan tetapi adalah satu gagasan yang jadi landasan kehidupan rakyat. Apa pula tindakan penyokong pembangkang? Masih memilih Anu arr Si-Peliwat dan Pembohong atau DS Najib yang membina semula negara bangsa yang hampir diruntuhkan?

11 March, 2012

TAZKIRAH OSTAD O.G. KUTUK OSTAD BADROL





Ostad O.G. ini lebih waras dari kebanyakan ostad-ostad Pas dan PKR yang menjual agama kerana kepentingan politiknya.

Kata Ostad O.G.....jangan hampiri zina....Ostad Badrol buat apa berdua-duaan dibilik hotel dengan perempuan yang bukan muhrim atas nama kaunseling pada pukul 3 pagi? Waraskah itu?

Kah Kah Kah! Gerombolan pencacai main belakang Tukar Tiub tentu berhenti dari ketawa berdekah-dekah sebab ini terkena kepada gerombolannya. Mungkin 'Hiss...Mu...Rais' akan kata itu semua konspirasi umngok. Tapi kalau totey masuk bontot tak kan konspirasi juga? Totey tu totey Anu arr, bontot tu bontot Sempol, tak kan UMNO juga yang salah?

Ostad O.G. = Orang Gila yang tidak segila Ostad Bird Roll

09 March, 2012

TENGKU ABDULLAH NAFI TERLIBAT




Berita di TV3, Buletin 8.30 malam semalam menyiarkan kenyataan YTM Tengku Mahkota Pahang bahawa beliau tidak tahu menahu dan tidak terlibat dengan siasatan kes tuduhan khalwat Ostad Badrol sepertimana yang didakwa oleh Ostad Badrol sendiri sebelum ini.

Nampaknya sekali lagi dan untuk kesekian-kalinya Ostad Badrol Al-Khalwati tertangkap menipu setelah tertangkap berkhalwat dengan bini orang baru-baru . Yang kita kesalkan adalah kenapa nama YTM Tengku Mahkota dibabitkan bagi menutup malunya itu? 

Teringat pula pada 2 cerita lawak bodoh yang sesuai untuk memperjelaskan keadaan yang Ostad Badrol alami ketika ini;

1. Kata orang, apabila sudah tenggelam dan kelemasan apa saja yang terapung akan jadi harapan untuk menyelamatkan diri hatta ianya hanyalah seketul 'najis' yang hanyut terapung rela, dijadikan tempat berpaut.

2. Kisah seekor monyet yang menutup mukanya kerana malu namun tidak mengendahkan 'kemaluan'nya kelihatan kerana lebih malukan muka dari kemaluan.

Selepas ini apa lagi puak-puak pembangkang nak spin cerita ini untuk menutup segala kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan dan menjadikannya suci dan murni selayaknya sebagaimana apa yang berlaku kepada Anu arr yang 'kunun'nya Anu gerah Tuhan sedangkan hakikatnya adalah seorang peliwat tegar yang penuh kedurjanaan.

Tentunya ini adalah perangkap dan konspirasi oleh UMNO. Sebagaimana Anu arr termeliwat Saifol kerana konspirasi UMNO, Ostad Badrol juga terberkhalwat kerana konspirasi UMNO. Kenapa puak-puak sebelah sana sunyi dan sepi dalam isu ini?

Nampaknya ulamak Pas juga membisu dan sanggup menutup kesalahan kerana kepentingan politik lebih diutamakan dari menyatakan kebenaran. Tidak hairanlah jikalau dikatakan Pas adalah parti politik bertopengkan agama yang sesat lagi menyesatkan.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Arkib

Labels

Dari Mana Datangnya...