
Suara Anak Pahang - Perlu Baca
14 January, 2010
PAHANG - AKU AKAN TERUS PEDULI

13 January, 2010
Blogger Pahang

Merayau-rayau di internet dan saya menemui sebuah blog – www.pemuda-enggang.org Blog Pemuda Umno
Sebagai orang Pahang, saya tertarik untuk melihat blog Umno Pahang. Terdapat 4 blog yang dilink-kan disini:
Pahang :
Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang![]()
UMNO Bahagian Kuantan![]()
UMNO Cawangan Gambang, Paya Besar![]()
Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Alor Akar, Kuantan![]()
Namun diantara 4 itu hanya Umno Cawangan Gambang, Paya Besar yang boleh di masukki walaupun tiada kandungan didalamnya. Yang lainnya hanya ada alamat dan tidak dapat dimasukki kerana blog berkenaan tidak ujud atau sudah hilang tenggelam. Saya teringat pada blog MB Pahang yang sudah lebih setahun tidak di-update. (Klik) Jauh bezanya dari blog MB Perak yang lebih berwawasan (klik)
Ini mengenai tidak peka atau memang pekak? Atau tak tau blog atau memang goblok? Atau yakin ampuh dan yakin pembangkang tidak mungkin akan mampu menawan Pahang dalam misi tawan Pahang pembangkang di PRU13 nanti?
Padakah ‘Small Talk’ dengan hanya purata pengunjung 30 orang sehari untuk menyebar maklumat Umno Pahang kepada rakyat dan pertahankan politik Pahang? (Pemilik blog telah membuang visitor counter-nya) Tak ada satu pun blog anak negeri Pahang dalam link diblog ini, diskriminasikah? Atau blogger Pahang lain tak layak kerana mereka hanya blogger jalanan? Bertuahlah blogger negeri-negeri lain! Blogger Umno Pahang yang dilatih dahulu bersembunyi dimana? Atau mereka itu jadi tentera kawad di raja saja?
Pemimpin Umno Pahang tak baca pun blog ni, jadi teguran ni sebenarnya bukanlah memberi apa-apa makna langsung.
~ bh/
11 January, 2010
Pahang Daily Online - Isu kalimah Allah dan bakar gereja, kenapa Umno juga?

Isu khalimah Allah yang sepatutnya ditangani dengan baik oleh Kerajaan UMNO BN nampaknya gagal dilaksanakan oleh mereka. Susulan tindakan mahkamah yang membenarkan penggunaan nama tersebut dalam sebuah akhbar Kristian (Herald)baru-baru ini, maka kini kekecohan terus berlaku seolah-olah negara ini berada dalam keadaan huru-hara. Walhal sebaliknya, yang bagai "cacing kepanasan" dan "gila meroyan" siang dan malam tentang isu mainan UMNO ini adalah puak-puak mereka sendiri - demikian kepala berita diblog Pahang Daily Online.
PDO seperti blog dan pemikiran pembangkang lain mengaitkan demo sebagai didalangi oleh UMNO. Kemudiannya apabila berlaku insiden pembakaran gereja Umno juga dituduh mendalangi itu. Soalnya, segala yang buruk akan diletakkan kepada Umno, begitulah bila hati dan jiwa mereka telah karat. Pada saya peribadi, saya melihat pihak pembangkang ini adalah sama seperti puak Yahudi, membaling batu dan sembunyi tangan malahan membaling batu dan menuduh orang lain yang melakukannya.
Mereka juga tidak peduli apa risiko yang akan kerajaan dan rakyat tanggung dengan pembohongan-pembohongan mereka asalkan cita-cita mereka untuk memporak perandakan negara berjaya. Namun setakat ini negara masih kekal aman dan stabil. Dakyah-dakyah yang dilakukan oleh pembangkang termasuk PDO sendiri telah ditolak oleh rakyat yang mulai sedar akan penipuan mereka itu.
Dalam kes pembakaran gereja, rakyat melihat adalah tidak lojik Umno yang mendalanginya kerana faedah yang akan Umno/kerajaan dapati adalah tidak ada langsung berbanding faedah yang akan pihak pembangkang akan dapati dari Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan nanti. Sudah tentu pihak pembangkan akan memainkan sentimen perkauman dan agama kristian untuk memancing undi kristian di
Apa yang berlaku sekarang adalah percubaan mengalih pandangan masyarakat dari isu kes liwatnya serta penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang disokong oleh beliau. Kita lebih bimbang bahawa ini adalah agenda besar kristian seluruh dunia yang ingin mencemarkan imej Islam dan
Diharap pihak PDO yang berjiwa karat ini dapat mensucikan hati nurani mereka demi kesucian agama Islam yang kita anuti dan junjung tinggi ini. Janganlah kerana ketaksuban terhadap pemimpin membuatkan mereka hilang pertimbangan dan sanggup menggadaikan maruah Islam hanya kerana cita-cita peribadi pemimpin berkenaan. Akuilah hakikat bahawa rakyat telah sedar dan menolak mereka. Mereka sudah tidak ada tempat lagi dihati rakyat. Baliklah kepangkal jalan.
09 January, 2010
SERANGAN DI GEREJA

08 January, 2010
MELAYU TELAH BANGKIT DAN ISLAM SEDANG DITEGAKKAN

07 January, 2010
SAYANGKAN NEGARA - MELAYU MESTI BERSATU DAN PERKASA
Response kepada blog Suara Prihatin Umno Jerantut (sini), tahniah bila Perkasa Jerantut berjaya diujudkan, saya dengar di Maran pun sudah. Tanpa prejudis kita sangat menyokong usaha murni ini. Tak lama lagi Perkasa Negeri akan diresmikan oleh MB Pahang di Temerloh (saya juga turut membantu mengiklankannya) semuga usaha ini akan mencapai kejayaan dan matlamatnya.
Saya nak ulang; semuga usaha ini akan mencapai kejayaan dan matlamatnya dan bukan matlamat serta kepentingan individu tertentu. Perkasa adalah harapan Melayu bagi mencapai perpaduan. Jika kita gagal, orang Melayu mungkin akan bosan pada apa-apa pun atas nama perpaduan Melayu.
Kerana itu Perkasa haruslah dilihat benar-benar mencerminkan perpaduan bangsa Melayu. Jawatankuasa yang dilantik hendaklah melibatkan semua pihak sama ada Umno, Pas atau mereka yang mewakili persatuan-persatuan dan pertubuhan-pertubuhan. Berikan mereka peluang untuk berperanan dan menyumbang.
Kita cuma berharap agar janganlah Perkasa ini nanti hanya jadi sebagai gudang atau setor barang-barang lusuh dimana veteran-veteran Umno akan menjadikan tempat untuk menonjol semula. YDP Perkasa negeri-negeri dan daerah-daerah harus memberi perhatian dalam membuat perlantikan supaya ianya benar-benar menyeluruh dan mewakili semua pihak, sebagai satu pertubuhan umat Melayu. Bangsa Melayu mesti bersatu dan perkasa bagi menghadai cabaran masadepan.
Selamat berjuang, dan selamat berjumpa di Perasmian Perkasa Pahang nanti.
Allahhu-akbar!
~bh/
06 January, 2010
SAYANGKAN NEGARA - MALAYSIA POLITIK TELANJANG
05 January, 2010
SAYANGKAN NEGARA - RASUAH, RASUAH, RASUAH

04 January, 2010
SIAPA SAYANGKAN UMNO - UMNO LEMAH, MELAYU LEMAH, KERAJAAN TURUT LEMAH.

03 January, 2010
SIAPA SAYANGKAN UMNO - PARTI UNTUK GOLONGAN ELIT DAN KORUP

| KALAU DAIM BOLEH MENGAPA TIDAK KHAIRY. |
| Saturday, December 26, 2009 |
| Nampaknya telah pasti Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin akan di lantik oleh Datuk Seri Najib menjadi Menteri. Soalnya sekarang hanyalah samaada dia akan jadi menteri penuh atau timbalan menteri. Walaupun Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia 27 Disember menyebutkan kemungkinan itu hanya sepintas lalu tetapi ini adalah suatu sumber yang paling layak dipercayai kerana tiap Perdana Menteri ada orang kepercayaan dalam akhbar akhbar terutama Utusan Melayu..... 1. Nampaknya demikianlah arah politik Malaysia. Walau apa pun yang rakyat suarakan, pemimpin tetap akan melaksanakan agendanya sendiri berserta kroni-kroni. Dan, untuk kepentingan peribadi-peribadi. Maka motto ini mungkin lebih sesuai: Kroni diutamakan, rakyat dibiarkan. 2. Dari dulu lagi, perjuangan UMNO adalah rakyat berjuang untuk kepentingan golongan bangsawan. Kerana itulah orang-orang biasa hanya jadi sebagai apa? Tokoh-tokoh pejuang dari kalangan rakyat marhaen seperti Pak Sako, Ahmad Bustamam dan lain-lain tugas mereka hanya melonjakkan pemimpin dari kalangan elit. Sehingga kini, itulah yang masih berlaku dalam UMNO. 3. Memang UMNO busuk sampai ke usus. Malah semua bahagian UMNO sudah busuk. Mungkin najis UMNO lebih lebih baik dari tubuh badan UMNO itu sendiri. 4. Jika benar KJ akan dilantik sebagai menteri, penuh atau separuh (beliau telah menjadi menteri separuh semasa bapa mertua jadi PM) maka imej UMNO akan semakin calar dengan penampilannya sebagai pelakon hindi dan penuh dengan skandal rasuah. Rakyat masih ingat, beliau disabitkan kesalahan dalam politik wang namun tidak di kenakan tindakan. Bukankah itu berbeza dengan apa yang dialami oleh TS Isa Samad (yang telah menerima hukuman). Bagaimana pula kes Datuk Norza? akhirnya UMNO akan dipenuhi oleh pemimpin elit yang korup. 5. Kita pernah juga mendengar seorang MB yang juga didapati bersalah dalam politik wang mengugut jika diambil tindakan akan keluar UMNO dan membawa pengikut-pengikutnya sekali bagi tujuan meruntuhkan kestabilan parti. Bermakna mereka bukan setia kepada UMNO dan bukan berjuang untuk UMNO pun. Banyak lagi perkara demikian yang berlaku. Jadi, pemimpin UMNO bukan perjuangkan kepentingan rakyat dan kehendak rakyat serta suara rakyat tidak pernah didengari oleh mereka yang sudah berada diatas. 6. Soalnya apakah ada 2 undang-undang dalam UMNO - untuk elit dan marhaen? Mereka diatas sana penuh dengan konspirasi yang rakyat dibawah langsung tidak mengetahuinya. Rakyat tertipu dan ditipu. Mana arah perjuangan UMNO: Untuk Agama, bangsa dan Negara? 7. Saya melihat jika inilah keadaannya, maka bahtera UMNO akan karam kerana golongan elit ini dan saya tidak ingin turut tenggelam bersama mereka. Kita hanya ada masa 2 tahun saja lagi, sama ada untuk memastikan bahteral tidak tenggelam atau mendapatkan pilihan lain. 'Adios Amigos!' - bRAVEhEART |
Sebuah kapal yang memuatkan gula dilaporkan karam di perairan Malaysia. Selain harga gula akan naik, air laut juga dijangka bertukar manis. 'Laut madu pantai sutera, haus tak dapat diminum'.
02 January, 2010
SIAPA SAYANGKAN UMNO - TS MUHYIDDIN, RENUNGKANLAH
01 January, 2010
KHAS TAHUN BARU DAN TAMATKAN SISTEM MERITOKRASI
Khas Tahun Baharu 2010:
Salam Hormat.
Saudara semua para pembaca terutama 183 follower blog ‘Beranikan Hati’ yang setia mengikuti tulisan saya sejak dahulu. Yang prihatin dan memberikan pandangan-pandangan mereka dengan ikhlas bagi membela bangsa Melayu dan negara
Saya beranggapan bahawa blog adalah laman atau gelanggang dimana kita yang dilahirkan berbeza-beza termasuk dari segi pemikiran, pendapat dan kecenderungan dapat bersama dalam ruangan yang terhad ini, meletakkan pandangan kita untuk sama-sama pertimbangkan dalam menentukan serta menetapkan fikiran dalam sesuatu isu atau permasalahan.
Tidak salah berbeza pendapat, dan kita mencari persamaan didalam perbezaan itu demi perpaduan bangsa Melayu dibumi yang tercinta ini.
Akhir sekali, saya mengucapkan setingi-tinggi terima kasih kepada semua para sahabat dan sebagai penghargaan terhadap 183 follower, maka dibawah ini saya rakamkan nama-nama mereka, yang telah sudi dan mem-‘beranikan hati’ mereka untuk memberikan sokongan kepada saya.
Salam Hormat dari saya ~ bRAVEhEART
183 Follower:
amadidi,Galo Boy,Mustafa-al-yahya,Ex-UMNO, hidayat,ahmed fauzan ahmed kamal,
mulutmelayu,Shahidan,GOMO,abdullah munir,fokus 1
~Ms. Alia~,syahril,mohamadazhan,zayn,putra merdeka,abangbeca03,khusairitgmalim,
Zeza,jamil abd rahman,Mustafa al-yahya,Sargent Hassan,ziee_lipan,pemuda baling,
Azhan,DIARI PKGMEN,tauke kedai,wakdanial,ismail,LOTZAADS,khaix7,Balqis786,
Purbalepih,Peo,Forum
vichsisowath yorn,Tinta Pejuang Pahang,bahteramujahid,Muhammad faiz mahayudin,
ghostWRITER,RMY-Abelitokjoro,lhakim,UnitMediamayaBN,Seludang Pitas,
morha morhabshi,harapan,warispurba,Pemuda UMNO Bahagian Tapah,zeza,Menor Kawen,
info,mat kenong,PEJUANG CYBER,dozz,umardin omar,dr lebai,Derita Jiwa,seratah,
Ibn Barudin,Nur Eisha,MOHD. ADHA MOHD. ZAIN,awangliku,maizatulmiza,terataionline,
Aku,Pasbuih Dan Siamang,kirana,MUHAMMADAZHARI,arts2924,AleeN,Ibu Pejabat Pekida Malaysia,BERANI BERUBAH,ajai62,Manek Urai,Puakumbu,suara siswa,PaKMie,mosana98,
Poyosede,jurirakyat,anakbukitgantang,suara kuantan,jebat_berani,lebai-mangkuk,
Ezymoney,wiramanekurai,faiz,SuaraDemokrasi
yanggambi yanggambi,DR 1221,davillageboy,ONE,fitrahulinsan,srikandi melayu,che_wan,
ISAC,adil,MANZ,Frodo Baggins,safirulamar,Mat Yie,D'Rimba,pejuang berjurus,
norzyah_zacksabri,warisantamar,Aspirasi,denaihati,Kembara Politik,
Pemuda UMNO Telok Datok,panglima,Z-MAY,+ F.i.e-r.a.z +, CYBERCDO,Kumbang,
((( EkOr pArI ))),Muhammad Azli Shukri,Srikandi,det,Desperado Ressurection,
PPUNT,mohd fuad,amirhamzah64/ 64أمير حمزه,PasMuda, Umno,GAP KEMBALI,tok_gajah,
ADI JAGAT PUTRA,wak-labu,Malaysian-2Day,KHAIRUL NAZRI,bluehope,Apai Ngelai,
BENTAN,red rooster,Apache,TOK PERAI,Waris Pahang,Tok Bathin,SAYANG
The Revolution,MUMMY ROKIAH,= NAMA MEK NADIA =,kamal,paneh,TokeyGaram,
Arif Omar,orang ulu,Daddy,Demang Lebar Daun,shima,Panglima Perang Cyber,
Che Moq™,Al-Dzulfiqar,Sham_bilal,pemuda cheh,donalfian,DA,kamarudin puteh,
rainbow fish,ajalmelayu,takada,hannah zaharudin,Alizul,CAK,tanpanama,tanpanama,
Akmalhasif,ZaMie 8408,skeptismay,Dal,umnogombakselatan,Pewaris Melayu,azrinizam78,
Udenikov
Tamatkan Sistem Meritokrasi Ke IPTA.
1. Banyak dasar-dasar kerajaan yang telah diperkenalkan di zaman Tun Dr. Mahathir dulu telah dihentikan. Antaranya adalah pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Banyak pendapat dari banyak pihak kita dengar termasuk kononnya bagi memartabatkan bahasa Melayu dan akhirnya kerajaan memutuskan menghentikannya. Kita tidak peduli itu kemenangan pihak siapa, soalnya dasar yang telah dilaksanakan itu boleh dihentikan kerana kita berfikir ianya harus dilaksanakan sedemikian serta kerana adanya tuntutan pihak-pihak tertentu.
2. Demi kepentingan bangsa Melayu yang masih lemah dalam pencapaian sekiranya sistem meritokrasi masih dilaksanakan, kita mendesak sistem kuota dilaksanakan kembali bagi memberikan peluang lebih ramai anak-anak Melayu mampu memasuki IPTA.
3. Kita ingin melihat lebih ramai dari banyak pihak yang akan mendesak kerajaan melaksanakan ini kerana jika mereka mampu perjuangkan pembelajaran sains dan matametik dalam Bahasa Melayu kenapa tidak mereka teruskan kesinambungan perjuangan itu kepada memberikan lebih peluang kepada anak Melayu memasuki IPTA?
4. Saya berharap agar banyak pihak akan tampil kehadapan dan bersama perjuangkan sistem kuota bagi kemasukan ke IPTA dan ini selaras dengan perkara 153 Hak Istimewa Orang Melayu. Sila (klik disini) bagi medapat pandangan mengenai isu berkenaan yang disuarakan oleh sahabat saya Dr. Zubir Harun (Yang Di Pertua Perkasa Negeri Pahang) diblognya.
Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih