09 February, 2010

Laporan Polis Terhadap Blog Dimensi Dan Sokongan Moral Kepada "Peliwat"...


Dipetik dari Harakahdaily.net



Ditanya kehadiran di mahkamah bagi mengikuti perbicaran kes dakwaan liwat terhadap Anwar baru-baru ini katanya, beliau hadir sebagai tanda simpati terhadap orang yang teraniaya.

“Saya pergi tanda simpati pada orang yang saya anggap telah dianiaya.

“Masalah tuduhan zina, liwat mana ada orang buat depan orang ramai, tentu buat dalam kelambu, nyamuk pun tak ada, jangankan manusia, tetapi tiba-tiba dituduh secara terbuka,” ujarnya.





Komen ISAC/BY;



Apa yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz dalam artikel di atas? Penulis betul-betul tak faham....Takkan nak "mendakwa" kena sembunyi-sembunyi pulak? Kenyataan-kenyataan TG ni sejak kebelakangan ni dah semakin merewang-rewang.....Atau adakah kesilapan media yang membuat laporan?


Lagi satu bukankah kehadiran TGNA di mahkamah dalam kes DSAI boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat Malaysia bahawa TG "menyokong amalan homoseksual"? Bagaimana jika DSAI didapati bersalah oleh mahkamah? Bukankan sokongan tersebut akan disalah-tafsirkan? Sepatutnya biarlah mahkamah menjalankan tugasnya, TG sepatutnya meneliti bukti-bukti dan saksi-saksi yang akan dikemukakan sebelum menunjukkan pendirian beliau untuk menyokong DSAI ataupun sebaliknya....


Berkenaan dengan laporan polis terhadap blogger pro kerajaan (BPN), "Blog Dimensi" yang menunjukkan "gambar" aksi DSAI "meliwat" TGNA, bagi penulis ia hanyalah simbolik....Maksud "Main belakang"/"Liwat" tak semestinya bermaksud "diliwat" dari segi fizikal semata-mata. Kena main belakang" juga bermaksud ="Kena main" = "kuda tunggangan" = "kena tipu" = "diperbodohkan".


Walaupun mungkin "gurauan" tersebut agak keterlaluan terutamanya apabila ia melibatkan seorang Sarjana Islam dan Tokoh Agama seperti TGNA, tetapi TGNA juga sepatutnya berlapang dada dan perlu muhasabah diri kerana sememangnya tingkah-laku "politiknya" sejak kebelakangan ini tidak mencerminkan "ketokohan" sebenar yang perlu ada pada seorang Ilmuan Islam dan Tokoh Agama.


Secara peribadi penulis dahulunya sememangnya sangat menghormati TG dan pernah terlintas di hati penulis, adakah beliau telah mencapai taraf seorang Wali Allah, tetapi apabila melihatkan kerenahnya sejak akhir-akhir ini yang banyak bermotifkan politik semata-mata, penulis merasakan bahawa mungkin dunia ini sudah semakin menghampiri Kiamat, kerana kini amat susah mencari para Wali Allah dan "kebaikkan dalam diri manusia" pula sudah semakin lenyap.......Itu di antara tanda-tanda hari Kiamat........


Jika anda berkelapangan sila berkunjung ke blog penulis;
http://bumiyang.blogspot.com/


Artikel: ISAC /BY


08 February, 2010

PDO: MEROYANKAN BRAVEHEART? KAH KAH KAH!

Word of the day:
PDO - singkatan kata dialek negeri Pahang yang membawa pengertian' PeDoOh' atau bermaksud pembohong atau penipu. Dalam kes yang kita perbincangkan dan membuat analisis ini kita merujuk kepada Pahang Daily Online sebagai penyebar pembohongan terbesar di negeri Pahang.



Gambar ni pun dah famous sangat, buatkan Nik Ajis tak tertahankan ghairahnya
Bang Nuar pula jangan bimbang, PDO akan jilat sampai licin - kah kah kah




Kah kah kah! Marah sungguh PDO pada bRAVEhEART, Yang Gambi dan YB Raz. PDO kabo kome ni pencacai UMNO tapi dia lupa dia tu adalah pencacai Anu-ar dan PKR - kah kah kah.

Kawan rase, dema baca sendirilah di blog PDO ni, tengok macamana dia burukkan dan fitnahkan Saiful. Kah kah kah. Tak pakai songkok-lah, tanda hitam di dahi-lah, kalau dah jiwa karat tu, karat disitu juga lah - kah kah kah. Hah tu! Cucu Mat Kilau, kenapa nak main sembunyi-sembunyi lagi ? Bacalah blog dia tu disini - Kah kah kah

Aduss! Sakit perut kawan menyuka ke awok ni - kah kah kah. Mohd Shukri Mohd Ramli - kah kah kah. Kemana ke awok nak pegi? - hehehe! Bila 'di' balik ke Pulau Tawar, ' kas' jumpa 'di' disana nanti - hehehe! Kita belajo sejarah Paya Kangsar dan Sungai Salan - kah kah kah.



DNA: KAH KAH KAH!

Word of the day:
DNA (klik sini ke Wikipedia) - dalam kes rogol atau liwat bolehlah ditakrifkan sebagai 'Dah Naik Anu' (gamaknya lah). Keterlibatan Anu-ar dalam kes liwat pertama dan kedua ini sangat menyakinkan dengan terdapatnya bukti-bukti yang melibatkan DNA beliau.


Saya, depan belakang tak kisah. Depan saja boleh, kalu ada dua-dua lagi bagus.
Tanyalah dia! Are You Okay?


Kali ni saya tulis macam kawan saya sebelah sana tu (klik sini). Kah kah kah. Dulu dia sokong Anu-ar bagai nak gila - kah kah kah, tapi kebelakangan ni dah tak nampak muka - kah kah kah.

Mungkin dia terasa diperbodohkan - kah kah kah. Tapi dia ni memang betul-betul bodoh pun - kah kah kah. Eloklah tukar tiub pun, jangan dok main tampal-tampal je - kah kah kah. Si Saiful dapat juga seluar hadiah dari Anu-ar, awak dapat apa? - kah kah kah.


Husin Lempoyang kata ahli sejarah malu nak tulis kegagalan Anu-ar jadi PM kerana kes liwat - kah kah kah. Macamana pula ahli sejarah nak tulis tentang dia ni semasa bersama Anu-ar dalam demonstrasi demi demonstrasi - kah kah kah.

Tiub tayar ni ibarat seluar dalam jugalah - kah kah kah. Mungkin 'tukar tiub' masih simpan satu hadiah kenang-kenangan dari sifu (CIFU) dia tu - kah kah kah.

Adess! Aduiyaa! Sakit perut aku gelak hari ni - kah kah kah. Senang-senang bacalah pantun dibawah ini, diambil dari komen di blog ini.


anu-arr berahi pejuang siapa?
bukan bangsa bukan negara
perjuangannya sekadar cita-cita
didalam negeri menjadi kepala

cita-citanya sangatlah tinggi
namun sikapnya buruk pekerti
depan belakang dia tunganggi
halal dan haram tidak dipeduli

anwar al-juburi nama diberi
demikianlah anugerah dari mat sabu
pohon tak bergoyang angin berhenti
kalau tak sungguh tak dituduh begitu

perangai anu-arr sepertilah tikus
segala lubang dia nak telus
terbuka atau terpaksa tembus
asalkan dia dapat membolos


Sekali lagi terpaksalah aku ketawa berdekah-dekah - Kah kah kah! Kah kah kah! Kah kah kah! 'Tukar tiub'...bila nak tayar pulak atau tukar side?

07 February, 2010

KARIPAP: PAHANG DAILY ONLINE DAHULUI MAHKAMAH JATUHI HUKUMAN TERHADAP SAIFUL

Word of the day:
Karipap - Sejenis makanan ringan, dikategorikan sebagai kuih-muih bergoreng dan berinti. Disatu bahagian tepinya beropol-ropol dan bentuknya kembung dan tembam. Sedap dimakan selepas melakukan aktiviti liwat-meliwat, terutama oleh peliwat yang dah berumur dan mengalami sakit tulang belakang.


Yang menutup muka kerana malu dan kemaluan itu adalah
blogger yang mengaku sebagai Cucu Mat Kilau.
Beliau juga secara tak langsung mengakui bahawa beliau adalah sejenis beruk (chimpazi)



Blog resmi Anu-ar dan Suara PKR bagi negeri Pahang, Pahang Daily Online telah mendahului Mahkamah dengan menjatuhkan hukuman terhadap Saiful dalam tulisan-tulisannya sejak beberapa hari lepas.

Kita sangat faham, sebagai pencacai dan blog upahan maka tulisan-tulisannya semestinyalah akan menyokong dan mempertahankan 'idola' nya dari segala segi dan walau bagaimana sekalipun. Namun kita merasa kesal dengan tindakan berkenaan kerana perbuatan ini telah mendahului keputusan mahkamah yang masih lagi dalam perbicaraan.

Yang paling kita kesalkan adalah sikap tidak bertanggung jawab blog berkenaan kerana menyebarkan fitnah dan seolah-olah cuba mempengaruhi keputusan perbicaraan supaya memihak kepada yang tertuduh. Sebagai sebuah portal berita ulung di Pahang, PDO seharusnya berpegang kepada etika kewartawanan dengan melaporkan perkara sebenar dan tidak memihak terutama sekali kerana kes sebegini masih lagi dalam perbicaraan.

Secara tidak langsung perbuatan ini akan menjejaskan reputasi PDO dan akan menyebabkan blog ini tidak lagi akan dipercayai dalam menyampaikan berita, bahkan hanya akan dilihat sebagai penyebar fitnah dan khabar angin.




Catatan:
Dalam perbicaraan kes liwat Anu-ar yang pertama dulu, beliau dilepaskan dari tuduhan hanya kerana masalah teknikal. Mahkamah juga percaya bahawa ada berlakunya perbuatan liwat berkenaan pada ketika itu. Ini membawa makna bahawa beliau sebenarnya bersalah namun tidak dapat dibuktikan bersalah.


Tonton klip video dibawah ini:


AYO: PEMIMPIN MELAYU PENGECUT

Word of the day:
AYO - Ringkasan kepada ayat pertanyaan dari seorang yang dituduh meliwat kepada mangsa liwatnya yang bermaksud: 'Are you okay?' Ayat ini dilafaskan sewaktu tertuduh peliwat menikmati karipapnya dengan penuh berselera selepas memuaskan selera nafsu serakahnya itu.



Kita merasa kecewa terhadap pemimpin-pemimpin Melayu terutamanya UMNO yang memimpin kerajaan yang kelihatan semakin hari semakin penakut dan tersasar dari asas perjuangan yakni terhadap Agama, Bangsa dan Negara.

UMNO dan kerajaan kelihatan terlalu bertolak ansur dan menjaga hati bangsa lain mungkin hanya kerana ingin mendapatkan undi dan simpati sedangkan dalam masa sama hati dan perasaan orang Melayu sendiri tidak lagi dipedulikan.

Sikap pemimpin yang takutkan bangsa lain semakin jelas dan antaranya adalah peristiwa permohonan maaf dari Dato’ Hishamuddin yang menjulang keris sewaktu dalam satu perhimpunan Pemuda tidak lama dulu diikuti beberapa peristiwa lain lagi.

Apakah akhirnya nanti orang-orang Melayu tidak lagi punya keberanian untuk perjuangkan bangsa sedangkan dalam masa sama bangsa lain dengan berani mengecam bangsa Melayu dan menghina kita serendah-rendahnya. Alangkah malangnya bangsa Melayu mempunyai pemimpin-pemimpin yang sudah hilang keberanian. Jangan sampai anak bangsa akan datang mencaci pemimpin-pemimpin yang tidak berani ini.

Apabila ada perbuatan menghina bangsa Melayu dan negara kita oleh kaum lain, mereka tidak dikenakan tindakan, tetapi jika ada perbuatan oleh bangsa Melayu yang memperjuangkan bangsanya maka mereka dituduh rasis dan kerajaan yang dipimpin oleh bangsa Melayu ini akan segera mengenakan tindakan terhadap mereka kerana takutakan bangsa lain. Akhirnya bangsa Melayu semakin takut untuk bersuara kerana pemimpin-pemimpin Melayu yang sebenarnya terlalu takut memperjuangkan bangsa.

Malang bagi bangsa Melayu di bumi sendiri kerana tidak lagi ada suara-suara yang gagah dan berani seperti sebelum ini. Kita perlukan pemimpin-pemimpin yang ultra Malay seperti Harun Idris untuk memimpin bangsa kita. Pemimpin-pemimpin penakut sepatutnya disaran berundur bagi menjaga ‘telur’ masing-masing.

Kerana apa ini terjadi? Kerana Melayu tidak lagi kuat. Kerana Melayu sudah tidak bersatu. Kerana Melayu berpecah-pecah dan dipecah-belahkan supaya akhirnya bangsa Melayu menjadi layu dan lemah. Sehingga bangsa Melayu hanya hidup dengan mengharap belas ihsan bangsa lain dan menumpang di negeri sendiri.



(Laporan akhbar)

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan meletakkan jawatannya itu berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka hari ini.


Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam ini berkata kenyataan yang didakwa dibuat oleh Nasir "dalam keadaan apa cara sekalipun tidak mencerminkan pandangan Perdana Menteri." (Baca laporan Utusan
Malaysia) : KLIK

(Baca blog-blog berikut yang menyatakan pandangan penulisnya)

http://arifomar.blogspot.com/2010/02/lagi-melayu-dikorbankan.html

http://parpukari.blogspot.com/2010/02/melayu-oh-melayu-apa-nak-jadi-dengan.html

06 February, 2010

CIFU: ANWAR DAN NIK AZIZ SAMA-SAMA TAK BERMARUAH

Word of the day:
CIFU - Ringkasan kepada ayat 'mengayat' dari lelaki kepada lelaki yang bermaksud: Can I Fuck You. Ayat ini menjadi masyhur sejak di cakap ajukkan oleh Saiful sepertimana yang di tuturkan oleh Anwar kepadanya : Can I Fuck You Today? sewaktu berlakunya kejadian liwat yang sedang dibicarakan sekarang ini


Hehe! Bisik, jangan tak bisik!


1. Akhirnya perbicaraan kes liwat Anwar terpakasa ditangguhkan juga. Anwar sudah berkali-kali cuba melewat-lewatkan perbicaraan kes liwatnya ini dan kalau boleh berharap agar kes ini tidak langsung dibicarakan. Inilah keadilan cara Anwar namun bukan bagi Saiful. Peguam bela Anwar, Karpal Singh juga cuba sedaya upaya menangguh-nangguhkan perbicaraan ini dengan beribu alasan. Akhirnya perbicaraan kes liwat Anwar terpakasa ditangguhkan juga walau bukan atas desakan sesiapa. Ini semua adalah berikutan cuti umum hari Sabtu dan Ahad, dan perbicaraan akan disambung semula pada hari Isnin nanti.



Orang-orang sebelah sana, nak kata ini tipu? Konspirasi? Atau apa? Yang nyatanya ini adalah catatan sepertimana yang terdapat di mahkamah sewaktu perbicaraan.



2. Nik Abdul Aziz mencadangkan Pas dan UMNO duduk semeja berbincang dan menamatkan perseteruan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti dokongan orang Melayu itu. Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau rasa amat gembira jika soal perbincangan yang menjadi isu bermusim itu menjadi kenyataan. "Ia kerana selama ini banyak masa, wang dan tumpuan dihabiskan kerana pertengkaran yang tidak membawa apa-apa faedah," katanya.

"Lebih 50 tahun kita bertengkar dengan UMNO, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas. Apa hasil? Banyak masa habis, UMNO guna masa begitu banyak, kepakaran begitu banyak, lawan gerakan Islam yang dibawa oleh Pas, apa hasilnya?" katanya. Ujar Nik Abdul Aziz, Pas adalah sebuah parti yang ditubuhkan oleh alim ulama dalam UMNO sendiri dan adalah tidak wajar perseteruan yang ada terus menerus berlaku.

"Tolong fikirlah, 50 tahun UMNO bertengkar dengan Pas dan Pas ini dibuat oleh alim ulama UMNO.
"Pada 1946, semua orang Melayu bersama UMNO tok gurunya, cikgunya, pelajar, tetapi pada 1951, alim ulama keluar daripada UMNO dan buat parti baru namanya Pas, Persatuan Islam Se-Tanah Melayu kemudian berubah jadi Parti Islam Se-Malaysia.



Sahabat saya berkata begini tentang niat Nik Aziz itu:

Alahai Pok Nik.

Walaupun niat Nik Aziz ni dah bagus, tetapi ramai pasti agak musyhkil dengan cakap-cakap Nik Aziz ni. Ramai yang dah tahu tentang "ilmu konar baring" peringkat tertinggi didada Pok Nik.

Dulu, apabila ada usaha untuk diwujudkan kerajaan perpaduan di antara Umno dan Pas, si tua nyanyuk nilah yang berada dibarisan hadapan menentang perpaduan diantara melayu/Islam. Hinggakan pada satu ketika, Timbalan Presiden Pas sendiri dihalaunya keluar daripada parti.

Siapa yang dapat melupakan ucapan "PERGI JAHANAM DENGAN UMNO" yang dikeluarkan oleh Pok Nik bagi menyatakan rasa bencinya terhadap kerjasama perpaduan dengan Umno.

Siapa juga yang dapat memaafkan "fatwa-fatwa" songsang yang dikeluarkan oleh Nik Aziz kepada pemimpin-pemimpin Umno. Dan baru-baru ini, di doakan pula pemimpin Umno dengan "doa pecah perut" serta memohon bala diturunkan Allah kepada parti Umno.

Bagaimana kita nak percaya orang yang tutur kata sebegini?

Bukankah Nik Aziz telah menuduh Umno mengamalkan Islam palsu. Bukankah Nik Aziz juga yang melabelkan Umno membawa Islam sekerat-sekerat. Dan Nik Aziz juga yang berkata bahawa Umno tak akan membawa ke syurga.

Sekarang ini Nik Aziz mahu bermuzakarah dengan Umno mengenai agama Islam? Dah nyanyuk tahap kritikal nampaknya orang tua Pok Nik gamaknya.

Pas kan mengamalkan Islam tulen tahap "wali-wali". Ketulenan Islam Pas telah membuka mata kafir DAP untuk menghafal "surah aura" dan memerintah mengikut corak pemerintahan khalifah Islam. Bukan macam Umno.

Pas juga telah di endorsed oleh Nik Aziz, mendapat jaminan pahala hanya dengan memangkah kertas undi. Pas juga diakui kehebatannya oleh kafir DAP sebagai parti yang membawa ke sorga. Ini semua kehebatan Pas yang tiada pada Umno.

Jadi apa motifnya Nik Aziz yang bertaraf "wali selipar" itu mahu duduk semeja membincangkan soal agama dengan Umno? Apakah "priviledge" sorga kerajaan langit Pas mahu dikongsi bersama dengan Umno? Apakah Pok Nik telah mendapat "wahyu" supaya berdakwah untuk menjadikan Umno parti Islam tulen seperti Pas ?

Banyak persoalan yang timbul. Bukan kerana menolak "niat suci" Pok Nik untuk bermuzakarah, tetapi meragui kesahihan pemikiran "wali selipar" yang gemar makan "kek" ini. Maklumlah, dia kan dah nyanyuk.

Walau bagai manapun, diharap Pok Nik konsisten dengan apa yang dicadangkannya. Jangan lepas ni dia "flip-flop" macam mantan perdana menteri Tun Lah dulu.

Harap-harap apa yang muncul didalam fikiran Nik Aziz kali ini adalah merupakan hidayah dari Allah SWT semata-mata.

Bukannya akibat dari tersampuk penyakit sawan "MOKHTAR" sewaktu mengiringi si penggemar jubur pada hari pertama perbicaraan.



Saya cuma nak kata begini:

1. Sudah tak ada ke Syaitan dan Iblis yang nak bersahabat dengan Nik Aziz dan Pas? Kerana sebelum ini Nik Aziz pernah cakap beliau lebih sanggup berkerjasama dengan Syaitan dan Iblis dari dengan UMNO. Mungkin tok guru ini sudah lupa sebab dah nyanyuk. Cuba buka serban tu dan kita boleh tengok panjang mana tanduk yang sudah tumbuh?

2. Perpaduan Melayu bukan bererti bersatu diantara Umno dengan Pas. Melayu masih boleh bersatu didalam badan bebas seperti pertubuhan Pribumi Perkasa yang tidak cenderung kepada ideologi mana-mana parti politik.

3. Saya mencurigai niat tersebut sama ada; 1. Jerat untuk memerangkap Umno, 2. Ingin bergantung kepada Umno setelah mendapati PKR bukan rakan kongsi yang baik, 3. Ini hanyalah pendapat peribadinya kerana kepentingan peribadi juga dan bukanlah kehendak Pas secara keseluruhannya. (Ini tidak wajar kerana Nik Aziz bukan Pas dan Pas bukan Nik Aziz, Pas bukan Parti Aziz Sekeluarga)

05 February, 2010

MOKHTAR: PENYOKONG PKR DAN PAS HARAMJADAH MASIH PERCAYA PADA ANWAR?

Mokhtar: Muka macam bang Nuar, tapi body ni sangat kuingat dan kukenal.
Tapi kalau tak kepit (buka sikit), pasti kita akan kenal siapa dia, selebriti ni, hehe




Beginilah sikap taksub pengikut si peliwat sehingga mereka sudah tidak lagi melihat kebenaran dan menganggap apapun yang dinyatakan dan dilakukan oleh si peliwat adalah benar belaka. Mereka tidak mahu percaya bahawa si peliwat meliwat walaupun bukti mengenainya semakin hari semakin terbongkar.

Dan lebih malang kerana mereka ini adalah kalangan perempuan-perempuan, tidakkah mereka merasa malu pertahankan yang dituduh melakukan liwat. Mereka ini adalah perempuan dari kalangan sapi betina atau kuda binal yang sanggup mencela dan menghina maruah kaum perempuan sendiri dengan memberikan sokongan kepada pengamal sex songsang umat Nabi Luth. Atau mungkinkah mereka juga dari kalangan perempuan-perempuan yang mencintai hubungan sejenis?

Mungkin juga mereka ini adalah kalangan penjilat sisa-sisa dan seredak dari setor kunyit si peliwat dan ketagih untuk menjilatnya lagi dan lagi dan lagi....Kepada penyokong si peliwat, penyokong PKR, Pas dan DAP, cukuplah memperbodohkan diri tahap unta. Berubahlah dan pulanglah kepangkal jalan. Bertaubat dan insaflah. Sedangkan Karpal Sing mampu meminta si peliwat bertaubat...

Dia ni komen diblog saya begini:
kembara putih said...

Apa masalahnya dengan password Mokhtar? Semua pegawai Anwar dapat password sama. Ikut suka Anwar la nak bagi password apa pun. Yang ngko dengki apa pasal?

February 4, 2010 9:51 PM

Harap dia tu bukanlah penjilat setor kunyit si peliwat tu kerana nampak macam terlalu taksub. Tetapi jikalau dia telah menjadi mangsa liwat si peliwat berkenaan, bolehlah buat laporan dan jangan biarkan diri ternoda begitu saja wahai si kembara putih. Kami akan berikan simpati dan bantuan setakat yang termampu untuk membela kamu.


Tulisan ini adalah tindak balas kepada sebuah laman blog yang membuat laporan begini:
Sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mencaci Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika beliau tiba di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, di sini bersama rombongan perbicaraan kes liwat tengah hari tadi.

Mereka yang kebanyakkan adalah wanita, menjerit pelbagai perkataan kesat kepada Saiful ketika beliau mengikuti hakim, peguamnya dan peguambela Anwar menuju ke kondominium itu.


update: 1:30PM

04 February, 2010

MOKHTAR: KISAH GELAP ANWAR TERBONGKAR, SATU DEMI SATU

mokhtar: Can I fuck you today?





Keyword: Mokhtar

Apa lagi penafian yang Anwar hendak berikan? Konspirasi Umno? Tapi soal pokok adalah 'jika tidak ada angin masakan pohon bergoyang'.

Kenapa rakyat tak tuduh orang lain meliwat? Tetapi kerana apa Anwar yang dituduh? Ini kes dengan Norlaila ni sapa nak jawab? Apakah ini juga satu konspirasi yang nak memecahbelahkan keluarga Anwar juga? Itu dakwa Nurul Izzah, anak perempuan Anuar Ibrahim AP Lembah Pantai. Tapi apakah dakwaan ini jujur atau hanya ingin membersih lumpur dimuka?

Kepada kaum keluarga dan sahabar terdekat Anwar, yang tahu bahawa memang Anwar meliwat atau yang telah terkena liwat olehnya sebelum ini, sedarlah dan berdirilah diatas keadilan yang sebenar-benarnya adil dan jangan menipu rakyat hanya kerana ingin membela orang ini yang sudah ternyata melakukan kesalahan.

Memadailah kita menubuhkan PKR dan memecahbelahkan sesama Melayu hanya kerana ber-reformasi untuk membebaskan si-peliwat bersiri.


Mokhtar: Hehe

Q: Adakah perlu berhenti di post pengawal

A: Ya, perlu berhenti.

Q: Ada pengawal tanya ke mana kamu nak pergi?

A: Ada, saya tidak jawab ke mana nak pergi tetapi mengatakan “mohktar”.

Q: Mengapa kata Mohktar, apakah significant nya?

A: Saya dah datang beberapa kali dan diberithu untuk cakap mokhtar

Q: Bila kata mohktar, apa terjadi?

A: Guard akan bagi laluan


klik ke link



MENGENAI BARANG YANG SELALU NAIK

Mana ada naik? Semua turun




Menjelang Tahun Baru Cina, kerajaan memberikan (lagi) amaran kepada peniaga agar jangan menaikan harga barang yang dikawal. Mampukah kerajaan mengawal harga barang kawalan ?

Selalunya yang lebih berkuasa adalah golongan peniaga kapitlis ini dan amaran-amaran kerajaan hanya dibalas dengan tindakan mengurangkan stok dalam pasaran yang akhirnya membuatkan kerajaan terpaksa akur untuk menaikkan harga.

Kebelakangan ini memang suara pemimpin sudah kurang didengar dan pemimpin sudah kurang dihormati. Mungkinkah kerana talah terlalu banyak amaran demi amaran namun tidak ada satu pun tindakan yang keras diambil dan ini membuatkan mereka menganggap amaran kerajaan itu hanyalah teguran dan senda seloka politik semata-mata.

Ini mungkin juga berkaitan dengan ketidak-beranian pemimpin-pemimpin terutama pemimpin Melayu, yang tidak berani mengambil tindakan terutama kepada bangsa lain atas alasan menjaga hati bangsa-bangsa itu. Ini membuatkan kepala mereka lebih membesar dan membengkak dalam masa sama mampu mengecutkan hati dan 'telur' bangsa kita.

Mungkin saranan Husin Lempoyang untuk mewujudkan Kementerian Amaran Dalam Negeri adalah wajar dipertimbangkan. Pertimbangkan juga perlantikan KJ sebagai menteri berkenaan.

Perbicaraan yang sedang berlangsung dan menarik perhatian umum ini juga mengenai barang naik dan barang yang dibawa masuk dari jalan belakang. Katanya perbicaraan akan dijalankan secara tertutup. Mungkin satu demonstrasi bagaimana kemasukan itu berlaku juga akan ditujukkan. Klik sini ke Parpukari.


Update 11.16AM - Keyword: Mokhtar!!, hehe - saya suka ini (Klik sini)



03 February, 2010

RAKYAT INGIN MELIHAT TERTUDUH LIWAT DIBICARAKAN SEGERA

Foto Ihsan Gomo





Pagi. Hakim memutuskan Rayuan Anwar telah di tolak dan kes akan bersambung jam 2.30 petang bagi mendapatkan keputusan dari Ketua Hakim Negara di Putrajaya.

2.30 petang Mahkamah memutuskan menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk MenGUGUR kan Kes Liwat sebelum Bicara.

3.45 petang Mahkamah memutuskan Kes Liwat Anwar Ibrahim akan berjalan dan bicara penuh pada esok 3.02.2010 jam 2.30 petang.




Sewaktu bersama beberapa pengiringnya berada didalam lif ketika akan meninggalkan mahkamah, beberapa orang ( termasuk anggota cawangan khas, para penyokong Anwar Ibrahim dan para pemerhati) yang berada berhampiran mendengan bunyi hentakan yang kuat dari dalam lif dan mereka maklum bahawa bunyi itu adalah akibat hentakkan (tendangan) yang kuat ke pintu lif. Bunyi berkenaan membuatkan meraka yang ada berhampiran terdiam.


Mungkinkah itu akibat tendangan Anwar Ibrahim ke pintu lif yang tidak berpuas hati dan kecewa kerana kes nya kali ini sudah tidak dapat ditangguhkan.


Namun keseluruhan rakyat berharap perbicaraan penuh akan dijalankan esok dan juga berharap tidak ada apa-apa penangguhan lagi. Bagaimanapun, ada pihak yang memandang bahawa perbicaraan ini tentu akan tertangguh sekiranya Ketua Peguam Karpal Singh menarik diri.


Kita lihat apa lagi konspirasi dan helah Anwar Ibrahim untuk menipu rakyat seperti kita ini?



02 February, 2010

SOKONG BERI JAWATAN MENTERI KEPADA KJ

Sokong berikan jawatan Menteri kepada KJ dan gugurkan salah satu diantara Nazri Aziz dan Zahid Hamidi yang tidak lagi perform




Banyak laman blog menulis meminta KJ letak jawatan Ketua Pemuda UMNO. Saya juga turut menulis begitu beberapa hari lalu. Namun setelah membaca banyak laman-laman blog yang mengeluarkan kenyataan serupa membuat saya merasa ada konspirasi yang ingin melenyapkan KJ dari persada politik tanah air.

Saya juga menemui beberapa laman blog yang cenderung dan menyokong KJ. Saya terbaca juga beberapa kenyataan dari Nazri Aziz dan Zahid Hamidi yang kalau tak silap saya mencadangkan supaya KJ diberikan jawatan dalam kabinet. Kenapa tidak? Kenapa tidak dikosongkan kerusi kabinet oleh salah satu dari mereka ini untuk diberikan kepada KJ bagi menguji keberkesanan KJ. Kita pun sudah maklum setakat mana keberkesanan kedua-dua menteri berkenaan tetapi kita belum menguji KJ.

Justru, mungkin boleh dicadangkan salah satu diantara kedua menteri berkenaan dilucutkan jawatannya bagi memberikan laluan kepada KJ. Mungkin pilihan pertama adalah menteri yang mulutnya celupar itu yang patut disingkirkan dulu. KJ lebuh muda, lebih ghairah dan bersemangat untuk beretugas dan membuktikan keupayaannya, septutnyalah dia diberikan peluang. Sepatutnya jugalah Nazri atau Zahid berundur secara sukarela bagi memberi KJ peluang.




01 February, 2010

UMNO TIDAK MEMBELA BANGSA MELAYU?

Gambar hiasan tanaman pisang:
rasuah adalah satu perniagaan?




UMNO berjuang untuk bangsa Melayu? Itulah ritorik dan propaganda yang selalu diucapkan oleh pemimpin UMNO. Tetapi apakah hakikatnya begitu?


Saya ingin ambil kes di Jerantut sebagai contoh prihatin sangatkah pemimpin UMNO kita?


Ini mengenai tanah di Kampong Binjai, Lata Kasah. Penduduk telah mengusahakan tanah secara berkumpulan seluas 50 ekar, mulanya atas nama padang ragut kemudiaannya meneroka tanah berkenaan dengan sebahagiannya di tanam tanaman kontan seperti pisang dan serai. Disamping itu ada juga yang menanam dengan tanaman kekal buah-buahan. Usaha ini telah dilmulakan hampir40 tahun lalu.

Apa yang mendukacitakan adalah apabila ada antara peneroka tanah berkenaan ingin memohon secara resmi tetapi mereka telah diberitahu bahawa tanah berkenaan telah dipohon dan diluluskan kepada sebuah syarikat yang khabarnya di miliki oleh bukan bumi bagi tujuan ladang ternakan.

Kemusykilan penduduk itu adalah kenapa tanah itu tidak diluluskan kepada mereka ynag telah lama mengusahakannya? Apakah ada konspirasi atau tumbuk rusuk kerana mereka mengsyaki ini berlaku. Seperti semua maklum, pejabat tanah dan daerah memang telalu lembab menjalankan tugas sebagai kakitangan awam. Memang banyak kita dengar kes-kes dimana orang Melayu tidak mendapat layanan sewajarnya sedangkan bangsa cina diberikan layanan istimewa. Ini semua adalah berkaitan dengan rasuah.

(klik sini untuk ke blog berkenaan)


Saya masih belum jelas setakat mana kedudukan laporan berkenaan, namun sesuatu harus dilakukan oleh pihak-pihak yang mendakwa mereka berjuang untuk bangsa Melayu. Saya juga berjanji akan turun padang dan menyiasat kebenaran laporan tersebut dan sekiranya benar saya juga akan lakukan sesuatu untuk membantu membela mereka setakat terdaya.


Cuma, sekiranya laporan itu benar, maka sungguhlah menyedihkan bahawa negeri yang diperintah oleh orang Melayu sebagai kuasa mutlak tidak dapat membela bangsa Melayu sendiri. Dari segi rasionalnya, adalah patut tanah berkenaan diluluskan kepada mereka yang telah menerokanya sejak berpuluh tahun lalu. Saya difahamkan juga bahawa pokok buah-buahan yang ditanam juga sudah tumbuh besar dan berbuah. Adilkah mereka diketepikan begitu saja? Perbuatan ini tidak ubah seperti merampas harta benda mereka secara paksa. Wajarkah UMNO membiarkan ini berlaku didepan mata?


Saya menyemak keputusan pilihanraya di DUN yang kampong ini wakili, iaitu DUN Damak. Jika tidak ada calon bebas yang menjadikan pertandingan 3 penjuru, saya yakin BN yang diwakili oleh MCA telah dikalahkan sepertimana dulu dimana dikalahkan oleh Semangat 46. Saya juga menyemak dan mendapati bahawa peti undi kampong berkenaan memihak kepada pembangkang walaupun dengan majoriti kecil. Sekiranya perkara berkenaan tidak diperbetulkan, saya percaya BN akan dikalahkan dengan lebih banyak lagi di PRU13 nanti sebagai menyuarakah kemarahan rakyat.


Saya harap pihak UMNO sama ada bahagian dan bahkan negeri akan lebih peka terhadap isu ini dan mengambil tindakan susulan supaya tidak nanti akan saya malukan kerana kegagalan mereka berjuang untuk bangsa Melayu sendiri. Jika tumpuan pemimpin hanya kepada facebook, mungkin saya akan sebarkan juga isu ini di fb juga untuk makluman dan mendesak tindakan, atau sememangnya kerajaan pembangkan seperti di Perak itu lebih baik dalam membantu rakyat yang memberikan hak milik tanah sehingga 999 tahun?


Memang ini bukan kesalahan UMNO, tetapi sebagai kerajaan adalah tanggungjawab UMNO mengawalselia penjawat awam yang berkhidmat untuk kerajaan. Jangan biarkan penjawat awam lakukan sesuatu yang akan menjejaskan nama dan maruah UMNO sebagai kerajaan yang memerintah. Mmm, orang-orang besar diatas sana, boleh kah mendengar suara blogger haprak ini?


~ bh - dah turun padang dan berjuang ditengah-tengah rakyat/

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...