07 May, 2010

HAJI HADI DAN BERCAWAT





(Laporan Malaysia kini): Kenyataan Haji Hadi "...semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusanya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS,"

  1. Walau apa alasan sekalipun kenyataan beliau adalah menghina orang Sarawak dan pengundi-pengundi di Sarawak. Memang menghina orang-orang yang tidak mengundi Pas dan PR.

  1. Haji Hadi menganggap orang Sarawak terutama di Batang Ai adalah tidak bertamadun dan ketinggalan zaman serta bodoh.

  1. Beliau juga beranggapan bahawa sesiapa yang tidak mengundi Pas dan PR adalah tidak reti mengundi.

  1. Beliau pasti menganggap hanya orang bijak pandai saja yang akan mengundi Pas dan PR.

  1. Selebihnya, beliau beranggapan bahawa Pas dan PR sajalah yang betul’ benar, cerdik, masuk syurga, berjuang kerana Allah……

  1. BH nak kata; inilah pemimpin yang berfikiran sempit dan membawa fikiran pengikut menjadi jumud dan fanatik. Sesuai jadi gembala yang akan memimpin pengikut-pengikutnya berbaring ditengah jalan seperti di Kuala Kangsar dulu.


(Baca Sabahkini)


Tuan Guru, yang ni pun bercawat juga


yang ni pun

budak-budak ni masih bercawat


yang ni apa tuan guru? Orang Pas kira duit sedekah masa ceramah ke? Lepas tu nak masuh kocek siapa? Janganlah marah, tanya pun tak boleh!

06 May, 2010

KJ DILANTIK MENTERI SELEPAS PRK SIBU?

KJ bercita-cita tinggi, kerana itu dia berlatih untuk melompat tinggi-tinggi. Kalau tak dikawal, mungkin dia akan melompat lebih tinggi dari PM. Kenalah PM berhati-hati kalau tak hendak nanti gigit jari.



PRK P212 Sibu semakin hampir. Hari penamaan calon pada 10hb. Mei dan jika ada pertandingan hari pembuangan undi akan diadakan pada 16hb. Mei.2010.

P212 ada seramai 54,695 pengundi berdaftar. 66% adalah kaum Cina Foochow, 17% adalah Melayu Melanau, 15% terdiri dari campuran antara kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan India. Pengundi pos adalah 2,537.

Senario di Sarawak jauh berbeza dari Semenanjung. Justru bilangan pengundi majoriti dari kaum Cian disini tidak memberi gambaran bahawa pembangkang akan menang mudah. Rekod masa lalu menunjukkan bahawa sokongan rakyat Serawak masih kukuh terhadap Kerajaan pimpinan BN. Jadi ramai penganalisis politik beranggapan bahawa kemenangan adalah memihak kepada BN.

Kemenangan BN sangat penting sebagai kayu ukur kepada kepimpinan PM DS Najib bahawa rakyat menyokong dan menaruh kepercayaan kepada beliau. Ini akan membuatkan PM lebih yakin untuk membuat rombakan kabinet dengan memilih menteri-menteri pilihannya sendiri.

Perlantikan beberapa orang sebagai senator juga dikatakan membayangkan bahawa mereka akan dilantik sebagai menteri kabinet dalam rombakan akan datang. Banyak laman-laman blog membincangkan isu berkenaan masa kini, dan sudah tentulah ianya memang ada asasnya.

Bagaimanpun banyak pihak masih manaruh kebimbangan jika sekiranya PM melantik KJ, Ketua Pemuda sebagai menteri kabinet. Dosa-dosa dan kesalahan lampau KJ masih tidak dapat dilupakan. Blog TDM yang membangkitkan soal kawasan telaga minyak yang diserahkan kepada Brunei oleh Pak Lah seakan mengingatkan PM supaya jangan melantik KJ sebagai menteri.

Mungkin hasrat PM untuk melantik KJ akan tergendala lagi (jika ada) sehingga suasana menjadi dingin dan rakyat dapat memaafkan KJ. Sudah tentu banyak pihak yang tidak akan berpuas hati jika PM benar-benar berniat melantik KL, atau memang sudah termaktub dalam perjanjian diantara PM dengan Pak Lah suatu ketika dulu?


Klik sini baca suara prihatin UMNO Jerantut. Klik sini baca blog waadat mengenai haji hadi hina orang sarawak

05 May, 2010

KELUARKAN MCA DAN GERAKAN DARI BN




Terus terang saya katakan dari segi keterbukaan, orang Melayu tidak ragu-ragu untuk mengundi bukan Melayu. Namun, belum tentu bukan Melayu sanggup mengundi Melayu. Siapakah yang lebih terbuka sebenarnya? Melayu atau bukan Melayu? Saya tidak katakan semua bukan Melayu bersikap sedemikian. Dengan sebab itu, dalam apa jua aspek berkaitan dengan Melayu, kita gagal untuk memperkasakannya kerana kita tidak mempunyai rakan setia. Rakan kita kadang kala mengambil sikap menikam dari belakang.


Seolah-olah memperlihatkan UMNO diperalatkan untuk mencapai kepentingan tertentu atau mendapatkan lebih lagi, apa yang telah dapat. Berterima kasihlah kepada Perdana Menteri kerana telah mengotakan janjinya dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor baru-baru ini. Saya yakin ada orang akan berkata, peruntukan tersebut diambil daripada cukai rakyat, apa yang hendak dihairankan. Saya yakin yang banyak bercakap itupun tidak pernah bayar cukai atau selalu mengelakkan diri daripada dikenakan membayar cukai.


MCA dan Gerakan menuduh Perkasa yang menjadi punca sokongan bukan Melayu beralih arah. Itulah jawapan simplistik barisan kepimpinan baru mereka yang begitu agresif berbanding dengan kepimpinan sebelumnya yang agak berhikmah. Justeru, tidak hairan barisan kepimpinan baru ini dipilih mereka walaupun mempunyai skandal yang sukar untuk diterima oleh norma masyarakat timur. Saya yakin kejayaan mereka mempunyai kaitan rapat dengan sikap ultra kiasu dan pakatan senyap dengan parti ultra kiasu. Pada saya, tidak perlulah kita menuduh orang atau menuding jari untuk menutup kelemahan sendiri. Muhasabah diri sahaja. Apakah kita benar-benar mempunyai semangat setiakawan atau kawan makan kawan?


Jika MCA dan Gerakan begitu berpengaruh dan kuat, saya cadangkan mereka bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu seperti kawasan-kawasan parlimen Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama seluruh negara seperti Pulau Pinang. Kita lihat MCA dan Gerakan akan menang atau tidak. Pada ketika itu, UMNO tidak perlu berkempen untuk MCA dan Gerakan. Biarkan kedua parti komponen ini berkempen dengan cara mereka sendiri mengikut rentak budaya sendiri. Kita mahu lihat sejauhmana sokongan bukan Melayu terhadap mereka. Saya bimbang mereka akan hilang wang pertaruhan dengan parti ultra kiasu. Jangan salahkan nyamuk, kelambu dibakar. Kajilah sifat-sifat nyamuk tersebut. Beritahulah sebenarnya apa kehendak orang bukan Melayu, senang cerita. Tidak payah berbelit-belit menyalahkan orang lain.


Kawan sebangsa saya berkata MCA dan Gerakan sudah tidak relevan lagi kepada bukan Melayu kerana dikatakan terlalu mengikut telunjuk UMNO? UMNO dikatakan tidak lagi disukai oleh bukan Melayu? Apakah dakwaan itu benar? Kajian secara intensif perlu dibuat, bersekali dengan perubahan hidup bukan Melayu di bawah pemerintahan UMNO selama 52 tahun. Adakah hidup mereka bertambah baik atau sebaliknya. Lu fikirlah sendiri.



Terlalu banyak pendapat terutama dari bangsa Cina sendiri yang menyalahkan bangsa Melayu atas kelemahan mereka. Kerana itu selain UMNO dan BN yang dipersalahkan, Pribumi Perkasa juga turut dipersalahkan sebagai rasis dan punca penurunan undi Cina terhadap BN.

Selebihnya kita harus melihat apa yang tersirat. Bangsa Cina tidak akan bebas dari menagamalkan budaya dan politik 'ultra kiasu' nya. Bangsa Melayu harus melihat ini adalah permainan bangsa Cina untuk mendapat seberapa banyak yang mungkin. Mereka sedar bahawa sebelum ini DEB akan lebih mengutamakan kaum bumiputera, kerana itu mereka menggunakan strategi mendapatkan sesuatu untuk kepentingan bangsa mereka dari 2 sumber, luar dan dalam.

Seacara jelasnya adalah, melalui MCA dan Gerakan bangsa Cina akan mendapat apa yang ingin mereka dapatkan dan dalam masa sama mereka juga mendapat dari sumber luar yang gagal mereka dapatkan dalam kerajaan iaitu melalui pembangkang khususnya DAP.

Siapakah yang lebih untung? Siapakah yang lebih pandai? Malangnya bangsa Melayu terperangkap dalam perpecahan sesama Melayu. UMNO dan Pas seakan tidak ada jalan perdamaian. Kehadiran Perkasa juga sering di perlekehkan oleh Pas sendiri yang sepatutnya Perkasa lah menjadi penghubung bagi menjalin antara UMNO dan Pas.

Malangnya Melayu dibumi sendiri akibat jumud terhadap parti mereka menolak perpaduan dengan seribu alasan.

04 May, 2010

NIK AZIZ DAN KJ - MALAPETAKA KEPADA NEGARA





1. Nik Abdul Aziz dalam ceramahnya di Tumpat malam semalam yang
menyifatkan individu yang enggan membenarkan masjid digunakan untuk
berpolitik sebagai "bodoh".
Masjid adalah rumah Allah tempat kita beribadah dan bukan untuk menabur fitnah mahu memburukkan orang lain.
Jika Nik Aziz boleh menghalalkan politik menabur fitnah dalam masjid di Kelantan, jangan anggap negeri lain sama.




2. Saya juga ingin mengulas mengenai isu yang sangat berhubungkait dengan Petronas yang masih hangat sekarang ini. Terleibh dahulu sila klik (disini) untuk mendapat maklumat awal.

Kita nampak terlalu banyak kelemahan yang dilakukan semasa rejim Pak Lah mentadbir kerajaan. Kelemahan Pak Lah bukanlah kerana dirinya sendiri melainkan adalah kerana kegagalan beliau mengawal orang-orang sekelilingnya termasuklah KJ.

Kita cuma ingin memberikan ingatan kepada pucuk pimpinan, sekiranya masih ada pihak-pihak yang cuba membawa KJ kedalam pentadbiran kerajaan, ini akan bermakna kerajaan juga bersedia untuk dikecam dan tidak dihormati.

Kelicikan dan kerakusan KJ dalam politik sipa yang boleh lupakan? Dia adalah tokoh utama yang meruntuhkan rejim pemerintahan 'Bapak Mertua'nya sendiri. Mungkin ketika ini dia berdiam diri seketika, namun jika dia berpeluang bangkit dan naik, ini akan menjadi pentunjuk bahawa DS Najib sudah hampir ke hujung jalan.

Pelandok tidak akan melupakan jerat. Disekeliling DS Najib sedang cuba dipenuhi dengan mereka yang sehaluan dengan KJ, jika KJ lepas melonjak naik tidak hairanlah beliau akan mampu mencapai cita-citanya menjadi PM Malaysia sebelum mencapai umur 40.

03 May, 2010

RASIS, MELAYU DAN PENJAWAT AWAM

Ini pun rasis juga namanya



Posting ini saya CnP sepenuhnya dari blog sahabat saya Sri Tri Buana. Saya salinkan selengkapnya supaya bacaan anda tidak terganggu untuk lari dari blog ini ke blog asal. Bagaimana pun sebagai menghormati tuan punya blog dimana posting ini diambil, saya berikan juga link untuk memudahkan ke posting berkenaan di blog berkenaan sebagai kemungkinan sekiranya ada yang ingin membuat sebarang rujukan, (sila klik disini)

Sri Tri Buana berasa bimbang sekiranya posting ini dianggap rasis, tapi saya katakan tidak, ini bukan rasis dan jika pun ini dinamakan rasis maka mereka lah yang patut merasakan bahawa mereka itu lah yang rasis. Beliau berikan tajuk dua mulut, mungkin takut dipanggil rasis tetapi saya ubah tajuknya seperti diatas supaya menampakan saya adalah rasis.

Saya bersama seorang kontraktor Cina dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada tahun 1997, saya belajar perkara baru. Kontraktor ini kurang fasih berbahasa Melayu, dalam bahasa Melayu pasar bila berbual dengan saya, dia memanggil pegawai kerajaan 'dua mulut'. Mula-mula saya tak faham kerana setiap kali dia rujuk ke orang kerajaan dia akan cakap 'itu dua mulutlah'. (Sila baca;)



Kemudian kawannya menerangkan kepada saya, 'dua mulut' maknaya pegawai kerajaan kerana dalam karakter tulisan Cina, pegawai kerajaan seperti dua mulut. Dan sambil bergurau dia menerangkan, mulut atas cakap jujur dan integriti tetapi mulut bawah boleh rasuah. Ini sebab Cina panggil mereka 'dua mulut'.

Kita lupakan sementara cerita ini. Mari kita baca posting terbaru Datuk Ti Lian Ker dibawah tajuk : 'What The Chinese Want?'. Baca sini.

Artikel itu ditulis oleh Kee Thuan Chye. Ada perkara saya setuju dengannya seperti Melayu tidak boleh dengki dengan kaum Cina kerana kekayaan mereka, mereka bekerja keras. Mereka juga penyumbang kepada ekonomi negara dan pembayar tax yang memakmurkan negara ini. Seperti katanya, let's call a spade a spade.

Ini kata-katanya, saya quote keseluruhannya.

"Why did the Chinese by and large not vote for BN? Because it’s corrupt. Plain and simple. Let’s call a spade a spade. And BN showed how corrupt it was during the campaign by throwing bribes to the electorate, including promising RM3 million to the Chinese school in Rasa."

Dan apa yang dikatakan 'dua mulut' kelihatan di sini. Satu 'mulut' cakap pasal prinsip, pasal kaum Cina anti-corruption tetapi satu 'mulut' lagi, let's be honest, siapa yang mengajar pegawai kerajaan Melayu ambil 'tumbuk rusuk'? Let's call a spade, a spade!


Sebelum DEB dilancarkan, dan anak Melayu 'jaga politik'(pegawai kerajaan dan petani), anak Cina berniaga dan anak India di estate, kata Tunku Abdul Rahman, siapa yang mampu merasuah pegawai kerajaan kalau bukan kaum Cina? Jadi budaya 'tumbuk rusuk' ini memang dimulakan oleh kaum Cina, to be honest. Let's call a spade, a spade!

Jadi seperti salah satu komen dalam posting Datuk Ti Lian Ker sebelum ini yang saya kumpulkan dalam posting 'Voices', bagi kaum Cina bukan mereka yang patut dirasuah, tetapi mereka yang merasuah! Ini berlaku bukan hanya kerajaan BN, tetapi kerajaan PR di negeri-negeri dibawah kekuasan mereka. Seperti Yahudi, mereka merupakan 'Ki Dalang' dalam semua wayang kulit.

Hentikan hipokrasi ini. Budaya rasuah memang budaya kaum Cina. Let's call a spade a spade. Dan gelaran 'dua mulut' dalam karakter mandarin ini bukan kebetulan, ia berasal dari budaya yang sudah berakar umbi.

Read more: http://sribuana.blogspot.com

KEBEBASAN DAN KEADILAN UNTUK SIAPA?





Dari posting blog Tun Faisal, dari blog Marahku:


Pada hari Ahad 2 Mei 2010, WAMI, sebuah organisasi yang cenderung menyokong pembangkang telah mengadakan protes terhadap ahkbar arus perdana. Menariknya, protes ini turut disertai oleh NGO-NGO yang lain, termasuk Kelab Pemuda Prihatin Putrajaya yang diketuai oleh Hishamudin Yahya (Yeop).

Di Malaysian ini kita tertanya-tanya bahawa kebebasan itu untuk apa dan untuk siapa, keadilan itu siapa dan untuk apa? Pihak pembangkang selalu memprotes dan tidak pernah berpuas hati terhadap segalanya sedangkan merekalah yang sentiasa mendapat kelebihan dari setiap keadaan itu.


Hari ini kita akan baca semua akhbar haluan kiri secara terbalik termasuklah Serakah (dulunya Harakah).







02 May, 2010

BURUKNYA POLITIK PAS

Perjuangan demi Pas kalu mati pun tak berfaedah
selain menyusahkan orang saja


KOTA BHARU 30 April - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bersedia menyahut cabaran Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari untuk mendedahkan individu yang memberikan wang lebih RM 4juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi memburukkan kepimpinan, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang merupakan penulis blog Kickdefella bagaimanapun berkata, pendedahan tersebut tidak perlu dilakukan secara terburu-buru dan bila tiba masanya beliau akan dedahkan kesemuanya.

Bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) turut menempelak Ahmad Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan kerana membuat kenyataan mendahului kepimpinan parti tersebut.

"Saya menanti Setiausaha Akhbar Menteri Besar membawa isu ini kepada 'pimpinan parti' dan jika 'pimpinan parti' bersependapat dengan beliau bahawa saya perlu dedahkan nama individu-individu tersebut, diharap Setiausaha Akhbar Menteri Besar akan dapat membuat pengumumannya.

(Sila Klik ke blog anak Kelantan yang menulis tentang Kelantan, hanya orang Kelantan yang tau hal sebenar di Kelantan)


Kalau saya tulis banyak-banyak isu ni penyokong Pas kata saya tak tau masalah sebenar, jadi bacalah sendiri dari apa yang orang Kelantan sendiri tulis mengenai Kelantan. Saya percaya dia lebih tau dan faham keadaan sebenar, bak kata; hanya Johari yang mengenal Maniam.

Saya cuma mampu kata kepada penyokong-prnyokong Pas supaya bukalah mata dan telinga, buka minda juga dan jangan biarkan kita tertipu oleh pemimpin Pas yang licin macam belut. Jangan diukur kealiman seseorang dengan besarnya serban dikepala kerana benggali pun pakai serban juga dan kadangkala penutup kepala dipakai untuk menutup tanduk yang tumbuh. Almaklumlah, Pas pun dan sanggup bersahabat dengan syaitan. Memegang kunci syurga lagi gitu.

Hendaknya janganlah marahkan saya pula, bh hanya sekadar menympaikan pesan dan ingatan dari tulisan anak Kelantan ini. Saya tak buat dan tak kata apa-apa pun lebih dari itu.



01 May, 2010

BILA BUAYA PAS DEMAM



Posting dari blog TM.

Gambar ini menunjukkan seekor buaya putih yang bodoh dan kurus milik Tok-Tok Guru hamPas. Buaya ini pertama kali dibawa ke Hulu Selangor dengan tujuan untuk membaham YB. Kamalanathan tetapi buaya pelahap duit ini yang bernilai berjuta-juta jenis tak makan saman dan tahu untung.

Akhirnya dia membaham tuan nya sendiri. Bukan saja kuda racing malah dengan tuan-tuannya sekali kena baham . Kesian tengok lalat hijau yang bertenggek disebalik buaya yang kotor dan jijik. Jijik sejijik perasuah yang merasuah 4 juta ringgit.

Komen:
RM4 juta untuk kekal berkuasa adalah satu hal. Tetapi Pas juga berbuat kejahatan bila 4 juta itu bertujuan untuk hasutan. Tak heranlah bila dalam setiap ceramah di masjid-masjid dan surau-surau mereka lakukan perakara sama - fitnah. Pemimpin Pas adalah musang berbulu ayam, kadang-kadang jadi musang berjanggut juga. Nasib baik Ku Li menjadi penjaga di Gua Musang, jika tidak dalh lama gua disitu jadi tempat musang-musang menyalin bulu. )Ketua Puteri Gua Musang pun, boleh tahan juga, hehe)

Memang dan jadi sifat parti Pas (yang hampas ni) baling batu sembunyi tangan. Buat keburukan dan tuduh orang lain. Dengan kopiah serta seban diatas kepala, mereka bebas lakukan apa saja kerana mereka adalah dari kalangan pemegang hukum.

Tapi kadang kala apa yang dilakukan itu berbalik kepada diri sendiri. Lihat blogger kickdefella, akhirnya turut pusing belakang dan membocorkan segala rahsia. Ada berani Pok Nik cakap lebih? Sebab apa yang dikatakkan kickdefella adalah kebenaran yang cuba disembunyikan oleh Pas selama ini.

Bila buaya demam, bangkai pun boleh tersenyum.

30 April, 2010

NIZAR SAHKAN PAS MEMANG HARAMJADAH




Nik Aziz kata tidak salah walaupun berkerjasama dengan syaitan. Ini lagi satu syaitan yang menjelma dalam Pas. Menjelma sebagai Islam tetapi ingin memusnahkan Islam dan bangsa Melayu. Orang-orang Pas mesti akan pertahankan ini. Mereka akan kata halal kerana hukum mereka hanya ada 2, halal untuk mereka dan haram untuk musuh mereka.

Sah dan nyata menghasut dan akan membuatkan politik Malaysia tidak stabil seperti di Thailand. Nizar si celaka ini rela mempejudikan negara kerana cita-cita politiknya dan balas dendamnya. Tidak mustahil tragedi 13 mei akan berulang lagi. Bersiap sedialah Melayu.

Kerana adanya pemimpin darah campuran itu dan berjuang atas nama Pas, maka kita tidak mustahil akan menyaksikan rusuhan kaum seperti dulu. 'Melayu AKAN hilang didunia' 'Melayu AKAN hilang didunia' 'Melayu AKAN hilang didunia'

RM4 JUTA

Penuh kocek dan ada juga songlap bawah kopiah tu, hehe


Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut semalam mengulas tentang pendedahan Kickdefella bahawa Pas memperuntukkan RM4 juta bagi memastikan tetap berkuasa di Kelantan disamping memburukkan imej BN.

Dari sudut lain blog tun fasial dot com juga mengulas perkara sama. Blogger Isac bumiyang pula menulis begini;
Komen Isac;
Nampaknya apa sahaja yang dilakukan oleh Pas menjadi "halal"....Tak kiralah samada fitnah, caci-maki, tohmah, serangan peribadi dan lain-lain...
RM 4 Juta bukanlah suatu jumlah yang sedikit. Manalah agaknya Pas memperolehi dana tersebut. Kalau dana tersebut digunakan untuk memperbaiki imej Kerajaan Negeri seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat melantik APCO, tiada menjadi kesalahan. Ini tidak, menggunakan dana kerajaan negeri untuk menyerang "musuh politik"? Jika itulah relitinya maka Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan wang rakyaat ataupun pecah amanah. Sekiranya itu yang berlaku SPRM patut menjalankan siasatan.
Selain dari dana kerajaan negeri, Pas juga mungkin telah membiayai aktiviti ini melalui dana-dana berikut;
i) Derma yang dikutip dari mereka yang menghadiri sesi ceramah politik mereka.
ii) Hasil royalti balak.
iii) Sumbangan pihak ketiga.

Tambahnya lagi begini:

Untuk mengelakkan daripada bersubahat/bersengkongkol dengan kerja-kerja keji ini rakyaat Malaysia dinasihatkan agar mendermakan wang mereka kepada badan-badan atau kegiatan-kegiatan yang jelas hukum halal-haramnya.
Yang penulis paling takut ialah sekiranya Pas menggunakan sumbangan wang asing yang mungkin disumbangkan oleh mana-mana Yayasan Yahudi yang anti Islam maupun kerajaan asing yang sememangnya mahu menangguk di air yang keruh. Dengar cerita semua konsesi balak di Kelantan sebenarnya dimonopoli oleh seorang Tauke Cina dari Singapura. Mungkinkah beliau yang menaja semua ini? Itu Pas kena jawablah....


Apa beza diantara pemimpin Pas dengan pengikut dan penyokongnya? Kalau serban pemimpin sebesar bakul maka serban pengikutnya sebesar raga. Bila tanduk pemimpinnya panjang sejengkan maka tanduk pengikutnya akan panjang seinci. Bagaimanapun mereka tetaplah sama.

Bila BN gunakan dewan atau balairaya untuk berkempen mereka kata salah gunakan kuasa. Bila mereka kempen di masjid tak salah. Bila mereka buat mereka kata halal dan bila BN buat mereka kata haram.

Blogger mereka pun sama. Mereka yang berblog dan mendapat duit dari Pas tetapi mereka tuduh blogger pro kerajaan yang dapat duit dari BN/UMNO. Mat Sabu kata Anuar Ibrahim 'Al-Juburi' boleh, bila UMNO panggil Al-Juburi juga jadi tak boleh. Memang haramjadah.

Pemimpin Pas memang cerdik dan bijak pandai, cuma pengikutnya saja yang bodoh dan bebal. Kerana itu snggup berbaring tengah jalan macam lembu di Kuala Kangsar dulu. Kerana itu juga selalu ditipu apabila mendengar ceramah kena membayar untuk penceramah. Mereka datang jalan kaki tetapi penceramahnya datang dengan kereta besar. Ceramah agama jadi macam funfair, kena bayar untuk dengar mencarut dan menfitnah.


29 April, 2010

EZAM: 1MALAYSIA NO 1 RASUAH POLITIK?

Untung sabut tenggelam, untung batu timbul!


Sila baca disini, sebuah blog kecil yang jarang-jarang hendak orang dengar suara mereka. Tetapi banyak kali saya katakan bahawa suara beginilah suara akar umbi sebenarnya dan saya sentiasa lebih cenderung untuk mendengar suara seperti ini.

Kita percaya bahawa ini bukanlah satu-satunya blog yang menyuarakan tentang isu ini, banyak lagi bahkan banyak blog-blog besar juga menyuarakannya sebelum ini. Soalnya, inilah pandangan rakyat marhaen terhadap tindakan yang diambil!

Saya melihat ini adalah antara ciri-ciri rasuah politik yang besar. Dalam kes Ezam, mula-mula ahli UMNO kemudian belot, kemudian belot lagi dan kemudian dilantik. Apakah jasanya sebagai pembelot? Patut juga dia diberikan pingat dan gelaran. Satu perjalanan yang mudah dan mungkin baik untuk dicontohi semua. Baik dijadikan trend - inilah gayanya perjalanan politik di Malaysia.

Siapa sebenarnya yang nak membenteras rasuah politik? Bila pembelot jadi pahlawan, bila penyangak jadi pemimpin. Mungkin jasanya kerana dia mendakwa ada beberapa kotak rahsia bersamanya, seperti 'Ali Baba dengan 40 orang penyamun' yang juga ada 40 tong-tong bersamanya.

Pengajaran, kalau nak jadi senator, bawaklah sekali kotak-kotak yang kita ada. Hehehe - Malaysiaku!

28 April, 2010

BANGSA MELAYU HANYALAH SEEKOR TIKUS

Gambar hiasan:
Perpaduan Melayu hanya apabila terdesak,
namun selalunya kita sudah lewat dan nasi sudah menjadi bubur


Banyak terdapat kembimbangan terhadap masa depan dan perpaduan orang Melayu dewasa ini. Apa yang jelas kejumudan terhadap ideologi membuatkan kita semakin susah untuk bersatu. Secara kasarnya kumpulan terbesar Melayu terbahagi 2; UMNO dan Pas. Malangnya masing-masing bercapat tentap perpaduan Melayu namun masing-masing cuba mengelaknya. Mungkin benar ada hasutan dari luar yang sengaja tidak inginkan Melayu bersatu, tapi keinginan kita mengatasi segalanya.

Ini pendapat dari sebuah laman blog seorang sahabat;
Dalam PRK baru-baru ini, BN hanya mendapat 20% saja undi kaum Cina, walaupun kerajaan Dato Sri Najib telah me'manja'kan mereka dan meliberalisasikan berbagai perkara. Dan Lim Kit Siang menyampaikan 'amanat'nya kepada Chua Soi Lek untuk menjadi 'vocal' lagi mula dari sekarang. Maksudnya 'lebih tekanan perlu dikenakan kepada PM'.(Baca sini).

Orang Melayu, dan orang politik Melayu khasnya, kena bijak untuk dechiper code mereka. Mereka kaum dominan dan licik. Jika pemimpin Melayu masih ingin membuang masa dengan 'menyusu kera di hutan' terpulanglah. Sudah sampai masa pemimpin Melayu perlu kembali ke 'sarang'. Seperti kata bapa Dato' Sri Najib,
"Jika orang Melayu gembira, orang lain di negara ini akan gembira. Begitu juga sebaliknya jika orang Melayu tidak gembira."


Malangnya apabila ada usaha untuk membangkitkan semangat Melayu dan perpaduan, maka ada pula suara kebimbangan dari kaum lain yang menggelar kita rasis. Kerana ketakutan atau untuk menjaga hati kawan maka kitapun rela mengenepikan perjuangan bangsa ke arah penyatuan itu. Lebih malang lagi apabila ada suara dari bangsa kita sendiri, melayu yang membunuh bangsanya sendiri.

Perbezaan ketara antara sikap bangsa Melayu dengan kaum Cina sangat jelas, sepertimana pendapat diblog yang sama;
Sementara orang Melayu yang suka berpecah, mereka cukup mudah disatukan oleh common interest: chinese supremacy. Jika Melayu benar-benar jumud dengan parti mereka, kaum Cina lebih mendengar Siqui,Dewan Perniagaan Cina dan berbagai pertubuhan NGO mereka. MCA dan DAP cuma political instrument saja bagi mereka. Common goal tetap chinese supremacy.

Dan tuntutan mereka tidak akan berkesudahan hingga mereka 'in control'. Maklumlah, mereka mendapat 'mandate from heaven' to govern universe. Ini weltanschauung mereka. Tak percaya lihatlah Singapura.



Memang susah untuk Melayu bersatu, seakan sudah tidak ada jalan lagi dihadapan kita untuk menemukan antara kita. Malah ada antara kita lebih rela mengangkat bangsa lain kerana hanya cemburu sesama sendiri.

Mungkin kata-kata lama ini harus diulang berkali-kali supaya ia akan lebih bermakna dan lekat dihati kita;
kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
pedagang lalu ditanakkan, suami dirumah mati tak makan.

Saya hanya ada satu soalan untuk bangsa kita, untuk pembaca. Andaikan saya pemimpin parti terbesar Melayu dan anda pemimpin parti terbesar pembangkang Melayu. Saya ingin menawarkan perpaduan Melayu sejagat dan saya sanggup lakukan apa saja demi perpaduan itu. Tanya harus berjawab dan kata harus bersahut, apa akan kata anda? (Komenlah hanya pada soalan ini saja)

Jawapan yang saya jangkakan dari kebanyakan komen terutamanya dari pro pembangkang hanyalah cubaan untuk mengelak dari perpaduan. Mungkin tidak salah kalau saya katakan bahawa bangsa Melayu ini adalah seumpama tikus yang lebih sukakan kerosakan.


Baca sini dimana sebahagian tulisan di 'copy and paste': http://sribuana.blogspot.com/



Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...