10 May, 2010

LANGKAH SUMBANG MEDIA BARU PAHANG?


Gambar: Perjumpaan pertama dengan aktivis Media Baru Pahang pada 17hb. Jun.2009


Dimana dan apa yang silapnya saya tak tau. Tetapi demikianlah usaha apa yang dipanggil Unit Media Baru di Pahang. Permulaan yang baik dengan mengadakan pertemuan Pertama dengan aktivit-aktivis Media Baru namun kemudiannya ianya hilang begitu saja. Tidak ada susulan bahkan tidak juga ada pengakhiran. Bagaikan mati tanpa kuburan.


Ini generasi kedua, UMB Pahang. Muda, hebat dan mantap.
Temui mereka di facebook. Membentuk kumpulan keecil yang semakin mengecil.



Tiba-tiba kita dengan ketua pasukan bertukar tangan. Kumpulan pertama habis dicantas dan dibuang. Memang bagus kumpuan baru yang muda dan bertenaga. Ibarat jika beristeri dua, yang muda mestilah benar-benar muda kerana itu akan mencabar tenaga kita (gamaknya lah, itu kena tanya orang itu).

Malangnya yang kedua entah apa juga yang tak kena, semuanya berkumpul dilaman facebook belaka. Blog tidak ada yang pedulikan, terpaksalah yang tua bangka dan terbuang ini menyambung wawasan. Kesian Yang Gambi, sebab dia pun bukannya muda lagi. Facebook nak jaga blog juga nak jaga.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Apakah pemimpin hanya memilih bulu atau
cukuplah dengan seorang saja yang bernama blogger? Dato' pesara politik itu seorang saja yang Pahang iktiraf sebagai blogger?. Dulu khabarnya dia menyinsing kaki seluar kini sudah menyinsing lengan baju. Dengar khabar juga ada yang 'burrrp' dan dah terlena.

Kalau ada PRK secara tiba-tiba, kenalah kita gunakan pejuang-pejuang dari negeri lain untuk membantu kerusi MB. Kerana pejuang-pejuang Pahang kerisnya sudah tumpul-tumpul belaka, tikam batang pisang pun mungkin dah tak lut. Tetapi tidak mengapa sebab UMNO Pahang masih kuat. Rakyat akan terus berikan sokongan. Rakyat masuih mahukan MB terus dikekalkan. Ini terbukti dari undian yang kita buat diblog ini. Khidmat yang cemerlang dan gemilang, mungkin diakhirnya saja nanti akan terbuang dan melayang.




KHABAR ANGIN: PRK PERTAMA DI PAHANG - DUN KERDAU KOSONG

Gambar hiasan: MB Pahang beraksi garang dalam kempen PRU yang lalu.
Apakah beliau akan lebih garang sekiranya mana-mana berlaku PRK nanti?



Banyak pihak terutama dari pembangkang menyebar khabar-khabar angin sejak beberapa hari lalu mengenai akan berlaku PRK pertama di Pahang berikut kekosongan Kerusi di DUN Kerdau. Nampaknya mereka sangat ghairah untuk berentap di negeri PM sendiri. Dalam masa sama mungkin juga mereka ingin buktikan kepada umum bahawa kepimpinan DS Adnan sudah tidak dikehendaki lagi. Bagaimanapun, khabar angin mengenai kekosongan kerusi DUN Kerdau itu telah di nafikan oleh Pengerusi SPR dan Exco kerajaan negeri.

Berikut laporan yang ditulis oleh sebuah laman blog:

Walaupun pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menolak spekulasi mengenai keadaan ADUN Kerdau, Datuk Zaharudin Abu Kassim yang sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh, namun khabar angin mengatakan bahawa PRK yang pertama di negeri Datuk Seri Najib akan berlaku dalam masa terdekat.

RTM melaporkan awal minggu ini bahawa ADUN BN itu telah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010.

Beliau telah dikejarkan ke hospital awal pagi berkenaan, selepas mengadu sakit perut ketika bersarapan di sebuah restoran.

Zaharuddin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan selama tiga jam.

Exco kerajaan negeri Pahang, Hoh Khai Mun turut mengesahkan bahawa keadaan ADUN Kerdau itu tidak membahayakan.

Menurut Hoh lagi, Zaharudin mengalami masalah komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan tersebut.

Katanya, ADUN Kerdau itu akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Keadaan kesihatan Zaharudin yang kritikal minggu ini telah mencetuskan khabar angin pagi in mengenai kemungkinan pilihan raya kecil membabitkan kawasannya

Sila baca untuk rujukan disini dan disini


Sama-samalah kita berdoa agar YB Dato' Zaharuddin akan dikurniakan kesihatan yang baik dan berharap agar beliau akan cepat sembuh.

09 May, 2010

PUAK KHAWARIJ BAGAIKAN ANJING....

Allahuakbar! Hidup Palestin! Take beer!
Ini antara lembu Pas yang dah hilang akal yang meletakkan martabat mereka sama seperti...yang selalu kita nampak di tengah jalan di kampong-kampong


Puak Khawarij bagaikan anjing menyalak bukit. Meriuhkan suasana malam yang hening bahkan menganggu kesepian malam. Soalnya apakah yang mereka perjuangkan dan untuk siapakah perjuangan mereka itu?

Sahabat saya 'Pena Minang' tidak mampu menahan resah dan amarahnya terhadap puak-puak ini, yang berjubah dan berserban namun bertopengkan Islam untuk kepentingan politik mereka.

Pelbagai cercaan, gelaran, tuduhan dan makian dihamburkan terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria oleh para penyokong Pas yang sering mendakwa merekalah pejuang Islam. Telatah mereka ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini terutama sejak Mursyidul Am mereka menulis satu surat terbuka memperlekeh peranan Mufti Perak dalam usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas selepas Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.

Saya langsung tidak terkejut dengan gelagat pemimpin dan penyokong fanatik parti tersebut sekalipun mereka mempamerkan ‘pakaian agama’ kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah banyak memperingatkan kita dengan golongan sebegini pasti akan wujud terutama di akhir zaman ini.

Eloklah kita mengambil ingatan dari Rasulullah s.a.w. berkenaan ciri-ciri Khawarij dalam banyak hadith sahih. Khawarij dianggap sebagai kumpulan sesat yang terkeluar daripada kelompok Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Ideologi dan tindakan mereka dihukum sebagai menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar, meskipun pada zahirnya mereka nampak sangat beriltizam dengan ajaran agama.

Bukan maksud saya untuk menuduh bahawa mereka itu adalah Khawarij tetapi supaya mereka sedar bahawa mereka telah membayangi ciri-ciri Khawarij yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith berikut:

“Sesungguhnya akan lahir dari keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), bacaan al Quran, solat dan puasa kamu tidak setanding bacaan, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka, mereka sangka al Quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca al Quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala, mereka terkeluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya, sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum ‘Ad, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah pada Hari Kiamat.”
[Hadith Riwayat al Bukhari] - (Sambung baca di blog Pena Minang)



08 May, 2010

KALAU DS ADNAN MEMBACA BLOG...



Kalau DS Adnan membaca blog dan prihatin pada blog dan blogger, tentu dia akan tahu braveheart adalah blogger anak Pahang. Kalau DS membaca blog, mungkin dia akan 'ter' jumpa blog dibawah ini. Kalau DS Adnan membaca blog, mungkin dia terasa malu kerana blog ini (klik sini) Mungkin blogger Pahang hanya ada seorang saja, ianya persara politik yang pandai dan rajin menulis, yang mencari peluang untuk memanjat semula, bagai kadok mencari junjung.


Kalau TDM calonkan saya pun Dato’ Sri Adnan akan pancas juga (pada) 2008 kerana orang lain sudah berbaris tunggu giliran untuk jadi calon BN setiap kali Pilihanraya. Jika TDM letak saya calon Parlimen PRU 1999 itu, mungkin TDM tidak bersara lagi 2003 dan tentu BN tidak koyak teruk kerana Pak Lah tidak jadi PM. “Siapa kamu?” soal mereka. Mudah sahaja saya jawab, kadang kala sebiji batu kecil pengalas tiang tergolek, menyebabkan rumah jadi runtuh semua.


Bukankah saya exco pemuda UMNO Malaysia zaman sebelum politik wang dahulu yang menyinsing lengan bila Anwar hentam Dr. M. Kemudian TDM anugerah satu sijil kepada saya kerana keberanian itu. Barangkali pemuda lain tidak dapat ijazah itu. Sijil itu diberi apabila TDM sedar bahawa dia terlepas pandang hingga saya tidak bertanding 1999. Apa pun kita jangan sesal kerana sedar atau tidak kita bergerak dalam rangka ketetapan Tuhan. Saya insaf.

(Klik baca disini)

07 May, 2010

HAJI HADI DAN BERCAWAT





(Laporan Malaysia kini): Kenyataan Haji Hadi "...semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusanya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS,"

  1. Walau apa alasan sekalipun kenyataan beliau adalah menghina orang Sarawak dan pengundi-pengundi di Sarawak. Memang menghina orang-orang yang tidak mengundi Pas dan PR.

  1. Haji Hadi menganggap orang Sarawak terutama di Batang Ai adalah tidak bertamadun dan ketinggalan zaman serta bodoh.

  1. Beliau juga beranggapan bahawa sesiapa yang tidak mengundi Pas dan PR adalah tidak reti mengundi.

  1. Beliau pasti menganggap hanya orang bijak pandai saja yang akan mengundi Pas dan PR.

  1. Selebihnya, beliau beranggapan bahawa Pas dan PR sajalah yang betul’ benar, cerdik, masuk syurga, berjuang kerana Allah……

  1. BH nak kata; inilah pemimpin yang berfikiran sempit dan membawa fikiran pengikut menjadi jumud dan fanatik. Sesuai jadi gembala yang akan memimpin pengikut-pengikutnya berbaring ditengah jalan seperti di Kuala Kangsar dulu.


(Baca Sabahkini)


Tuan Guru, yang ni pun bercawat juga


yang ni pun

budak-budak ni masih bercawat


yang ni apa tuan guru? Orang Pas kira duit sedekah masa ceramah ke? Lepas tu nak masuh kocek siapa? Janganlah marah, tanya pun tak boleh!

06 May, 2010

KJ DILANTIK MENTERI SELEPAS PRK SIBU?

KJ bercita-cita tinggi, kerana itu dia berlatih untuk melompat tinggi-tinggi. Kalau tak dikawal, mungkin dia akan melompat lebih tinggi dari PM. Kenalah PM berhati-hati kalau tak hendak nanti gigit jari.



PRK P212 Sibu semakin hampir. Hari penamaan calon pada 10hb. Mei dan jika ada pertandingan hari pembuangan undi akan diadakan pada 16hb. Mei.2010.

P212 ada seramai 54,695 pengundi berdaftar. 66% adalah kaum Cina Foochow, 17% adalah Melayu Melanau, 15% terdiri dari campuran antara kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan India. Pengundi pos adalah 2,537.

Senario di Sarawak jauh berbeza dari Semenanjung. Justru bilangan pengundi majoriti dari kaum Cian disini tidak memberi gambaran bahawa pembangkang akan menang mudah. Rekod masa lalu menunjukkan bahawa sokongan rakyat Serawak masih kukuh terhadap Kerajaan pimpinan BN. Jadi ramai penganalisis politik beranggapan bahawa kemenangan adalah memihak kepada BN.

Kemenangan BN sangat penting sebagai kayu ukur kepada kepimpinan PM DS Najib bahawa rakyat menyokong dan menaruh kepercayaan kepada beliau. Ini akan membuatkan PM lebih yakin untuk membuat rombakan kabinet dengan memilih menteri-menteri pilihannya sendiri.

Perlantikan beberapa orang sebagai senator juga dikatakan membayangkan bahawa mereka akan dilantik sebagai menteri kabinet dalam rombakan akan datang. Banyak laman-laman blog membincangkan isu berkenaan masa kini, dan sudah tentulah ianya memang ada asasnya.

Bagaimanpun banyak pihak masih manaruh kebimbangan jika sekiranya PM melantik KJ, Ketua Pemuda sebagai menteri kabinet. Dosa-dosa dan kesalahan lampau KJ masih tidak dapat dilupakan. Blog TDM yang membangkitkan soal kawasan telaga minyak yang diserahkan kepada Brunei oleh Pak Lah seakan mengingatkan PM supaya jangan melantik KJ sebagai menteri.

Mungkin hasrat PM untuk melantik KJ akan tergendala lagi (jika ada) sehingga suasana menjadi dingin dan rakyat dapat memaafkan KJ. Sudah tentu banyak pihak yang tidak akan berpuas hati jika PM benar-benar berniat melantik KL, atau memang sudah termaktub dalam perjanjian diantara PM dengan Pak Lah suatu ketika dulu?


Klik sini baca suara prihatin UMNO Jerantut. Klik sini baca blog waadat mengenai haji hadi hina orang sarawak

05 May, 2010

KELUARKAN MCA DAN GERAKAN DARI BN




Terus terang saya katakan dari segi keterbukaan, orang Melayu tidak ragu-ragu untuk mengundi bukan Melayu. Namun, belum tentu bukan Melayu sanggup mengundi Melayu. Siapakah yang lebih terbuka sebenarnya? Melayu atau bukan Melayu? Saya tidak katakan semua bukan Melayu bersikap sedemikian. Dengan sebab itu, dalam apa jua aspek berkaitan dengan Melayu, kita gagal untuk memperkasakannya kerana kita tidak mempunyai rakan setia. Rakan kita kadang kala mengambil sikap menikam dari belakang.


Seolah-olah memperlihatkan UMNO diperalatkan untuk mencapai kepentingan tertentu atau mendapatkan lebih lagi, apa yang telah dapat. Berterima kasihlah kepada Perdana Menteri kerana telah mengotakan janjinya dalam kempen pilihan raya di Hulu Selangor baru-baru ini. Saya yakin ada orang akan berkata, peruntukan tersebut diambil daripada cukai rakyat, apa yang hendak dihairankan. Saya yakin yang banyak bercakap itupun tidak pernah bayar cukai atau selalu mengelakkan diri daripada dikenakan membayar cukai.


MCA dan Gerakan menuduh Perkasa yang menjadi punca sokongan bukan Melayu beralih arah. Itulah jawapan simplistik barisan kepimpinan baru mereka yang begitu agresif berbanding dengan kepimpinan sebelumnya yang agak berhikmah. Justeru, tidak hairan barisan kepimpinan baru ini dipilih mereka walaupun mempunyai skandal yang sukar untuk diterima oleh norma masyarakat timur. Saya yakin kejayaan mereka mempunyai kaitan rapat dengan sikap ultra kiasu dan pakatan senyap dengan parti ultra kiasu. Pada saya, tidak perlulah kita menuduh orang atau menuding jari untuk menutup kelemahan sendiri. Muhasabah diri sahaja. Apakah kita benar-benar mempunyai semangat setiakawan atau kawan makan kawan?


Jika MCA dan Gerakan begitu berpengaruh dan kuat, saya cadangkan mereka bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu seperti kawasan-kawasan parlimen Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama seluruh negara seperti Pulau Pinang. Kita lihat MCA dan Gerakan akan menang atau tidak. Pada ketika itu, UMNO tidak perlu berkempen untuk MCA dan Gerakan. Biarkan kedua parti komponen ini berkempen dengan cara mereka sendiri mengikut rentak budaya sendiri. Kita mahu lihat sejauhmana sokongan bukan Melayu terhadap mereka. Saya bimbang mereka akan hilang wang pertaruhan dengan parti ultra kiasu. Jangan salahkan nyamuk, kelambu dibakar. Kajilah sifat-sifat nyamuk tersebut. Beritahulah sebenarnya apa kehendak orang bukan Melayu, senang cerita. Tidak payah berbelit-belit menyalahkan orang lain.


Kawan sebangsa saya berkata MCA dan Gerakan sudah tidak relevan lagi kepada bukan Melayu kerana dikatakan terlalu mengikut telunjuk UMNO? UMNO dikatakan tidak lagi disukai oleh bukan Melayu? Apakah dakwaan itu benar? Kajian secara intensif perlu dibuat, bersekali dengan perubahan hidup bukan Melayu di bawah pemerintahan UMNO selama 52 tahun. Adakah hidup mereka bertambah baik atau sebaliknya. Lu fikirlah sendiri.



Terlalu banyak pendapat terutama dari bangsa Cina sendiri yang menyalahkan bangsa Melayu atas kelemahan mereka. Kerana itu selain UMNO dan BN yang dipersalahkan, Pribumi Perkasa juga turut dipersalahkan sebagai rasis dan punca penurunan undi Cina terhadap BN.

Selebihnya kita harus melihat apa yang tersirat. Bangsa Cina tidak akan bebas dari menagamalkan budaya dan politik 'ultra kiasu' nya. Bangsa Melayu harus melihat ini adalah permainan bangsa Cina untuk mendapat seberapa banyak yang mungkin. Mereka sedar bahawa sebelum ini DEB akan lebih mengutamakan kaum bumiputera, kerana itu mereka menggunakan strategi mendapatkan sesuatu untuk kepentingan bangsa mereka dari 2 sumber, luar dan dalam.

Seacara jelasnya adalah, melalui MCA dan Gerakan bangsa Cina akan mendapat apa yang ingin mereka dapatkan dan dalam masa sama mereka juga mendapat dari sumber luar yang gagal mereka dapatkan dalam kerajaan iaitu melalui pembangkang khususnya DAP.

Siapakah yang lebih untung? Siapakah yang lebih pandai? Malangnya bangsa Melayu terperangkap dalam perpecahan sesama Melayu. UMNO dan Pas seakan tidak ada jalan perdamaian. Kehadiran Perkasa juga sering di perlekehkan oleh Pas sendiri yang sepatutnya Perkasa lah menjadi penghubung bagi menjalin antara UMNO dan Pas.

Malangnya Melayu dibumi sendiri akibat jumud terhadap parti mereka menolak perpaduan dengan seribu alasan.

04 May, 2010

NIK AZIZ DAN KJ - MALAPETAKA KEPADA NEGARA





1. Nik Abdul Aziz dalam ceramahnya di Tumpat malam semalam yang
menyifatkan individu yang enggan membenarkan masjid digunakan untuk
berpolitik sebagai "bodoh".
Masjid adalah rumah Allah tempat kita beribadah dan bukan untuk menabur fitnah mahu memburukkan orang lain.
Jika Nik Aziz boleh menghalalkan politik menabur fitnah dalam masjid di Kelantan, jangan anggap negeri lain sama.




2. Saya juga ingin mengulas mengenai isu yang sangat berhubungkait dengan Petronas yang masih hangat sekarang ini. Terleibh dahulu sila klik (disini) untuk mendapat maklumat awal.

Kita nampak terlalu banyak kelemahan yang dilakukan semasa rejim Pak Lah mentadbir kerajaan. Kelemahan Pak Lah bukanlah kerana dirinya sendiri melainkan adalah kerana kegagalan beliau mengawal orang-orang sekelilingnya termasuklah KJ.

Kita cuma ingin memberikan ingatan kepada pucuk pimpinan, sekiranya masih ada pihak-pihak yang cuba membawa KJ kedalam pentadbiran kerajaan, ini akan bermakna kerajaan juga bersedia untuk dikecam dan tidak dihormati.

Kelicikan dan kerakusan KJ dalam politik sipa yang boleh lupakan? Dia adalah tokoh utama yang meruntuhkan rejim pemerintahan 'Bapak Mertua'nya sendiri. Mungkin ketika ini dia berdiam diri seketika, namun jika dia berpeluang bangkit dan naik, ini akan menjadi pentunjuk bahawa DS Najib sudah hampir ke hujung jalan.

Pelandok tidak akan melupakan jerat. Disekeliling DS Najib sedang cuba dipenuhi dengan mereka yang sehaluan dengan KJ, jika KJ lepas melonjak naik tidak hairanlah beliau akan mampu mencapai cita-citanya menjadi PM Malaysia sebelum mencapai umur 40.

03 May, 2010

RASIS, MELAYU DAN PENJAWAT AWAM

Ini pun rasis juga namanya



Posting ini saya CnP sepenuhnya dari blog sahabat saya Sri Tri Buana. Saya salinkan selengkapnya supaya bacaan anda tidak terganggu untuk lari dari blog ini ke blog asal. Bagaimana pun sebagai menghormati tuan punya blog dimana posting ini diambil, saya berikan juga link untuk memudahkan ke posting berkenaan di blog berkenaan sebagai kemungkinan sekiranya ada yang ingin membuat sebarang rujukan, (sila klik disini)

Sri Tri Buana berasa bimbang sekiranya posting ini dianggap rasis, tapi saya katakan tidak, ini bukan rasis dan jika pun ini dinamakan rasis maka mereka lah yang patut merasakan bahawa mereka itu lah yang rasis. Beliau berikan tajuk dua mulut, mungkin takut dipanggil rasis tetapi saya ubah tajuknya seperti diatas supaya menampakan saya adalah rasis.

Saya bersama seorang kontraktor Cina dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada tahun 1997, saya belajar perkara baru. Kontraktor ini kurang fasih berbahasa Melayu, dalam bahasa Melayu pasar bila berbual dengan saya, dia memanggil pegawai kerajaan 'dua mulut'. Mula-mula saya tak faham kerana setiap kali dia rujuk ke orang kerajaan dia akan cakap 'itu dua mulutlah'. (Sila baca;)



Kemudian kawannya menerangkan kepada saya, 'dua mulut' maknaya pegawai kerajaan kerana dalam karakter tulisan Cina, pegawai kerajaan seperti dua mulut. Dan sambil bergurau dia menerangkan, mulut atas cakap jujur dan integriti tetapi mulut bawah boleh rasuah. Ini sebab Cina panggil mereka 'dua mulut'.

Kita lupakan sementara cerita ini. Mari kita baca posting terbaru Datuk Ti Lian Ker dibawah tajuk : 'What The Chinese Want?'. Baca sini.

Artikel itu ditulis oleh Kee Thuan Chye. Ada perkara saya setuju dengannya seperti Melayu tidak boleh dengki dengan kaum Cina kerana kekayaan mereka, mereka bekerja keras. Mereka juga penyumbang kepada ekonomi negara dan pembayar tax yang memakmurkan negara ini. Seperti katanya, let's call a spade a spade.

Ini kata-katanya, saya quote keseluruhannya.

"Why did the Chinese by and large not vote for BN? Because it’s corrupt. Plain and simple. Let’s call a spade a spade. And BN showed how corrupt it was during the campaign by throwing bribes to the electorate, including promising RM3 million to the Chinese school in Rasa."

Dan apa yang dikatakan 'dua mulut' kelihatan di sini. Satu 'mulut' cakap pasal prinsip, pasal kaum Cina anti-corruption tetapi satu 'mulut' lagi, let's be honest, siapa yang mengajar pegawai kerajaan Melayu ambil 'tumbuk rusuk'? Let's call a spade, a spade!


Sebelum DEB dilancarkan, dan anak Melayu 'jaga politik'(pegawai kerajaan dan petani), anak Cina berniaga dan anak India di estate, kata Tunku Abdul Rahman, siapa yang mampu merasuah pegawai kerajaan kalau bukan kaum Cina? Jadi budaya 'tumbuk rusuk' ini memang dimulakan oleh kaum Cina, to be honest. Let's call a spade, a spade!

Jadi seperti salah satu komen dalam posting Datuk Ti Lian Ker sebelum ini yang saya kumpulkan dalam posting 'Voices', bagi kaum Cina bukan mereka yang patut dirasuah, tetapi mereka yang merasuah! Ini berlaku bukan hanya kerajaan BN, tetapi kerajaan PR di negeri-negeri dibawah kekuasan mereka. Seperti Yahudi, mereka merupakan 'Ki Dalang' dalam semua wayang kulit.

Hentikan hipokrasi ini. Budaya rasuah memang budaya kaum Cina. Let's call a spade a spade. Dan gelaran 'dua mulut' dalam karakter mandarin ini bukan kebetulan, ia berasal dari budaya yang sudah berakar umbi.

Read more: http://sribuana.blogspot.com

KEBEBASAN DAN KEADILAN UNTUK SIAPA?





Dari posting blog Tun Faisal, dari blog Marahku:


Pada hari Ahad 2 Mei 2010, WAMI, sebuah organisasi yang cenderung menyokong pembangkang telah mengadakan protes terhadap ahkbar arus perdana. Menariknya, protes ini turut disertai oleh NGO-NGO yang lain, termasuk Kelab Pemuda Prihatin Putrajaya yang diketuai oleh Hishamudin Yahya (Yeop).

Di Malaysian ini kita tertanya-tanya bahawa kebebasan itu untuk apa dan untuk siapa, keadilan itu siapa dan untuk apa? Pihak pembangkang selalu memprotes dan tidak pernah berpuas hati terhadap segalanya sedangkan merekalah yang sentiasa mendapat kelebihan dari setiap keadaan itu.


Hari ini kita akan baca semua akhbar haluan kiri secara terbalik termasuklah Serakah (dulunya Harakah).







02 May, 2010

BURUKNYA POLITIK PAS

Perjuangan demi Pas kalu mati pun tak berfaedah
selain menyusahkan orang saja


KOTA BHARU 30 April - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bersedia menyahut cabaran Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari untuk mendedahkan individu yang memberikan wang lebih RM 4juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi memburukkan kepimpinan, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau yang merupakan penulis blog Kickdefella bagaimanapun berkata, pendedahan tersebut tidak perlu dilakukan secara terburu-buru dan bila tiba masanya beliau akan dedahkan kesemuanya.

Bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) turut menempelak Ahmad Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan kerana membuat kenyataan mendahului kepimpinan parti tersebut.

"Saya menanti Setiausaha Akhbar Menteri Besar membawa isu ini kepada 'pimpinan parti' dan jika 'pimpinan parti' bersependapat dengan beliau bahawa saya perlu dedahkan nama individu-individu tersebut, diharap Setiausaha Akhbar Menteri Besar akan dapat membuat pengumumannya.

(Sila Klik ke blog anak Kelantan yang menulis tentang Kelantan, hanya orang Kelantan yang tau hal sebenar di Kelantan)


Kalau saya tulis banyak-banyak isu ni penyokong Pas kata saya tak tau masalah sebenar, jadi bacalah sendiri dari apa yang orang Kelantan sendiri tulis mengenai Kelantan. Saya percaya dia lebih tau dan faham keadaan sebenar, bak kata; hanya Johari yang mengenal Maniam.

Saya cuma mampu kata kepada penyokong-prnyokong Pas supaya bukalah mata dan telinga, buka minda juga dan jangan biarkan kita tertipu oleh pemimpin Pas yang licin macam belut. Jangan diukur kealiman seseorang dengan besarnya serban dikepala kerana benggali pun pakai serban juga dan kadangkala penutup kepala dipakai untuk menutup tanduk yang tumbuh. Almaklumlah, Pas pun dan sanggup bersahabat dengan syaitan. Memegang kunci syurga lagi gitu.

Hendaknya janganlah marahkan saya pula, bh hanya sekadar menympaikan pesan dan ingatan dari tulisan anak Kelantan ini. Saya tak buat dan tak kata apa-apa pun lebih dari itu.



01 May, 2010

BILA BUAYA PAS DEMAM



Posting dari blog TM.

Gambar ini menunjukkan seekor buaya putih yang bodoh dan kurus milik Tok-Tok Guru hamPas. Buaya ini pertama kali dibawa ke Hulu Selangor dengan tujuan untuk membaham YB. Kamalanathan tetapi buaya pelahap duit ini yang bernilai berjuta-juta jenis tak makan saman dan tahu untung.

Akhirnya dia membaham tuan nya sendiri. Bukan saja kuda racing malah dengan tuan-tuannya sekali kena baham . Kesian tengok lalat hijau yang bertenggek disebalik buaya yang kotor dan jijik. Jijik sejijik perasuah yang merasuah 4 juta ringgit.

Komen:
RM4 juta untuk kekal berkuasa adalah satu hal. Tetapi Pas juga berbuat kejahatan bila 4 juta itu bertujuan untuk hasutan. Tak heranlah bila dalam setiap ceramah di masjid-masjid dan surau-surau mereka lakukan perakara sama - fitnah. Pemimpin Pas adalah musang berbulu ayam, kadang-kadang jadi musang berjanggut juga. Nasib baik Ku Li menjadi penjaga di Gua Musang, jika tidak dalh lama gua disitu jadi tempat musang-musang menyalin bulu. )Ketua Puteri Gua Musang pun, boleh tahan juga, hehe)

Memang dan jadi sifat parti Pas (yang hampas ni) baling batu sembunyi tangan. Buat keburukan dan tuduh orang lain. Dengan kopiah serta seban diatas kepala, mereka bebas lakukan apa saja kerana mereka adalah dari kalangan pemegang hukum.

Tapi kadang kala apa yang dilakukan itu berbalik kepada diri sendiri. Lihat blogger kickdefella, akhirnya turut pusing belakang dan membocorkan segala rahsia. Ada berani Pok Nik cakap lebih? Sebab apa yang dikatakkan kickdefella adalah kebenaran yang cuba disembunyikan oleh Pas selama ini.

Bila buaya demam, bangkai pun boleh tersenyum.

Penafian / Disclaimer

Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.

Terima kasih

Dari Mana Datangnya...