
Suara Anak Pahang - Perlu Baca
07 June, 2010
TUN DR. MAHATHIR

06 June, 2010
MELAYU MENJADI MANGSA
Salam Revolusi...
Salam Titiwangsa...
Sekali lagi cerita sensasi Titiwangsa memecah panggung...Kini Kg Baru pula menjadi mangsa..
Apakah nasib Orang Melayu di Titiwangsa??
Adakah sama seperti mana berlaku dengan Matrikulasi, Biasiswa, dan lain-lain..
40% daripada Kg. Baru ingin diberikan kepada bangsa lain...
REVO sudah agak perkara ini akan keluar dari mulut Raja Nong Chik..
Inilah masalahnya bila dalam kabinet ada Menteri tak ada pengalaman macam ini...Raja Nong Chik yang senyap sahaja di Wilayah kemudian terus menjadi Menteri...
Inilah antara kegagalan kerajaan.
Saya bukan mahu menyalahkan kerajaan tetapi perkara ini terlalu sensitif untuk dipermainkan...
Jangan sesekali nak mempermainkan Orang Melayu di Titiwangsa...
Dulu ada Menteri Wilayah yang cukup berkaliber tetapi tidak mahu khidmatnya...Dulu ada Menteri Wilayah yang diterima rakyat tetapi tidak mahu teruskan khidmatnya...
Kini Datuk Seri Zulhasnan Rafique bukan sahaja diterima rakyat bahkan diterima Ahli UMNO...
Menang Pilihanraya Umum dan Majlis Tertinggi UMNO...
tetapi inilah nasibnya bila ada kaki bodek, kaki mengampu, orang yang cuba untuk menjatuhkan dan menghancurkan karier Datuk Seri Zulhasnan Rafique...
Itu bukanlah masalahnya...
Kerana perkara ini sudah lepas..
Masalahnya sekarang ini,
Jangan sesekali mempermainkan kami Orang Melayu di Kg. Baru dan Titiwangsa...
Kepada UMNO Titiwangsa,Mana pergi semua suara-suara UMNO Titiwangsa...
Kenapa Pemangku Ketua Bahagian masih senyap???
Bila lagi nak bersuara..
Tak akan lah masih nak tidur lagi???
Kalau dulu masa Dato' Seri Sulaiman masih jadi Ketua bahagian, bolehlah Datuk Johari Ghani nak tidur sentiasa...
Sekarang tanggungjawab Titiwangsa semua atas kepala Datuk Johari Ghani..
Bangunlah dari tidur tu...
Sudah-sudahlah kerja untuk diri sendiri je...
Sekarang masanya untuk penduduk TITIWANGSA...
BANGUNLAH !!!!!!!!!!!!!!!
Kepada Kerajaan dan Raja Nong Chik,
Tariklah balik kenyataan 40% tu..
Ingat pada kes 'Khalid Gagap VS UiTM'????
Kita tidak mahu Kg. Baru jadi seperti itu...
Kita tidak mahu Hak Orang Melayu digadaikan...
Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada PRU12 kerana Hak Orang Melayu digadaikan...
Adakah kerajaan mahu kalah pada PRU13 akibat daripada perbuatan yang mahu menggadaikan Hak Orang Melayu???
Kalau tidak, pandai-pandailah cari jalan penyelesaian...
Salam...
05 June, 2010
DARI ANWAR KE NIK AZIZ, KAMI RINDUKAN TUN DR. MAHATHIR
Anonymous said...
saya pun... merindukan kepimpinan dan ketegasan Tun Dr Mahathir... zaman Tun lbh mudah...
June 4, 2010 5:31 PM
Anonymous said...
betul GAP..
Tun M are the best..
June 4, 2010 5:59 PM
Anonymous said...
AKU DENGAN NI MELANTIK DR MAHATIHIR
SEBAGAI TIMBALAN PENGERUSI BARISANN NATIONAL BN II
HARAP TUAN BOLEH MULA BERTUGAS HARI INI..
BAGI MENGUATKAN KEKUATAN MUYIDIN DAN BUKAN BUAT DIA RASA TERSISIH ATAU APA..INGAT TU UNTUK MENGUATKAN MUYIDIN
June 4, 2010 6:03 PM
Anonymous said...
mari kita dengar lagu buat Tun
http://www.youtube.com/watch?v=-38TffYFJ5s
juga disini....
http://mthago.wordpress.com/2010/02/24/the-great-statesman-of-malaysia-tun-dr-mahathir/
June 4, 2010 6:13 PM
naDim'IQ said...
aku pown nak LANTIK diri aku sendiri sebagai orang yg melantik TUN M sebagai PM II..
Najib X ULTRA-Malay cam TUN..
June 4, 2010 6:18 PM
rinandamku said...
pemimpin kita tdk tegas , lembik , tunduk pada desakan dan kemahuan orang lain , tu sbb lemah dan dipermainkan ..tak pandai berckap , takda karisma hebat tdk tun mahathir ,
aku rindukan zaman Tun , aku rindukan suasana zaman Tun , melayu disegani ..melayu dihormati , suara melayu didengar ,
kini suara melayu diperlekeh , suara melayu jadi sumbang ,
aku sebenarnya kecewa dgn suasana zaman pak lah , lembik sangat lembik ..tak bernai buat keputusan sendiri , kenapa dibebaskan Ular tedung dalam sangkar ? inilah bahananya ..
June 4, 2010 7:37 PM
rinandamku said...
melayu kena tegas , pemimpin melayu kena berani mencabar dan dicabar , jgn malu2 alah ..jgn tersipu2 , angkat muka dan pandang kedepan , maju rempuh ..
kaum lain tak peduli apa pun ttg melayu , dorang cuma pandang dan fikir kaum sendiri , melayu kena bangkit bediri gagah ,
semuanya dari pemimpin , kalau pemimpin berani ..anak buah jadi semangat , kalau pemimpin layu , anak buah jadi pondan ,
pemimpin kena tegas , melayu kena tegas , mana jiwa melayu dan semangat melayu yg tak mengenal gentar ? sekali kaki melangkah pantang mundur kebelakang ..
June 4, 2010 7:42 PM
Anonymous said...
kebanykan pemimpin skang takot pengaruh hilang..sbb 2 sume snyao cam pondan...kamon la,jadikan pemimpin Islam terdahulu sebagai contoh...
-didi-
June 4, 2010 8:05 PM
junid said...
Lantik Tun Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN yg baru ganti DS Najib yg memihak kaum mata sepet...
June 4, 2010 8:49 PM
junid said...
DS Najib dah tak ada jiwa Melayu...maaflah yer....
June 4, 2010 8:50 PM
Anonymous said...
GAP
USAHAKAN GERAKAN KEMBALIKAN TUN DI PERSADA POLITIK !
June 4, 2010 8:51 PM
ejarll said...
kita harus menghormati keputusan TDM untuk bersara. tapi apa pun, idea, resepi serta campuran politik TDM perlu di pelajari dan diperhalusi agar negara terus aman damai, dulu, kini dan selamanya...
June 4, 2010 11:26 PM
Anonymous said...
GERAKAN KEMBALIKAN DRMAHATHIR
(GKDM)
ayuh KITA LANCARKAN
GKDM..
tapi nama tak sedapla
GAP SEDAP..
GAS.OK..
TAKkiralah
GKDM GKDM
GKDM GKDM..
June 4, 2010 11:49 PM
PaKMie said...
Salam all...
Pertama - Aku juga rindu kepimpinan Tun Mahadhir.
Allah maha kuasa, kita sama2 bersabar...kemungkaran pasti terserlah, ini janji Allah.
http://pakmie.blogspot.com/2010/06/ancaman-hizbu-tahrirhtterhadap-ahli.html
Asalamualaikum dan salam perjuangan...
June 5, 2010 1:48 AM
Anonymous said...
zaman tun mahathir masih pm..
aku tido cukup lena...
tapi sekarang x lagi..
siapa lagi setanding tun...
nampak macam xde..
kalo bole aku nak tun jadi pm untuk kali kedua..
manbp
June 5, 2010 2:23 AM
04 June, 2010
PEMIMPIN YANG KHIANATI RAKYAT...

…………
Keempat, peluang keemasan bila Ahli Parlimen Dato' Wan Abu Bakar sebagai Timbalan Menteri Kewangan telah berjaya menyalurkan peruntukan membina jalan Ulu Tembeling sebanyak RM100 juta pada tahun 1990 ke Pahang tapi MB Pahang pula pandai-pandai mengalihkannya ke Tanjung Lumpur buat jambatan "atas nama keutamaan". Impian pecah berkecai...
Jika ditanya Perbendaharaan, atas kertas sebenarnya jalan Ulu Tembeling sudah ada! Buat apa hendak peruntukan buat jalan lagi. Ahli Parlimen selepas itu pening untuk menyelesaikannya.
Kelima, seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, bukan wakil rakyat sebelum Mac 2008 telah memikirkan bagaimana cara untuk "create" peruntukan khas hendak buat jalan Ulu Tembeling. Ianya bermula bila WZWH "menyalak" di persidangan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 2006. "..kita Pemuda UMNO Jerantut perlu menyelesaikannya jika semua pihak gagal!"
……………
YB Dato' Wan Amizan berjanji jika jalan Ulu Tembeling tidak dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya sampai ke Kampung Pagi, beliau tidak akan bertanding lagi dalam PRU 13 nanti kerana beliau tidak sanggup lagi "beri janji dan harapan palsu" kepada penduduk Ulu Tembeling dan tiada siapa ahli UMNO mahu bertanding di DUN Tahan kerana sudah tentu rakyat akan bangkit menolak UMNO yang menipu mereka selama ini.
Kita menyokong janji wakil rakyat berkenaan untuk tidak bertanding (harus dilafazkan dengan benar dan jujur....demi Allah...sambil memegang Quraan) jika projek jalan berkenaan tidak dibina sampai ke Kampong Pagi.
Komen SPU:
Apakah jalan balak sekarang ini yang dibina khusus untuk mengeluarkan hasil balak dikira sebagai jalan raya yang dinyatakan itu walaupun fungsinya ternyata sangat berbeza?
Aok! Aok! Aok! - Ini bukan bunyi salakan anjing WZWH seperti yang dinyatakan diatas, tetapi pernyataan persetujuan dalam loghat masyarakat Ulu Tembeling yang memberi makna Ya! Ya! Ya!.
Klik sini baca keseluruhan posting.
Baca juga blog Urag Drrulug yang mendekatkan anda dengan masyarakat pedalaman Ulu Tembeling (Klik sini)dan blog Politik Jerantut yang membawa hasrat nurani orang di hilir (Klik sini)
HENTI SUBSIDI, HENTI JUGA RASUAH

03 June, 2010
LIWAT: HANGAT - AIRMANI

Liwat II: Doktor sahkan kehadiran mani
http://www.malaysiakini.com/news/133506
Hafiz Yatim
Jun 3, 10
1:07pm
Perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi diadakan secara tertutup hari ini.
Bagaimanapun kali ini, ia hanya untuk selama kira-kira 13 minit untuk membolehkan peguam Karpal Singh memeriksa balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebelum orang ramai, termasuk wartawan dibenarkan semula ke galeri awam.Ia bersambung dengan saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil memberi keterangan.
Pakar itu memberitahu mahkamah bahawa dia telah menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 100 pesakit yang mempunyai masalah dubur.
Beliau menjelaskan prosedur pemeriksaan dengan sampel dari dubur diambil melalui calitan kapas ataupun dengan picagari.
"Kedua-dua peralatan mesti disteril."
Karpal yang kurang senang kerana doktor berkenaan memberi keterangannya dalam Bahasa Melayu. Ini menyukarkan pihak pembelaan yang terpaksa menterjemahkan pengakuan itu kepada pakar forensik, Dr David Wells yang dibawa dari
Dia diterbangkan untuk meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.
Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia
Pertikaman lidah juga berlaku lagi sehingga memaksa mahkamah berehat seketika.
Ia bersambung semula pada jam 11.26 pagi dengan Dr Razali berkata dia mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.
Katanya, pelincir digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful.
"Saya perhatikan terdapat lembapan."
Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani.
Selepas merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, Dr Razali berkata dia membuat rumusan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar.
"Ini konsisten dengan rentetan peristiwa oleh mangsa.”
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa laporan perubatannya menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri.
Namun katanya, bukti klinikal itu bukan menyeluruh jika tanpa laporan makmaj jabatan kimia.
Karpal
Semua pihak yang terbabit kemudiannya beredar ke kamar hakim dan berbincang selama kira-kira 15 minit.
Apabila perbicaraan diteruskan, Karpal memohon penagngguhan bagi membolehkan pasukannya merujuk pakar perubatan.
Meskipun mendapat bantahan, hakim membenarkan permohonan itu. Perbicaraan akan bersambung jam 9 pagi, esok.
BH kata:
Ada yang mengaku diliwat. Kata Ezam Kak Jijah pun tau Anu-arr meliwat. Ada yang diliwat dan tampil buat dakwaan tetapi ada juga yang diliwat tetapi diamkan diri. Siapakah yang lebih tau? Peliwat, yang diliwat dan yang tersangat rapat dengan peliwat. Siapa agaknya? Tikam tikam tikam. Nombor 3 jangan tikam. (Macam cerita P.Ramlee lah pulak)
KATA YANG BOLEH MEMAKAN DIRI

MELAYU YANG HITAM DAN PUTIH
02 June, 2010
PEMIMPIN PAHANG SINDROM DOWN?

Akhirnya saya tersingkir ~ dari blog Peguam Kita:
Politik balas dendam dan nafsu jahat para pimpinan UMNO Pahang rupanya tidak berakhir atas pentas politik. Sikap rakus dan jamban inilah yang menjadi anutan mereka terhadap musuh politik mereka tanpa menyedari bahawa politik ala zaman batu itu makin dibenci rakyat.
Sewaktu sambutan Aidilfitri tahun lepas, saya telah dimaklumkan oleh Pegawai MARA Daerah Rompin, bahawa Kerajaan Pahang minta saya keluar dari pejabat premis MARA yang saya sedang sewa sekarang.
Untuk rekod, saya telah menyewa sebuah premis MARA untuk saya mula bertapak sebagai sebuah firma guaman sekitar tahun 2007, Tetuan Mohd Fadzli & Co. Pemilihan saya sebagai penyewa juga melalui saluran yang sah iaitu secara temuduga. Tiada kabel,tiada orang dalam. Saya diterima sebagai penyewa secara merit walaupun terdapat ramai penyewa lain yang turut memohon. Sebagai seorang yang baru mula mengenal erti dunia perniagaan dan bertatih, sudah tentulah mengharap sebuah premis mampu sewa seperti MARA.
Saya menyewa tanpa sebarang masalah. Sewa sentiasa berbayar. Tiada Tunggakan. Rekodnya cemerlang. Dulunya Arked MARA sunyi dan hampir tidak dikenali kalau tiada Pejabat Pos Rompin bermukim di sini. Bukan mendabik dada, tetapi selepas pejabat peguam saya mula beroperasi yang merupakan pejabat peguam pertama di Rompin, Arked MARA meriah sekali kalau tidak hingar bingar pun sesesak pasar malam chow kit.
Kini, UMNO peralatkan MARA untuk usir saya. Semua ini kerana saya bekas calon PAS dalam dua siri pilihanraya lalu. Ditambah perit pula bila saya sering memekakkan telinga pemimpin UMNO dengan berdiri secara terbuka mengecam kezaliman dan salah laku pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di pentas-pentas Pakatan Rakyat. UMNO makin pedih bila saya mengheret perangai korup mereka ke Mahkamah. Kes Ketua Penerangan UMNO Rompin saman Dato' Jamaluddin Jarjis (Ketua UMNO Bahagian Rompin), Saman terhadap anak syarikat Kerajaan Pahang kerana lambat serah milik (late delivery), Saman terhadap Kerajaan Malaysia berhubung isu pelatih dirogol jurulatih dan pelatih mati dalam latihan, Saman terhadap Polis kerana menghalang ceramah di Muadzam Shah bersama-sama peguam Hanipa Maidin disamping membantu syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang menang saman RM6 juta terhadap Kerajaan Pahang adalah antara rentetan perangai jahat UMNO yang didedah di Mahkamah.
Saya ingin tegaskan, bahawa tindakan penyingkiran saya adalah kerana dendam kesumat politik kotor UMNO/Barisan Nasional. Ini adalah kerana, saya dimaklumkan Pegawai MARA Daerah dalam sambutan aidilfitri tahun lalu bahawa saya mesti mengosongkan premis sewaan saya dalam jangka masa segera. Pada hal pada ketika itu, tempoh penyewaan saya masih berbaki hampir satu tahun lagi. Saya tidak menyalahkan MARA dan kakitangannya. Tapi sifat dungu UMNO ini terserlah apabila saya dimaklumkan bahawa punca saya disingkir adalah kerana aduan pemimpin UMNO Bahagian Rompin kepada Menteri Besar. Namun setelah berkeras dan mencabar supaya MARA mengeluarkan
Inilah UMNO, sebuah parti yang kononnya perjuangkan bangsa Melayu. Saya orang Melayu. Bumiputera. Anak jati Rompin. Warga Pahang tulen. Saya menyewa dengan sebuah agensi yang bercita-cita ingin membantu orang Melayu,Majlis Amanah Rakyat (MARA). Tapi apa sudah jadi. Saya bukan komunis, bukan penjenayah, tetapi dinafikan oleh bangsa sendiri.Semata-mata berlainan fahaman politik.
Sebenarnya, sikap busuk perut UMNO Pahang ini telah bermula apabila firma guaman lama saya Tetuan M.K Othman & Co yang telah berjaya menjadi peguam panel Unit Perumahan Kerajaan Pahang. Namun apabila mendapat tahu saya menjadi rakan kongsi pemilik M.K Othman & Co, Tuan Khairuddin Othman ( sekarang Setiausaha Perhubungan PAS Selangor), hanya dengan satu panggilan telefon menamatkan khidmat "panelship" dengan Kerajaan Pahang. Nasib yang sama menimpa rakan guaman saya, Tuan Iqbal Hamdi (bekas YB Kuala Pahang) apabila beliau bertanding atas kerusi PAS dan menang. Habis semua "panelship" beliau ditarik akibat perangai UMNO ini.
Saya mendapat dokongan teguh rakan-rakan peguam Pahang untuk terus berjuang dan memastikan UMNO/BN akan dikuburkan dalam Pilihanraya akan datang. Politik bodoh UMNO ini pasti akan ditertawakan oleh rakyat dalam konstituensi Duta Besar Malaysia Bertaraf Menteri ke Amerika Syarikat. Masyarakat di barat memandang tinggi Demokrasi yang subur di
01 June, 2010
HANGAT: ISRAEL MENGGANAS PERAIRAN GAZA, PROKSINYA MENGGANAS DI PULAU PINANG.

Selepas empat bulan ditangguhkan, Kafe Do Re Mi di Tanjung Bungah dekat sini akhirnya menyembah bumi semalam apabila operasi meroboh dilaksanakan oleh anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Operasi yang bermula pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun kecoh apabila pemiliknya, Johar Ismail, 34, bersama isteri dan ibu mentua pada awalnya enggan meninggalkan premis terbabit.
Beberapa rakan beliau termasuk wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan turut mengadakan solat hajat diikuti membaca surah Yasin bagi menghalang kira-kira 30 penguat kuasa MPPP yang dibantu polis dan bomba daripada bertindak merobohkan kafe itu ~ Kosmo
Baca juga blog Papa Gomo
http://www.papagomo.com/2010/06/kekejaman-rejim-zionis-menular-ke.html
Dalam kita masih bersedih dengan kekejaman Rejim Zionis yang menyerang dan membunuh Peserta Misi Bantuan Gaza semalam, kita di kejutkan dengan tindakan Kejam Rejim ZIONIS DAP P.Pinang bila merobohkan dengan Kejam Cafe Do Re Mi milik Umat Islam yang telah menjalankan perniagaan bertahun lamanya.
Bermacam macam rundingan teah di jalankan oleh pemilik Cafe DO Re Mi ini kepada pihak kerajaan Negeri bagi memberikan waktu serta gantian lokasi yang sesuai namun tidak di endahkan oleh Rejim Zionis DAP ini. Maka akibatnya telah hancurlah satu lagi kedai Umat Islam P.Pinang akibat kerakusan dan kekejama Kerajaan DAP Komunis
Ternyata kekejaman Zionis DAP telah menjadi jadi dalam Negeri P.Pinang ini dan seharusnya satu tindakan yang sewajarnya perlukan di lakukan oleh Ngo Ngo Melayu P.Pinang dalam mempertahankan serta membela nasib para peniaga peniaga Melayu di dalam P.Pinang ini.
Sejak hari pertaa DAP menguasai P.Pinang pekara yang pertama di lakukan pentadbiran Guang Eng Komunis ini adalah dengan menghapuskan Dasar Ekonomi baru yang mana DEB ini adalah satu pelan pembangunan dalam membela orang orang Melayu dalam mempertingkatkan Ekonomi dan taraf kehidupan mereka. Dan itulah hakikat nya bila DAP memerintah, DEB di hapuskan sama sekali.
Selepas DEB kita dapat lihat bagaimana satu persatu tapak perniagaan orang melayu telah di halau dan di Robohkan atas alasan Guang Eng DAP Komunis yang menyatakan tapak perniagaan terbabit menggangu lalu lintas dan tidak mempunyai permit yang Sah.
Bertahun tahun peniaga melayu menjalankan perniagaan di dalam P.Pinang dan tidak ada sebarang masaalah pun yang timbul. malah peniaga Cina juga tidak mengeluh dengan pentadbiran kerajaan BN terdahulu. Tidak pula ada hal yang mana peniaga Cina di robohkan gerainya semasa kerajaan BN dahulu. Tapi sekarang ini?
Setakat hari ini sudah berpuluh puluh gerai makan orang Melayu di robohkan oleh kerajaan Zionis DAP. Namun tidak ada 1 pun gerai peniaga cina di robohkan. mengapa Melayu yang menjadi mangsa kekejaman ini? Apakah kerana kami orang Melayu tuan Tanah di tanah Melayu ini maka kami perlu berundur dan memberi peluang kepada kaum PENDATANG untuk hidup senang walaupaun kami yang kelaparan?
Sesudah tapak perniagaan orang melayu di robohkan maka Kontraktor Bumiputera pula yang di halau oleh Guang Eng Komunis Rejim Zionis ini. Tender tender hanya di berikan kepada keroni dan kaum nya sahaja. Sampaikan Kontrak Cuci JAMBAN pun kaum Cina keroni Guang Eng Komunis yang perolehi. Kontraktor melayu hanya mampu melihat hal ini di depan mata mereka sahaja.
Mujur kerajaan Pusat ada membantu kontraktor Melayu sedikit sebanyak meringankan bebas kontraktor melayu di Pulau Pinang itu Namun ianya tidak dapat menampung untuk hari hari mendatang memandangkan banyak kerja kerja di bawah kerajaan negeri P.Pinang itu sendiri. Dan keputusanya Kontraktor Melayu hanya akan Gigit jari sahaja.
Jika Pakatan Rakyat Haram menyatakan kerajaan BN kejam dan sama seperti Zionis maka mereka lupa yang sebenarnya kerajaan Pakatan haram terutama DAP ini adalah lebih kejam sama seperti Zionis. Orang Melayu Islam di halau dari mencari rezeki. Orang Melayu di halau untuk keluar dari P.Pinang.
Jika Kerajaan BN Kejam seperti Zionis sudah lama Kaum Pendatang Di halau dan merempatlah mereka mencari rezeki. namun atas dasar keperihatinan Kerajaan BN maka semua kaum sama ada ASAL ataupun PENDATANG boleh hidup aman dan mencari rezeki yang luas tampa sekatan sama sekali.
Apa yang jelas di sini adalah Kekejaman DAP Zionis yang menindas orang orang Melayu dalam Negeri P.Pinang. Kita perlu berbuat sesuatu yang mana dapat menjamin kehidupan yang lebih bermakna buat orang orang Melayu P.Pinang.
Psssttt...DAP Rejim Zionis Kejam yang amat sangat pada orang Islam. Jahanam!!!
Allahuakbar! Berikan doa kepada mereka!
Allahuakbar! Berikan doa kepada mereka!
Salam. Pls 4ward sms ini sgra kpd sramai lwn yg ada..! Dari ketua misi LL4G-Malaysia, Tuan HajiNoorazaman; Kami sedang berada diperairan
Minta sebarkan.
PEMIMPIN UMNO TETAP ENGGAN BERUBAH, DI PRU13 NANTI KITA AKAN MENGUBAHNYA

Penafian / Disclaimer
Segala tulisan di dalam blog bERANIKAN hATI ini adalah pandangan dan pendapat bh secara peribadi dan bh tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruh sesiapa. Sebarang tulisan yang didapati ada persamaan adalah secara kebetulan melainkan dinyatakan merujuk kepada mana-mana artikel tertentu. Sebarang rujukan dalam penulisan di blog ini adalah dari bahan-bahan dan sumber-sumber yang diluluskan undang-undang. Sebarang pertikaian terhadap tulisan di blog ini maka sumber dan rujukan asal akan dirujuk, bh tidak akan dipertanggungjawabkan.
Terima kasih
